The first 200 lines.
Sayang.
Awak nak payung pantai warna apa?
Saya pilih biru nila.
Saya tak tahu pun apa itu biru nila.
Tengok. Awak nak tukang urut perempuan atau lelaki?
Saya tak nak berurut bersama awak.
Kenapa?
Sebab awak selalu mengerang
dan cakap,"Ya, di sana. Jangan berhenti."
Saya menjadi asyik. Kalau diurut di tempat yang betul,
tentulah kita beritahu mereka yang rasanya sedap.
Tukang urut suka itu.
Lagipun, saya tertekan.
Awak takkan rasa tertekan kalau awak tak selalu tengok telefon.
Saya mengendalikan empat projek serentak.
Kami kena guna khidmat jurubina dari seluruh bandar.
Awak tahu...
Beginilah.
Saya akan simpan telefon saya.
Saya takkan tengok telefon lagi sepanjang percutian.
Sekejap.
Hai, ayah.
Tak apa. Kami baru saja mendarat.
Ya. Marcus, itu dia.
Ya, ayah. Penerbangan okey saja.
Ya, saya bersama Marcus.
Kita dah bincang tentang ini.
Saya tahu, ayah.
Saya memang sayang dia.
Meja depan.
Boleh sambungkan saya kepada Maurillio?
Saya Maurillio, En. Parker.
Bagaimana awak tahu saya yang telefon?
Selepas lapan atau sembilan panggilan, saya kenal suara awak.
Saya telefon untuk pastikan awak sudah siapkan semuanya.
Ya, saya sendiri yang uruskan.
Dom Perignon, kelopak mawar di atas katil,
lagu-lagu hit Bill Withers, kecuali Deep Cut.
Encik, kalau dia tak nak, saya akan kahwin dengan awak.
Baiklah, Maurillio. Bukan awak...
Encik? Saya tak dengar.
Tak apa. Terima kasih.
Lihatlah mereka berdua.
-Dua orang itu? -Apa? Tidak.
Mereka nampak seperti sedang berseronok. Kita patut cuba.
-Awak rasa itu menyeronokkan? -Ya.
Sebab itulah tak ada orang kulit hitam yang lumpuh.
Tahu kenapa? Sebab kita tak buat benda seperti itu.
Tengoklah. Mereka meluncur seolah-olah mereka tak ada insurans.
Wah.
Ini hotel kita?
Masih belum terlambat
untuk dapatkan bilik di Best Western di lapangan terbang.
En. Parker!
Tentu awak Emily.
Saya Maurillio, pengurus. Silakan makan paleta betik
dilumur dengan serbuk koko dan cili guajillo.
Saya tak tahu apa ini, tapi mari kita makan!
Pasti awak tak sabar-sabar nak masuk ke bilik awak
yang ada kejutan mungkin menanti.
Kejutan?
Entah. Marilah kita tengok.
Okey.
Emily, saya nak awak tahu sesuatu.
Lelaki ini sayang sangat pada awak.
Ya, betul.
-Bagaimana awak tahu? -Saya boleh rasakan.
Silakan.
Supaya awak yang pertama melihat apa yang menanti.
Mungkin tiada apa-apa.
-Apa masalah awak? -Apa?
-Awak berikan petunjuk. -Tak apa.
-Tidak! -Tak apa.
-Tidak! -Marilah.
Kita sudah sampai.
Terima kasih.
Okey.
Cik, saya harap awak ingat saat ini seumur hidup awak.
-Okey. -Saya nak ambil gambar.
Saya betul-betul minta maaf.
Nampaknya tetamu dalam Suite Presiden
di atas bilik awak penuhkan Jakuzi sampai melimpah.
Awak akan tempatkan kami di bilik lain, bukan?
Ya, sudah tentu.
Kalau ada bilik kosong, tentulah ia jadi milik awak.
Malangnya, semua bilik sudah habis ditempah.
Kenapa awak cakap "sudah tentu" kalau tak ada bilik lain?
-Awak buat kami terperdaya. -Boleh awak periksa dengan hotel lain?
Sudah tentu. Kami ada hubungan baik dengan semua hotel lima bintang.
Tiada masalah. Tunggu sekejap.
Biar saya periksa hotel empat bintang juga.
Ramai orang ada isu dengan hotel tiga bintang,
tapi ia sehebat hotel lima bintang.
Ya, selepas tiga, ia agak keterlaluan.
Itu dia.
Hotel satu bintang di Best Western di lapangan terbang.
Biar betul.
Menurut ini, itulah Best Western yang terbaik di sini.
Biar saya beritahu awak sesuatu. Saya dah rancang semuanya.
Kami nak tengok ikan paus, merasa tequila.
-Dah tempah makan malam tepi pantai! -Maurillio!
-Di mana awak? -Ya!
Maurillio! Kawan saya.
