The first 200 lines.
Tentang usul yang kita bincangkan tadi. Kami berharap kali ini ia akan dapat diluluskan.
Seperti yang dijanjikan, ini ialah luahan hati saya yang ketiga.
Bagi awak pula, ini ialah peluang terakhir.
Saya amat berharap yang awak akan datang, No Min Yeong.
Mari kita pergi, Wakil Rakyat No.
Tunggu, saya perlu pergi ke satu tempat.
Ke mana?
Aku akan memberikan kau 5 minit lagi. 5 minit saja.
Ajussi, berapa lama lagi kita akan sampai?
Kalau tiada kesesakan lalu lintas--
Tiada adab langsung. Orang seperti ini perlu diajar barulah dia akan tahu.
Betul tak, cik?
- Ya. - Kan?
Ajussi, saya nak ke kanan.
Adakah ia satu kebetulan?
Macam mana orang muda seperti kamu memandu?
Dari mana kamu belajar memandu?
Apa kamu fikir dengan memandu sebegitu?
Dia masih ada lagikah di situ?
Berhenti.
Macam mana kalau ada budak terjatuh di sini?
Siapa orang yang bertanggungjawab di sini?
Jangan pergi.
Berpatah balik sekarang.
Jangan pergi ke sisi Gim Su Yeong.
Terasa dunia ini bagaikan sedang berusaha untuk menghalang kami daripada bersama.
Tapi mengapa aku masih lagi mahu berlari ke sisinya?
Gim Su-- Encik Gim. Encik Gim, tunggu sekejap.
Tempoh masa sudah tamat. Habis, awak disingkirkan.
Awak sudah terlepas peluang, No Min Yeong.
Tambahan pula, demi lelaki yang lokek dan kedekut ini.
Awak cedera?
Lepaskan saya. Kan awak kata tadi yang saya disingkirkan dan saya sudah terlepas peluang?
Maksud saya adalah--
Awak fikir macam mana perasaan saya sepanjang menunggu awak tadi?
Walaupun baru 30 minit berlalu,
tapi terasa bagaikan 30 jam. Sebab itulah saya naik marah.
Jadi... sebab itulah saya buat perangai begini.
Kalau ya pun, mana boleh awak mengalah begitu saja?
Walaupun dah terlebih tempoh masa,
tetap ada peluang istimewa, kemasukan khas, masa tambahan dan lain-lain.
Awak boleh menggunakan semua itu.
Kelakar betul.
Apa?
Kenapa awak tidak menjawab panggilan telefon saya?
Saya tertinggal ia di dalam kereta.
Ia dinamakan telefon bimbit kerana ia sentiasa dibawa ke mana-mana.
Kalau tidak, buat apa ia dipanggil telefon bimbit?
Awak tahu tak apa yang saya tempuhi untuk datang ke sini?
Saya terjatuh dan tersungkur. Lutut, kaki dan punggung saya semuanya sudah calar dan lebam.
Segalanya serba tak kena. Seolah-olah dunia ini cuba memberitahu saya,
"Adakah awak gila? Jangan pergi".
Ia cuba menghentikan saya dengan pelbagai cara. Namun, saya tetap datang.
Tapi apa? Habis? Saya disingkirkan? Dan macam-macam lagi?
Saya... yang bersalah.
Sudah tentulah.
Mari duduk di sana dulu.
- Saya akan kembali segera. 5 minit saja. Awak tunggu di sini. - Apa-apa sajalah.
Tunggu ya. Awak takkan dapat lari jauh pun dengan keadaan awak yang begitu. Kerana saya akan segera mengejar awak.
Tunggu saya di sana, faham?
Betulkah tindakan aku?
Macam mana aku nak menipu orang lain?
Tumpukan perhatian.
Diri aku. Fikirkan tentang apa yang aku inginkan.
'Carpe Diem'. Bawa bertenang dan teruskan.
Aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Jadi aku hanya akan memikirkan tentang diri aku sendiri.
