Togo

Togo

Download Malay Subtitle

Release info

Togo 2019-WEBRIP (01:53:00)
Togo 2019-iNTERNAL 720p WEB H264-SECRECY
Togo 2019-720p DSNP WEB-DL DDP5 1 ATMOS H264-CMRG
Togo 2019-720p DSNP WEBRip 800MB x264-GalaxyRG
Togo 2019-HDRip XviD AC3-EVO
A Commentary by Sanzoryu
SUBS MALAY PENUH --- ALL WEBRIP --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 01:53:00 | Manual translated from explosiveskull | Rate kalau puas hati🙂

Tags

web
720p
720
hdrip
HDRip
XviD
AC3
HD
webrip
x264
BRip
Web-DL
web-dl
WEB-DL
Published on: 2020-01-04
Downloads: 123
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sarikata oleh Sanzoryu

Berdasarkan kisah benar

Haw, Togo! Haw! Haw!

Anjing yang bagus! Anjing yang bagus!

Biarkannya!

Biarkannya!

Anjing yang bagus.

Bagus sekali, Togo!

Bagus sekali, semua!

Malam ini kalian akan makan sampai kenyang dan tidur nyenyak.

Baiklah, Togo! Jalan!

Nome, Alaska 24 Januari, 1925

AWAS

Whoa!

Ada penyakit difteria telah melanda.

Berapa lama?

- Lebih dari seminggu. - Constance?

Baik saja. Dia tak apa-apa.

Kebanyakannya kanak-kanak.

Lima orang telah mati.

Semoga mereka dirahmati.

20 orang lagi sedang sakit di sini, di Nome.

Dan tiada khabar berapa jumlah mangsa dari perkampungan Inuit.

Mereka temui serum di Fairbanks.

Mereka cuma tak tahu bagaimana nak membawanya dari sana ke sini.

Apa pun, mereka di kedai Dexter, dan mereka ingin berjumpa dengan kau.

Jalan!

Apa yang anak-anak kita alami adalah satu epidemik.

Dan tanpa antitoksin, kebanyakan mereka akan maut,

atau semua yang dijangkiti.

Berita baiknya adalah,

mereka dah tahu lokasi antitoksin itu di Hospital Fairbanks Railroad,

dan mereka dah sedia untuk menghantarnya menerusi keretapi seterusnya ke Nenana.

Perjalanan pergi-balik dari sini ke Nenana masih sejauh 600 batu.

Mereka ada kapal terbang di Fairbanks, dan kita boleh menerbangkannya ke sini.

Kamu ada nampak awan di ufuk waktu kamu datang sini?

Mestilah aku nampak, tapi mungkin ia tak seburuk yang disangka.

Seppala, kamu berada di luar sana tadi. Apa yang kamu rasa?

Cuaca akan menjadi buruk.

Berapa buruk?

Boleh diingati, aku rasa.

Apa yang buat kamu rasa begitu?

Ia nampak cukup dahsyat,

dan bacaan barometer jatuh dalam keadaan yang agak merisaukan tapi...

Tapi apa?

Kami terserempak dengan rusa kutub pagi tadi.

Dalam 200 ela ke kanan kami, dia nampak mereka.

Kaki aku dah sedia pada brek, dan dia abaikan dan terus berlari.

Waktu itulah aku tahu yang ribut ini lain dari yang lain.

Maafkan aku, aku tak faham.

Togo terkenal sebagai pengejar rusa kutub.

Aku masih tak faham.

Tak pernah sedikit pun dalam 12 tahun dia berpaling dari mereka.

Bila haiwan menafikan fitrahnya

dan lari ke bangsal sebab dia takutkan ribut...

lebih baik manusia takut dengan ribut itu.

Aku faham.

Dalam ribut seperti ini, berapa cepat kamu boleh pergi-balik?

Bukan "berapa cepat,"

"Kalau."

Jadi aku cadangkan kapal terbang.

Kapal terbang dengan kokpit terbuka?

Enjin berkuasa air? Kamu dah hubungi lapangan terbang di Fairbanks?

Mereka sedang buat penilaian.

Aku harap mereka buat.

Aku betul-betul rasa terbang bukan pilihan yang baik.

Tapi, menjawab soalan kamu tadi, "berapa cepat?"

Seppala pernah mengutus untuk aku, sepanjang jalan ke Nenana, dalam empat hari.

Untuk kenyataan fakta sahaja.

Secara peribadinya aku tak pernah kisah pasal tanggapan bahawa anjing-anjing kereta luncur

patut digantikan dengan mesin,

tapi hari ini, akulah juara kemajuan.

Mari, Togo.

Seppala, kamu nak pergi ke hospital?

Naiklah.

Jalan!

Whoa! Whoa!

Terima kasih.

Semoga berjaya, doktor.

Pekan, uh, biasanya diasaskan oleh topografi...

berapa dekat dengan jalan-jalan dan sungai-sungai.

Nome diasaskan oleh tuah.

Emas di Sungai Anvil?

Kamu boleh melihatnya dengan mata kasar,

mengambilnya dengan jari kamu dari pasir itu.

Emas boleh habis.

Tuah boleh habis.

Mana dia dapat tenaga itu?

Dari pergaduhannya, dia masih berumur sepuluh minggu.

Jadi, awak akan pergi?

Saya baru balik. Awak dah tak sabar nak saya pergi?

Hmm. Boleh jadi.

Ada sebab awak mahu saya pergi, bukan?

- Saya ada kekasih. - Ah?

Tak terkira banyaknya.

Saya tak boleh salahkan sesiapa melainkan diri saya.

