The first 200 lines.
Bercinta ibarat
hidup dalam dunia berbeza.
Bercinta dengan Yeon-su pula
adalah dunia yang
amat berbeza buat saya.
Ung!
Kenapa?
Ada apa?
Apa halnya?
- Kenapa? - Sekarang waktu tidur.
Apa?
Baru 10:00 malam. Masih awal.
Saya dah habiskan semua teh jujub. Dari mana datangnya?
- Rumah ini ada perigi jujub? - Minum dan masuk tidur.
Masih terlalu awal. Budak sekolah pun tak tidur seawal ini.
Apa kata saya tidur di sini?
Dah lewat malam.
Bahaya jika keluar lewat malam begini.
Ayuh masuk tidur.
- Jangan! - Apa?
- Bangun! - Aduhai.
Awak nak saya tidur atau berjaga? Saya keliru.
Awak biasa tidur siang, sebab itu malam awak berjaga.
Walaupun sukar, awak kena ubah gaya hidup awak.
Lari cepat.
Tapi seperti yang kita tahu,
dunia itu agak janggal buat saya.
Tapi apa pilihan saya?
Bas dah tiba. Saya pergi dulu.
Hei, tunggu!
Selamat tinggal!
- Yeon-su. - Ya.
Jumpa lagi.
Awak buat apa?
Saya baru pulang dari pejabat.
Lewatnya. Dah makan?
Sudah. Saya makan di kedai yang awak syorkan. Sedap.
- Ayuh makan di sana bersama. - Okey.
Dulu dan kini…
saya nak terus hidup dalam dunia ini.
Tanpa pengakhiran,
selamanya.
Kita berpisah saja.
Awak satu-satunya
yang boleh saya buang.
Apa sebabnya?
Apa sebabnya kita perlu berpisah?
Jangan fikir bukan-bukan.
BAK AIR UNTUK COKLAT
Saya perlu lebih berhati-hati.
KEMUNGKINAN KEKAL BERCINTA DENGAN BEKAS KEKASIH
Kerana malang sentiasa datang bertopengkan bahagia.
"Pasangan yang kerap bertengkar berpeluang tinggi untuk bersama semula.
Tapi sangkaan yang hubungan mereka tetap sama seperti dulu
membawa kepada jangkaan lebih rendah.
Bagi mengekalkan hubungan,
anda perlu mempamerkan sisi diri anda yang baharu
untuk memastikan anda dapat menjangkaui jangkaan tersebut."
Saya tak boleh leka hanya kerana semuanya berjalan lancar.
Saya percaya saya perlu bersedia untuk hadapi sebarang dugaan.
"Sisi diri yang baru…"
Bukan mudah untuk kami bersama semula.
Saya tak nak ulangi kesilapan yang sama.
EPISOD 13
Bagusnya jika awak tak perlu ke pejabat.
Mari sini.
Macam mana ini?
Saya akan uruskan. Pergilah.
Macam mana?
Mungkin saya patut buat dia koma.
Uruskan dengan baik, pastikan tak siapa tahu.
- Jumpa lagi. - Okey.
Tadi…
Hei, tarik nafas dengan hidung dan lepas daripada mulut.
Bagus.
Apa yang berlaku?
Begitulah.
"Begitulah"?
Jangan melebih-lebih.
Tapi sejak bila? Dah berapa lama?
Ini sebabnya awak larang saya ke rumah…
Itu tak penting.
Siapa lagi yang tahu? Ji-ung tahu?
Sol-i pun tahu?
Mungkin.
- Ibu bapa awak? - Mereka tahu.
- Penting sangatkah? - Saya tersinggung.
Saya kecil hati. Tergamak awak tak beritahu saya?
Sampai hati…
- Awak menangis? - Sampai hati awak?
- Tak mungkin! - Dia gilakah? Hei, Eun-ho!
Selamat pagi.
- Hai. - Selamat pagi.
Gagal uruskan Eun-ho. Saya akan cari peluang lain.
En. Bang.
Ada berita baik?
Tak. Tak ada apa.
Awak nafikan dua kali. Mesti ada.
Kenapa awak berbisik?
Kebelakangan ini, saya ada dengar khabar angin.
Khabar angin apa?
Tentang awak sedang bercinta.
Siapa cakap begitu?
Tak apa. Bawa bertenang.
Khabar angin ini terlalu mengarut, jadi saya dah nafikan.
