The first 200 lines.
Selamat datang.
Selamat datang ke Ireland.
Nama saya Tony Reilly.
Saya sudah mati.
Mereka kata...
kalau orang Ireland mati ketika bercerita...
jangan risau, dia pasti akan kembali.
Pada suatu ketika di Ireland...
ada dua ladang.
Ladang Muldoon di mana Rosemary tinggal...
bersama maknya, Aoife...
dan ayahnya, Chris, yang berperang dengan gagak.
Di hujung jalan pula...
tanah di atas bukit yang anda lihat ialah ladang saya...
di mana isteri saya, Mary sedang menyanyi keriangan.
Semua bunga di gunung.
Adakah awak akan pergi?
Di tingkat atas...
anak saya, Anthony...
mengajukan soalan sepinya tentang bintang.
Alam semula jadi...
kenapa awak buat saya begitu?
Jawapan sebenar mungkin di hujung jalan.
Si kecil Rosemary Muldoon...
Anthony.
penuh dengan cinta.
Anthony!
Fiona!
Lihat hidung awak, awak seperti badut.
Kenapa?
Chrissy.
Kita ada masalah.
Anthony tolak Rosemary.
- Kenapa? - Sebab Rosemary kejar Fiona.
Rosemary? Apa masalahnya?
Saya tiada tujuan.
Saya hanya seorang perempuan.
Dunia ini penuh dengannya.
Kamu bukan hanya seorang perempuan.
Kamu seorang permaisuri.
Permaisuri jenis apa?
Ini kepunyaan mak ayah.
Ia penuh dengan angsa.
Kamu pula, Rosemary...
untuk yang baik mahupun buruk...
kamu ialah Angsa Putih.
Apakah maksudnya menjadi Angsa Putih?
Ia bermaksud...
tiada sesiapa boleh halang kamu.
Dunia ini kamu yang punya.
Kamu boleh buat...
apa-apa saja.
Lihat cuaca yang mendatang.
Ia mengingatkan saya pada malam kita kebumikan Chris Muldoon.
Bukan selalu Muldoon meninggalkan keluarga Reilly.
Dua pagar untuk dibuka dan langit yang dipenuhi hujan.
Kamu patut biarkan pagar terbuka.
Ia pagar Muldoon dan mereka suka ia ditutup.
Saya tak percaya ayah ambil ham janda.
- Ayah tak malu? - Dia yang berikan!
Cepat!
Ayah nak cepat?
Kenapa ayah tak buka pagar?
Hujan tak lebat mana pun.
Turunlah, Flossie.
Lihatlah kamu, anjing pun kamu tak suka.
Tengoklah keadaan dapur ini.
Mak kamu akan mati lagi kalau dia lihat keadaan rumah ini.
Mereka akan anggap kita perayau. Macam mana rupa saya?
Menakutkan. Di mana paip ayah?
Di atas dan ayah takkan dapat.
- Lihatlah saya, seperti bagder . - Ayah sejuk.
Kenapa kamu biarkan dapur terbuka?
Kamu mahu bakar rumah ini?
Perlukah keluarga Muldoon dijemput?
Tak cukupkah dengan pengebumian saja?
Ayah begitu pentingkan diri?
Oh, Tuhan.
Kamu patut lihat asap itu.
Saya tak percaya Chris Muldoon dah mati.
Siapa yang akan bunuh gagak?
Betul, Chris Muldoon gemar menembak gagak.
Dia seolah-olah menembak langit dengan pistol itu.
Dalam perjalanan!
Hentikan.
Apa yang kelakar?
- Awak baik-baik saja, Aoife? - Tak langsung. Saya sangat sedih.
Tutup pintu malam ini.
Aoife, mari. Duduk sebelah api.
Tidak mampu duduk bawah lagi.
Kaki saya sakit.
Awak ketawa?
- Ya. - Taklah.
- Tentang apa? - Awak mahu minum stout?
- Dalam botol atau tin? - Botol.
Terima kasih saja. Botol rasa seperti kaca.
- Kaca ada rasa? - Ya, kaca rasa seperti gigi.
Oh ya, rasa kaca.
Ya, saya tahu rasanya.
- Ayah tahu rasa kaca? - Ayah tahu.