'Carpe Diem. Repello Muggletum.'
Bukankah itu jampi sihir Harry Potter?
Sihir untuk memberikan kuasa buat 'muggle', betul tak?
Saya belajar daripada Bo Ri.
Awak ni tahu saja semua perkara.
Saya tahulah sikit-sikit.
Jampi sihir itu amat sepadan sekali dengan hubungan cinta rahsia kita ini.
Ya.
Saya boleh buat sendiri.
Jangan bergerak.
Jangan buat begitu.
Awak akan rasa sedikit sakit.
Tahniah, No Min Yeong.
Untuk apa?
Kerana tidak kehilangan saya.
Walaupun awak lewat sampai, tapi saya berasa gembira.
Tak tahulah sampai bila, tapi ini hanyalah satu hubungan eksperimen saja.
Samalah sepertimana walaupun satu akta telah diluluskan, namun ia masih boleh dimansuhkan.
Bermakna kita masih belum tahu sama ada ia akan membawa hasil ataupun tidak.
Baiklah. Kalau begitu, mari kita mulakan hubungan eksperimen rahsia secara belakang-belakang ini.
Saya yang tidak menyukai politik belakang-belakang kini tanpa disangka-sangka akan bercinta secara rahsia.
Baiklah. Belakang-belakang, hubungan eksperimen rahsia.
Mari kita mulakan.
Tapi adakah mereka yang telah bersetuju untuk bercinta yang akan berjabat tangan?
Tabiat pekerjaan nampaknya.
Yalah, tabiat pekerjaan.
Apa kata kita pergi?
Sakit sangatkah?
Saya tak apa-apa.
Naiklah.
Awak dah gilakah? Mana ada wanita yang akan membiarkan lelaki yang baru bercinta dengannya untuk menggendongnya?
Taklah, saya cuma mahu menggendong awak kerana awak sakit.
Lagipun, kalau awak tak benarkan saya menggendong awak sekarang, jadi adakah esok saya boleh melakukannya?
Tidak, saya boleh berjalan.
Kalau begitu lusa baru saya boleh menggendong awak?
Saya masih boleh berjalan.
Berapa kilo?
Berapa kilo?
Di mana awak letakkan kereta sehingga kita perlu berjalan sehingga beberapa kilometer?
Bukan, berat badan awak.
Sederhana saja.
Awak lebih berat daripada yang saya sangkakan.
Saya sedang berada di medan pertempuran sekarang.
Kalau begitu, bermakna awak masih mahu menambahkan berat badan lagi?
Berat badan seseorang patut berada antara 50-60 kg barulah boleh dianggap sebagai berat badan yang sesuai.
Yakah? Mungkin betul juga.
Alamak!
Awak tahu tak apa yang saya tempuhi untuk datang ke sini?
Saya terjatuh dan tersungkur.
Lutut, kaki dan punggung saya semuanya sudah calar dan lebam.
Segalanya serba tak kena.
Seolah-olah dunia ini cuba memberitahu saya, "Adakah awak gila? Jangan pergi".
Ia cuba menghentikan saya dengan pelbagai cara. Namun, saya tetap datang.
Semua itu hanyalah kebetulan.
Jangan terpedaya dengan kepercayaan karut seperti itu.
Tapi apa patut aku buat dengan ini?
Padahal aku merancang untuk memberikannya kepada No Min Yeong sebagai hadiah kerana dia telah menerima cinta aku.
Comot betul kamu makan.
Kenapa?
Kebelakangan ini kamu asyik kelihatan tertekan,
tapi kenapa tiba-tiba kamu kelihatan begitu gembira pula? Menakutkan betul.
Makcik, saya fikir saya ini tiada jantina.
Bukan seorang wanita mahupun seorang lelaki. Tapi sekadar seorang ahli politik.
Tapi saya ialah seorang wanita dan saya gembira menjadi seorang wanita.
Nampaknya kamu bermimpi indah malam tadi.