Terima kasih sebab aturkan luncur jet.
-Kami rasa ombak yang hebat tadi. -Kemudian kami khayal.
-Ya. -Jadi, kami terjun dan meluncur ombak.
Tetapi apabila kami toleh, luncur jet sudah hilang.
Jangan panik sebab saya ambil gambar di mana kami tinggalkannya.
-Awak pasti akan jumpa. -Dia bijak.
-Okey. Terima kasih, cik. -Sama-sama.
Maafkan saya, perempuan yang letak telefon dalam beg sandwic.
-Hai. Apa khabar? -Awak berbual dengan dia?
Sebab awak fikir Maurillio tak bercakap dengan sesiapa.
Awak datang ke sini dan menyampuk saya.
Saya tak berniat untuk marah. Ada banyak masalah sekarang.
-Saya agak tertekan. -Tak apa.
Saya nak cakap dengan dia sekejap. Boleh?
-Ya. Berseronoklah. -Terima kasih.
Berseronoklah dalam cuaca yang indah ini.
Maurillio.
Awak tahu betapa pentingnya percutian ini bagi kami.
Ya, sudah tentu. Awak nak melamar.
Melamar?
Alamak.
-Sayang. -Tidak.
Saya akan betulkan keadaan.
Emily.
-Saya minta maaf. Saya tak boleh betulkan. -Pergilah awak, Maurillio!
Saya memang patut ditengking.
Sayang, biar saya cakap dengan awak.
-Okey. Ya. -Berseronoklah.
-Dia dah balas mesej awak? -Belum lagi.
Saya minta maaf semua ini tak seperti yang saya rancang.
Dengar sini.
Ya, Tuhan.
Lebih baik saya teruskan saja.
Okey, saya akan cuba...
-Fikiran saya terganggu. -Tak apa. Teruskan saja.
Tolong teruskan.
Sayang...
Diam!
Awak sangat bermakna bagi saya. Saya sayang awak.
Saya tahu hari ini teruk
dan saya suka mengongkong kadang-kadang.
Apabila semuanya tak berjalan lancar, saya marah dan fikir terlalu banyak.
Tapi satu perkara yang saya takkan fikir dua kali
ialah betapa sayangnya saya pada awak.
Sayang, sudikah awak mengahwini saya?
-Ya! -Ya!
-Ya! -Ya!
Awak memang hebat, Maurillio. Awak buat saya terkejut!
-Awak cakap, -Manisnya!
"Satu-satunya perkara yang saya tak perlu fikirkan ialah awak."
-Awak! -Aduhai.
Saya sayang awak!
-Saya sayang awak. -Saya sayang awak.
Saya tak kisah kita tak dapat bilik itu.
Saya tahu awak dah bekerja keras. Saya tak peduli.
Kita boleh berkhemah di tepi pantai. Saya cuma nak jadi gadis awak!
Tidak!
Tiada siapa berkhemah di pantai. Lupakan saja.
Saya suka awak berdua. Awak kena tinggal dengan kami.
Dengan kami.
Anggap saja ini hadiah pertunangan kami untuk awak.
Ya.
-Tak apa. -Tak perlu. Kami okey.
Awak tak nak menginap di Suite Presiden?
Ada jakuzi dan segalanya.
Kami memang kerjakan tab itu, tapi mutu ketukangannya yang teruk.
Saya sudah suruh mereka hantar beg awak ke suite utama.
Itu keterlaluan.
Apa? Tidak. Selesakan diri. Awak tetamu kami.
Itu saja yang kami boleh buat selepas jakuzi kami rosakkan lamaran awak.
Beginilah. Mungkin...
Mungkin untuk malam ini saja, okey?
-Sehingga kami dapat hotel lain. -Ya!
-Ya! Hebat! -Selesai.
-Siapa haus? -Duduk. Duduklah dengan selesa.
Kalau awak risau tentang privasi dan kalau awak nak berasmara malam ini,
kami sangat bising.
Saya tak tahu dinding ini diperbuat daripada apa
tapi awak takkan dengar apa-apa!
Okey. Dengar.
Awak takkan percaya.
Saya menjerit tadi.
Ya, kami dengar.
-Awak pasti itu suara saya? -Ya. Saya pasti.
Hei! Kami okey.
Tak, teman wanita saya yang menjerit.
Ya, sudah tentu.
Saya tak berniat nak menyibuk,
tapi adakah awak berdua jutawan rahsia?
-Kenapa awak tanya? -Sebab bilik ini nampak mahal.
Sangat mahal.
Kami habiskan duit kami untuk menginap di sini.
-Ya. -Tunggu.
Kenapa awak buat begitu?
Kawan saya, Charlie, pernah ke sini dan beritahu saya.
Kalau nak pergi bercuti, lebih baik bercuti betul-betul.
Sampai tak ada duit?
No comments yet. Be the first to leave one.