Disaster Holiday

Disaster Holiday

Download Malay Subtitle

Release info

Disaster Holiday WEBRip Netflix ms
A Commentary by KakifilemBot

Tags

webdl
Published on: 2024-12-21
Downloads: 155
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terjemahan sari kata oleh Aman

Okey, ayuh, semua.

Tolonglah. Pandu laju lagi!

Apa awak buat di lorong laju?

JOHN - AWAK DAH BALIK? MESYUARAT PENTING ESOK!

JOSEPH ADA HAL DENGAN ANAK-ANAK

TAPI SAYA AKAN SAMPAI AWAL…

Okey!

Okey!

Nandi!

Nandipha!

Aduhai.

Dia pasti akan bunuh saya.

Saya datang, sayang. Ya Tuhan, dia akan bunuh kami.

Kita kesuntukan masa.

Dia akan bunuh kita.

Ya, sekarang juga.

- Tunggu. - Apa?

Muatkah kita semua dalam kereta?

Aduhai.

Ini Joseph Ngema. Saya tidak dapat dihubungi.

Sila telefon semula.

- Saya nak kencing. - Mari pergi tandas.

Sempat!

Kami sempat sampai!

Kami dah sampai.

Tidak.

Awak lewat. Sekali lagi.

Sebenarnya, kerja sangat…

Sibuk. Kami tahu, Joseph.

Lily.

Saya ayah kamu.

Tolong panggil, "ayah."

Ayah.

- Siapa teruja untuk Zanzibar? - Ya!

Saya teruja. Kita akan berseronok.

- Pasti luar biasa, betul tak? - Tepuk ria, Zamo.

Okey.

Tak mungkin.

Kamu dah nampak video pegawai trafik menari ketika kawal trafik?

Lihat. Dia buat tarian bhebha .

SEHARI LAGI DI TEMPAT KERJA

Okey.

Ayah terlepas.

Ini perhimpunan terakhir semester ini dan saya dapat tempat pertama.

- Ayah tak menyaksikannya. - Kamu semua?

Maaf, sayang.

Boleh selesaikan?

Ayah betul-betul minta maaf, okey?

Tapi ayah nak kamu faham sesuatu.

Kalau ayah tak kerja, kamu takkan dapat buat perkara hebat

seperti pergi ke Zanzabar, betul?

Itu yang kamu mahu?

Kamu patut lebih bersyukur.

- Alamak. - Alamak.

- Lily. - Masuk ke dalam kereta.

Dora.

Tolonglah. Ini masa kami dengan mereka. Saya juga memasak.

Maaf, awak siapa?

Dora. Dia isteri saya.

Sudah tiga tahun kami berkahwin.

Awak kenal dia.

- Tunggu panggilan peguam saya. - Tunggu panggilan peguam saya.

Mari pergi.

Sayang? Zamo.

Zamo.

Kau memang gila!

Tapi dia tak tampar awak kali ini.

Ada kemajuan.

Ada kemajuan, sayang.

Kita bukan lagi jenama tisu tandas nombor satu di Afrika Selatan.

- Terima kasih, Mavis. - Sama-sama.

Jadi, kita perlu kurangkan pekerja.

Tiada keperluan untuk kamu berdua berada dalam unit jenama lagi.

Jadi, bulan depan,

hanya ada satu orang akan mengetuai pemasaran Roll With It dan…

Maafkan saya.

Pesaing kita dah jauh di hadapan.

AWAK DI MANA? AWAK SEPATUTNYA HADIR KE SESI MEDIASI.

BIAR SAYA TEKA, AWAK LUPA. SEKALI LAGI! HELO!

Ini boleh tunggu.

Semua okey.

Jadi, untuk mendapatkan tempat

sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Roll With It yang baru,

kamu perlu memikirkan strategi pemasaran baru yang asli

untuk menjadikan kita jenama tisu tandas nombor satu semula.

Khusus untuk pasaran lebih luas.

Kamu akan bentangkan kepada ahli lembaga dan pemegang saham pada Isnin di Durban.

Isnin ini?

Ya.

Ada rancangan lain?

Tidak, saya dah mohon cuti tahunan.

Saya dah berjanji

akan bawa isteri dan anak-anak ke percutian epik di Zanzibar.

- Saya rasa… - Jojo.

John?

John? Awak tidur?

Cerita membosankan itu dah habis?

Apa kata tak perlu masuk kerja lagi?

Jika dia tak bentang, maknanya saya dapat kerja itu?

Saya akan datang.

Saya takkan terlepas.

Bagus.

Van Niekerks rasa kita dah lupakan nilai syarikat ini.

Mereka mahu nilai keluarga yang diterapkan ibu bapa mereka

- lebih 30 tahun lalu. - Tiga puluh tahun.

