The first 200 lines.
Whoa. Wow.
Bagaimana kita boleh jumpa macam ni lagi? Kau tinggal di sini?
- Kau cakap kau tak tahu mana aku tinggal. - Aku tak tahu.
- Jadi macam mana kau boleh masuk ke sini? - Aku baru pindah hari ni
dan aku terpecahkan dinding dengan perabutku.
Ada pintu kat situ. Aku rasa dulu keduanya adalah satu unit.
Aku ada banyak barang untuk perkahwinan aku dulu, dan aku belum habis kemas lagi.
- Bagaimana kita boleh jumpa macam ni lagi? - Dulu, ini adalah stor.
- Bila bilik ni disiapkan? - Bilik ni pernah jadi stor?
Oh. Patutlah rasa sejuk dan pelik je.
- Sebab tu la sewanya murah. - Aku tanya bila bilik ni diubah suai?
Mana aku tahu. Aku baru pindah masuk hari ni.
Jadi kau bukan pemilik tempat ni? Kau juga penyewa?
Orang tua ni dah hilang akal ke?
Macam mana dia boleh ubah suai bilik stor dan sewakannya?
Dia tahu tak itu menyalahi undang-undang? Dan dia biarkan pintu tu kat situ macam tu je.
Dia tak boleh buat apa-apa dengan pintu tu sebab dia tak mahu beritahu aku!
Lupakan saja. Halau dia keluar secepat mungkin.
Nanti dulu. Jadi kita dah musnahkan hidup tunang perempuan ini?
Kalau kau jumpa perempuan ni lagi, pusing ke arah lain dan lari.
Kalau dia tahu kau yang hancurkan pernikahannya...
Sungguh menakutkan.
Kita jumpa esok di pejabat hartanah esok.
- Kenapa? - Kita tak boleh tinggal macam ni..
Oh,sebab pintu tu? Memang tak munasabah pun.
- Dia cakap dia akan betulkannya, kan? - Batalkan sewaanmu.
- Kenapa? - Pelik kalau kita terus tinggal macam ni.
Lepas dia tutup pintu tu, semua akan okey. Kita boleh jadi jiran.
Tak okey ke? Bagi aku okey saja. Bukannya kita tak kenal.
Tak selesa sebab kita kenal satu sama lain.
Kau ni...berterus terang sangat.
Aku tak pernah terfikir yang kita boleh jadi biadab macam ni antara kita.
Kau patut balik ke bilikmu.
Kejap. Aku rasa macam situasi ni senang disalah ertikan.
Bila kau tanya aku kalau aku tahu dimana rumahmu
kau nampak benda ni nak jadi ke apa?
Masa tu, aku tak mencari rumah sewa pun.
Jadi bagaimana kau boleh tanya aku begitu? Macam kau tahu benda ni nak jadi?
Tapi aku betul-betul tak tahu di mana kau tinggal.
Bukannya aku jatuh cinta pandang pertama denganmu
cari mana kau tinggal, dan pindah ke sini secara rahsia.
Aku bukanlah orang yang menakutkan macam tu.
Ini betul-betul kebetulan. Aku sangat terkejut.
Aku perlu cari tempat tinggal dengan cepat.
Tukang tilik beritahu aku yang namaku, "Oh Hae Young" sangat lemah.
Jadi dia suruh aku cari rumah ditempat yang mempunyai sebutan yang kasar macam "Pyungchang-dong."
Itulah sebabnya aku disini. Aku harap tak ada salah faham.
Balik ke bilik kau. Kita jumpa esok.
Kenapa kau sibuk dengan siapa aku sewakan rumahku?
Perlukah aku mencari penyewa mengikut citarasamu? Kenapa aku perlu buat begitu?
Oh, kau tak suka perempuan itu?
Aku tak tahu yang ada orang akan pindah masuk. Tempat tu pernah jadi bilik stor.
Pernah jadi bilik stor atau tidak
aku dah ubahsuai tempat tu dan aku mahu sewakannya. Kenapa kau nak menyibuk?
Aku dah dapat kelulusan dengan pejabat daerah.
Aku sms kau banyak kali untuk beritahu yang kau perlu baiki pintu tu.
Tapi kenapa kau tak mahu jawab panggilan ku?
Kau ingat aku akan halau kau keluar, kan?
- Aku akan gunakan bilik tu sebagai stor. - Kau dah hilang akal?
Aku akan bayar deposit dan sewa untuk bilik tu.
