Mary

Mary

Download Malay Subtitle

Release info

Mary WEBRip Netflix ms
A Commentary by KakifilemBot
Join Telegram Kami Untuk Movies Yang Menarik @Kakifilem atau https://t.me/kakifilem

Tags

webdl
Published on: 2024-12-21
Downloads: 53
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terjemahan sari kata oleh Aman

SEMENANJUNG SINAI - 1 MASIHI

Aku dipilih untuk melahirkan anugerah kepada dunia ini.

Anugerah teragung di dunia ini.

Mungkin anda fikir anda tahu kisahku.

Percayalah,

anda tak tahu.

GURUN JUDEAN - 18 SM

Bapaku, Joachim, membawa diri ke gurun

untuk berpuasa dan bertaubat selama 40 hari

kerana percaya dia tiada anak akibat dihukum tuhan.

Ibuku, Anne, berdoa tanpa henti untuk dikurniakan anak.

Apa dosa aku, ya tuhan?

Aku hanya mahukan anak.

Dia dengar rayuanmu.

Siapa awak? Macam mana awak sampai ke sini?

Aku Gabriel.

Tuhan akan anugerahi kamu seorang anak perempuan.

Anak perempuan?

Tunggu.

Anak perempuan?

Ya.

Dia akan kurniakan kamu anak perempuan

yang amat istimewa.

Dia akan penuhi ramalan Isaiah.

Sebagai ganti…

Ya, apa?

Satu janji.

Apabila aku kembali, kamu perlu abdikannya kepada tuhan.

Untuk tinggal di kuil tuhan.

Anne.

Joachim!

Doa kita dimakbulkan.

RUMAH KELAHIRAN MARY - NAZARETH 9 BULAN KEMUDIAN

JERUSALEM - WILAYAH JUDEA HEROD - 17 SM

Orang Rom melantik Raja Herod untuk memerintah Judea.

Pemerintahan kuku besi Herod mencetuskan pemberontakan dalam kalangan rakyat Judea.

Tak kusangka dunia kami akan bertembung.

Rakyatku…

penduduk Jerusalem,

beta mahu membina dan besarkan Kuil Kedua

menjadi binaan megah yang tak pernah dibayangkan.

Beta sanggup terima segala kesusahan dan kepayahan yang menimpa beta

dan akan beta terima segalanya untuk mencapai keagungan.

Kepayahan yang ditakdirkan kepada beta.

Dengan kuil ini,

beta akan kembali kepada tuhan sepenuhnya.

Kerana anugerah terbesarnya kepada beta

ialah kerajaan suci Judea ini.

Raja kamu,

beta, Herod, Raja segala bangsa Yahudi.

Kita tak boleh lagi terima ketidakadilan ini.

Dengar sini! Ini masa untuk bertindak!

Kuil ini simbol keangkuhan Herod dan keinginannya untuk diiktiraf Rom.

Meskipun katanya dia agungkan tuhan, dia hanya boneka Rom

yang mengorbankan orang Yahudi untuk naik takhta.

Dia bukannya orang Yahudi pun.

Bagaimana agama Yahudi nak diangkat dengan pemerintahan haram Herod ini?

Kita mesti ikut Ketua Rabai Aristobulus. Dia akan pimpin kita ke jalan benar.

SINAGOG ARISTOBULUS - LUAR JERUSALEM

Ini waktu yang sukar bagi kita semua.

Dalam setiap kesulitan yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Aristobulus, awak perlu bersembunyi.

Masyarakat menyokong saya, Mariamne.

Jangan risau, kita kuat.

Tidak.

Keadaan sudah berubah.

Tolonglah!

Tolonglah!

Buah hatiku.

Sayangku.

Terima kasih.

Awak nampak susah hati.

Apa yang merunsingkanmu, ratuku?

Tuanku tak ingat siapa patik.

Tentulah beta ingat.

Awak bantu beta bina kegemilangan kerajaan ini.

Awak lahirkan ramai zuriat Hasmonean beta yang comel-comel.

Awak sentiasa beta kasihi, Mariamne.

Mari kita raikan

perkahwinan kita

yang panjang dan menyakitkan hati ini.

Silakan,

sampaikan berita ini.

