Joy of Life

Joy of Life (庆余年)

Download Malay Subtitle

Season 2

Release info

Joy of Life Season 2 S01E01 Plotting VIU x264
A Commentary by rockfella

Tags

webdl
Published on: 2024-05-18
Downloads: 74
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Profesor Ye, saya telah menyemak semula kertas kerja.

Saya tahu awak tak suka membaca versi elektronik.

Letak di sana, saya akan lihat nanti.

Profesor Ye.

Adakah Fan Xian dah mati?

Profesor Ye, awak perlu pergi ke pertukaran akademik esok.

Awak tak boleh terus-menerus tak hadir.

Yalah, terima kasih.

Oh ya, Profesor Ye,

betul ke Fan Xian sememangnya mati?

Ada apa yang saya boleh tolong?

Profesor Ye, betul ke Fan Xian sememangnya mati?

Awak telah selesaikan kertas kerja?

Belum lagi, saya masih tengah usahakan.

- Profesor Ye. - Saya tak tahu!

Apa yang awak tak tahu?

Zhang Qing?

Itu nama saya.

Akhirnya muncul pun kamu.

Kenapa dengan saya?

Fan Xian dah mati atau tak?

Sejak kamu berhenti mengemas kini,

semua orang asyik bertanya saya soalan yang sama.

Apa yang berlaku kepada Fan Xian yang terbaring di sana?

Dia mati atau tak?

Jika dia tak mati, apa yang perlu dia lakukan seterusnya?

Saya ada buat draf tentang itu.

Awaklah orang pertama yang saya nak tunjukkan.

Saya ingat lagi,

sebelum awak berhenti mengemas kini,

Fan Xian ditikam.

- Yan Bing Yun. - Jadi, dia dah mati?

Profesor Ye, perpustakaan dah nak ditutup.

Awak telah memikirkannya sepanjang malam.

Apa pilihan awak?

Ini bukan tentang apa yang saya pilih.

Giliran awak untuk memilih.

Tanya diri awak.

Awak pasti awak boleh membunuh saya di sini?

Tuan Fan!

Ini keputusan saya.

Jadi, adakah Fan Xian masih hidup atau dah mati?

Takkan watak protagonis akan mati di sini?

Tuanku!

Tuanku, ada sesuatu yang mengerikan telah berlaku!

Tuanku, Fan Xian dah mati!

Tuanku!

Ada sesuatu yang mengerikan berlaku!

Pemimpin!

- Pemimpin! - Cepat, jangan pedulikan saya.

Kumpulkan semua ahli Majlis Pengawasan.

- Cepat. - Baik, tuan.

Pergi lekas!

Wakil utusan itu menghantar mesej kembali.

Fan Xian jatuh sakit...

dan meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Mayatnya telah pun dibakar.

Panggil Chen Ping Ping menghadap!

Apa yang sedang berlaku?

- Apa yang sedang berlaku? - Saya tak tahu.

Apa yang berlaku?

Pemimpin, apa yang berlaku?

(Chen Ping Ping, Pemimpin Majlis Pengawasan)

Fan Xian dah mati.

(Yan Ruo Hai, Ketua Biro Keempat Majlis Pengawasan)

Keadaan akan menjadi huru-hara.

Tinggal di sini.

Tunggu berita daripada saya.

Di manakah mayat anak saya?

Saya tak tahu.

Awak tak tahu?

Beraninya awak mengatakan awak tak tahu!

Awaklah yang membuatkan dia mengambil alih Majlis Pengawasan!

Awaklah yang memaksa dia pergi misi ke Qi Utara!

Awak juga orangnya...

yang menarik balik Pasukan Berkuda Hitam...

dan membuatkan dia mempertaruhkan nyawanya!

Sekarang bila dia dah mati,

awak cuma mampu katakan...

yang...

awak tak tahu?

Awak tak nak dia,

tapi saya nak!

Saya nak membawa anak saya pulang!

Kembalikan anak saya!

Saya telah menyembunyikan dia sepanjang hidupnya.

Saya tak boleh biarkan dia mati...

tanpa sebarang sebab yang jelas!

Dia merupakan manusia,

bukannya buah catur.

Saya sanggup beri nyawa saya untuk dia.

Baiklah, kalau begitu mati sekarang!

Saya tak boleh.

Apa?

Awak takut mati?

Satu nyawa...

terlalu sedikit.

Sebelum saya mati, saya mesti...

memastikan keadilan ditegakkan.

Mereka yang berhutang nyawa kepadanya,

saya akan bawa mereka semua bersama saya.

