Release info

하이클래스-High-Class-E11-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey

Tags

other
Published on: 2021-10-22
Downloads: 23
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)

Telefon berdering dari dalam ini.

Oh Tuhan.

Apa ini?

Apa ini?

Pasti ada orang baru keluar.

Tak guna.

Dia dah pergi.

Dan tiada kamera keselamatan di kawasan keluar.

Siapa sebenarnya yang buat begini?

Mari kita berhenti dan keluar dari sini.

Mari.

Yi Chan. Bangun.

Bangun.

Yi Chan. Kita kena pergi ke suatu tempat cepat.

Mari kita berkemas.

Ibu akan terangkan apa yang berlaku nanti.

Kita kena cepat.

Mari.

Selalunya rumah saya bukan begini,

tapi sebab kebelakangan ini sibuk,

jadi rumah saya agak bersepah.

Awak akan rasa sempit dan tak selesa...

tapi tolong bertahan buat sementara waktu.

Tak mengapa.

Awak boleh guna bilik atas.

Saya boleh tidur di sini.

Kami boleh tidur di bawah ini.

Tak, saya memang selalu tidur di sini.

Tak mengapa.

Jangan risau apa-apa malam ini.

Jangan cakap apa-apa, dan pergilah berehat.

Kita boleh risau tentang esok bila hari esok tiba.

Sayang.

Sayang.

Awak tak boleh tidur?

Mesti sebab saya berada di tempat pelik.

Kalau awak dapat tidur dalam situasi ini,

pasti itu lebih pelik.

Minum ini.

Terima kasih.

Siapa agaknya?

Sesiapa pun orang itu,

saya akan tolong awak cari dia.

Jangan fikirkan apa-apa lagi malam ini.

Tak. Saya rasa lebih baik awak jangan masuk campur.

Kenapa tiba-tiba berubah fikiran?

Ke mana perginya keberanian awak?

Saya tak boleh libatkan awak dalam masalah ini juga.

Sekarang polis dah terlibat, mungkin perkara ini semakin bahaya.

Saya kena tinggalkan awak seorang diri?

Selepas apa yang kita jumpa di rumah awak?

Itu urusan saya.

Tak kira siapa awak,

- itu adalah urusan saya. - Apa-apa sajalah.

Saya tak akan berundur sekarang.

Saya akan berusaha habis-habisan.

Jangan buat begini. Disebabkan saya, awak...

Jangan risau.

Saya tak akan salahkan awak.

Saya rakyat kelas ketiga,

tapi saya bukan samseng.

Saya tak nak berpura-pura tak tahu...

dan melarikan diri.

Kenapa? Rasa pelik?

Saya dengar teh bunga baik untuk menenangkan awak.

Walaupun ia dah agak lama.

Tak mengapa. Saya boleh minum.

Itu?

Itu sewaktu zaman kegemilangan saya.

Dulu saya pernah...

menjadi Putera Ais pasukan hoki Sekolah Menengah Daebang.

Bagaimana awak boleh berada di sini?

Semua orang ada saat dalam hidup mereka yang seperti filem Hollywood.

Apa kata kita pergi tangkap ikan di laut

Apa kata kita pergi tangkap ikan di motel

Ikan datang sendiri

Saya dapat tangkap awak

Awak berhias dengan cantik.

- Sayang. - Resolusi yang baik.

Ya.

Terima kasih.

Apa nombor dia? Ini dia

Nombor yang bagus.

Mi dah kembang.

(Wang pendahuluan 3,000 dolar telah dipindahkan.)

Terima kasih

Terima kasih, Encik Choi.

Anggap ini sebagai denda...

kerana pergi ke tempat begitu pada waktu siang.

Semoga hidup dengan bersih dan baik.

Semoga berjaya.

Saya seorang yang berprinsip.

Mungkin saya akan dapat anugerah Lelaki Tahun Ini.

Waktu untuk pencuci mulut

Bagaimana keadaan anak saya?

Ya. Okey.

Hei, awak!

Tak guna.

Matilah dia!

Apa?

Pakar dalam Pencarian.

- Oh Soon Sang? - Siapa awak?

Awak rupanya. Awak langgar motosikal saya.

