K.O.

K.O.

Download Malay Subtitle

Release info

K O
A Commentary by helminuri

Tags

webdl
Published on: 2025-06-14
Downloads: 88
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dia nak tunjuk yang dia hebat.

Dia nak tunjuk kononnya dia yang berkuasa.

Dia mesti menang. Bastien tiada pilihan lain.

Sama ada KO atau mengalah.

Apa-apa pun, dia mesti bermati-matian.

Kita berada di minit terakhir pusingan ketiga.

Pertarungan belum tamat.

Dia mesti serang dan kawal gelanggang.

Itu dia! Tendang! Tumbukan pantas! Saling berbalas.

Pencabar, Bastien, ditumbuk.

Kedua-duanya mengasak pada minit-minit terakhir.

Enzo mesti rampas kejuaraan.

Tengoklah betapa fokusnya Bastien. Pandangan dia membunuh.

Satu lagi tumbukan pantas. Dia sangat fokus.

Lawan habis-habisan.

- Cepat! Kalahkan dia! - Enzo!

- Enzo! - Bangun! Jangan mengalah!

- Enzo! - Ayah!

Enzo!

- Ayah! - Tidak!

Dia tak okey! Panggil doktor! Doktor!

Lepaskan aku!

1986-2023

Apa dia buat di sini?

Jangan, Léo!

Kau nak apa? Berambus!

Maaf, aku betul-betul minta maaf.

Emma, tolonglah…

- Berambuslah, bodoh! - Léo! Berhenti!

- Léo, berhenti! - Tak guna…

Sabar.

- Sabar. - Berambus!

Pergi.

Pergi!

- Pisau? - Apa kau nak daripada Andalou?

- Apa kau buat? - Apa?

Tangkap Andalou!

Kapten Sarkissian, Kapten Alaoui. Apa yang berlaku?

Penduduk setempat dengar bunyi tembakan malam tadi,

tapi kami tak dengar apa-apa.

Kamu dah periksa?

Belum. Kami tunggu puan.

Benoit, dewan besar di bawah.

Kejamnya mereka.

Kita ada Karim Zouhair, Kylian Garbi dan Moussa Ouattara.

Andalou?

Bos mereka?

Dia tiada di sini, tapi mereka bunuh leftenan dan geng dia.

Maksudnya, awak tahu siapa yang bunuh mereka?

- Rasanya. - Tak.

Itu cuma andaian Kapten Alaoui.

Inilah modus operandi mereka.

Inilah gaya geng Manchour.

Alaoui, kau ada bukti? Kami tahu kau kenal mereka.

- Diam! - Kau diam!

- Kaulah diam! - Cukup!

Bukan di sini.

Mereka dah kembali untuk ambil semula tempat ini.

Mereka dah dapat Andalou, okey?

Ya…

Sekejap, Yang Arif.

Okey.

Ini tak boleh jadi.

Yang Arif…

Betul cakap Vasseur.

Macam mana kami nak percaya kalau tiada bukti?

Buat kerja kau. Cari bukti, saksi dan fakta yang kukuh.

Barulah aku boleh tolong kau, okey?

Okey.

Kau memang pandai berdiplomasi.

Ah, diamlah kau!

Dahlah, jom balik.

Aku nak pergi minum.

Maaf, aku dah janji nak jemput anak-anak aku dari sekolah.

Okey, peluk anak kau untuk aku.

Yang seorang lagi?

Peluklah dua-dua sekali.

Okey, balik dulu.

- Helo? - Kenza…

- Kita kena jumpa sekarang. - Kenapa? Ada apa?

Aku nak jumpa kau! Sendirian!

Léo?

Apa dah jadi?

Habislah. Matilah aku kali ini.

Apa kau dah buat?

Andalou dengan geng dia di gudang…

Aku nampak semuanya dan tahu siapa bunuh mereka.

Manchour?

Ya, tapi mereka nampak aku.

Kalau mereka jumpa aku, matilah aku.

Tak guna.

Apa halnya itu?

- Apa jadah? - Aku datang seorang.

Hei!

Aku polis! Tunggu.

