Release info

우아한-친구들-Graceful-Friends-E11-NEXT-iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-15
Downloads: 10
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Subtitle bY iQIYI Resynced == ANANG KASWANDI ==

[Kandungan berikut mungkin tak sesuai untuk penonton bawah usia 19 tahun.]

[Program ini merangkumi iklan maya dan tidak langsung.]

[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]

Saya akan berkahwin.

Berkahwin?

Ya. Luangkan masa dan datang, okey?

Awak tak cakap apa-apa semasa saya jumpa awak dua bulan lalu.

Tapi apa? Awak akan berkahwin?

- Perkahwinan kerana mengandungkah? - Ya.

Kalau tidak, saya takkan berkahwin.

Awak? Perkahwinan kerana mengandung?

Anggap saja saya ditembak

oleh senapang yang dipanggil "cinta" dan jantung saya bergetar.

Doktor kata akan ambil masa 3,360 minggu untuk pulih.

Saya patut berhenti menulis puisi.

Awaklah tulis puisi.

Saya dah menulis puisi selama bertahun-tahun,

tapi, awak kedengaran lebih berseni.

Jadi? Siapa pengantin perempuan?

Okey.

Okey.

Apa itu? Itu jemputan perkahwinan awak?

Awak dah bersedia.

Tak guna.

Kamu semua akan cam dia.

Apa?

Nam Jeong-hae?

Nam Jeong-hae itu?

[Ahn Gung-cheol dan Nam Jeong-hae Ahad, 17 Oktober 2004, jam 12 tengah hari]

Tengoklah awak. Awak akan berkahwin dengan doktor.

Ya. Isteri saya doktor yang semua orang

kagumi.

Betul. Tapi, bagaimana rupa Jeong-hae?

Bila saya fikir semula tentang zaman kolej,

saya hanya ingat Hae-suk seorang saja.

- Ya. Baek Hae-suk! - Ya.

Aduhai. Saya sangat rindukan Hae-suk.

Saya sangat rindukan dia.

Dia buat apa sekarang?

Hei! Apa pun, kita tak boleh berpisah begini.

Kita tak boleh berhenti selepas minum sedikit pada hari yang gembira begini!

Tentulah tidak!

Awak akan belanja sepanjang malam, okey?

Okey.

Kita akan buat apa saja yang awak mahu. Saya belanja.

Teksi!

Hei.

Berseronoklah. Saya perlu buat sesuatu pada awal pagi.

Jae-hun. Ikut kami. Dah lama saya tak jumpa awak.

Maaf.

- Ikut kami. - Lupakan saja.

- Dia tak nak. - Mari.

- Pergi. - Mari kita berjumpa selalu!

- Ikut kami. - Tak apa. Mari.

Jumpa lagi.

Jae-hun! Saya tahu awak sibuk,

tapi, awak perlu datang ke majlis itu, okey?

Awak mesti datang!

[Ahn Gung-cheol dan Nam Jeong-hae Ahad, 17 Oktober 2004, jam 12 tengah hari]

[Ahn Gung-cheol dan Nam Jeong-hae Ahad, 17 Oktober 2004, jam 12 tengah hari]

Chun-bok tak apa-apa, bukan?

Saya perlu dapatkan maklumat lanjut,

tapi, ada kemungkinan besar ia demensia vaskular.

Ia boleh dihalang daripada menjadi teruk jika dia rajin menjalani rawatan.

Baguslah.

Apa pun,

betulkah awak dah berhenti kerja?

Ya.

Kenapa?

Apa yang ada dalam hidup ini?

Saya nak buat perubahan yang hebat.

Terima kasih kerana memandu.

Sakitnya badan saya.

Lain kali naik kereta yang lebih besar. Yang kita boleh luruskan kaki.

Kalau begitu, awak boleh naik bas.

Tak guna.

Terima kasih. Selamat tinggal.

Tentu kamu penat. Rehatlah.

- Selamat tinggal. - Terima kasih.

Selamat tinggal.

Chun-bok, nak saya ikut awak?

Lupakan sajalah!

Terima kasih.

Profesor Nam selalu bawa orang ke tempat yang terbaik.

Ahli Dewan Kang ialah pelanggan tetap di sini.

Yakah?

Macam mana awak tahu bar begini?

Pemiliknya ialah isteri kepada kawan suami saya.

Yakah? Kawan suami awak mengagumkan.

Tentu dia ada stamina yang baik.

Tahniah, Profesor Nam.

Aduhai.

Ini percuma daripada saya.

Aduhai.