Apapun, kalau kamu gembira, makcik juga gembira.
- Biar makcik ambilkan lagi. - Berselera betul kamu makan, Bo Ri.
Kenapa kamu tak menyertai kami, Pembantu Song?
Pakcik.
Bo Ri.
Awak baru habis kerja? Nampaknya begitulah.
Saya ada mesyuarat tadi. Rasanya ada sesuatu
yang perlu saya buat berkaitan mesyuarat itu.
Apa dia ya?
Apa halnya dia sekejap begitu sekejap begini?
Eonni.
Betulkah apa yang saya lakukan ini?
Tak bolehkah eonni beritahu saya sama ada ia betul atau tidak?
Awak bukannya sedang menyesali keputusan awak tadi, bukan?
Menyesal adalah tidak dibenarkan.
Dia macam hantu.
Kenapa dia tak membalas pesanan aku?
Adakah pesanan aku sampai kepadanya?
Memang sampai.
Yalah.
Yalah? Yalah?
Apa ini?
Kenapa dia begitu tak ikhlas?
Susah sangatkah untuk dia sertakan emotikon sekali?
Apapun, ia bermakna dia tidak menyesalinya.
An Hui Seon?
Saya tiada tempat nak dituju.
Ayah memarahi saya dan memanggil saya si bodoh.
Kesimpulannya, kini saya sedang melarikan diri dari rumah.
Saya kenakan sewa untuk tempat tinggal.
Cinta sehingga tahap mana
baru akan mula dipanggil sebagai satu obsesi?
Adakalanya ia menakutkan.
Apa yang awak cuba sampaikan?
Bukankah cinta itu adalah dengan melepaskan seseorang sekiranya mereka bahagia?
Bukankah cinta itu adalah dengan melepaskan seseorang sekiranya mereka bahagia?
Kelakar betul.
Bagi ibu bapa pun, walaupun anak mereka memberitahu yang mereka bahagia...
mereka tetap takkan melepaskan anak mereka begitu saja dan akan terus mencampuri urusan anak itu.
Apa yang bahagianya dia sehingga awak perlu melepaskan dia?
Bagi saya, cinta itu...
bukan sekadar memberi saja bahkan turut termasuk menerima sesuatu sebagai imbalannya.
Pada mulanya saya akan memberikan segala-galanya tapi kemudian saya akan memastikan yang saya akan mendapat imbalan yang sewajarnya.
Tidurlah.
Saya boleh tidur di sofa ini, bukan?
Tidak berapa lama dulu, Wakil Rakyat Mun Bong Sik datang ke sini semasa dia mabuk dan dia juga tidur di situ.
Lebih baik saya tidur di lantai saja.
Tidurlah di katil saya.
Saya baru saja menukar cadar tadi.
Hari ini awak tak perlulah pergi ke tempat sauna.
Saya takkan menyentuh awak.
Betul.
Saya buat begini kerana saya kesepian.
Kalau begitu tidurlah dengan lampu terpasang.
Saya dah kalah.
Esok pasti saya akan kalah teruk pada seonbae Su Yeong apabila saya pergi berjumpanya nanti.
Keyakinan diri saya amat rendah sekarang.
Mari, mari, mari.
Tengoklah, sekarang sudah pukul berapa?
Hyeong, bangun.
Aku terlupa menukar kata laluan lagi.
Kalau hyeong menukarnya pun, semuanya kata laluan yang berkaitan dengan hyeong.
Tarikh hari jadi, nombor pengenalan, saiz baju dan lain-lain.
Hari ini... berapa hari bulan?
Ini bukan mimpi. Ini memang nyata, betul tak?
Ini bukannya dunia selari di mana
aku berada di dunia yang berbeza daripada dunia di mana aku berada semalam, bukan?
aku berada di dunia yang berbeza daripada dunia di mana aku berada semalam, bukan?
Ya, ya.
No comments yet. Be the first to leave one.