The first 200 lines.
Selamat pagi.
Penghujung malam.
Matahari terbit pada waktu pagi...
...untuk menghirup embun...
...yang ditinggalkan malam pada kelopak bunga.
Aduhai, mak. Ini terlalu masin.
Betulkah? Sayang, adakah sup ini terlalu masin?
Ia terlalu masin.
- Aduhai. - Alamak.
Berikannya. Saya akan baikinya.
Sekejap saja, okey?
- Mak terkena. - Saya bergurau saja.
Rasanya enak.
- Aduhai. - Duduklah.
"Mulakan setiap pagi...
...memikirkan kita akan bawakan kegembiraan...
...kepada sekurang-kurangnya seorang pada hari itu."
Adakah Nietzsche yang kata begitu?
Semuanya nampak sempurna...
...kecuali kedutan pada leher.
Aduhai.
"Motel Bali"
Semua orang akan bangun pagi.
Baiklah. Saya pergi dulu.
- Selamat tinggal. - Oh, ya.
Pastikan Cik Bong dapat bungkusan dia.
- Saya faham. - Okey?
Baiklah.
Sama ada kita memulakan hari kita dengan kerja keras...
...atau tidak...
...pagi cerah yang sama...
...muncul buat sesiapa saja.
"I have Not Done My Best"
"Episod Empat"
Bagus!
Ayah tidak membebel...
...ia membuat saya rasa tidak selesa.
Mengapa?
Mengapa ayah senyap saja?
Ayah sudah penat bercakap perkara yang sama setiap hari.
Demi kesihatan mental ayah...
...ayah putuskan...
...untuk tidak bercakap dengan kamu jika boleh.
Namun...
...tidak bolehkah kamu buat satu perkara saja?
Sama ada makan atau bermain.
Aduhai.
Memandangkan ayah tidak tahu apa-apa tentang seni...
...tidak guna bercakap dengan ayah tentangnya...
...tetapi saya bahagikan masa makan saya...
...untuk menghasilkan karya seni yang suci.
Saya merakam aksi pergerakan grafik...
...yang bertenaga dan ganas.
Aduhai.
Lupakan tentang...
...perkara kebudak-budakan dan menyedihkan itu.
Dengar.
Apa kata kamu buat komik web tentang "Go"?
Ayah boleh beri kamu idea.
Orang tidak suka benda lama begitu sekarang.
Apa yang ayah tahu tentang trend?
Hei!
Itu dia.
Awak tidak sibuk? Awak tidak perlu datang.
Menandatangani kontrak secara bersemuka...
...membuat kami berdua rasa lebih bertanggungjawab.
Betul. Lebih bertanggungjawab...
...dan mengenali satu sama lain.
Saya tidak bercakap dengan awak, Encik Kim.
Saya bercakap dengan penyewa saya.
Pastikan awak periksa syarat khas sekarang.
Sama ada kucing atau anjing...
...awak tidak boleh ada haiwan peliharaan di pangsapuri.
Saya tiada haiwan peliharaan.
Semua orang kata begitu pada mulanya...
...tetapi ada yang merahsiakannya.
Anjing menggigit bingkai pintu dan barang lain.
Ia datang dalam satu set dengan acuan penutup...
...dan sukar untuk menggantikan hanya satu bahagian.
Ia juga amat mahal.
Jika awak melanggar kontrak, awak akan dihalau.
Dihalau.
Awak faham?
Jadi takkan ada masalah pada masa akan datang.
Baiklah.
Betul.
Awak pernah ke pangsapuri itu, jadi awak pasti tahu.
Dia menjaga pangsapurinya dengan berhati-hati.
Ia jarang kosong.
Awak amat bertuah.
Saya tidak hidangkan awak secawan kopi pun.
Mereka mengubah suai Bangunan Woowon...
...di hujung jalan. Awak sudah dengar?
Betulkah?
Orang-orang tua itu pasti membayar...
...sewa yang amat rendah...
...selama berdekad-dekad tanpa memperbaharui kontrak mereka.
Apabila ia diubah suai...
...dan dapat menyaingi harga pasaran...
...mereka akan dapat sewa yang lebih tinggi.
Saya bimbang.
Kedai gunting rambut dan kedai dobi itu...
...tidak begitu maju sekarang.
Betul.
Tiada siapa pergi ke kedai gunting rambut sekarang.
