Release info

모던파머 Modern Farmer E02 141019
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

other
Download Malay Subtitle Files for Mobile (2)
Choose the file for your episode Versi 1.srt 74 KB Versi 2.srt 74 KB
Download Malay Subtitle
Translate with Pro
Show all subtitles
Published on: 2016-02-28
Downloads: 31
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kamu nak pergi saja sekarang ini

ataupun

kamu nak pergi lepas saya dah pukul kamu?

Min Ki, kita sudah lama tak jumpa. Janganlah kejam sangat.

Kamu masih muda tapi sudah nyanyukkah?

Kamu sudah lupa apa kamu sudah buat kepada kami bertiga dulu?

Lupakan sajalah hal itu, kawan.

Saya tak ada masa untuk melayan kamu lagi.

Baik kamu pergi sementara saya masih baik ini.

Macam mana saya boleh pergi?

Saya ini bukannya anjing.

Kamu baru buat lawakkah?

Kamu ini memang saja cari hal!

Cubalah bertenang dulu!

Macam mana saya boleh bertenang sekarang?

Sudah lupa apa kawan tak guna itu sudah buat pada kita semua?

Saya tahu. Saya tak lupa.

Kalau boleh, saya pun tak mahu pandang lagi muka dia itu sekarang.

Jadi kenapa kamu ajak dia? Kenapa kamu ajak dia sekali? Kenapa?

Macam mana dengan kumpulan kita nanti?

Mana kita boleh cari orang berbakat macam dia

- untuk hasilkan album nanti? - Kalau tak boleh jumpa,

kita buat kumpulan tiga orang saja nanti.

Kubis-kubis itu pula? 100 ribu biji kubis itu?

Cantiknya!

Tempat inilah kampung halaman saya

dan tempat semua impian kita akan dipenuhi!

Hadurok-ri!

Betulkah ini? Hadurok-ri?

Hard rock?

Namanya agak Amerika sedikit untuk sebuah kampung.

Betul itu. Ada tak Kampung Softrok-ri berdekatan sini?

Bukan macam itulah, budak.

Di sebalik nama itu, ada satu legenda yang menyedihkan.

Legenda?

Ketika waktu itu, pencerobohan Korean oleh pihak China.

Raja Joseon sedang melalui kampung ini

di atas jalan yang selamat untuk mengelak dari peperangan.

Dengar, semua orang! Orang Manchu sedang mengejar kita!

- Cepat sedikit berjalan itu! - Tuanku, kami sudah berjalan

selaju yang mungkin.

Malangnya nasib sampai terpaksa lari dari orang-orang gasar itu!

Macam mana beta boleh berdepan dengan rakyat beta semula?

Kita sudah berjaya tangkap Raja Joseon!

Orang Manchu sudah sampai! Lindungi raja kita!

Mereka terlalu ramai!

Kita boleh menang!

Raja Joseon, masa untuk mati!

Beta sudah mahu masuk syurga!

Beta sepatutnya buat banyak lagi korban sebelum beta mangkat!

Apa itu?

Raja Joseon kemudian anugerahkan gelaran Jeongipum

kepada rusa yang telah selamatkan nyawa baginda.

Rusa itu lama-kelamaan dikenali dengan nama Jeongipumrok.

Apa? Jeongipumrok?

Dengan niat ikhlas untuk menghormati rusa tersebut, Ketua Du, Rusa Rok,

Kampung Ri! Durok-ri!

Dari situlah datangnya nama itu.

Tapi bila kampung ini sudah berkembang,

ia berpecah menjadi Sangdurok-ri dan Hadurok-ri.

Itulah cerita paling karut yang saya pernah dengar!

Apa yang abang mengarut itu?

Itulah penipuan paling besar yang saya pernah dengar.

Mana ada? Saya tak tipulah!

Saya ada dengar tentang pokok pain Jeongipum,

tapi saya tak pernah dengar nama Jeongipumrok itu sebelum ini.

Tanduk rusa tak boleh menikam perut manusia.

Kulit manusia ini lebih kuat daripada apa yang kamu sangkakan.

Betul itu! Tanduk rusa bukannya dibuat daripada besi.

- Mengarut betul cerita abang. - Memang betullah!

Kamu semua ini!

Betul! Nampak tak rusa di dalam kandang di sana itu?

Rusa itu adalah waris kepada waris kepada waris kepada waris

kepada waris kepada waris rusa yang bernama Jeongipumrok!

Dan rantai leher yang berkilat-kilat di lehernya itu...

Nampak tak rantai yang berkilat?

Betul!

Presiden Roh Moo Hyun sendiri yang

gantungkan rantai itu di leher rusa itu!

Okey, katakanlah semua itu betul.

Betulkah kamu ada tanah ini atau kamu temberang kami?

Saya tak tipulah!

Bersedia! Saya akan tunjuk kepada kamu semua sekarang.

Jangan sampai ternganga mulut kamu semua itu pula.

Macam mana? Kamu semua sudah boleh rasakan tak sekarang?

Semua ini lapan ekar! Lapan ekar!

Dalam tiga bulan lagi, tanah ini akan dipenuhi dengan kubis semuanya!

Dan menurut kitaran harga tahunan kubis jenis ini,

harga kubis tahun ini akan melonjak naik!

