Game of Thrones

Game of Thrones

Download Malay Subtitle

Season 7

Release info

Game of Thrones S07E07 WEBRip x264-RARBG
Game of Thrones S07E07 1080p WEBRip 6CH x265 HEVC-PSA
Game of Thrones S07E07 1080p AMZN WEB-DL 6CH x264-MkvCage
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew. Feel free to resync to other release without lossing subtitle author credit. Visit our facebook page to get new latest info. facebook.com/malaysiasubbers/

Tags

webrip
web
BRip
1080
x265
HEVC
Web-DL
web-dl
WEB-DL
x264
mkv
MkvCage
Published on: 2017-08-31
Downloads: 76
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Rancangan ini memaparkan subjek dewasa.

Penonton diminta menggunakan budi bicara.

- Minyak? - Gegala, tuan.

- Berapa tong? - 500 tong, tuan.

- Tambah lagi 500 tong. - Baik, tuan.

Saya masih suka dipanggil "tuan".

- Keseronokan itu akan pudar. - Kalau kita hidup selama itu.

Lelaki tanpa alat kelamin.

Saya takkan senai tentera kalau saya tidak ada alat kelamin.

Ada apa untuk diperjuangkan?

Emas.

Sepanjang hidup, saya bergaul dengan askar.

Awak fikir mereka belanjakan emas itu untuk apa?

Keluarga.

Tidak wujud keluarga jika lelaki tidak ada alat kelamin.

Mungkin itu saja yang penting, akhirnya.

Namun, adik awak memihak tentera yang tidak ada alat kelamin.

Ya, dia selalu memperjuangkan golongan tertindas.

Saya rasa kita yang akan tertindas.

-Berapa jumlah penghuninya? -Lebih kurang sejuta orang.

Lebih ramai daripada jumlah penghuni seluruh wilayah Utara.

Mereka tinggal di kota yang sesak.

Kenapa orang mahu hidup begitu?

Ada lebih banyak kerja di kota.

Rumah pelacuran di kota jauh lebih hebat.

- Kenapa dia tidak bersamanya? - Patik tidak tahu, Tuanku.

- Dia tidak dilihat. - Yang lain?

Mereka dalam perjalanan ke "Dragonpit".

- Termasuk adik kami? - Ya, Tuanku.

Jika keadaan menjadi buruk, bunuh perempuan berambut perak...

itu dulu, kemudian adik kami, dan selepas itu...

anak luar nikah yang menggelar dirinya sebagai raja.

Yang lain, awak boleh bunuh sesuka hati.

Mari, Ser Gregor.

Masa untuk kita berjumpa tetamu.

Bagi tujuan apa, mereka membinanya?

Naga tidak faham apa miliknya dan apa bukan miliknya.

Ia tidak membezakan tanah, ternakan dan kanak-kanak.

Membiar ia terbang bebas di atas kota ini membawa masalah.

Saya bayangkan, ia jenaka yang memilukan pada akhirnya.

Sebuah gelanggang besar untuk dihuni beberapa makhluk sakit...

yang lebih kecil daripada anjing.

Suatu masa dahulu, ketika ia dihuni Balerion Yang digeruni...

ia pasti tempat paling berbahaya di dunia.

Mungkin ia masih begitu.

Selamat datang, tuan.

Kawan-kawan kamu telah sampai sebelum kamu.

Saya dihantar untuk iring kamu ke mesyuarat.

Kejutan menarik dalam situasi yang kurang menyenangkan.

Saya tidak sangka dapat bertemu tuan lagi.

- Menyokong musuh. - Saya tidak salahkan tuan.

- Cersei salahkan saya. - Saya lega tuan masih hidup.

Ayuh.

Awak boleh mengampu dia nanti.

Ada apa di dalam itu?

- Saya sangka awak dah mati. - Belum lagi.

Awak nyaris membunuh saya.

Saya cuba melindungi dia.

Saya pun cuba melindunginya.

Arya masih hidup.

- Di mana dia sekarang? - Di Winterfell.

Siapa melindungi dia di sana kalau awak berada di sini?

Orang yang perlu dilindungi adalah...

orang yang ada niat untuk mencederakan nya.

Saya bukan orang itu.

Di sini kita berada, wira-wira Pertempuran Teluk Blackwater.

Tempat yang aneh untuk pertemuan semula.

- Benar, tuan. - Saya bukan "tuan", Podrick.

Gelaran itu lebih sesuai bagi Ser Bronn Blackwater.

Pasti Ratu baru awak gembira kembalikan gelaran awak...

selepas dia naik takhta.

Awak berfikir tentang Ratu baru kami?

Mungkin awak sedang mempertimbangkan semula...

kesetiaan awak. Jangan lupa tawaran saya.

Berapa jumlah bayaran mereka, saya akan menggandakannya.

Berapakah jumlahnya?

Jangan bimbang pasal saya.

Saya baik saja. Saya boleh jaga diri saya.

Benarkah begitu?

Membantu saya mengaturkan pertemuan ini bukan menjaga diri.

Awak membahayakan diri sendiri.

Saya membahayakan nyawa awak.

Perlu tahu perbezaannya kerana ia sangat penting.

Ratu Cersei menawarkan satu beg emas untuk kepala awak.

Bukan untuk kepala saya.

Disebabkan hasil usaha saya, ada dua kepala pengkhianat...

sedang menuju ke arah pintunya sekarang.

Dia boleh pancung kepala kedua-duanya selepas dia bosan...

mendengar kata-kata bijak mereka.