Kenapa awak beri kami champagne yang mahal secara percuma?

Biar saya tuangkan segelas untuk kamu semua.

Terima kasih.

- Marilah sertai kami. - Okey.

- Marilah. - Terima kasih.

Ya. Mari kita minum.

Ya. Sekarang,

dia bukan sekadar doktor, tapi seorang profesor. Bukankah begitu?

Betul.

Kalau begitu, mari kita ucap selamat untuk Profesor Nam.

- Baiklah. - Boleh juga.

Profesor Nam!

Tahniah!

Terima kasih.

Jeong-hae.

Awak di mana?

Saya baru sampai di tempat letak kereta bawah tanah.

Yakah?

Kalau begitu, boleh awak jemput saya? Saya agak mabuk.

Awak di mana?

Saya di bar Gyeong-ja.

Okey.

Saya akan terus ke sana. Beri saya beberapa minit.

Okey.

Nampaknya, Profesor Nam minum banyak.

- Betul. Dia rasa hebat. - Awak tak apa-apa?

Saya tak apa-apa.

Comelnya dia.

Profesor Nam, Gung-cheol dah sampai.

Aduhai, saya rasa hebat.

Aduhai.

Selamat datang.

Saya ingatkan awak takkan telefon dia. Bila awak suruh dia datang?

- Ya, helo. - Ucaplah helo.

Ini Pengerusi Oh Sun-jeong.

Helo, saya banyak dengar tentang awak.

Saya suami Jeong-hae, Ahn Gung-cheol.

Ya, banyak yang saya dengar tentang awak juga.

Nah.

[Persatuan Perubatan Korea, Pengerusi Oh Sun-jeong]

Saya tertinggal kad nama saya dalam kereta.

Awak boleh beri kepada saya lain kali.

Dan awak dah ada wakil yang kukuh di sini.

Betul. Ya.

Lama tak jumpa. Kamu semua sihat?

- Sudah tentu. - Ya.

- Silakan duduk. - Duduklah.

- Duduklah. - Kenapa awak letak di sana?

Aduhai.

Gung-cheol, awak patut belanja kami minum malam ini.

Tahniah kerana menjadi suami seorang profesor.

Apa?

Minumlah.

Aduhai.

Tahniah, Gung-cheol.

Awak layak mendapat separuh pujian kerana menyokong dia sehingga sekarang.

Bukankah begitu?

Ya, sudah tentu.

Apa maksud awak? Saya tak buat apa-apa.

Dia juga sangat merendah diri.

Minumlah segelas lagi.

Tetamu awak dah sampai.

Dr. Jung, awak dah sampai.

Dia lelaki yang main golf dengan kami, termasuklah Profesor Nam,

dan saya jemput dia ke sini untuk minum bersama.

Dr. Jung, mari duduk.

Baiklah.

Terima kasih kerana datang ke sini.

Duduklah.

- Minumlah. - Terima kasih.

Terima kasih kerana datang.

Kenapa awak tak minum?

Tambah minuman lagi.

Bukankah dia menceriakan tempat ini?

Dr. Jung benar-benar

sangat berbakat dan kacak.

- Tae-uk! - Apa? Ya.

Mereka dah jumpa di mana Seo Ju-won berada.

Yakah? Dia di mana? Mari.

- Ya, tuan. - Pergi.

Jadi, kamu berdua berkawan?

Ya, kami berkawan sejak di kolej lagi.

Itu bermakna Profesor Nam dan Dr. Jung,

tentu kamu berdua dah lama kenal.

Tapi, kamu berdua pura-pura macam baru kenal hari itu.

Aduhai.

Itu kali pertama mereka berjumpa untuk bekerja.

Mungkin itu sebabnya.

Mungkin juga begitu.

Aduhai, kamu berdua sangat profesional.

Puan Pengerusi, adakah dia lelaki yang awak hanya ingin perkenalkan

kepada Profesor Nam?

Ya, kamu berdua patut jumpa dia juga.

Ya. Dia pengarah Klinik Urologi Jeongrip

dan dia akan menjadi pengarah hospital Universiti Yeongang tak lama lagi...

Puan Pengerusi?

Bukankah kita ke sini untuk ucap tahniah kepada Profesor Nam hari ini?

Ya, maaf. Maafkan saya.

Aduhai, janganlah duduk saja. Mari kita minum bersama.

- Ya. - Marilah.

Baiklah.

Tahniah dan selamat berkenalan!

- Tahniah. - Tahniah, Profesor Nam.

Aduhai, comelnya dia.

Terima kasih kerana datang.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left