- Berhenti! - Tunggu, Léo! Hei!

Léo?

Léo! Dengar dulu!

Hei! Léo!

Hidupkan enjin!

Tak guna.

- Tidak! - Ayah!

Kau, kau,

kau,

kau,

kau, kau

dan kau.

Nah, ini dia. Terima kasih.

Terima kasih, bos.

Emma?

Hai, Bastien.

Puas aku cari kau, tahu?

Jurulatih kau pun tak pasti kau di sini.

Hidup macam pertapa.

Ini cara kau hukum diri sendiri?

Kenapa datang?

Selepas pertarungan itu, aku hilang arah.

Aku sakit.

Aku tak jaga dia.

Aku betul-betul tak sangka.

Apa dah jadi?

Enam bulan lepas, dia pergi jumpa sepupu dia.

Mereka tinggal di Marseille.

Aku dengar dia jual dadah.

Beberapa hari lepas, aku dapat mesej ini.

Ibu, Léo ini. Tolong saya. Saya ada masalah besar.

- Léo! - Tolong selamatkan saya.

Mereka datang!

Aku tak dengar berita sejak itu. Telefon dia mati.

Dah lapor polis?

Mestilah! Kau ingat apa?

Aku terus pergi balai polis. Mereka cakap nak siasat, tapi…

Polis takkan buat apa-apa. Anak aku pengedar dadah kecil-kecilan…

Masalahnya, dah lima hari!

Aku nak kau cari dia.

Ini alamat sepupu dia.

Namanya Hugo. Dia tinggal di bandar Marseille.

Aku yakin dia tahu di mana Léo.

- Emma… - Kau berhutang dengan Léo!

Kau ambil nyawa ayah dia, jadi kau berhutang dengan dia.

Semasa kecil, Léo sakit tenat.

Aku pergi ziarah dan berdoa kepada Mary.

Dia selamatkan anak aku,

jadi tasbih hitam ini akan bantu kau.

Aku akan berdoa dan kau akan bawa balik anak aku.

Okey? Kau akan bawa balik anak aku.

Janji dengan aku.

- Siapa itu? - Siapa itu?

Dia nampak macam gabungan Ghost Rider dengan…

- Dia polis. - Taklah.

Apa khabar, semua?

Siapa nama kau?

Dylan.

Kau tinggal sini?

Aku tinggal dan lahir di sini. Blok B.

Okey, Dylan Blok B. Kau nampak motor itu?

Aku sayang motor itu. Jangan biar sesiapa usik.

Kalau motor itu hilang, siap kau. Faham?

Faham.

- Dia marah. - Dia gila.

Dia memang gila.

Hugo? Léo?

Polis, letak tangan pada dinding.

Tak guna.

Kangkang.

- Apa kau buat di sini? - Cari Léo Prince.

- Aku ingat dia ada di sini. - Kenapa?

Ibu dia risau selepas dapat mesej menakutkan.

Katanya Léo tinggal dengan sepupu dia, Hugo.

Tunggu di sini. Jangan bergerak.

Kau cari apa?

- Jangan bergerak! Pandang dinding. - Okey.

Betulkah kau polis?

Kalau aku bukan polis, kau dah mati.

- Hugo? - Ya, Hugo.

Kasihan. Setengah mati dia kena pukul.

Mereka tangkap, pukul dan pecahkan kepala dia.

Darah merata-rata. Rasanya, dia di hospital.

- Kau nampak semuanya? - Tak! Orang cerita.

Kau tahu hospital mana?

Dia naik ambulans Clairval, bukan?

Taklah, bukan.

Clairval, ya.

Sama-sama!

Kau memang bodoh.

Kenapa kau cari Léo?

Dia informan kau?

Sebab itu mereka cari dia, bukan?

Jawablah!

Aku tak kenal pun kau.

Aku boleh jelaskan.

Jangan kacau aku, okey? Ini urusan polis.

Dah jumpa budak itu?

Belum.

Panggil budak-budak.

Semua sekali!

Macam mana? Andalou dah beritahu lokasi barang itu?

Dia tak nak buka mulut.

Tepilah!

Kau dah lunyai, bukan?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left