Suami saya juga memotong rambut di sini.
Jika mereka tidak boleh membayar sewa...
...mereka terpaksa menutup kedai.
Bapa dan anak itu akan kehilangan kerja...
...pada masa yang sama.
Hei, rambut awak sudah rosak.
Aduhai, benarkah?
Alamak.
Aduhai.
Sudah lama awak tidak buat rawatan rambut.
Awak tidak boleh bawa duit bersama apabila awak mati.
Saya dirahmati dengan rupa yang cantik.
Saya masih nampak cantik tanpa perlu berbelanja.
Saya tidak boleh nafikannya.
Jika saya jadi awak...
...saya takkan pergi ke salun tempatan.
Saya akan pergi ke salun mewah di Gangnam.
Itulah sebabnya dia kaya.
Dia bekerja keras, menabung dan buat pelaburan.
Lihatlah betapa selesanya hidup dia sekarang.
Hei, saya dengar awak mahu naikkan sewa lagi.
Aduhai. Encik Kim, si mulut tempayan itu.
Dia sudah beritahu awak?
Saya cuma ikut harga pasaran.
Awak sewakan 12 pangsapuri studio.
Jumlah sewa itu pasti besar.
Awak pasti kaya.
Tidak banyak yang saya dapat selepas ditolak cukai.
Encik Kim nampak agak berminat dengan awak.
"Agak"?
Jelas sekali.
Bagaimana orang tua itu boleh fikir dia ada peluang?
Jangan kata begitu.
- Ia menjijikkan. - Hei.
Adakah benar awak tidak bercinta dengan sesiapa?
Selepas semua masalah dengan suami awak...
...awak masih mahu tanya saya tentang lelaki?
Awak mungkin tidak perlukan lelaki...
...tetapi ada masanya awak perlukan bantuan mereka.
Saya selalu ingin menghalau suami saya...
...tetapi tanpa dia...
...saya perlu mengganti mentol lampu...
...dan buang sampah sendiri.
Itu kerja yang banyak.
Saya baik-baik saja sendirian.
Saya tidak perlu bantuan sesiapa.
Terutamanya daripada lelaki.
Awak takkan berpuas hati dengan sesiapa pun.
Awak jalani kehidupan yang mewah seperti permaisuri...
...dan awak tidak benarkan sesiapa rosakkannya.
Namun, awak tiada anak.
Awak tidak rasa sunyi apabila tua nanti?
Aduhai, dengarlah.
Saya ada anak.
Semua 12 pangsapuri saya adalah anak-anak saya.
Setiap seorang daripada mereka berikan saya...
...wang dan kegembiraan.
Unit separa tingkat bawah tanah...
...dengan sewa yang lebih murah itu adalah masalah saya.
Jangan kedekut dengan produk.
Aduhai.
Awak mendapat gred yang baik...
...dan cemerlang dalam ujian CSAT olok-olok awak.
Awak berjaya kekal di Kedudukan Kedua.
Namun, para graduan akan menduduki...
...ujian olok-olok akan datang...
...jadi awak patut menjangka kedudukan awak akan jatuh.
Okey.
Awak boleh diterima masuk ke kolej di Seoul...
...jika awak berada di Kedudukan Kedua tetapi bukan Ketiga.
Awak tahu, bukan?
Ya.
Bagaimana permohonan awal?
Awak betul-betul tidak mahu memohon?
Saya tidak pasti lagi.
Masih lagi tidak pasti?
Awak berada di tahun ke-12 awak...
...dan sekarang sudah memasuki bulan Jun.
Awak layak untuk kemasukan khas...
...bagi keluarga ibu bapa tunggal.
Jika awak pilih kursus yang kurang berdaya saing...
...awak boleh masuk ke kolej yang berkedudukan tinggi.
Gred awak bagus...
...dan saya juga boleh dapatkan surat perakuan...
...daripada pengetua.
Jika awak bersedia dengan baik untuk peperiksaan esei awak...
...ia boleh dilakukan.
Awak mengambil kelas, bukan?
Tidak.
Hanya untuk bahasa Inggeris dan matematik.
Baiklah.
Bincang dengan ayah awak, okey?
- Baiklah. - Baiklah.
Nam Sang-ah...
Mereka kata musim panas ini amat panas.
No comments yet. Be the first to leave one.