The Mysterious Benedict Society

The Mysterious Benedict Society

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

The Mysterious Benedict Society S01E06 WEBRip x264-ION10
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

webrip
web
x264
BRip
Published on: 2021-07-25
Downloads: 13
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Selempang ini berikan kamu keistimewaan seorang Utusan.

Pakailah dengan bangga.

Saya rasa George Washington suka pakaian barunya.

Awak boleh bergurau, tapi ini matlamatnya.

Menjadi Utusan akan beri kita akses dan maklumat.

Kod Morse telah dikompromi.

Syukurlah, tidak sebelum mereka dapat beri amaran.

Ada orang datang.

Saya cikgu Reynie Muldoon dari Rumah Anak Yatim Stonetown.

Nama saya Nicholas Benedict.

-Ini rakan-rakan saya, Nombor Dua -Mana Reynie?

Dia di sekolah, tapi bukan yang awak jangkakan.

Dalangnya ialah pemanipulasi pakar.

Dia benar-benar wujud dan dia juga abang saya.

Semua ini tak mempedulikan

keselamatan Reynie dan rakan-rakannya.

Galeri ini mengandungi ciptaan saya yang paling berharga.

Pembisik.

Saya boleh dengar suara George Washington.

"Yang hilang masih belum hilang..."

Mereka hanya pergi.

Sticky baru saja pergi buat tugasan Utusan. Itulah dia.

Suara yang awak dengar, ia suara Utusan!

Protokol ujian ini hanya membuang masa.

Percepatkan semuanya.

Ladang dan hutan perlu bersedia untuk ujian percubaan esok.

Kita perlu cari jalan untuk hentikan Pembisik tanpa ditangkap.

Okey. Apa rancangan awak?

Kita akan keluarkan mereka sebaik saja hari siang.

Apa?

30 TAHUN LALU

VANHOE

-Tengoklah pagi nanti -Tengoklah pagi nanti

-Di luar ribut -Di luar ribut

Nicky, itu pun awak.

Jadi, bagaimana rupa saya?

Berkilat? Apa benda yang awak letak pada rambut awak?

Ia bukan benda. Ia minyak rambut buatan saya.

Satu bahagian air, satu bahagian minyak mineral, sedikit lilin cair,

dan yang terakhir, sekurang-kurangnya empat titis pati sej,

yang saya dapatkan sendiri daripada herba di dapur.

Disuling secara stim?

Tentulah! Marilah. Bangun.

-Pagi selepas itu -Pagi selepas itu

-Di luar ribut -Di luar ribut

Tiada siapa mahu ambil budak selekeh, Nicky.

Mereka mahukan anak-anak yang bersih dan kemas.

Penampilan adalah segalanya.

Betul tak?

Mungkin.

Kita mungkin tahu betapa istimewanya kita,

tapi tiada siapa akan tahu melainkan kita tunjukkannya.

Awak akan berterima kasih pada saya bila kita bersama ibu bapa baru dalam bilik

dengan katil dua tingkat yang tak bergoyang.

Saya nak menyokong awak. Benar.

Adakah ia mampu terapung?

Ia dibina oleh tukang nautika dan jurutera terbaik di dunia.

Saya dah jalankan ujian bateri ke atas enjinnya, semuanya bagus.

Dan awak bersetuju dengan pelayaran ini?

Kita mesti dapatkan budak-budak itu.

Kapal biasa adalah lebih berisiko pada tahap ini.

Tapi kapal ini?

Apabila tiba di pulau,

saya akan mulakan penyusupan keluar dan kembali ke dalam air,

menuju ke pangkalan menjelang malam.

Saya akan menyelam dan kekal senyap.

Saya ada satu soalan.

Ada ruang yang cukup untuk seorang

yang bersaiz dewasa dan empat budak-budak?

Adakah mereka dah membesar?

Bila sampai saja nanti,

cat batu di pesisir selatan supaya kami tahu awak selamat sampai.

Sama seperti Theseus.

Tapi bukankah kisah itu berakhir dengan buruk?

Ya. Tapi ini akan berjaya.

Minta kebenaran untuk bercakap dengan bebas.

Ya, sudah tentu. Tapi bukankah awak memang begitu?

Ini kesilapan besar.

Menghentikan misi kerana guru sekolah menengah yang marah...

Dia ada nama.

...muncul dengan tuduhan tak berasas?

Kecuaian yang teruk? Membahayakan kanak-kanak? Tak masuk akal.

Tidak. Cik Perumal memang betul.

Saya menyebabkan kanak-kanak yang tak bersalah dalam bahaya.

Saya tak boleh biarkan hal ini berlarutan walau seminit lagi.

Bukan sekadar kanak-kanak, tapi kanak-kanak yang luar biasa.

Kita memilih mereka daripada ribuan yang lain.

-Ya, tapi... -Betul cakap dia.

Mereka semua menawarkan diri secara sukarela.

Seperti yang awak cakap,

mereka dan orang lain akan berada dalam bahaya jika mereka gagal.

Mereka bijak, berkebolehan, dan berani.

Dan awak letakkan mereka dalam situasi itu untuk berjaya.

