The first 200 lines.
Episod sebelum ini dalam…
Misteri jenayah sebenar terhebat terdedah sedikit demi sedikit.
G.M. 31/1 @ 4.30 petang - JALAN PANTAI
Apa itu "G.M"?
BATU PERMATA MONTROSE
Saya mencari lelaki yang saya nampak menaiki tangga
memakai baju ikat celup berhud pada malam Tim mati.
LELAKI BERBAJU IKAT CELUP
- Cukup dengan lelaki berbaju ikat celup! - Jangan lupakan dia.
Saya dengar audio siar ayah.
Ayah tak beritahu yang ayah buat bersama Mabel Mora.
- Kenapa? Kamu kenal dia? - Dia pernah tinggal di sini.
Dia melepak bersama sekumpulan budak dan salah seorang ialah Tim Kono.
Awak tak boleh hilang sepuluh tahun
dan kemudian muncul dan mengungkit zaman muda kita!
Dia bergaduh dengan seseorang.
Awak nampak Oscar?
Tidak. Orang lain.
Awak tahu tentang kejadian malam itu. Awak tak cakap apa-apa!
Apabila semuanya rasa dikenali,
pada masa itulah awak alami sesuatu yang tak dijangka.
Nilai. Harga sebuah kehidupan.
Apa cara paling mudah untuk tahu awak boleh menyesuaikan diri?
Datanglah ke New York.
Segalanya lebih mahal di bandar.
Tambang kereta api bawah tanah ialah dua dolar 75 sen.
Lonjakan harga Hot Cheetos?
99 sen di Bronx dan empat dolar di Tribeca.
Kedai makan pula? Sangat mahal.
Namun, kot itu berbeza.
Kot itu tak ternilai harganya.
Ia istimewa. Seperti dia.
Saya akan bunuh awak, bangsat.
Sesuatu yang tak diduga!
Kami temui sesuatu yang tak diduga. Semuanya kerana anak saya, Will!
Mabel kenal Tim Kono dan dia menipu tentangnya.
Itu mungkin bermaksud yang Mabel bunuh Tim Kono.
Kami tertanya-tanya sama ada Tim mangsanya yang pertama atau terbaru?
Ya, dia memang sepadan dengan profil.
Wanita, lewat 20-an, pakai but hebat, baca buku The Hardy Boys.
Jika saya nampak maklumat itu, saya akan fikir dia "pembunuh."
Tiada kerja tetap, cuma sedikit kenalan dan tinggal sendirian
dalam pangsapuri kosong yang mungkin ada saliran tersembunyi.
Itu perdebatan yang bagus. Pendengar suka konflik.
Awak memang dungu.
Tak guna! Saya tak sempat rakam. Boleh panggil saya dungu sekali lagi?
- Awak memang dungu. - Terima kasih.
Ya Tuhan. Oscar?
Biar betul, Bella.
Maafkan saya. Awak dah bebas!
Saya tak percaya dapat jumpa awak.
Ya, bukan? Saya pun.
Tunggu dulu. Awak baru dibebaskan?
Saya singgah rumah ayah awak. Dia halau saya.
Ya. Tidak, saya dibebaskan minggu lepas.
Awak tahu saya tunggu di sini
dan awak bebas selepas sepuluh tahun dan awak tak hubungi saya?
Awak ekori saya di jalanan seperti penghendap?
Dengar sini, saya ada rancangan. Mari kita luangkan masa bersama?
Awak nak ke mana?
Jersey.
Jadi, saya pun nak ke sana. Saya hantar awak.
Awak tak perlu hantar saya.
Ya, saya nak hantar awak.
Sudah lama saya tunggu saat ini.
Saya pun.
Mari sini, si penghendap.
Lester kata dia menghala ke barat.
Boleh awak bertenang dan fikir? Semua ini salah faham…
Saya dah kata Mabel itu mencurigakan.
Dia miliki mata pembunuh gila seperti Liza pada pukul 3.00 pagi.
Tolong jangan ulang cerita itu.
Dia dan Jessica Lange datang jumpa saya selepas satu petang di Studio 54
dan saya minum beberapa gelas koktel…
Cukup! Mabel wanita muda yang manis yang berjanji takkan berahsia dengan kita.
- Saya nak tanya awak. Ini topi awak? - Topi saya! Saya ingat ia dah hilang…
- Ya Tuhan! Itu dia! - Apa?
Lelaki berbaju ikat celup!
Okey. Kita mesti ekori mereka.
Saya akan ambil kereta. Awak ekori mereka.
Baiklah, saya tunggu… Awak ada kereta?
Awak kejar mereka dan hubungi saya apabila awak tahu lokasi mereka,
kemudian saya akan jemput awak.
Okey. Saya tunggu. Awak bayar ruang letak kereta di sini?
Episod Lima Sesuatu yang Tak Diduga
- Teruklah. Saya kehilangan mereka. - Awak ekori mereka?
- Ya, tapi saya tak dapat kejar Camry. - Jangan biar mereka terlepas.
Saya harap mereka tak nampak saya.
Kita nak ke mana?
Tempat itu di Teaneck, jadi…
Jambatan GW.
Selamat datang ke New York.
Terima kasih, puan.
Oliver, saya tak dengar. Awak dengar tak?
Ya, isyarat tak jelas, tapi teruskan ekori mereka!
Nasib baik. Mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Awak di mana?
Saya nak satu.
Tunggu, awak di kart pretzel? Saya nak satu. Baca hias atasnya.
Apa? Hias atas? Cuma ada mustard dan garam.