Saya dah diberi amaran untuk tak berkahwin dengan seseorang yang sangat cantik.

Diberi amaran oleh siapa?

Semua orang yang ada penglihatan.

Jadi, awak akan pergi?

Saya tiada kecenderungan seperti itu.

Jadi kenapa awak melilin tapak kereta luncur itu?

Ia perlu dililin.

Boleh ke ia dilakukan dalam cuaca begini?

Apa-apa saja boleh dilakukan.

Jadi biarlah mereka pilih orang lain untuk kali ini.

- Bilik tadi penuh dengan pemandu kereta luncur anjing. - Betul.

Tapi suami saya yang mereka selalu cari.

Pilih orang yang lebih banyak untuk dipertaruhkan dalam hal ini.

Saya singgah di hospital tadi. Semua kanak-kanak itu, kita kenal mereka.

Saya tahu.

Budak perempuan itu yang tinggal sebelah rumah Mallon dan selalu keluar berlari untuk membelai anjing-anjing itu.

Sally, yang belai anjing semua orang, bukan awak punya saja.

Kita kenal kanak-kanak itu. Kita kenal ibu bapa mereka.

Saya memahaminya. Dan esok saya akan rasa hina.

Tapi sekarang, saya minta maaf, saya takut.

Ini bukannya kali pertama ribut melanda Alaska.

Tak payah nak sedapkan hati saya.

Betul kata awak.

Jangan bawa Togo. Fritz boleh pimpin.

Saya akan melintasi jambatan itu bila tiba masanya.

Dia baru 12 tahun. Awak kata dia terlalu tua untuk ke Elwald,

dan itu bukannya suku pun dari jarak ini.

Tak payah risau sangat.

Mari tidur.

Saya mesti katakannya sebelum awak buat keputusan yang awak akan sesali selamanya.

Awak lebih terikat dengan dia dari yang awak tahu, dan awak akan meyebabkan dia mati.

Dan awak belum bersedia dengan apa yang ia akan lakukan pada awak, saya berani jamin.

Itu sajakah?

Mestilah dia adalah anjing awak, dan seekor anjing pekerja.

Dan, saya sendiri lebih utamakan kerja, saya takkan sayang dia, tapi tidak.

Dan saya cuma sangat sedih yang ini adalah waktu terakhir saya dengannya.

Dua perkara.

Satu: kalau saya cuba ke Nenana dalam keadaan ini tanpa dia,

ini mungkin waktu terakhir awak dengan saya.

Dan kedua: pada saat ini, tiada apa yang ditentukan.

Awak kata apa tadi?

George?

Selamat petang, George.

Nampaknya ramalan kamu betul,

perjalanan aku ke sini adalah buktinya.

Angin itu hampir menghentikan aku beberapa kali.

Oh, aku dah bercakap dengan Fairbanks. Tidak akan ada misi menyelamat udara di Nome.

Jadi, penggunaan anjing-anjing itu, bukan saja diteruskan, malah boleh dimulakan.

Jadi, kamu rasa perlu untuk datang sejauh ini untuk sampaikan berita itu?

Ada perkara kita perlu katakan depan-depan,

betul tak, Encik Datuk Bandar?

Yeah.

Kopi atau wiski?

Wiski. Kalau tak menyusahkan.

Tak. Tak susah. Saya minum kedua-duanya.

Kita perlu bijak dalam hal ini.

Kamu akan pimpin kereta luncur itu bila aku beritahu kamu.

Jangan mengeliat. Jangan melawan, walau sekali.

Boleh teruskan satu lagi perjalanan?

Hampir siap.

Anjing yang bagus.

Saya pernah lihat yang lebih teruk.

Kita boleh berkelah.

Saya akan pulang segera.

Saya takkan kemas katil pun.

Hei. Hei.

Awak bawa dia kembali pada saya, okey?

Dan awak kembali pada saya.

Anjing yang baik.

Baiklah, Togo!

Jalan!

Ayuh, Togo!

Ayuh, Togo!

Ayuh! Macam itulah.

Jalan!

Ia dah datang.

12 Tahun Lepas

Awak buat urusan awak, saya buat urusan saya.

Macam mana pula ini bukan urusan saya? Anjing dilarang dalam bilik tidur.

Dia dalam kesakitan.

Dan dalam bilik tidur kita.

Haiwan kecil ada lebih banyak kelemahan dengan saiznya.

Alam semulajadi ada caranya sendiri untuk fikirkan jalan.

Oh, patut ke saya lemaskan dia dan cepatkan proses itu?

Saya cuma katakan yang Alaska boleh jadi kejam kepada yang lemah.

Saya tak perlu diperingatkan.

Apa yang awak perlu tanggung untuk beri dia peluang?

Apa yang dia boleh bawa kepada baka lain kalau dia selamat?

Hati sang pejuang.

Awak terlalu lembut.

Awak tu Norway sangat.

Pergi!

Apa kata awak letak semula dia ke dalam reban?

Setiap kali saya letak, dia gali jalan keluarnya sendiri.

Saya habiskan banyak masa timbuskan lubang dari buat kerja yang sepatutnya saya buat.

Aku dapat tangkap kamu nanti, siaplah kamu.

Semuanya salah awak.

Saya ingat awak sepatutnya seorang pelatih anjing yang hebat.

Dia tu syaitan.

Saint Francis dari Assisi pasti akan tembak anjing ini.

Hei!

- Dia laju. - Dia cetek akal.

Dia kerdil, tak bijak, tak boleh dilatih.

Yeah, tapi dia laju.

More Malay subtitles for Togo

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left