Kita akan jumpa mereka di sebuah pusat peranginan.

Thembi buat tempahan hujung minggu ini.

Kita buat pembentangan awal hari Ahad sebelum hari penting pada Isnin.

Saya nak kamu buat mereka kagum.

Kerja kita semua dipertaruhkan.

- Saya. - Tyrone?

Apa akan jadi kepada orang yang tewas?

Akhirnya jualan tisu tandas kita akan meningkat

kerana awak akan menangis sampai tertidur sebab kehilangan kerja.

Tiada kerja.

Hei, Tsholo, awak tahu tak dia tak datang ke perhimpunan akhir anaknya?

- Sesi ini pun dia lewat. - Sekejap…

- Awak lewat, bukan? - Dia yang…

Dengar sini! Saya hadapi kesukaran di tempat kerja.

Asyik kerja saja.

Tugas saya untuk pastikan anak-anak kita belajar di sekolah terbaik

dan mereka dapat semua yang mereka mahu.

Saya bayar nafkah anak setiap bulan, tanpa gagal.

Tak pernah lewat.

Berapa ramai lelaki datang ke sini cakap begitu?

- Itu… - Itulah maksud saya.

Saya bekerja keras untuk anak-anak.

Saya bekerja sangat keras.

- Tak macam ayah saya yang tak pernah… - Dia mula lagi, Tsholo.

Kami tiada apa-apa.

Kami langsung tiada apa-apa.

Tapi lihat saya sekarang.

Joseph yang berusia sepuluh tahun pasti sangat…

Awak dah nampak sebab saya ceraikan dia.

- Saya kena diam. - Dulu buat sendiri.

- Sekarang pun sama. - Tengok sini.

- Saya beri banyak wang… - Saya jaga anak sepenuh masa.

- …saya tak tahu… - Okey, cukup.

Saya takkan batalkan syarat perjanjian hak penjagaan.

- Hallelujah. - En. Ngema,

ini percutian awak bersama anak-anak awak.

Anak-anak akan bersama awak mulai esok. Betul tak, Joseph?

- Tentang itu… - Tidak.

Boleh saya ingatkan awak

yang ini peluang terakhir untuk buktikan diri awak kepada mereka?

Jika tidak, saya perlu syorkan perjanjian hak penjagaan dibatalkan

untuk berpihak kepada Dora.

Saya cuba nak cakap

ada sedikit perubahan terhadap jadual perjalanan.

- Itu saja. - Okey.

Kami nak ke Durban.

Durban?

Anak-anak nak pergi ke Zanzibar.

Joseph, apa maksud awak "Durban"?

Apa yang berlaku?

Tiada apa-apa.

Awak tahu tak? Saya rasa bersalah tentang kejadian semalam.

Jadi, saya nak menebus kesalahan.

Itu saja yang saya cuba buat.

Saya fikir nak melakukannya dengan cara lama.

Maksud saya, percutian keluarga.

Percutian kembara keluarga.

Untuk mencipta memori.

Tidak. Siapa nak pergi ke Zanzibar? Tempat itu tak begitu bagus.

Lelaki dan perempuan berbogel. Tidak.

Siapa nak pergi ke Zanzibar?

Saya nak pergi ke Durban bersama anak-anak untuk eratkan hubungan.

- Apabila Joseph kata… - Dora.

Jangan masuk campur, okey?

Anak-anak akan hubungi awak jika ada kecemasan.

Tak akan ada kecemasan. Betul tak, Joseph?

Tiada.

Ia akan menjadi percutian kembara keluarga yang seronok.

Pasti hebat.

- Durban? - eThekwini.

Berhenti. Sekejap.

Saya dah janji dengan Junestar Zanzibar. Saya tak boleh ubah jadual begitu saja.

Saya boleh dipulaukan.

Apa itu "Junestar"?

Pengikut saya.

Nak, boleh kita cuba bercakap bahasa Zulu di rumah?

Cuba saja. Tolonglah.

Soalan. Mak tahu ayah datang ke sini?

Mak tak suka pelawat.

Ayah bukan pelawat, tapi ayah kamu.

Okey. Apa akan berlaku?

Ini satu lagi latihan mediasi jagaan?

Tidak, anakku.

Kita nak meluangkan masa bersama sebagai sebuah keluarga.

Apa yang lebih baik daripada percutian kembara?

- Percutian kembara? - Ya.

- Kita? - Ya.

Kita tak naik pesawat?

Tahu tak, lebih baik saya dipulaukan.

Kita masih nak pergi ke pantai, Joseph?

Ya. Tapi di laman belakang kita.

Lebih dekat, lebih baik.

Berjanji untuk bawa kami ke pantai setiap hari?

Tiada mesyuarat, panggilan atau kerja.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left