The first 200 lines.
BERDASARKAN NOVEL ELENA KNOWS OLEH CLAUDIA PIÑEIRO
ELENA KNOWS
Cepatlah.
Tolonglah saya, mak.
Mak akan terlepas janji temu. Mereka menunggu mak.
Mak tak nak pergi.
Mak akan suka. Mereka akan buat mak nampak cantik.
Mimi kata dia akan urut kulit kepala mak. Mak suka itu.
Dia akan berikan mak pupur rambut selepas dia warnakan rambut mak.
Pentingkah semua itu, Rita?
Cuma kuku kaki mak mengganggu mak. Kamu boleh potong untuk mak.
Ya, betul. Saya boleh buat begitu.
Saya rasa jijik, tapi saya boleh buat.
PENYAKIT PARKINSON
Tapi saya takkan potong atau warnakan rambut mak.
Saya tak suka mencuci selepas itu.
Saya ambil masa dua hari untuk bersihkan kesannya pada jubin.
Sudahkah saya kemas pil itu?
Ya.
Mari pergi.
Ayuh.
Satu, dua…
Kenapa?
- Kenapa? - Mak tak tahu.
Adakah pil itu belum berkesan?
Mak makannya 20 minit lalu.
Kenapa kamu peduli? Tiada siapa akan nampak mak.
Tengok.
Tengok!
Mak nampak apa saya nampak?
Mak nampak apa saya nampak?
Kamu dah kemas skarf mak?
Rita!
Sedia?
- Mari pergi. - Jangan.
Hei!
Mereka memandu macam binatang.
Betul. Ya. Tepat sekali.
Okey.
Cakap nanti.
Helo!
- Apa khabar, Rita? - Helo.
Pn. Elena.
- Dia milik awak. - Hai, sayang.
Jangan risau. Kami akan jaga dia baik-baik.
Jaga diri, okey?
Telefon saya nanti.
Bagus.
Sini. Kerusi di sini.
Perlahan-lahan.
Saya akan dapat cucu lagi!
Tahniah! Bila dia akan lahir?
Menantu perempuan saya. Tiga bulan lagi.
Awak tahulah dia.
Bolehkah puan bayangkan anak-anak kita jadikan kita nenek?
Anak saya 43 tahun.
Jadi?
- Dia tak boleh jadikan saya nenek. - Tolonglah. Mengarutlah.
Ada seorang wanita dalam berita yang mengandung pada usia 65 tahun.
Saya 65 tahun.
Apa seterusnya untuk Pn. Elena?
- Lilin muka. - Okey.
Beritahu saya jika ia terlalu panas, okey?
Pame, kenapa wanita tua itu masih di sini?
Anak perempuan dia sepatutnya jemput dia.
- Sedia? - Mari pergi.
Selamat tinggal, Mimí. Jumpa esok!
Selamat jalan.
Selamat tinggal, Mimí. Jumpa esok.
Selamat jalan.
Rita, kami dah selesai dengan mak awak.
Awak dah nak sampai?
Beritahu saya.
Kami dah nak tutup.
- Hai, sayang! - Hai, sayang.
- Apa khabar? - Saya okey. Awak?
Bagus. Awak basah kuyup!
Lebat betul hujan.
- Boleh kita hantar Pn. Elena pulang? - Sudah tentu.
Biar saya tutup lampu.
Jangan risau, Pn. Elena. Mesti anak puan ada urusan.
SALON PABLO
Sekejap!
Selamat malam.
Adakah ini kediaman Rita Alonso?
Kenapa? Di mana dia?
Suami puan di rumah?
Dia anak perempuan saya.
Puan sendirian?
Puan perlu ikut kami, okey?
Ya, saya tahu. Kami akan buat begitu.
Ya, saya akan beritahu mereka.
Adakah ini anak puan?
Baiklah. Saya akan bincang dengan koroner.
Rita Elena Alonso. Ini anak puan?
Ya.
Baiklah. Terima kasih.
Peguam Daerah kata jika doktor pasti, tak perlu.
Beritahu dia saya pasti.
Saya akan laporkan kematian akibat sesak nafas.
Baiklah. Terima kasih, doktor.
Maaf, puan.
Koroner ada cukup bukti untuk lepaskan mayat tanpa autopsi.
Puan mahu kami telefon rumah pengebumian?
Tiada autopsi?
Untuk kurangkan kertas kerja. Itu saja.
