Voice

Voice (보이스)

Download Malay Subtitle

Season 4

Release info

보이스-S04-Voice-S04-E01-NEXT-VIU
A Commentary by Anangkaswandi
Bantu Up

Tags

other
Published on: 2021-06-19
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 188 lines.

Jalan-jalan di Myeongdong...

dipenuhi dengan keluarga yang keluar menikmati...

suasana Krismas.

Lagi 10 minit, perkhidmatan gereja yang meraikan kelahiran Jesus...

dijadualkan bermula pada tengah malam.

Bum Tae.

Kenapa awak buat begini?

Okey, okey.

Datuk minta maaf.

Diam, orang tua dungu!

Berhenti bercakap dan makan najis ayam itu!

Kasihan cucuku sayang...

Adakah awak buat begini kerana kami tidak belikan telefon baru?

Nenek awak yang bersalah.

Tolong tukar fikiran awak dan berhenti buat begini.

Datuk dan nenek minta maaf.

Awak patut tinggalkan saya seperti apa...

yang ibu ayah lakukan.

Kenapa saya perlu hidup...

di rumah buruk ini dan menjalani kehidupan begini?

Letak muka awak di sini.. - Tidak!

Oh Tuhan, sayang!

Tolonglah, Bum Tae.

Dungu. Apa awak buat ini?

Apa awak cuba lakukan ini?

Hentikannya, Bum Tae.

Apa yang awak buat ini?

Apa yang awak buat ini?

Oh Tuhan. Sayang.

Sayang.

Saya sudah ambil gambar.

Sekarang, padam semua yang awak ada.

Apa semua ini, Bum Tae?

Kenapa awak tidak balas?

Bum Tae.

Bum Tae.

Siapa awak? Bum Tae.

Bum Tae!

Hei. - Bum Tae.

Bum Tae. - Bum Tae!

Bum Tae.

Awak mahu berterima kasih, bukan?

Saya sudah bunuh cucu raksasa awak.

Apa yang awak lakukan kepada Bum Tae?

Siapa awak?

Cucu saya.

Kembalikan dia!

Bukan awak yang memilih untuk hidup bersama dia.

Hidup bersama hanya kerana benda yang remeh.

Bukankah ia sangat menjijikkan?

44 tahun... - Pembunuh langgar lari itu...

Mangsa itu... - Di bawah umur...

Dia tidak masuk penjara.

Kenapa ini dianggap sebagai takdir?

Menyebabkan pembunuhan. - Seorang lelaki yang berterusan...

mencabul anaknya yang masih remaja telah dibebaskan.

Pengarah Kang, bantuan sedang dalam perjalanan.

Apa kata awak tunggu dahulu?

Tidak. Saya kena cari Ketua Pasukan Do sekarang.

Ketua Pasukan Do.

Ketua Pasukan Do.

Ketua Pasukan Do!

Jangan bergerak.

Jangan bergerak!

Siapa awak?

Kenapa muka awak seperti saya?

Awak tidak bosan dengan...

suara yang merayu untuk meminta bantuan?

Saya dan awak.

Kita ada kelebihan yang sangat luar biasa.

Apa yang awak cakap ini?

Jangan bergerak.

Jangan bergerak.

Mimpi yang sama.

Sejak saya dapat e-mel itu,

saya asyik bermimpi buruk tentang seseorang...

berwajah seperti saya melakukan pembunuhan.

Kalau saya tidak menjadi tebusan pada hari itu,

adakah Ketua Pasukan Do tidak akan mati?

(Saya guna pendengaran saya untuk membunuh...

Kalau ini hanya gurauan,

penghantar tahu terlalu banyak tentang pendengaran saya.

Tiada siapa dari Pasukan Masa Emas...

dan mendiang Bang Je Soo tahu tentang ini.

Tidak.

Tekaan mereka kebetulan betul kerana saya profiler suara.

Ini bukan e-mel ugutan pertama yang saya terima.

Jangan terlalu memikirkannya.

Banyak benda telah berlaku kepada saya dan Pasukan Masa Emas...

pada 2019.

Kami telah menjejaki...

pemilik Bida Fabre, penjenayah siber yang kejam...

yang dilahirkan dari diskriminasi dan kebencian.

Lelaki itu ialah Kaneki Masayuki.

Ketua Pasukan Do mengetahui yang...

Kaneki ialah abangnya, Woo Jong Woo,

dia dan abangnya membunuh lelaki yang dia sangka ayah mereka.

Untuk membalas dendam,

dia pergi mencari Kaneki.

Saya mengekori dia, dan Kaneki telah menjadikan saya tebusan,

menggunakan saya untuk bangkitkan naluri pembunuh Ketua Pasukan Do.