Tak. Dah terlambat.

Saya dah lama bertarung dalam perjuangan ini,

sudah tiba masanya untuk saya mengaku yang saya dah gagal. Cukup.

Awak masih belum gagal.

Awak cuma belum selesai lagi.

Tolonglah!

Kerisauan awak sangat dihargai, tapi sebenarnya awak tak faham.

Awak berdua tak faham.

Faham apa sebenarnya?

Saya mesti buat persiapan untuk kepulangan anak-anak.

BERDASARKAN NOVEL "THE MYSTERIOUS BENEDICT SOCIETY"

OLEH TRENTON LEE STEWART

Awak tahu hari ini hari apa, Isaac?

Semalam hari Selasa, jadi...

Ya, hari Rabu.

Tapi ia juga hari di mana kita mencipta sejarah.

Hari ini hari yang penting.

Utusan mana yang mengambil bahagian dalam saat bersejarah ini?

Saya ada calon yang sesuai.

Walau apa pun maksud Kemajuan itu, ia akan berlaku tak lama lagi.

Kita perlu cari jalan untuk berkomunikasi dengan En. Benedict.

Mungkin Kemajuan itu akan buat keadaan jadi lebih baik.

Itulah definisi kemajuan.

Bila masa Curtain buat keadaan lebih elok?

Awak semua...

Dah tiba masanya.

Malam ini, selepas lampu dipadamkan,

kita akan serbu hac batu tongkol, ambil alih makmal.

Akhirnya, awak sebut benda yang masuk akal.

Awak kata ada saintis di bawah sana.

Dia akan jadi lemah kerana kekurangan cahaya matahari.

Mudah untuk dibunuh.

Kita takkan bunuh sesiapa.

Sebarang senjata yang membawa maut akan berkesan.

Saya boleh buat senjata asas dengan cepat.

Saya boleh buat paralitik dari bisa labah-labah.

Tidak. Tiada paralitik. Tiada senjata.

Awak penakut.

Kita tahu rancangan dia melibatkan ladang dan hutan.

Ladang? Saya tak pernah tengok khinzir, ayam atau lembu.

Ada banyak jenis ladang yang lain.

Ladang tiram, ladang madu...

Ladang organ.

Apa?

Kalau kita tahu jenis ladang itu,

barulah kita boleh cari jalan macam mana nak hentikan Kemajuan.

Dan hapuskan Pembisik itu.

Mungkin ada cara lain untuk halang Kemajuan

tanpa memusnahkan...

Pembisik.

Maksud saya, Pembisik itu sendiri tak jahat.

Itu cuma alat.

Awak tak serius.

Sticky, saya faham perasaan awak.

Saya juga rasa begitu.

Ia buat semua keresahan dan tekanan lenyap.

Itu perkara burukkah?

Untuk kita, tidak.

Tapi untuk orang lain yang terima mesej-mesej itu.

Ia hanya menyebabkan keresahan dan tekanan.

Dia minum Kool-Aid.

Menggogoknya.

Kita hanya boleh bergantung kepada satu sama lain.

Maknanya kita perlu bekerjasama dan saling mempercayai, okey?

Encik Washington.

Awak dikehendaki untuk tugas Utusan.

Saya tak sangka saya akan dipanggil semula ke Pembisik.

Tak semua perkara perlu diucapkan.

Betul. Saya cuma sedikit teruja.

Boleh difahami.

Sticky Washington.

Kawan.

Selamat kembali.

Terima kasih.

Ia satu bukti yang minda kamu mengagumkan.

Apa yang kamu buat semalam sangat menakjubkan.

Sebenarnya, sangat menyeronokkan.

Yakah? Saya tak ingat apa-apa.

Kamu ingat betapa tenangnya ia buat kamu rasa?

Ya.

Ia juga rasa begitu.

Mesin itu?

Pembisik itu berdengung.

Penuh dengan kemungkinan.

Diinspirasi untuk berpasangan dengan fikiran yang subur.

Kamu istimewa, Sticky.

Kamu memang istimewa.

Begitu ramai Utusan tanpa sedar menentang Pembisik.

Mereka menolak.

Reynie Muldoon, contohnya.

Tapi entah macam mana kamu belajar untuk bersatu dengan mesin itu.

Terima kasih, tuan.

Silakan duduk.

Mari kita mulakan.

Awak nampak wajah dia ceria apabila mereka sebut tentang tugas Utusan?

Ia agak menyeramkan.

Dia dah sertai pihak lawan.

Permainan yang bijak.

Dia bukannya sertai pihak lawan. Ia cuma... Pembisik itu.

Ia sangat... menenangkan.

Jika awak berdua jadi Utusan, awak akan tahu apa yang dia lalui.

Walaupun kami boleh jadi Utusan, tidak, terima kasih.

Saya teringin nak cuba.

Sekarang, kita perlu fokus kepada ladang dan hutan.

Saya akan cakap dengan S.Q., tanya apa yang dia tahu.

Kate, awak cakap dengan Martina. Dia dah jadi Eksekutif sekarang.

Dia ada akses di mana-mana sahaja.

More Malay subtitles for The Mysterious Benedict Society

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left