Kematian anak saya bukan sekadar kertas kerja.
Beberapa hari diperlukan untuk lepaskan mayat.
Saya nak tahu siapa yang buat.
Di mana dia akan disimpan?
Kami akan simpan dia di sini sehingga selesai.
Buat autopsi.
RUMAH PENGEBUMIAN
SYARIKAT PERINGATAN RUMAH PENGEBUMIAN
Patutkah saya letak di bawah tangan dia untuk tunjukkannya?
Teman lelakinya yang hantar.
Tunjukkannya? Kenapa? Dia hantar bunga paling murah.
Biar saya tolong, Pn. Elena. Mari alihkan rambut dari muka puan.
- Ia perlukan keberanian, bukan? - Oh, Tuhan.
Elena keseorangan sekarang.
- Tengoklah dia. Kasihan. - Rita tinggalkan dia sendirian.
Biarkan saya, mak.
- Makan ini, sayang. - Tidak.
Tolonglah, ia akan membantu.
Pn. Elena, nak segelas air?
- Tak, terima kasih. - Saya akan ambilkan air.
Pn. Elena.
Kami tinggal dua blok dari rumah puan. Telefon saya jika puan perlukan apa-apa.
Apa yang berlaku ialah tragedi.
Apa yang berlaku? Awak tahu?
Apa yang dia fikir sehingga sanggup buat begini?
Ramai orang datang kedai awak.
Orang bercakap.
Awak pendengar yang baik.
Boleh awak tolong saya?
Pn. Elena, boleh saya doakan roh Rita?
Saya rasa Rita pasti suka.
Kita akan berdoa.
Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. Amin.
Tuhan kami, Bapa Syurga, Tuhan yang berkuasa dan abadi.
KepadaMu, kami memuji roh anak perempuanMu, Rita.
Kami memohon kepadaMu untuk ampunkan dosanya
dalam rahmatMu yang tidak terhingga.
Bagi kami yang masih tinggal di Bumi ini,
terutamanya untuk ibunya, Elena, kami memohon kekuatan untuk menerima…
Kawan-kawan.
- Muka dia… - Biadabnya awak.
Dia nampak lebih baik selepas mati.
Bukankah Rita bercinta dengan Paderi Juan?
Ya, betul.
JUS OREN
Mari kita pergi!
Mak!
Mak?
Mak!
Mak!
Mak!
Jangan. Mak boleh buat sendiri.
- Biar mak ambil. - Tidak. Saya punya.
Ini untuk saya. Mak ada sendiri punya.
Tapi mak punya basah.
Semasa mak sebaya kamu, mak akan berlari di laluan ini.
Tapi mak bukan sebaya saya lagi.
Kamu juga bukan sebaya kamu.
Kami sediakan khidmat sosial di sini.
Saya takkan lupa semua yang awak buat.
Pn. Elena. Masuklah.
Ini kali ketiga dia di sini.
Baiklah. Panggil dia.
Puan sudah pergi ke mahkamah?
Mereka semua tak berguna.
Ya, kita semua tahu.
Bukti apa lagi yang mereka perlu?
Ada ramai saksi.
Semua orang yang hadiri misa di gereja hari itu.
Tak mungkin tiada siapa nampak dia.
Dia tak bunuh diri.
Buat salinan.
Pulangkannya. Jangan hilangkannya.
Apa awak buat?
Ini prosedur biasa. Sekarang kami buat begini.
Awak akan simpan perancang Rita dalam telefon awak? Hormat sikit!
Dengar sini, Pn. Elena. Saya dah beritahu puan.
Saya tak boleh siasat sesiapa jika kes ini ditutup.
Jangan bawa dia ke sini.
Pergi ke gereja. Cakap dengan paderi.
- Awak rasa Paderi Juan yang buat? - Dia yang beri khutbah.
Anak saya mati di menara loceng.
Dia tak cakap apa-apa.
Itu penyembunyian.
Kerusi dan tali itu ada di gereja.
Kerusi ialah barang biasa.
Dia orang terakhir yang nampak dia.
Tiada siapa menyoalnya.
Penyembunyian dan hasutan.
- Patutkah saya buat dakwaan? - Tak.
Tidak, Pn. Elena.
Bertenang. Saya akan cuba usahakan.
Apa kata puan tanya kawan-kawan anak puan?
Cakap dengan kawan-kawan dia.
No comments yet. Be the first to leave one.