Ayah tak tahu.
Jadi awak tak mahu minum stout.
Baiklah, saya buatkan teh?
Asap apa itu?
Cerobong asap dah tersumbat.
Saya punya lebih teruk.
Susah untuk bernafas.
Lihatlah dia, dia akan mati dalam setahun.
Saya tak kisah.
Cuma keberatan meninggalkan Rosemary...
dia baru saja kehilangan ayahnya.
Awak nampak elok saja.
Buah pun nampak elok walaupun ada ulat di dalamnya.
Ayah pula macam mana?
Ayah akan mati menjelang Krismas.
Janganlah.
- Di mana Rosemary? - Di luar.
Dalam hujan?
Dia takkan merokok di depan saya...
dan dia kerap merokok, jadi saya tak pernah melihatnya.
Itulah dia. Degil.
Dia betul-betul di luar sana.
Ya. Merokok.
Dia boleh terkena pneumonia.
Dia tak betul, jadi dia takkan jatuh sakit.
Tak betul? Tak pernah perasan pula.
Itu kerana awak tak pernah perasan apa-apa, Anthony.
Awak dikenali di seluruh Ireland disebabkan itu.
Dikenali, konon...
Tony, awak dah serahkan ladang kepada Anthony?
Apa?
Awak tanya dia begitu saja?
Saya ingatkan malam ini awak dah mula uruskan.
Ya.
Atau awak mahu dia uruskan semuanya sendiri?
Pada siapa lagi dia mahu serahkan?
Pasti yang lain sudah melarikan diri.
Saya belum buat keputusan lagi.
Ayah belum?
Saya sangka Chris Muldoon dah buat perancangan.
Apa yang ditinggalkannya, dia serahkan kepada saya.
Seperti yang sepatutnya.
Cuma rancangan untuk Rosemary yang saya fikirkan sekarang.
Apa maksudnya ayah tak pasti ladang patut diserahkan kepada saya?
- Ayah tak nampak masa depan cerah. - Maksud ayah?
- Ayah tak rasa kamu mampu. - Biar betul?
Ayah terpaksa cakap.
Rupa kamu tak betul.
Kamu bukan diri kamu yang asal.
Kamu nampak lebih seperti Kelly daripada Reilly.
Memang benar, rupa awak seperti Kelly.
- Rupa saya? - Dia suka memancing.
Begitulah rupa keluarga Kelly.
John Kelly anggap dirinya ikan.
Nama saya Reilly. Saya ahli keluarga Reilly.
Tidak, kamu seorang Kelly!
Kamu iras John Kelly...
dan lelaki itu mental.
Bunuh dirinya...
di Terusan Diraja.
- Dia terjatuh. - Terdapat batu terikat di lehernya.
Saya bukan seorang Kelly!
Kamu bukan seorang peladang.
Sudahlah, Tony.
Bukannya boleh jadi peladang dengan berdiri di atas tanah saja.
Seperti yang ayah lakukan.
Sehingga mak meninggal.
Kamu lebih sanggup membaca majalah dungu ini.
Bertenang.
Jangan kritik saya, ayah.
Bukan semua orang gembira, tapi kami berusaha sebaiknya.
Teruk sangatkah orang yang hanya mahu meneruskan hidup...
walaupun dia tak gembira?
Itu saja.
Hanya kerana inginkan teman yang lebih baik.
Saya akan panggil Rosemary.
Anthony.
Rosemary.
Anthony.
Apa awak buat di luar sini?
Merokok.
Dalam hujan?
Saya berteduh bawah bumbung.
Ia gelap.
Saya boleh nampak.
Awak menghisap paip sekarang?
Ini milik ayah saya.
Lembu awak itu batuk seperti pertusis.
Saya berikan ubat cacing, sebab itu ia batuk.
Macam sakit saja.
Tak mungkin.
Bila awak beri ubat itu?
- Tiga minggu lepas. - Paru-parunya patut dah bersih.
Saya tak tahu.
Patutkah saya panggil doktor haiwan?
Dah lewat malam ini.
- Marilah masuk. - Tidak.
Awak dengar apa-apa daripada Fiona?
Tiada pula.
Bukan sejak zaman kanak-kanak kita.
No comments yet. Be the first to leave one.