Only Murders in the Building

Only Murders in the Building

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Only Murders in the Building S01E04 The Sting 720p HULU WEB-DL DDP5 1 H 264-FLUX
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
720p
720
Published on: 2021-09-15
Downloads: 39
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Episod sebelum ini dalam…

Awak tak boleh hilang sepuluh tahun,

kemudian muncul dan mengungkit zaman muda kita.

Jika awak terserempak saya, buat seperti tak kenal.

- Sebab awak tak kenal saya. - Dengan gembira.

Mereka akan bersihkan pangsapuri Tim Kono esok.

Jadi, kami nak masuk ke sana dan cari petunjuk sebelum semuanya hilang.

G.M. 31 Januari @ 4.30 petang - JALAN PANTAI

- Awak seorang ahli muzik. - Pemerhatian yang bagus.

Adakah basun awak yang saya dengar dimainkan di laman dalam setiap malam?

Bunyinya merdu. Saya memikirkannya sebagai bunyi Arconia.

Itu sangat baik.

Helo, Sting.

Winnie, jangan terlalu dekat dengan Sting.

Ia cuma gelisah kerana kematian dahsyat tempoh hari.

Awak rasa saya ada kaitan dengannya?

Tidak.

Tolong kawal anjing awak.

Saya tak suka anjing.

HENTIKAN AUDIO SIAR ITU ATAU SAYA AKAN BUNUH AWAK.

Winnie?

Siapa sanggup buat begini?

Percubaan.

Kita dah bersedia?

Selamat Hari Kekasih

TIADA KATA-KATA ROMANTIS, TAPI AWAK INSAN KEGEMARAN SAYA. SAYANG, LUCY

Saya tak nak dengar itu sekarang.

Siapa tak suka peluang kedua?

Satu lagi peluang membetulkan kesilapan menyakitkan yang menghantui kamu.

Atau merawat luka yang berpunca daripada kamu.

Will?

- Ya. Saya datang secepat mungkin. - Cepat.

- Di mana Winnie? - Di sini

- Kamu kena cepat. - Bertenang.

Namun, peluang kedua sentiasa disertai risiko.

Apa itu "G.M."?

Kamu mungkin buat kesilapan yang sama semula.

Atau kamu mungkin buat kesilapan lebih teruk.

PEMBUNUH ITU SASARKAN KELUARGA SAYA. Daripada Oliver

Episod Empat Sting

Oliver?

Saya di sini.

Apa yang terjadi? Awak tak apa-apa?

- Pembunuh itu racun anjing saya. - Apa?

Anak saya merawatnya. Dia doktor haiwan.

Nasib baik ia sembuh.

Jelaslah, kita hampir dapat jawapan jika mereka hantar mesej kepada ketua.

Siapa kata awak ketua?

Mereka ada racun anjing awak?

Mereka tinggalkan ini.

"Hentikan audio siar itu atau saya akan bunuh awak."

Bayangkan kalau Winnie mati?

Mesti salah saya dan cita-cita berwawasan saya yang bodoh itu lagi.

Orang yang meracuni Winnie ialah pembunuh Tim. Jadi, siapa pelakunya?

Berkumpul. Saya perlu rekod ini.

Saya tahu ini mengarut,

tapi saya ada sebab munasabah tentang orang yang meracuni Winnie itu

dan saya pun tak suka cakap begini.

Dia ialah bintang handalan muzik, Sting.

Penyanyi utama U2 itu?

- Biar betul? - Sting.

The Police? "Roxanne"?

"Every Breath You Take"?

Satu-satunya lagu cinta paling terkenal sepanjang zaman? Siapa ajar awak?

Saya tahu. Dia nyanyi lagu "Sledgehammer."

- Itu Peter Gabriel! - Hei! Saya kenal Sting

dan "Every Breath You Take" bukan lagu cinta.

Ia lagu tentang penghendap yang cemburu dan pengawasan,

dan seperti ditulis oleh seorang pembunuh.

Oliver, dengar sini,

saya tahu awak mahu pembunuh selebriti, tapi Sting tak bunuh Tim Kono.

- Ya Tuhan. - Apa?

"Sting kehilangan berjuta-juta dolar.

Dananya disalah urus oleh bekas firma pelaburannya, Wright & Ogilvy."

Itu bekas firma Tim.

Bukankah pemilik kucing mati itu kata Tim Kono dipecat

kerana dia menyebabkan seorang klien penting rugi wang?

Tim Kono menyebabkan Sting kerugian. Semuanya tentang wang.

Ini memang sama seperti Die Hard.

Adakah ia semudah itu? Tim dibunuh oleh klien yang marah?

Alamak!

Sting dalam senarai Ursula

untuk orang yang berada dalam bangunan ketika Tim dibunuh

dan ada dalam senarai orang yang tak keluar semasa penggera kebakaran.

Bagaimana kita boleh terlepas?

Sebab dia Sting. Saya ingat dia sedang menulis karya agung.

Ini memang bukti.

Okey, dan jika ini…

Kami temui bukti penting.

Ikon rock, Sting ialah pembunuh yang meracuni anjing.

Dia seperti O.J yang seterusnya.

O.J. Buddha yang seksi.

