Whity

Whity

Download Malay Subtitle

Release info

Whity DVD
A Commentary by cikhafizahnurani

Tags

DVD
Published on: 2014-01-27
Downloads: 19
Hearing Impaired: Yes

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sayangku, Frodo.

Kau pernah tanya, adakah aku menceritakan segalanya tentang...

...pengembaraan aku.

Secara jujurnya, aku ceritakan kisah benar.

Aku mungkin tak cerita semua.

Aku dah tua sekarang, Frodo.

Bukan seperti Hobbit yang dulu.

Aku rasa ini masanya untuk kau tahu...

...apa yang sebenarnya terjadi.

Ia bermula pada dahulu kala.

Di daerah nun jauh di timur.

Yang tidak akan kau temui di dunia ini kini.

Ada bandar bernama Dale.

Pasarnya sangat dikenali, penuh dengan barang dan keperluan,...

...aman dan makmur.

Bandar ini terletak di depan pintu Kerajaan Agung di Dunia-Tengah,...

...Erebor.

Dipimpin oleh Thror, Raja Bawah Gunung.

Raja bagi kaum kerdil.

Thrór memerintah dengan keyakinan, takkan ragu kerajaannya akan musnah,...

...demi menjaga hidup anaknya dan cucunya.

Ah, Frodo. Erebor.

Binaan dalam gunung adalah kecantikan benteng bandar ini yang menjadi legenda.

Kemewahan dari dalam bumi, pada batu permata bernilai,...

...dan emas mengalir bagai sungai di celahan batuan.

Kemahiran orang kerdil tiada tandingan. Membentuk objek yang tercantik,...

...dari berlian, zamrud, batu delima dan permata nilam.

Mereka menggali terus ke dalam kegelapan,...

...dan mereka menemuinya.

Jantung Gunung.

Arkenstone.

Thrór menamakannya, 'Permata Raja.'

Dia mengambilnya sebagai petanda bahawa pemerintahannya cemerlang.

Semua datang menghormatinya. Malah dari Raja Agung Elven, Thranduil.

Tapi keamanan dan kemewahan tak kekal.

Perlahan-lahan, hari semakin kelam, dan cengkaman malam menghampiri.

Kecintaan Thrór pada emas mulai menumbuh.

Penyakit tumbuh dalam dirinya.

Ia penyakit minda.

Apabila penyakit tumbuh subur, perkara buruk akan ikut.

Pertama, mereka dengar bunyi bising seperti angin taufan, datang dari utara.

Pohon-pohon di gunung retak dalam angin kering panas itu.

Balin, bunyikan amaran.

Panggil pengawal. Buat sekarang!

Apa itu?

Naga.

Naga!

Ia api marak dari utara.

Smaug telah datang.

Banyak kematian berlaku pada hari tu. Bandar itu tiada maknanya bagi Smaug.

Tumpuannya untuk ganjaran lain.

Keinginan naga pada emas beserta kegelapan dan kejahatan.

Tidak!

Ayuh.

Erebor telah tewas.

Naga menjaga hasil rompakannya, selama ia masih bernyawa.

Selamatkan nyawa kamu!

Tolong kami!

Thranduil tak mahu risikokan nyawa kaumnya melawan kemarahan naga.

Tiada lagi bantuan dari orang bunian sejak itu dan seterusnya.

Terusir dari tanah mereka, kaum kerdil Erebor merantau...

...seperti rakyat biasa.

Putera muda mengambil apa saja kerja yang ditemui.

Membanting tulang di kampung manusia.

Tapi, dia selalu ingat, gunung berasap di bawah rembulan,...

...pokok bak penyuluh yang menerangkan.

Dia melihat api naga di langit, dan bandar berubah menjadi abu.

Dia tak pernah maafkan.

Dan tak pernah lupakan.

Di sanalah, Frodo, aku turut ikut serta.

Dengan secara kebetulan dan kehendak Ahli Sihir.

Takdir membuatkanku menjadi sebahagian dari kisah ini.

la bermula seperti yang kau jangkakan.

Di lubang bawah tanah...

...tinggalnya, Hobbit.

Bukannya kotor, lubang basah dipenuhi cacing dan bau busuk.

Ini lubang Hobbit.

Yang bermakna, makanan enak dan perapian hangat...

...dan segala keselesaan rumah.

Terima kasih.

Apa ni?

Ini peribadi. Jangan menyibuk.

Ia belum siap lagi.

- Untuk apa? - Bacaan.

- Apa benda ni? - Jawapan jemputan parti.

- Alamak. Hari inikah? - Mereka akan datang.

Kecuali keluarga Sackville-Baggins, yang minta kau menjemput mereka sendiri.

Langkah mayat aku dulu.

Mereka tentu setuju dengan tu. Mereka fikir kau ada terowong...

-...dipenuhi dengan emas. -Ia kecil, sukar nak dipenuhi.

Dan masih berbau Troll.

Apa kau buat?

Mengambil langkah berjaga.

Aku pernah tangkap dia kerana ambil barangan perak aku.

-Siapa? -Lobelia Sackville-Baggins.

Semua sudu-sudu aku diletak dalam poketnya!

Perempuan ngeri.