Motosikal itu masih baru! Tergamak awak...

Tak guna.

Apa... Hei.

Hei. Itu saya punya.

Tak guna.

Wah. Berapa banyak ini?

Dua, empat, enam, lapan.

Awak boleh dipenjarakan 12 tahun.

Tak. Mungkin sehingga 16 tahun.

Apa masalah awak?

Saya nak berikan tawaran yang awak tak boleh tolak.

Saya akan bayar kepada awak.

Duit yang banyak.

Hei, cik. Saya sangat mahal.

Saya akan tambah dua kosong untuk harga awak.

Kalau tak... Boleh tambah lagi.

Cukup untuk awak menyara hidup awak lagi 20 tahun.

Atau boleh mereput di dalam penjara.

Apa dia? Saya akan dengar.

Pergi bermain dengan budak-budak di sekolah.

Danny Oh.

(Apa Yang Saya Tinggalkan untuk Awak)

- Ada, bukan? - Ya.

Betul bukan? Saya dah cakap.

Tunggu.

Awak dah jumpa?

- Ya, dah. - Biar saya lihat.

- Ini satu lagi. - Biar saya lihat.

Orang gila itu pasang setiap jenis di luar.

Ini.

Boleh saya masuk?

- Helo. - Helo.

Apa yang berlaku?

Apa...

Tunggu.

Kalau awak buat dari situ, boleh awak keluar?

- Oh, ya. - Mari keluar.

Awak hampir berdepan masalah.

Adakah penduduk selalu ubah suai rumah dan bina bilik rahsia?

Saya tak tahu.

Tapi pembinaan begini...

Awak kenal kontraktor yang boleh buat kerja begini?

Tolong beritahu kami.

Pasti tak ramai di kawasan ini.

Saya pasti kita akan jumpa.

Ada sesiapa tinggal di sini sebelum saya berpindah?

Tiada. Hanya pemilik rumah...

Dan perempuan bersama dia.

Itu saja.

Bila difikirkan semula,

perempuan itu dia datang sendiri lebih kurang enam bulan lepas.

Awak orangnya?

Apa yang awak cakap ini?

Kenapa saya...

Saya dengar awak pernah datang rumah saya sebelum ini.

Sewaktu pertama kali saya kembali ke Pulau Jeju,

saya ingat dia menunggu saya di situ.

Kerana dia cakap dia akan balik selepas semuanya selesai.

Saya cakap pada diri sendiri, dia tak akan mati begitu.

Dan dia menunggu saya di situ.

Mari sini, Na Yoon.

Maaf, saya datang lambat.

Jadi? Awak bersembunyi dan mengintip saya?

Awak takut saya akan sembunyikan dia?

Saya cakap, bukan saya.

Saya pun baru tahu ada benda begitu di rumah awak.

Bila memikirkan apa awak lakukan pada kami,

saya pasti awak orangnya.

Dan jangan berangan.

Dia dah letak rumah itu di bawah nama Yi Chan.

Tiada kaitan dengan awak.

Jadi, awak boleh uruskan sendiri.

Jangan datang dan tuduh benda yang saya tak lakukan.

Baiklah.

Saya kena siasat apa yang berlaku di rumah itu...

dan siapa tinggal di situ.

Saya kena siasat sedalamnya.

Tingkap itu. Bukan saya yang lakukannya.

Ada orang lain lakukannya.

Ada seseorang memerhatikan rumah awak.

Ini saya.

Saya kena berjumpa Cik Sim Ae Soon sekarang.

Boleh awak carikan dia untuk saya?

(Hai, semua. Yi Chan dah kembali bersama kita.)

(Tapi ingat yang dia belum sembuh sepenuhnya lagi.)

(Jadi mari kita bantu dia cepat sihat. Okey?)

(- Baik cikgu. - Baik, cikgu.)

Hei, Yi Chan. Seronok dapat ponteng sekolah, bukan?

Oh ya, kenapa awak sakit?

Kenapa? Kenapa awak tak jawab?

Awak tak tahu?

- Dia menghidap afasia. - Afasia?

Apa itu?

Secara mudahnya, dia tak boleh bercakap kerana keadaan otak...

- dan mentalnya ada masalah. - Apa?

Tak mungkin.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left