Aku dah beri kau menyewa disitu tanpa mengetahui kau siapa.
Aku dah penat dengan kerenah keluargamu.
Lelaki itu pernah tinggal dirumah itu semasa dia kecil.
Tapi ibunya meminjam duit daripada
tuan rumah untuk menerbitkan filem, dan filemnya gagal.
Tuan rumah hilang segalanya dan membeli rumah itu dalam lelongan.
Disebabkan dia sangat memerlukan duit
dia menyewakan tingkat 1 & 2 serta bilik stor itu secara berasingan.
Dan disebabkan dia membesar dalam rumah itu, dia mahu menyewa di situ.
Sekurang-kurangnya, ibunya sangat cantik. Macam saya.
Ms. Kim, tolong telefon kontraktor ubahsuai untuknya.
- Telefon mereka dan pastikan pintu itu ditutup. - Baik.
Kau tunggu nanti kontrak sewaanmu tamat. Budak biadap.
Nak gila aku dibuatnya.
- Berapa banyak depositnya? - Kenapa?
Aku akan bayar deposit dan kos berpindah.
Kenapa nak susah-sudah? Dia cakap akan tutup pintu terus.
Kau begitu tak suka ada jiran? Atau sebab aku jiranmu?
Aku akan bayar dua kali ganda depositnya.
Pindah ke tempat lagi besar. Kau ada banyak barang.
Aku ingat kau suruh aku teruskan hidup. Walau bagaimana sakit pun.
Cepat sekali kau berubah.
Aku terfikir-fikir sebabnya. Kenapa kau berusaha nak halau aku dari situ?
Kau perempuan dan aku lelaki.
- Jadi? Takut kita akan tidur bersama? - Hey!
Aku nampak macam perempuan yang susah dilepaskan selepas tidur dengan mana-mana lelaki?
Kau mesti fikir yang aku ni si bodoh yang berjalan ke sana ke mari sambil mennagis
lepas batalkan perkahwinannya.
Betul. Aku memang bodoh.
Aku obses dengan cinta pertamaku dan susah dilepaskan.
Kalau kau takut denganku, kau pindah saja keluar.
Aku beritahu kau apa yang aku lalui kerana
aku fikir yang aku tak akan jumpa kau lagi.
Kalau ada orang lain yang tahu pasal perkara tu, aku tahu kau yang beritahu mereka.
Kalau kau bercerita dan tiba-tiba ditikam dari belakang
anggap saja itu aku.
Lelaki gila.
Kenapa kau alihkan perabot pagi-pagi begini? Park Do Kyung!
Tuan rumah ubahsuai bilik stor dan sewakannya.
Dia nak kosongkan tempat ni sedikit demi sedikit.
Mak dah musnahkan hidup tuan rumah. Dia mesti perlukan duit.
Aku patut pukul orang baru tu.
Pergi jumpa dia dalam keadaan macam ni supaya dia lari dari sini.
Sebelum dia muncul dalam bilik tu pun, aku dah nampak sebelum ianya terjadi!
Aku tak pasti ia akan terjadi. Cuma ianya muncul dalam fikiranku.
Aku dapat lihat dengan jelas dalam kepala ku.
Macam aku boleh ramal masa depan. Aku boleh lihat apa yang akan terjadi.
Kalau kau fikir aku gila, beritahu aku sejujurnya.
Orang yang hilang akal selalu menafikannya.
Aku akan mengaku. Perkara ni mustahil kecuali aku sudah gila.
Berapa jam selalunya kau dapat tidur?
Orang yang tak cukup tidur
biasanya akan mula dapat khayalan begini.
Cuba untuk tidur sekurangnya 7 jam setiap malam.
Kemudian kita tengok samada kau masih dapat simptom begini lagi.
Sekejap lagi, kau akan terkejut.
Aish!
En. Park Do Kyung! En. Park!
Kau tidak gila. Keputusan ujian menunjukkan kau normal.
Kami dapat agak bila kami bercakap dengan pesakit.
Kau normal. Kau cakap kau dapat melihat tentang seorang wanita, kan?
Mari kita bercakap pasal wanita ini.
Mari kita sama-sama fikir kenapa dia selalu muncul.
Kau tidak gila! Mesti ada sesuatu yang terjadi!
Di Pagar Selatan Seoul. Di atas tingkat 3 sebuah kedai.
Di tingkat atas bangunan SH dengan pemandangan sungai Hangang. Jam 2:00 p.m.
