Was It Love?

Was It Love? (우리, 사랑했을까)

Download Malay Subtitle

Release info

우리,사랑했을까-Was It Love E01 WEB-DL NF
우리,사랑했을까-Was It Love E02 WEB-DL NF
우리,사랑했을까-Was It Love E03 WEB-DL NF
우리,사랑했을까-Was It Love E04 WEB-DL NF
우리,사랑했을까-Was It Love E05 WEB-DL NF
우리,사랑했을까-Was It Love E06 WEB-DL NF
A Commentary by ANANG2196
Sub ori dari NETFLIX, Yang mau nonton synced sendiri ya 👌👌

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2020-07-25
Downloads: 13
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SIRI ASLI NETFLIX

SEMUA LOKASI, WATAK, ORGANISASI DAN PERISTIWA

DALAM DRAMA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA

TAHUN 2012

GAPAI IMPIANMU

UNIVERSITI HANKUK

Tiga sebab kenapa saya,

Noh Ae-jeong, diperlukan di syarikat ini.

A, ketekunan yang terbukti menerusi kerja sambilan

menghantar surat khabar pada awal pagi selama lima tahun!

B, keupayaan pengurusan tugas yang cekap

daripada pengalaman empat tahun di pasar raya.

Selamat menonton!

- C, kecekalan untuk terus berusaha - Sila ke kiri.

- tanpa pernah berputus asa - Selamat menonton!

- Selamat datang. - demi mencapai impian

satu hari nanti.

Saya, Noh Ae-jeong, bersama syarikat filem terhebat di Korea,

studio filem Ten Film...

Shinyi Media...

Bahagian Perakaunan Thumb Film,

saya akan buktikan ketiga-tiga kelebihan saya...

- Maaf. - Kita sedang temu duga.

Pergi keluar.

EPISOD 1

Biar betul? Kenapa tak padamkan telefon?

Saya minta maaf.

Selain kerja sambilan, macam mana dengan sijil program perakaunan,

Microsoft Excel, PowerPoint atau Word?

Saya pernah guna PowerPoint waktu di kolej dulu.

Berdasarkan resume awak ini,

awak tak tamatkan pengajian.

Betul.

Jika awak berhenti pada tahun 2006...

Satu, dua...

Awak berhenti selepas beberapa tahun di kolej?

Saya belajar hingga semester satu, tahun keempat.

Apa? Sekejap.

Tinggal satu saja semester untuk tamat pengajian,

tapi kenapa awak berhenti?

Ada sesuatu berlaku?

Ha-nee!

- Puan. - Aduhai.

Maaf, saya baru habis kerja.

Tak mengapa.

- Ini tak seberapa, terimalah. - Terima kasih.

Ha-nee.

Sebenarnya...

KELUARGA SAYA, MAK

Mungkin kawan-kawannya bertanya tentang ayahnya.

Maafkan saya. Saya patut beri perhatian.

KELUARGA SAYA, JEONG-U, AYAH, MAK

AYAH, KAKAK, SAYA, MAK

Ha-nee, apabila mak kamu pulang kejap lagi,

apa kata kita letak lilin pada kek dan buat hajat?

Tak nak?

Tapi esok Hari Krismas.

Jika kamu berhajat, barulah Santa Klaus...

Tipu.

Tipu?

Santa Klaus tak wujud.

Begitu juga ayah.

Ha-nee, ayah kamu dah pergi jauh...

Tipu!

Kenapa kamu cakap nenek tipu?

Ha-nee.

Anggap saja ayah kamu dah meninggal dunia.

Kenapa?

Sebab...

Mak kamu anggap dia dah tak ada di dunia ini.

Kenapa?

Itu...

Dalam hidup ini,

ada orang yang lebih elok jika dianggap tak wujud lagi.

Kamu akan faham nanti.

Kenapa?

Itu...

Sebagai ganti, nenek dan mak kamu

akan pastikan kamu gembira.

Kenapa? Aduhai.

DISKAUN UNTUK PINJAMAN BARU

Ada sesuatu berlaku?

- Cik Noh Ae-jeong. - Ya.

TEMU DUGA PENGAMBILAN BARU

NOH AE-JEONG

Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar.

Saya mengandung.

Saya mengandung pada usia 23 tahun

dan jadi ibu tunggal.

Walaupun terpaksa berhenti belajar,

saya tak menyesal.

