Specials

Release info

Gu Family Book E09 130506 HDTV H264 720p-KOR
A Commentary by Najwan Hamidi
Visit (http://malaysubteam.blogspot.com/)

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2013-05-08
Downloads: 35
Hearing Impaired: Yes

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sari kata oleh ~Muhammad Najwan Bin Hamidi~

Episod 9

Semuanya salah Choi Kang Chi.

Abang!

Jangan, Tae Seo. Tae Seo!

Sejurus melihat Choi Kang Chi, bunuh dia.

Tae Seo.

Tae Seo.

Kenapa..

Itu yang saya mahu tanya...

Kenapa buat begitu?

Kenapa?

Kenapa awak sanggup bunuh ayah?

Saya takkan maafkan awak.

Mati!

Turunkan pedang awak.

Ke tepi.

- Turunkan pedang dahulu! - Dia bunuh ayah saya.

Ke tepi!

Kang Chi.

En. Dam.

Tak apa, Kang Chi.

Awak takkan apa-apa.

Bangun, Kang Chi.

Choi Kang Chi!

Bangun!

Choi Kang Chi!

Perempuan Tak Guna!

Nama saya Chung Jo. Bukan tak guna.

Park Chung Jo.

Orang seperti awak berani cabar saya?

Beginikah gaya Gisaeng terbaik di Choon Hwa Gwan?

Apa?

Paksa pelatih muda minum arak dan mengarah mereka....

itu tahap Gisaeng di Choon Hwa Gwan?

Awak nak mati?

Awak tak takut apa-apa!

Saya dah abaikan maruah saya untuk semangkuk bubur.

Saya tak ada maruah lagi. Dah tentu, saya tak takut apa-apa.

Awak tanya tahap saya?

Sebelum tu, saya akan tunjuk apa berlaku jika awak melawan saya.

Pertama, basuh semua pakaian di hadapan awak.

Selesaikan sebelum pagi.

Awak sebaiknya abaikan saja.

Kenapa buat begitu?

Dia pembunuh ayah saya.

Takkan cukup membunuhnya 100 kali.

Kenapa awak lindungi dia?

Choi Kang Chi bunuh Moo Sol?

- Apa maksudnya? - Rasanya dia salah faham.

Pembunuh Tuanku Park bukan Choi Kang Chi tapi pengawal Jo Gwan Woong.

Apa awak cakap? Saya lihat dengan mata sendiri!

Di hadapan mata saya, Choi Kang Chi...

Ayah saya...

Ayah saya...

Tae Seo.

Pandang mata saya.

Pada ketika itu, ada siapa selain Moo Sol dan Kang Chi?

Itu...

Pandang mata saya dan jawab!

Siapa lagi?

Ayah, Kang Chi...

dan...

dan...

Apa pun, saya yakin Kang Chi yang bunuh ayah saya.

Percayalah! Saya lihat sendiri!

Rasanya awak dipukau hebat.

Pukau?

Semasa dia diseksa, pasti mereka telah pukau dia.

Lebih teruk...

Dia dipukau dalam keadaan separuh sedar.

Apa maknanya?

Pukau pada orang separuh sedar

hanya dapat dibuang oleh orang yang melakukan pukau itu.

Bagaimana jika kita tak jumpa orang yang memukau itu?

Apa akan terjadi pada Tae Seo?

Dia akan berterusan cuba bunuh Kang Chi.

Sampai bila-bila?

Sehingga Choi Kang Chi mati?

Dia berdarah begitu banyak?

Ambil lagi daun ubat.

- Dan air herba. - Baiklah.

Kang Chi.

Kang Chi!

- Kang Chi! - Ya?

- Apa impian awak? - Impian?

Tak tahu...

Hanya mahu Tuanku Park, Chung Jo, awak, ayah dan ahli Penginapan Seratus Tahun

untuk hidup bersama selamanya.

Awak pula?

Saya mahu jadi seperti ayah.

Jadi, saya boleh dapat perhatian ayah.

Awak sudah pun dapat perhatian dia dengan kerja awak di penginapan.

Awak hanya perlu kahwin sekarang.

Apa awak cakap ni?

Apa sebabnya?

Kenapa awak tolak lamaran setiap kali?

Awak takut perempuan seperti yang Chung Jo katakan?