Ya.

Adik awak dah diuruskan.

Awak

kejam.

Betul.

Suatu hari nanti, kezaliman ini akan berakhir.

- Ya. - Kami akan kembalikan takhta David.

Jangan bergerak, sayang.

Mariamne.

Buah hatiku.

Kuatkan diri…

Mary.

Jangan sampai lebam, Malachi.

Tentulah, tuan.

Setiap zaitun adalah ciuman tuhan.

Jangan lupa itu, kawan.

- Mary! - Mary!

Ke mana pula dia pergi kali ini?

Mary!

Mari sini!

Jangan lari!

- Mary! - Mary!

- Mary! - Awak di mana?

- Saya bawa kawan awak! - Mary!

Noam!

Noam nak main juga sementara ayah-ayah kamu berbual.

Mari tengok sesuatu.

- Nanti balik makan tengah hari! - Cepat, Noam!

Dengar tak, Mary?

Cepat, Noam! Awak lambat sangat.

Awak laju sangat. Tunggu!

Cepatlah. Mari kita petik buah tin.

Tentu ibu akan terkejut.

Mary?

Cepatlah! Buah tin takkan luruh sendiri.

Berjalan sajalah.

Tuanku.

Ya?

Ada banyak laporan tentang rasa tak puas hati.

Daripada orang Farisi.

- Ya? - Di kawasan lereng bukit yang makmur.

Tak puas hati?

Ya, tuanku.

Kenapa ada rasa tak puas hati, Marcellus?

Mereka mahu tuanku melawan

serbuan penceroboh Nabatea.

Oh, begitu.

Terdapat juga khabar angin.

- Tentang penyelamat. - Penyelamat?

Siapa bercakap tentang itu?

Salome?

Awak, saudaraku, ialah Raja Bangsa Yahudi.

Penyelamat sebenar.

Itu saja yang penting.

Siapa bercakap tentang penyelamat?

Suami saya ada kata begitu. Orang lain juga.

Suami kamu, Costobarus?

Ya.

Ya.

Patutkah beta lepaskan dia? Bebaskan dia? Atau…

Beritahu beta, Salome.

Patutkah beta titahkan dia direjam sampai mati?

Bagaimana, Salome?

Pasti rakyat akan diam melihat kepalanya dipasak pada tombak.

Adakah sukar bagi kamu

kalau kamu kehilangan suami atau orang tersayang?

Kerajaan tuanku lebih penting daripada cinta.

Bagus.

Bagus.

Mak kamu menunggu kita, jadi…

- Mari berlumba! - Apa? Mari sini!

Mari sini!

- Mari sini! - Tidak!

Mary, mari mandi sebelum makan malam!

Kotornya badan awak.

Aduhai…

Dia sangat laju.

Kenapa ini?

Lelaki berjubah biru itu muncul tadi.

Ayah?

Kelahiran kamu satu keajaiban.

Kamu anugerah

bagi ayah dan ibu kamu.

Sebagai balasan, ayah telah bernazar.

Nazar yang mesti dikotakan.

JERUSALEM - KUIL KEDUA - 6 SM

Kenapa dia di sini?

- Mari kita balik. - Tidak.

Biarkan gadis itu masuk.

Kamu rupanya.

Ayah sangat bangga dengan kamu.

Pergi.

Saya Anna.

Nak!

Mari dekat.

Kenapa kamu datang?

Saya datang untuk tunaikan janji.

Anna,

adakah ini benar?

Benarkah wadah terpilih itu sudah tiba?

El Shaddai mengalu-alukanmu dengan tangan terbuka ke rumah baru kamu.

Percayalah.

Dia akan dedahkan segalanya pada masanya.

Mary, di mana pula kamu?

Saya datang.

Kamu lewat ke sesi berdoa, nak. Cepat.

Maaf.

Mary, kamu ke mana?

Saya memberus lantai dan menggilap bejana.

Kamu berleka-leka di taman lagi.

Betul tak?

Tak, itu tak benar.

Sebelum berdoa tengah hari.

Bunga tak tumbuh sendiri.

Kitab kata kita perlu beribadat melalui perbuatan.

Ingat kedudukan kamu semua.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left