Walaupun sibuk mencari makan dan membesarkan anak,

saya dapat lihat anak saya membesar setiap hari.

Dia dah berusia enam tahun.

Begitu.

Waktu anak saya kecil, saya cuma boleh buat kerja sambilan.

Tapi tak lama lagi dia akan bersekolah

dan saya ingin belikan baju baru.

- Jadi saya ingin kerjaya yang lebih... - Baiklah.

Baiklah, saya faham.

NOH AE-JEONG

Oh, Tuhan!

Aduhai.

Kenapa ini?

Apa yang berlaku?

Jangan dekat, mak.

Mak.

Ha-nee, bahaya. Jangan dekat.

Mak, pegang Ha-nee.

Saya tak sengaja terlepas.

Salah saya.

Bukan salah kamu.

Cawan ini cawan murah.

Cik Noh, tunggu.

Kenapa awak pilih syarikat filem?

Syarikat lain juga ada bahagian perakaunan.

Tapi saya ingin tahu kenapa awak ingin bekerja

di syarikat filem?

Dah tamat.

Tunggu. Saya akan ke sana.

TAHUN 2006

Kerana impian saya.

ARAHAN OH DAE-O TERBITAN NOH AE-JEONG

Sebelum menjadi seorang ibu,

impian saya adalah untuk menerbitkan filem.

Tahniah!

- Tahniah! - Awak sangat hebat!

Hebat sekali.

Tapi saya tak kisah walau bekerja di bahagian perakaunan.

Jika saya boleh bekerja di syarikat filem, itu dah memadai.

Adakah impian itu amat bermakna buat awak?

Walaupun hidup ini mencabar,

saya tetap Noh Ae-jeong.

Saya dah berjanji.

Ketika saya mengandung,

saya berjanji takkan berputus harap kepada impian, hidup dan anak saya.

Memanglah sukar.

Tapi,

saya ingin tunjukkan kepada anak saya

diri ibunya yang berjaya mencapai impiannya.

Kenapa? Syarikat yang temu duga kamu tadi?

Kamu terpilih?

Nenek, "terpilih" itu apa?

Hei, kenapa diam saja? Beritahulah cepat.

Apa dia?

Mak,

saya berjaya.

Saya berjaya!

- Yakah? - Saya berjaya.

- Oh, Tuhan! - Mak.

- Oh, Tuhan. - Apa maksudnya?

Oh, Tuhan! Mari, cucu nenek ini.

Comelnya cucu nenek ini.

Saya macam tak percaya, mak.

- Aduhai. - Mak?

Seronoknya.

Semua dah berhajat?

Okey.

Baiklah, kita lihat siapa tiup dulu.

Satu.

Dua.

Tiga!

- Selamat Hari Krismas! - Selamat Hari Krismas!

Terima kasih!

Nampak baru!

CUCIAN KERING

KEDAI DOBI SUAMI ISTERI

- Tengok ini. Comel, bukan? - Saya pilih dulu!

- Saya yang pilih dulu! - Dah lewat.

Dah lewat. Cepat.

Kalau nak makan, makan saja.

Jangan tengok telefon.

Tak ada orang tengok TV ini, kenapa tak tutup?

Aduhai.

Biasalah buat banyak kerja sekali gus.

Kamu nak nenek denda dan rotan kamu sekali gus?

Saya dah pulang!

Baju kamu dah siap dicuci.

Mulakan hari pertama di sekolah baru dengan hati dan semangat baru!

Sehingga tamat sekolah, ayuh!

Bukannya mak belikan baju baru pun.

Hati dan semangat baru?

Baru sebulan kamu terpaksa tukar sekolah,

ada hati nak baju baru?

Dan ini amaran.

Ini kali terakhir kamu tukar sekolah.

Mulai sekarang,

kamu takkan tukar-tukar sekolah lagi. Okey?

- Baiklah. - Hadiah.

- Apa ini? - Patung untuk lepaskan kemarahan.

Jangan timbulkan masalah.

Jika sesiapa buat kamu marah, genggam patung ini dan sabar.

Tapi kalau tak berkesan,

barulah kamu boleh ugut dia.

Itu nasihat kamu?

Aduh. Mak, sakitlah.

Bila syarikat kamu akan bayar gaji bulan lepas?

Tak lama lagi mereka bayarlah.

Hari ini kami ada mesyuarat dengan

seorang pelabur penting.

More Malay subtitles for Was It Love?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left