Ya, tapi kadangkala ada mustard madu.
Adakah itu Dante? Beritahu dia Oliver mahu pesanan biasa.
- Nama awak Dante? - Ya.
Oliver mahu pesanan biasa.
Saya dah dekat. Awak masih di Jalan 88?
Ya, trafik sedang bergerak. Awak di mana?
Pusing!
Sangat tak menarik perhatian!
Kita menyesuaikan diri dengan menonjol.
Apa awak buat?
Tidak. Awak pandu.
Sebab saya perlu rakam dan lesen memandu saya tamat tempoh 25 tahun lepas.
Jangan kehilangan Camry itu.
Apa awak buat dengan kereta ini?
Namanya Aphrodite.
Saya beli di LA semasa penggambaran Singin' in the Rain 2 untuk VH1.
Lihat, ada gula-gula dari tahun 1963 dalam bekas abu rokok.
Mungkin itu pil diet Mexico. Bukan. Ini fen-phen.
Saya tak perlukan ini.
Mereka belok kiri.
Awak dah bebas seminggu, jadi apa yang awak buat?
Saya makan makanan lazat, gunting rambut.
Mandi dalam bilik air yang ada privasi. Itu seronok.
Awak dengar berita Tim?
Ya. Malam pertama saya bebas. Dia bunuh diri?
Kali pertama saya masuk semula dalam bangunan itu?
Tunggu, awak ada di sana…
Ya Tuhan. Awak lelaki berbaju ikat celup.
Ya. Begitulah nampaknya.
Saya rasa patut cari baju yang ikut trend selepas keluar.
Saya rasa dia ada masalah.
Itu lelaki yang saya nampak menaiki tangga pada malam itu.
Saya tahu. Lelaki berbaju ikat celup.
Mungkin dia dan Mabel bersubahat sejak awal.
Awak pun perasan, apabila awak sebut namanya,
dia senyap dan buat kita siasat suspek lain.
Sebenarnya, awak yang buat begitu.
Awak perlu berhenti fikir buruk tentang dia.
Awak perlu fikir begitu.
Dia menipu kita, Charles atau awak terlupa fakta itu?
Dia juga bantu kita buat siasatan. Kenapa dia nak buat begitu?
Entahlah. Mungkin supaya kita tak mengesyaki dia?
Itu tindakan audio siar jenayah sebenar klasik dalam Pembantu Kecil Ayah.
Tepat sekali. Betul.
Anak yang kelihatan sedih itu bantu kes sehingga semua bukti menghala kepadanya.
Audio siar itu teruk. Kita tahu jalan cerita daripada tajuknya.
Agaknya siapa pelakunya? Pembantu Kecil Ayah?
Awak masih tak sedar?
Awak berfikir seperti si bodoh, si bahlul, bukannya detektif.
Charles, kawan,
tolong abaikan perasaan awak dan hanya fikir yang awak tahu.
Kita tak boleh lupakan lelaki berbaju ikat celup.
Charles, kita tak boleh syaki seseorang hanya kerana mereka pakai hud.
Itu tak boleh diterima.
Saya tak buat begitu. Saya buat begitu, tapi bukan seperti itu.
Okey. Saya cuma sebut tentang lelaki berbaju ikat celup.
Cukuplah tentang dia. Buang masa saja.
- Apa? - Tiada apa-apa.
Saya rasa seperti duduk di sebelah seorang abang.
Awak orang pertama yang saya nak jumpa selepas ayah.
Sebab itu saya menaiki tangga pada malam itu.
Sekiranya awak tertanya-tanya.
Saya naik atas untuk jumpa awak di rumah mak cik awak.
Pelik kerana kita tak berselisih di ruang tangga.
Mungkin kita berselisih.
Awak tak sedar saya menghendap awak pagi ini.
Saya tahu.
Lagipun, saya teringin nak bunuh seseorang guna jarum mengait.
Saya pernah nampak awak bersama lelaki seperti pesara polis itu?
Salah seorangnya pelakon Brazzos ?
Ya.
Dia masih fikir yang dia berlakon dalam rancangan itu.
Saya akan hubungi dia.
Jika dia jerit pembunuh kejam, awak akan tahu.
Hubungi Mabel Mora.
Hei, ini Mabel. Tinggalkan mesej selepas bunyi.
Jika dia selamat, kenapa dia tak jawab panggilan?
Percayalah, dia sibuk rancang pembunuhan seterusnya bersama Clyde.
Saya harap kita bukan sasarannya.
Saya jumpa sesuatu.
Artikel The Post beberapa tahun lepas tentang perkara yang Will cakap.
Jadi?
Seorang gadis bernama Zoe Cassidy ditolak dari bumbung Arconia.
Polis menahan seorang penghuni.
Saya macam ingat sesuatu.
Saya tak ingat. Bila ia terjadi?
2010. Kenapa awak tak ingat walaupun sedikit?
2010? Tahun itu saya ambil ubat Prednisone.
Badan saya jadi sembap dan ia beri kesan teruk kepada memori saya.
Buat carian "Charles-Haden Savage gemuk."
Ya Tuhan. Lihatlah punggung awak.
Awak sangat gemuk. Dagu awak berlapis.
Jangan risau, enjin baru dipanaskan.
Saya rasa Aphrodite tak pernah dipandu semasa musim sejuk.
Awak tahu tak? Saya akan hubungi Mabel semula.
Charles (tua)
Ya Tuhan.
Hei.
Mabel. Hai, ini Charles.
Cakap seperti biasa.
No comments yet. Be the first to leave one.