The first 142 lines.
Tuanku serius?
Jadi, apa awak akan buat?
Awak tukang kebun yang jaga taman bunga kita, bukan?
Dia begitu licik.
Betapa ironik.
Tak kira betapa saya bekerja keras
dengan pena atau pedang, saya hanya lebih baik daripada biasa.
Tapi, penampilan saya mengatasi orang lain.
Perkara yang kamu betul-betul mahu,
jarang sekali jadi milik kamu.
Saya bergelut dengan hakikat ini dulu,
tapi saya dah faham tugas saya.
Pandangan manis, suara manis.
Saya akan guna apa saja alat saya ada untuk kelebihan saya.
Saya tahu yang
saya hanya budak kecil dalam genggaman Maharaja.
Menjunjung sembah, Tuanku.
Saya akan uruskan istana harem. Saya akan buat apa saja.
Ini satu-satunya cara untuk pilih haluan saya sendiri.
CERITA ASAL OLEH NATSU HYUUGA
RUMAH VERDIGRIS
KISAH INI REKAAN, SEMUA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN,
CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN KEJADIAN DAN PERISTIWA SEBENAR.
Saya tak perlu sebanyak ini, Kakak.
Baik. Ambil ini dan ini.
Ambil ini juga.
Saya tak akan guna gincu.
Jangan mengarut! Awak patut buat diri awak nampak rapi.
Hanya pelacur yang bersiap untuk pergi kerja.
Saya nak campur ubat herba saya, aduh!
Hei, awak dapat kerja bagus di istana.
Awak tak nak jadi seseorang yang layak dengan jawatan itu?
Awak perlu bersyukur dengan apa awak ada.
Kalau tidak, pelanggan terbaik juga akan lari!
Kak Meimei pandai memujuk.
Dia dah cukup berumur untuk bersara sebagai pelacur.
Tapi, dia kekal popular kerana
dia cukup pandai
melayan tetamu dia dengan lagu, catur dan go.
Maomao.
Banyaknya awak bawa!
Kak Pairin, Kak Joka.
Saya lega awak dapat kerja bagus.
Pergi cari banyak duit, okey?
Okey.
Membantu kalau awak boleh bawa tetamu bergaji tinggi.
Cari suami kaya yang baik, okey?
Seseorang yang bersemangat, okey?
Tempat kerja baharu saya, atau lebih tepat,
tempat kerja lama saya adalah istana harem di dalam istana.
Ia dunia wanita sahaja dibina untuk lahirkan anak Maharaja.
Saya sepatutnya hanya orang gaji biasa,
tapi saya tarik perhatian kerana selesaikan kematian bersiri anak Maharaja.
Saya dinaikkan pangkat menjadi pembantu Cik Puan Gyokuyo,
kemudian terlibat dalam pelbagai masalah rumit sebagai perasa makanan.
Banyak perkara berlaku dan saya dipecat daripada jawatan saya.
Saya tak sangka akan bekerja dengan istana semula.
Saya diumpan oleh ulat pokok,
tapi ia mungkin keputusan terburu-buru.
Sudah tentu saya sangat bernasib baik dibanding dengan orang lain.
Saya cuma sedikit risau
tinggalkan Orang Tua untuk tinggal di tempat kerja semula.
Tapi, peraturan lebih longgar daripada dulu,
jadi saya tak akan dianggap "hilang" seperti sebelum ini.
Orang Tua cakap, "Buat apa awak nak," tapi
apa maksud dia?
Saya dah balik.
Banyaknya hadiah awak dapat.
Apa patut saya buat?
Saya pastinya perlukan lesung batu dan buku nota saya.
Saya tak boleh kurangkan seluar dalam.
Maomao.
Mungkin awak tak patut bawa itu.
Kalau awak bawa semua itu walaupun awak bukan doktor,
mereka akan fikir awak sedang rancang pembunuhan dengan racun.
Jangan nampak begitu.
Awak sendiri yang tentukan.
Dah terlambat untuk tarik diri sekarang.
Yakah?
Jika dapat kebenaran dalam kuantiti kecil, ada beberapa benda awak boleh bawa.
Pergi bersiap dan tidur.
Esok hari pertama awak.
Okey.
Apa ini? Dah lama awak tak buat begini.
Saya ingat awak bukan budak kecil lagi.
Rasa sejuk.
Awak tahu saya akan rindukan awak.
Tak apa. Kali ini saya boleh balik bila-bila masa saya nak.
Betul. Balik bila-bila masa, okey?
Saya tak ada mak.
Tapi, saya ada ayah yang baik, nenek yang cerewet
dan ramai kakak yang meriah.
Saya boleh balik bila-bila saya nak.
Maaf buat awak tunggu, Tuan Jinshi.
Sila jaga anak gadis kami.
Kami pastikan dia lembap dan anjal.
Jangan lupa, Maomao.
Saya tahu. Pelanggan bergaji tinggi, bukan?
Baiklah, pergilah!
Pagi yang menyerabutkan.
Baiklah, jom pergi.
Baik.
Berhati-hati.
Saya pergi dulu.
Cantiknya dia!
Saya tak pernah nampak dia di Rumah Verdigris.
Ini salah awak, Tuan Jinshi.
- Mereka semua tengok kita. - Ini sebab awak...
- Apa dia? - Tak ada apa-apa.
Bagus, semua. Boleh kita pergi sekarang?
Baik, tuan!
Apotekari. Bersolek jagat awak macam selalu sementara awak di sini.
Apa?
Baiklah, tuan.
Hei, awak dengar? Pengurus istana harem
beli pelacur dari Rumah Verdigris!
Rumah Verdigris?
Di mana Tiga Puteri itu, bukan?
Rumah Verdigris?
Apa dia buat?
Kita di mana?
- Ini rumah saya. - Kenapa?
Ini tempat kerja baharu awak.
Tuan Gaoshun.
Saya ingat saya akan kembali ke istana harem.
Awak dah pernah berhenti.
Sukar untuk awak kembali.
Awak akan bekerja di luar istana kali ini.
Luar istana?
Ya.
Istana harem yang awak bekerja sebelum ini ialah dalam istana.
Luar istana cuma di luar istana harem.
Ia menempatkan banyak pejabat kerajaan. Saya akan tunjukkan nanti.
Selamat pulang. Awak pasti sejuk.
Saya pembantu, Suiren.
Awak pasti Xiaomao.
Ya, puan.
Xiaomao?
Ada bangunan berasingan untuk pejabat dan tempat tinggal.
Di sebelah sini ialah bilik Tuan Muda.
Tuan Muda?
Awak mungkin okey.
No comments yet. Be the first to leave one.