"Cik Kook bukan begitu."
"Dia tiada perasaan sayang terhadap manusia."
"Dia bukan manusia."
Saya sebenarnya nak bincang hal lain.
Soen hubungi saya dan tanya jika boleh tonton
rakaman dokumentari yang berkaitan projek mereka.
Saya nak tengok juga.
- Tentu mereka turut rakam pejabat kita. - Okey, saya akan tanya.
Bila ia akan disiarkan? Tak lama lagi, bukan?
Oh, ya. Mereka turut temu bual saya.
Beritahu mereka yang saya harap
temu bual itu turut disiarkan. Okey?
Hebat.
KIM JI-UNG
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi…
MASIH DALAM PROSES SUNTINGAN?
Dia sibukkah?
Itu kali pertama saya lihat dia begitu.
Rasa seperti
dia dah berubah.
Ingatkan dia takkan berubah.
DRAF PERTAMA PRATONTON AKAN DIMASUKKAN
En. Kim.
Awak dah jumpa arah awak.
Ini baru draf pertama. Tentu menakjubkan.
Ji-ung, saya tahu awak takkan hampakan saya.
Saya akan ubah penceritaan akhir. Saya tak berkenan.
Okey.
Tapi mereka langsung tak berubah. Masih berdarah muda dan penuh semangat.
Ada ketegangan antara mereka. Tak sabar nak tonton.
Saya puas hati.
Baguslah.
Jangan desak saya lagi.
Okey.
Tapi adakah normal untuk seorang ketua merayu pekerjanya
untuk lihat kerja mereka?
Mengarut betul.
Kamu ada rancangan selepas kerja?
Draf pertama pun dah siap. Kita patut raikan.
Saya ada kerja.
Kenapa tergesa-gesa? Marilah berseronok.
Seorang ketua tak patut cakap begitu. Jumpa lagi.
Dia okey?
Apa?
Tak nampak mata dia?
Dia seperti dah hilang akal.
Setidaknya, pastikan dia jaga makan.
Orang yang dalam kesakitan perlu jaga makan dan minum.
Saya akan pastikan makan dan minumnya terjaga.
Hei, beri perhatian kepada saya. Kebelakangan ini, saya kesunyian.
Saya sentiasa merayau-rayau.
Lagipun, kenapa dengan Ji-ung? Dia nampak okey saja.
Dia saja banyak kerja? Kita semua sama!
BILIK PENYUNTINGAN
Dokumentari khas ini berkenaan apa?
Tahun depan ulang tahun kesepuluh saya.
Jadi, saya ingin hadiahkan sebuah rakaman khas untuk peminat saya.
Sudah sepuluh tahun.
Tentu awak dilanda dengan pelbagai emosi.
Ya, betul.
Banyak yang bermain di fikiran saya.
Akhir sekali, saya percaya ramai yang tertanya-tanya tentang…
Skandal itu?
Isu ini mungkin sensitif,
tapi boleh awak kongsikan sesuatu dengan para penonton Litte
yang sedang menonton secara langsung?
Boleh. Apa salahnya?
Benarkah kamu berdua sedang bercinta?
Tak, kami tak bercinta.
Saya suka dia.
- Apa dia? - Sebagai peminat.
Awalnya, dia mengaku dia peminat saya.
Kini, saya peminat setia dia.
Sebab itu saya nak kami berkawan,
tapi nampaknya artikel itu buat hubungan kami kekok.
Jadi, saya harap tiada lagi sebarang spekulasi tentang kami.
Saya merayu.
Apa salah NJ?
Semuanya kerana pengkhianat itu.
Hei, buat pilihan.
Kalau nak marah, pergi balik. Apa awak buat di sini?
Saya masih perlu bekerja, jadi saya terpaksa berada di sini.
Sejauh mana persiapan pameran awak?
Banyak dah siap. Pernahkah saya tangguh kerja?
Awak tengok apa di situ?
- Saya saja tanya. - Apa?
Awak mungkin abaikan kerja sejak awak bercinta semula.
- Sudah. - Boleh awak fokus?
Apabila bercinta, awak tak boleh fokus.
- Eun-ho, jika… - Saya tak faham
sebab awak bersama Yeon-su semula.
- Apa? - Awak pernah merana.
Nak ulang lagi?
Awak dah lupa berapa kali awak lalui semua ini?
Nak saya ingatkan semula semua yang awak lalui?
No comments yet. Be the first to leave one.