Hidup seperti mana yang awak mahu.

Tapi untuk menghukum abangnya sendiri, Ketua Pasukan Do...

telah membunuh Kaneki.

Pasukan SWAT telah mendapat...

maklumat salah mengatakan Ketua Do mempunyai senjata,

dan mereka menembak dia.

Akhirnya, dia mati.

Tapi...

pada hari itu saya telah sedar, ada lagi satu kebenaran.

Orang akan cakap... - Ketua Pasukan Do...

telah merancang untuk mati,

dan dia mahu saya serta pasukan...

mengingati dia sebagai raksasa agar kami tidak terluka.

Apabila memikirkan saya tidak dapat menyelamatkan dia...

menyebabkan saya menderita fizikal dan mental buat seketika.

Saya kehilangan Jin Seo Yul...

yang telah dipindahkan ke Pasukan Siasatan Siber Sungwoon.

Mari kita minum! - Tapi sekarang Park Joong Ki...

yang mengetahui tentang kebolehan saya, mengetuai Pasukan Penyiasatan.

Detektif Gu Kwang Soo dan Ejen Park Eun Soo...

sedang lakukan terbaik untuk menggerakkan Pasukan Masa Emas.

Untuk hubungi seorang pemanggil... - Sekarang kita ada kes.

Hanya satu saat lebih awal...

dan menegakkan barisan hadapan. - Mereka sedang keluar!

Ini yang Pasukan Masa Emas kena lakukan.

Kang Kwon Joo bercakap.

Awak minta alamat IP e-mel ugutan itu, bukan?

Kami sudah ada keputusannya.

Ia berasal dari Jilin, China, dan dihantar melalui VPN.

Selalunya ia digunakan untuk pemalsuan suara.

Saya rasa maklumat peribadi awak telah terbocor,

jadi ada orang gunakannya untuk hantar e-mel palsu itu.

Baik. Baguslah begitu. Terima kasih.

Adakah hanya pemalsuan suara?

"Anugerah Kecemerlangan. Inspektor Kang Kwon Joo."

"Dengan rasa kewajipan yang luar biasa,"

"nama di atas telah menjalankan tugas dengan setia..."

"dan menyelesaikan kes-kes penting dengan tindakan pantas."

"Dia mainkan peranan besar dalam menegakkan hukuman dan tatatertib,"

"dan pasukannya adalah yang terbaik."

Sudah selesai.

Populariti pasukan awak semakin melonjak.

Semua orang mahukan awak.

Berehatlah selama 10 hari...

dan pergi ke tempat mewah. Okey?

Terima kasih di atas kerja keras awak.

Terima kasih. - Kerja yang bagus.

Kerja yang bagus.

Apa itu?

Oh Tuhan. Hentikannya. - Tahniah!

Satu penghormatan dapat bekerja dengan awak.

Ini dari kami.

Terima kasih. Awak semua yang bekerja keras di pusat.

Saya tidak akan melupakannya. Terima kasih.

Terima kasih atas segala-galanya. - Terima kasih.

Terima kasih. - Tidak. Terima kasih.

Pergi sambung kerja. - Betul cakap dia.

Kami sayang awak. - Kami akan naik sekarang.

Ayuh, Pasukan Masa! - Kami akan datang melawat!

Selamat tinggal!

Oh Tuhan. Siapa sangka hari ini akan tiba?

Pelantikan kita telah selesai dan kita mendapat anugerah.

Kita patut keluar makan bersama.

Baiklah. Saya akan belanja.

Mari. - Mari.

Puan. Tunggu sekejap. - Ya?

Ada apa?

Sebenarnya,

saya telah menghantar pertanyaan di forum Ibu Pejabat...

untuk menyiasat kes berkaitan dengan e-mel ugutan Manusia Sarkas,

dan saya dengar sesuatu...

dari kenalan saya di Balai Rondaan Bandar Yangyeong.

Manusia Sarkas itu...

cakap...

dia boleh dengar...

benda yang orang lain tidak boleh dengar.

Dia boleh dengar.

Dia cakap orang itu ialah Manusia Sarkas?

Ya. Tambahan lagi, dia cakap pendengaran perempuan itu bagus.

E-mel yang awak terima dari Manusia Sarkas pada 24 hari bulan,

apa lagi yang ia tulis selain dari...

"25, di mana kambing biri-biri tidur selamanya"?

Jambul Merah.

Tunggu.

Di mana kambing biri-biri tidur selamanya.

Itu ialah makna nama Yangyoeng.

Jadi, jambul merah...

More Malay subtitles for Voice

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left