Nampak tak?

Nampak tak?

Lepas itu, Kumpulan Excellent Souls kita

akan dilahirkan semula!

Rock and roll!

Kamu semua ini, saya sudah agak kamu semua dapat rasakannya.

Tapi kita akan tinggal di mana?

Tak mungkinlah!

Kita takkan tinggal di dalam rumah ini, bukan?

Tak apa, jangan risau.

Nampak saja macam ini, tapi rumah ini kukuh sebenarnya.

Biar saya tunjukkan.

Benda ini...

Tak apa, asalkan bumbung ini tak jatuh atas kita

dan saya boleh tumbuk macam ini!

Kamu semua sudah lapar, bukan?

Mari kita pergi makan. Mari pergi.

Kita sekarang di Kampung Tradisional Korea, bukan?

Bodoh, semua orang di Seoul mahu nasi yang dimasak dalam periuk besi.

Rasanya memang sedap.

Cubalah makan dalam ini dulu.

Beras patut ada di sekitar sini.

Itu pun.

Biar betul!

Tak apa.

Untuk makan malam ini, kita makan ramen saja. Okey?

Apa kata kalau kita kemas barang dulu?

Kenapa gelap sangat dalam rumah ini?

Tak apa.

Saya memandu lama sangatkah tadi?

Sudah nampak bermacam pula.

Macam mana benda itu boleh ada dalam itu?

Kamu janganlah lari?

Itu memang rusa, bukan?

Memang rusalah...

Memang sudah melampau sangat!

Bukan setakat rumah berhantu, tapi ada rusa pula dalam rumah itu!

Tak apa.

Macam mana kamu boleh cakap tak apa?

Kamu cakap semua sudah sedia!

Kamu cakap hari itu semua sudah sedia!

Inilah namanya hidup di kampung!

Kamu ingat akan dapat bilik hotelkah?

Apa-apa sajalah! Saya sudah lapar sangat ini!

Saya mahu makan!

Yalah, diamlah!

Biar saya pergi beli ramen dulu.

Kamu semua kemaskan barang.

Macam mana rusa itu boleh masuk ke dalam rumah ini pula?

Pintu rumah ini tutup. Macam mana rusa itu...

Saya sudah gila agaknya.

Saya tak sepatutnya ikut kamu datang ke sini.

Kenapa ini? Seronok macam ini! Macam kita pergi berkhemah saja.

Mana ada macam berkhemah? Rasa macam di hujung dunia adalah.

Saya tak nampak pula satu kedai pun dari tadi.

Apa pula sekarang?

Ada restorankah?

Masih ada di sini rupanya.

- Tempat apa ini? - Sekolah rendah saya dulu.

Sekolah rendah? Kenapa sekolah ini macam kecil sangat?

Semua sekolah kampung memang macam ini.

Rasanya ada dalam 10 orang pelajar saja.

Ada lagikah benda itu di situ?

Kakak Yun Hui dulu tiga tahun lebih tua daripada saya.

Rambut dia panjang dan kulit dia bersih.

Dan orangnya sangat kurus.

Dia memang budak pandai dan suka bermain piano.

Semua orang dalam sekolah jatuh cinta dengan dia.

Dan pada satu hari, takdir mula menggerakkan tangan-tangannya.

Awak jalanlah dulu.

Tolong saya!

Tolong saya!

Tolong saya! Saya tak pandai berenang!

Tolong saya!

- Awak okey tak? - Ya.

Saya lega sangat.

Macam itulah kisah cinta kami berdua mula berputik.

Tapi macam kisah cinta pertama yang lain juga,

kisah cinta kami tak berpanjangan.

Saya pindah ke Seoul dengan mak saya beberapa bulan lepas itu.

Dan kami tak pernah berjumpa lagi lepas itu.

Cerita kamu ini...

Klise.

Di mana agaknya Kakak Yun Hui itu ada sekarang?

Tak guna! Jangan berani melarikan diri!

Hati-hati!

Cepat tangkap dia sekarang!

Tak apalah. Tak apa.

- Mari sini! - Sedikit saja lagi.

Datang sini. Comel.

Memang tak guna punya anak khinzir ini!

Jangan cuba bermain dengan saya.

Terima kasih, Ayah.

- Terima kasih, Yun Hui. - Bukannya susah sangat pun.

Mak cik tahu yang gabenor akan datang melawat esok, bukan?

Mestilah tahu. Macam manalah Flower itu

boleh dipilih sebagai maskot kita?

Itulah, mak cik.

Wang hadiahnya pun jumlah yang besar juga.

Bolehlah kita turap jalan keliling kampung sebab Flower itu, mak cik.

Apa pun, kita kena bersihkan seluruh kampung nanti

jadi datang sebelum waktu subuh, okey?

Cuaca hari ini bagus betul.

Memang hari yang bagus untuk kerja di luar.

Itu Pak Cik Hwa! Pak cik!

Pak cik apa khabar? Sudah banyakkah pak cik menuai?

Ayam-ayam dalam sangkar itu pun sudah besar sekarang.

Yalah, semua orang kena jaga ayam.

Apa khabar? Cuaca hari ini memang bagus betul, bukan?

Betulkah ini jalan yang pergi ke kedai?

Budak ini, janganlah merungut saja.

More Malay subtitles for Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left