Semuanya kerana jasa baik Ser Bronn Blackwater.

Itu dah cukup selamat bagi diri saya.

Gembira dapat berjumpa awak lagi.

Ya. Bagus dapat berjumpa dengan awak juga.

Jika sesiapa menyentuhnya...

awak orang pertama saya akan bunuh.

Pod, mari kita pergi minum sementara golongan bangsawan...

mengadakan perbincangan mereka.

Saya telah tinggalkan kota hina ini...

kerana saya tidak mahu mati di sini.

Adakah saya akan mati di kota hina ini'?

- Mungkin. - Ini adalah idea awak.

Semua idea buruk nampaknya diilhamkan oleh...

anggota Keluarga Lannister.

Anggota keluarga Clegane pula membantu melaksanakannya.

Ingat lagi saya?

Ya, sudah pasti.

Awak lebih hodoh daripada saya sekarang.

Apa mereka telah buat kepada awak?

Itu tidak penting sekarang.

Ini bukan penghujungnya, abang.

Awak tahu siapa akan datang untuk awak.

Awak pasti tahu.

Di mana dia?

Dia akan sampai sebentar lagi.

Dia tidak merantau dengan awak?

Tidak.

Kami tunggu agak lama.

Beta meminta maaf.

Kita berdepan suatu situasi yang tidak pernah berlaku.

Theon!

Kakak awak dalam tahanan saya.

Kalau awak enggan tunduk kepada saya sekarang...

saya akan membunuh dia.

Kita patut bermula dengan pemikiran waras dan munasabah.

Habis, kenapa awak bercakap?

Awak menjadi isu yang remeh di sini.

Ingat lagi perbincangan kita pasal jenaka orang kerdil?

Jenakanya tidak bagus. Dia beri penjelasan di penghujung jenaka.

Ia merosakkan detik lucu.

Orang seperti awak tidak dibiar hidup di Kepulauan Besi.

Mereka akan dibunuh sebaik mereka lahir.

Ia adalah tindakan belas kasihan kepada ibu dan bapa mereka.

Mungkin awak patut duduk.

- Mengapa? - Duduk atau pergi.

Kita tidak suka satu sama lain.

Kita melihat apa baru berlaku.

Kita menderita di tangan satu sama lain.

Kita kehilangan orang tersayang di tangan satu sama lain.

Kalau kita mahu melanjutkan penderitaan itu...

kita tidak perlu berhimpun di sini.

Kita boleh berperang dengan satu sama lain tanpa bersemuka.

Sebaliknya, kita perlu menyelesaikan perbalahan...

dan hidup secara aman sepanjang hayat.

Kita tahu itu tidak akan berlaku.

Jadi mengapa kita berkumpul di sini?

Ini tidak ada kaitan dengan hidup secara aman.

Ini demi memperjuangkan kehidupan.

Makhluk yang sama akan datang untuk kita semua.

Jeneral yang tidak boleh dibawa berunding dan tentera...

yang tidak meninggalkan mayat di medan tempur.

Lord Tyrion beritahu, ada seramai sejuta orang di kota ini.

Mereka semua bakal menjadi sejuta Askar Tentera Maut.

Bagi kebanyakan mereka, ia peningkatan hidup.

Ini bukan satu perkara yang boleh diperlekehkan.

Beta tidak akan datang ke sini jika ia tidak penting.

Beta tidak anggap ia penting.

Beta anggap ini jenaka yang buruk.

Jika benar apa yang dimaklumkan oleh kembar beta, Jaime...

kamu mahu berbincang perdamaian sementara.

Ya. Itu saja.

Itu saja?

Meminta tentera beta berundur sementara kamu memburu raksasa...

atau sementara kamu memperkukuhkan kedudukan.

Sukar bagi beta menentukannya ketika tentera beta diundurkan...

apabila kamu datang dengan tentera empat kali lebih besar...

daripada tentera beta.

Kota kamu selamat sehingga ancaman di Utara ditumpaskan.

Beta berjanji.

Janji pihak yang mahu merampas takhta?

Tidak ada perbincangan yang boleh memadamkan...

kejadian 50 tahun yang lampau.

Kami bawa sesuatu untuk ditunjukkan kepada tuanku.

Ia musnah jika dibakar.

Kita boleh musnahkannya dengan kaca naga.

Kalau kita tidak menang pertempuran ini, maka nasib...

yang serupa ini akan menimpa semua makhluk yang hidup.

Hanya ada satu perang penting.

Perang Besar.

Ia bakal tiba.

Beta tidak percaya sehinggalah beta melihatnya dengan sendiri.

Beta melihat mereka.

Berapa ramai?

Sekurang-kurangnya, dalam jumlah beratus ribu.

Boleh ia berenang?

Tidak.

Bagus.

Patik akan bawa angkatan kapal Besi balik ke Kepulauan Besi.

Apa maksud kamu?

Patik merantau ke seluruh dunia dan patik telah melihat semuanya.

Perkara yang tidak dapat dibayangkan tuanku tetapi ini...

adalah satu-satunya benda yang amat menakutkan patik.

Patik akan kembali ke pulau patik.

Tuanku patut kembali ke pulau tuanku.

Apabila musim sejuk ini berakhir, kita sahaja masih hidup.

Tidak salah jika dia takut...

dia pengecut kerana melarikan diri.

Jika benda itu menyerang kita, tiada lagi kerajaan...

yang akan wujud untuk diperintah.

Semua penderitaan kita sia-sia belaka.

Kehilangan kita sia-sia belaka.

More Malay subtitles for Game of Thrones

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left