Takut? Kenapa nak takut?

Atau awak sudah suka pada seseorang?

Mesti ada seseorang! Siapa dia?

Dari keluarga mana?

Jangan ambil tahu banyak sangat.

Siapa?

Tak mahu beritahu?

Tak mahu? Betul awak tak mahu beritahu?

Beritahu!

Awak berahsia walaupun dengan saya?

Apa semua ni? Skirt ini hanya basah sedikit sahaja.

Awak panggil mencuci dengan hanya membasahkannya sedikit?

Tidak! Ini masih sangat kotor.

Ini juga,

Ini juga.

Kenapa ni? Hentikan.

Apa awak nak buat sekarang?

Pasti sukar mencuci semua ini semula.

Mereka semua sangat kejam.

Saya tak mampu lihat lagi.

Wol San, dia tu sangat kejam.

Abaikan saja.

Hidup tak selalunya manis. Kadangkala ia pahit dan pedas.

Dia perlu melaluinya dahulu sebelum cari jalan menanganinya.

Bagaimana Kang Chi?

Salah satu arteri dia pasti rosak teruk.

Kami tak dapat hentikan pendarahan.

Jika berterusan, dia takkan mampu bertahan semalaman.

Jangan!

Jangan sesekali masuk campur takdir Kang Chi.

Meski dia jadi sebahagian makhluk misteri atau tidak.

Tolong abaikan saja.

Mana mungkin, kami kenal sesama sendiri.

Tambahan lagi, dia akan tinggal bersama kami?

Perasaan berubah-ubah sesama manusia.

Awak faham maksud saya, kan?

Dia kata dia mahu jadi manusia. Saya mahu bantu dia.

Cik!

Jangan risau. Dia fikir saya lelaki.

Saya mahu bantu dia sebagai kawan.

Jadi, boleh awak janji?

Jangan melebihi sekadar seorang kawan?

Dan awak takkan masuk campur hal hidup mati dia?

Janji dengan saya. Boleh?

Tapi, begini...

lelaki ini sedang mati di hadapan saya.

Dan saya tak boleh duduk dan lihat saja dia mati.

Maaf, tuan sami.

Hoi!

Sini, Choi Kang Chi!

Kang Chi!

Nasib baik.

Apa awak buat pada saya?

Apa awak dah buat?

Bertenang.

Saya cuba sembuhkan luka awak.

Tak mengapa.

Ini.

Pakai semula.

Beri tangan awak.

Kang Chi.

Kang Chi.

Berikan tangan awak.

Gon! Bagus!

Boleh tolong saya?

Dia dah sembuh. BUat apa pakaikan itu?

Dengan ini, orang lain akan kurang syak.

Beberapa orang sudah tahu identiti dia.

Kita masih perlu lindungi daripada yang belum tahu.

Siap.

Bagus, Gon.

Gon, tunggu.

Awak takkan beritahu ayah, kan?

Tentang apa?

Awak buka gelang untuk selamatkan nyawa Kang Chi atau...

awak hampir mati sebab awak buka gelang itu?

Apa maksud awak hampir mati? Siapa?

Ini tak ada apa-apa.

Saya terlanggar pemegqang lilin.

Jika sesuatu terjadi pada awak disebabkan dia...

Saya akan bunuh Choi Kang Chi.

Awak pasti penat.

Taklah.

Ikut saya.

Masuk.

Ada orang anggap Gisaeng perempuan murahan yang jual tubuh dan arak.

Tapi...

Bukan itu saja.

Ada banyak peluang mempelajari perkara unik .

Ikut peraturan sebagai anak perempuan bukan cara perempuan hidup.

Perempuan boleh ada impian, bekerja keras untuk mencapainya.

Mencapai impian?

Sebab keluarga awak musnah, tidak bermaksud hidup awak sudah berakhir.

Jadilah penghibur Gisaeng.

Jadi penghibur Gisaeng dan mulakan hidup baru, Chung Jo.

Apa maksud awak?

Choi Kang Chi hilang?

Saya pergi periksa dia, tapi dia hilang tanpa kesan.

Ke mana dia nak pergi dengan kecederaan begitu?

Choi Kang Chi?

Awak kenal saya?

Tentulah, awak dah terkenal di sini.

More Malay subtitles for Gu Family Book

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left