Ini suspek paling disyaki setakat ini, selain lelaki berbaju ikat celup.

- Cukuplah dengan dia. - Ya Tuhan!

Jangan lupakan dia.

Jika kita nak teruskan siasatan, kita perlukan nasihat.

Awak hanya dapat satu peluang dengan suspek berpengaruh seperti ini.

Kita perlukan Cinda Canning.

Sudah tentulah.

Siapa tak mahu bantuan ratu pembunuhan audio siar? Namun, bagaimana?

Saya boleh guna hubungan saya. Kami pergi ke kedai kek cawan yang sama.

Saya boleh buat lebih baik.

Boleh ulang?

Saya boleh buat lebih baik.

Saya boleh sunting ini dan buat semula.

Charles, hai.

Hei, Arnav, apa khabar?

Bagus. Gembira berjumpa awak. Kebetulan, Anaya baru buat Facetime dengan Lucy.

Dia tanya tentang awak.

Bagusnya.

Begini.

Saya teringat awak kata anak awak berkawan dengan anak Cinda Canning.

Sesuatu tentang kelas seni sarkas pada pagi Selasa?

Ya, betul.

Saya sedang menyiapkan audio siar…

Maksud saya, kami tak begitu rapat…

Saya tak nak menyusahkan awak, tapi audio siar ini

ialah perkara pertama yang buat saya teruja untuk jangka masa yang lama.

Ya, sudah tentu.

Benarkah?

Saya pasti dia gembira bantu generasi seterusnya atau sesiapa yang nak belajar.

Terima kasih.

Lucy nampak gembira?

Ya.

Baguslah.

Terima kasih sekali lagi.

- Saya tak percaya awak berjaya. - Ya.

Ya, saya pun patut berusaha

kerana kita mahu ia berjalan lancar, betul tak?

- Okey, baik. - Jika awak rasa itu bijak…

Jika kita terus cakap, "Sting seorang pembunuh,"

Cinda akan fikir kita gila.

Hai.

Oh, hai.

BASUN LEBIH SEKSI JIKA SAYA YANG MEMAINKANNYA

Hai. Kita jumpa dalam lif lain tempoh hari.

Helo.

Betul.

Kamu kerap keluar bersama?

Cuma pada hujung minggu.

Awak nampak segak. Lelaki cuma bersiap apabila dia nak keluar berjumpa wanita.

Ya.

Ya, begitulah nampaknya.

Itu untuk urusan perniagaan.

Ya, betul.

Awak pula akan menjadi pemain basun yang seksi.

Saya cakap berdasarkan baju awak, bukan sebab…

Cukuplah sebelum awak tak sengaja cakap saya tak seksi.

Tolonglah. Seseorang tolong hentikan saya!

Gembira bertemu awak semula.

Saya pun.

Saya harap dapat dengar bunyi basun malam ini seperti biasa?

Awak akan dengar nanti.

Nampaknya ada orang bermain cinta.

Banyak jenaka basun, tapi dia comel.

Awak patut ajak dia keluar.

Tidak. Saya dah terbiasa hidup sendirian

dan jika hubungan dengan seseorang dalam bangunan tak berjaya…

Masa ini tak sesuai, jadi…

Betul. Awak patut tunggu. Banyak masa lagi. Awak masih muda.

Janganlah jahat sangat.

Baiklah.

SEMUANYA TAK OK DI OKLAHOMA bersama CINDA CANNING

Helo.

- Hai. - Hai.

Hai.

- Hai. - Ya Tuhan. Helo, apa khabar?

Terima kasih kerana luangkan masa. Kami peminat setia awak.

Biasa saja. Teruskan.

Betul. Awak sebab saya berminat dengan pembunuhan.

Awak juga sebab kami semua bertemu.

Betul. Awak sanggup buat apa-apa sahaja untuk mendedahkan sesuatu.

Masa awak terperangkap dalam kumbahan mentah selama lapan jam.

Awak tahu apa rasanya terkubur hingga ke paras dada dalam kumbahan?

Apa?

Seperti Peabody.

Bijaknya.

Cinda menang Anugerah Peabody pada tahun 2018 dan 2020.

Cinda, awak tahu yang saya seorang pengarah, jadi…

Maaf mengganggu. Panggilan untuk Cinda. Talian dua.

Terima kasih, Cindy.

Ada tiga orang yang mirip.

Mereka seperti pek nilai.

Saya perlu jawab panggilan ini. Sebenarnya, ini agak tak masuk akal.

Kami mungkin akan dibeli untuk 30 juta dolar.

Apa?

Ambil saja.

Helo.

Apa maksudnya "dibeli"?

Dia tak akan berhenti buat audio siar, bukan?

Mereka membeli dia.

Sudah tentu.

Jadi, awak nak buat audio siar?

Biasanya saya nasihatkan bakal pembuat audio siar ambil kursus di SUNY Oneonta.

Pengajarnya merupakan bekas pembantu saya…

Kami bukan orang baru.

Sebenarnya, kami dah mulakan audio siar pembunuhan,

dan kami dah temui sesuatu yang penting.

Tunggu. Saya cuma nak tanya, awak terima 30 juta itu?

Saya gembira awak tanya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left