Kenapa kau lambat sangat?
Sudah lama aku menunggu.
- Boleh aku tanya satu soalan? - Sekarang, apa pula?
Katakan aku berpindah sebagai jiran sebelah rumahmu.
Adakah kau akan marah-marah dan menghalau aku keluar? Aku teruk sangat ke?
Lelaki tu kacak?
- Bergantung... - Untuk lelaki kacak, boleh jadi.
Kerana kecantikan itu perkara subjektif.
- Standardnya diset ke diri sendiri. - Ketua kumpulan. Tolonglah.
Ramai yang cakap aku cantik.
Tengok budak-budak ni ketawa. Kau orang pun bukannya lebih cantik daripadaku.
Dia datang!
Hey. Aku rabun dekat disebabkan umurku, jadi aku tak boleh baca dengan baik.
Aku dah berusaha untuk menghabiskannya.
Aku tak suka skripnya.
Tak boleh kau jadikannya lebih bijak dan tak terlalu mendalam?
Kau sangat bijak! Tulis seperti dirimu. Seperti dirimu sendiri!
Jangan cuba jadi cool .
Translator info: Parodi sebuah drama popular
Kau fikir kenapa aku ambil kau bekerja dengan aku?
Ianya kerana kebijaksanaan dalamanmu.
Aku nak kau keluarkannya.
Kenapa kau cuba menghilangkan kebijaksanaan mu itu?
Tapi ianya sebuah filem.
Ada sesuatu yang kau tak tahu.
Kalau sebuah filem itu bijak, ianya akan menjadi karya agung.
Kau ada masa tak? Aku nak bercakap dengan kau.
Hey, Park Do Kyung! Aku bercakap dengan kau ni!
Hey. Kenapa kau tak pedulikan aku? Do Kyung!
Park Do Kyung! Do Kyung!
Hey! Park Do Kyung! Kejam sungguh...
Hai.
Dia mesti perlukan duit lagi.
Dia senang-senang cuba dapatkan duit daripada anaknya yang bekerja siang malam.
Ada orang dilahirkan untuk mencari duit sementara orang lain yang habiskannya.
Betul-betul macam mereka berdua.
Aku berharap samada aku boleh mencari atau menghabiskannya.
Aku pun sama.
Tak boleh kalau ditutup sebelah sini saja?
Mana boleh?!
Kita kena alihkan bingkai ini dan semen dikedua-dua belah.
Dia tiada di rumah?
Helo? Ada orang di rumah?
Ini aku. Boleh beri nombor telefon Park Do Kyung pada aku?
Alah, penerbit bunyi filem itu? Yang langgar hidungku tempoh hari.
Cepat. Aku ceritakan kemudian.
- Kenapa tak nak jawab? - Abang kau punya.
Panggilan daripada siapa?
Nombor yang tak disimpan.
Tolonglah angkat telefon.
Sila tinggalkan pesanan...
Kenapa tak telefon kejap lagi saja? Aku tengah sibuk ni!
Helo? Ini telefon Pengarah Park Do Kyung.
Dia tiada di sini sekarang. Aku boleh sampaikan pesanan. Siapa di sana?
Baiklah.
- Siapa? - Oh Hae Young?
Kenapa?
Kenapa? Siapa dia?
Perempuan yang hampir kahwini Do Kyung. Dia menghilang pada hari pernikahan.
Terkejut aku.
Dia mesti dah hilang akal. Dia telefon tanpa rasa malu!
- Mereka dating semula? - Tak mungkin! Kau gila?
Orang bodoh yang sungguh mengagumkan.
- Bagi aku - Jangan. Jangan.
- Beri pada aku! - Bukan aku! Bukan aku yang berikan pada kau.
- Helo? - Ya, helo.
- Dah lama tak jumpa. Ini aku, Hoon. - Siapa?
Jangan macam tu. Bagaiman kau boleh lupa aku sebegitu cepat?
- Siapa kau? - Park Hoon. Adik Park Do Kyung.
- Jadi? - Jangan telefon abangku lagi.
Kau mesti ingat abang aku ni jenis yang senang. Kau boleh fikir begitu.
Tapi aku dan kakakku akan hancurkan kau, perempuan jahat!
Kau ingat kau tu bagus sangat? Kau perempuan jahat!
Kau jenis perempuan yang lelaki paling benci! Tahu tak?
No comments yet. Be the first to leave one.