Pastikan kau mengawasinya selepas aku....

- Apabila aku.... - Apabila apa?

Tiada apa-apa.

Beberapa orang tanya mengenai kau.

- Mereka fikir kau jadi pelik. - Pelik?

- Tak bergaul. - Aku tak bergaul? Merepek!

Tolong letakkannya di pagar.

- Kau rasa dia akan datang? - Siapa?

Gandalf.

Dia tak nak ketinggalan untuk mengeluarkan kuasa saktinya.

Dia akan buat pertunjukkan, tengok sajalah.

- Okey, aku pergi. - Pergi mana?

Hutan Hujung-Timur. Aku nak beri dia kejutan.

Pergilah. Jangan lambat.

Dia tak terima kelewatan.

Tidak dari aku.

Aku selalu tepati masa.

Aku dihormati sepenuhnya.

Tiada yang tak dijangka...

...pernah berlaku.

Perjalanan Yang Tak Dijangka

60 Tahun Dulu.

- Selamat pagi. - Apa maksud kau?

Kau ucapkan pada aku atau kau mahu aku ada pagi yang selamat?

Atau mungkin kerana kau rasa selamat pada pagi ini?

Atau kau dengan mudah sangka pagi ini akan menjadi selamat?

Semuanya sama, aku rasa.

- Boleh aku tolong? - Itu memang layak.

Aku mencari seseorang yang mahu berkongsi pengembaraan.

Pengembaraan?

Aku tak rasa ada orang di Barat Bree yang berminat dengan pengembaraan.

Kotor, jijik dan benda yang tidak selesa.

Buat kau lambat untuk makan malam.

Selamat pagi.

Bayangkan aku diucapkan 'selamat pagi'...

...oleh anak Belladonna Took, seolah aku menjual butang.

Maaf?

Kau tak berubah menjadi lebih bagus, Bilbo Baggins.

- Aku kenal kau ke? - Kau tahu nama aku.

Aku Gandalf.

Dan Gandalf bermaksud...

...aku.

Gandalf? Seorang ahli sihir...

...yang membuat bunga api yang hebat?

Took Tua selalu menyalakannya pada sambutan Musim Panas-Tengah.

Aku tak tahu kau masih melakukannya.

- Apa lagi bolehku lakukan? - Apa lagi?

Aku gembira kau ingat sesuatu pasal aku.

Walaupun hanya bunga api aku.

Ya, itu telah diputuskan. Ini akan bagus untuk kau...

...dan menyenangkan untuk aku.

Aku akan sampaikan pada yang lain.

Sampaikan pada siapa? Tidak. Tunggu.

Kita tak mahu pengembaraan di sini. Bukan hari ini.

Aku cadangkan kau cuba di bukit atau seberang sungai.

Selamat pagi.

Dwalin, siap berkhidmat.

Bilbo Baggins, menerima.

- Kita kenal? - Tidak.

- Arah mana? Bawah sini? - Ada apa bawah sini?

Makanan. Dia kata ada banyak.

Siapa yang kata?

- Enak sekali. Ada lagi? - Apa? Oh ya.

Makanlah.

Aku cuma tak sangka akan ada tetamu.

Itu bunyi di pintu.

Balin, siap berkhidmat.

- Selamat malam. - Ya, memang.

Mungkin nanti hujan. Aku lambatkah?

Lambat untuk apa?

Selamat malam, saudara.

Kau lebih kecil berbanding terakhir kali kita bertemu.

Lebih besar, bukan kecil. Cukup berguna untuk kita berdua.

Maaf. Aku bukan nak menyibuk. Tapi, aku rasa kamu salah rumah.

Kau dah makan?

Bukannya aku tak suka tetamu. Aku suka tetamu seperti Hobbit lain.

Tapi aku nak kenal mereka sebelum mereka datang.

- Apa ni? - Entahlah.

- Aku rasa itu keju. - Ia diselaputi tompokan.

Masalahnya, aku tak kenal kamu.

Aku bukan nak terus terang, tapi aku kena cakap.

Aku minta maaf.

Maaf diterima.

Sekarang, isikanlah.

- Fili. - Dan Kili.

Siap berkhidmat.

- Kau tentu En. Boggins. - Bukan! Kamu salah rumah.

- Dah dibatalkan? - Tiada siapa beritahu.

- Tiada yang dibatalkan. - Legalah macam tu.

Hati-hati dengan ini. Aku baru asah.

Cantik tempat ni.

- Kau bina sendiri? - Tak. Ini rumah nenek moyang.

Itu kotak mak aku. Tolong jangan buat begitu.

- Fili, Kili. Mari tolong kami. - En. Dwalin.

Bawa ini ke ruang depan. Jika tidak, semua orang tak dapat masuk.

Semua orang? Ada berapa lagi?

Oh tidak. Tiada sesiapa di rumah! Berambus dan ganggu orang lain.

Dah ramai orang kerdil di ruang makan aku.

Jika ini gurauan. Aku hanya boleh katakan ini gurauan murahan.

Ke tepi, gendut!

Gandalf.

Maaf, jangan ambil wain aku. Letak balik.

Jangan ambil jem.

Whity subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left