Tuan-tuan, sila hentikan pertengkaran di sini.

Di manakah baginda?

Baginda tak ingin berjumpa dengan melihat awak.

Bukan ke baginda yang memanggil saya?

Benar.

Apabila mendengar kematian Fan Xian,

baginda berada dalam kesedihan yang teramat...

maka dia segera memanggil Pemimpin Chen.

Bagaimana pula sekarang?

Sekarang,

selepas membaca catatan merpati kedua,

baginda terdiam.

Dia enggan berjumpa sesiapa.

Catatan kedua?

Tuanku!

(Fan Wu Jiu, Pengawal Putera Cheng Ze)

Rahsia sulit.

Itu merpati Xie Bi An,

berita tentang Fan Xian.

Baca untuk beta.

- Ini… - Tak mengapa.

Beta percayakan kamu.

Baginda memerintahkan saya untuk menyampaikan ini pada awak.

Yan Bing Yun?

(Yan Bing Yun menikam Tuan Fan dari belakang,)

Dia datangnya daripada Majlis Pengawasan.

Saya tak sangka...

Fan Xian akan mati seperti ini.

Fan Xian menentang putera raja.

Itu pastinya akan menyebabkan huru-hara di Qing.

Saya tak ada sebarang dendam peribadi terhadapnya.

Saya membunuhnya...

demi Kerajaan Qing.

Demi Kerajaan Qing?

Jadi untuk apa bakar dia?

Fei Jie ialah tuannya.

Kemahiran perubatan Encik Fei sama baiknya dengan kemahiran meracunnya.

Bila Fan Xian meninggal dunia, dia pasti akan buat bedah siasat.

Tak mungkin kita boleh sembunyikan hakikat dia mati akibat luka pedang.

Tapi tanpa mayat,

bagaimana awak nak jelaskan tentangnya kepada orang ramai?

Katakan saja dia meninggal dunia akibat penyakit kronik...

disebabkan penyesuaian cuaca.

Xie Bi An berkata Fan Xian dah mati.

Mayat telah dibakar.

Xie Bi An yang membunuhnya?

Tak.

Yan Bing Yun menikamnya dari belakang...

dan berjaya dalam serangan hendap.

Yan Bing Yun membunuh Fan Xian?

Mayat memang hangus.

Kenapa?

Awak tak percaya saya?

Tak.

Saya hanya nak...

simpan sesuatu sebagai kenang-kenangan.

Bagaimana mungkin Yan Bing Yun yang membunuh dia?

Awak juga fikir ia tak masuk akal?

Yan Bing Yun sentiasa mengutamakan Kerajaan Qing.

Dia sangat menghormati undang-undang.

Memandangkan status Fan Xian,

tak kira apa yang berlaku,

Yan Bing Yun sepatutnya membawanya pulang...

ke ibu kota untuk dibicarakan.

Kenapa pula dia nak membunuhnya?

Lagipun, mesej Penjaga Harimau pun tak masuk akal.

Itu betul.

Pengawal Harimau diperintahkan oleh baginda untuk melindungi Fan Xian.

Jika Yan Bing Yun sememangnya bunuh dia,

Gao Da akan menangkapnya.

Macam mana dia boleh hantar balik berita sedemikian?

Ada sesuatu yang tak kena dengan berita itu?

Mungkinkah...

itu hanyalah kematian palsu?

Itu mungkin.

Kenapa pula budak ini ingin memalsukan kematiannya?

Kenapa awak fikir dia melakukan ini?

Sebabnya tak penting lagi.

Pada masa ini, Fan Xian...

dah tak boleh nak diselamatkan.

Baginda?

Ini pengkhianatan.

Tak, Fan Xian takkan mati semudah itu.

Tapi ini sememangnya tulisan tangan Xie Bi An.

Apa yang akan beta lakukan jika beta menjadi Fan Xian?

Palsu kematian beta dan melarikan diri.

Ke mana dia akan pergi?

Biasanya, ke ibu kota.

Dia sangat menghargai perhubungan.

Dia nak menipu semua orang dan menyembunyikan jejaknya.

Malangnya,

walaupun dia bertukar menjadi abu, beta masih boleh mengenalinya.

Apa ini?

Abu Fan Xian.

Awak nak pergi mana?

Jumpa baginda dan mohon belas kasihan.

Dia tak nak berjumpa tadi. Takkan ada apa berubah kalau pergi lagi.

Jadinya, apa yang perlu saya lakukan?

Hentikan sebaran berita kematiannya.

More Malay subtitles for Joy of Life

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left