Season 1

Release info

Kotaro Lives Alone S01E06
A Commentary by balloumowgly

Tags

other
Published on: 2022-04-29
Downloads: 24
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SEBUAH SIRI NETFLIX

APARTMEN SHIMIZU

SIAPA PENGHUNI BARU ITU?

Siapa awak?

Selamat berkenalan. Nama saya Aota.

Saya akan sewa Bilik 103 selama sebulan mulai hari ini.

Begitu. Selamat berkenalan.

Satu bulan tempoh yang pendek, bukan?

Ia berkaitan kerja.

Saya ada kerja di sini. Ini hadiah perkenalan.

Sila gunakannya.

Terima kasih untuk hadiah ini.

Kotaro Sato, awak tinggal di sini seorang diri?

Ya. Betul.

Kotaro, saya tahu kita baru bertemu

tapi saya nak minta tolong.

Minta tolong?

Tolonglah! Selama urusan kerja ini saja.

Boleh awak jadi kawan saya?

Sebenarnya, saya selalu rasa sunyi.

Saya rasa gelisah sendirian di tempat baru.

Saya tak kisah.

Wah, terima kasih!

Baiklah, saya nak pergi tegur penghuni lain.

- Saya akan datang lagi. - Okey.

En. Karino. Awak dah balik dari membeli-belah?

Awak nak pergi rumah mandi? Awal pula hari ini.

Ya. Saya nak pergi dengan En. Aota.

En. Aota yang baru sewa Bilik 103 hari ini?

Saya janji akan pergi dengan En. Aota semasa dia ada di sini.

Yakah?

Saya tak pernah janji nak pergi dengan awak,

tapi saya sengaja cakap.

Apa?

Atas sebab itu,

kita takkan pergi bersama sementara waktu.

Okey, saya faham.

Jangan cemburu.

Tidaklah!

En. Aota juga akan hantar dan jemput saya dari tadika

untuk kenali kawasan.

Jadi awak juga tak perlu buat begitu.

Okey. Suka hati awaklah.

Awak cemburu?

Awak memang bodoh! Bodoh!

RUMAH MANDI

Awak selalu datang dengan En. Karino dari Bilik 202?

Ya.

Saya dah cakap dia tak perlu datang.

Dia marah kalau saya keluar seorang diri waktu malam.

Yakah…

Kotaro, tengok!

Sanggul dan janggut.

Adakah itu "Tonosaman Berjanggut Buih"?

Jadi awak pun pernah buat.

Kalau awak banyak bercakap itu yang akan berlaku!

Aho-uke ialah snek tempatan dari kawasan rumah saya dulu.

Ia snek kegemaran saya!

Rakan sekerja saya berikan, tapi saya gembira awak sukakannya.

Saya pun suka Aho-uke .

Enaknya!

Kebetulan pula!

Saya pun pernah makan begitu!

Betulkah?

Nampaknya kita ada banyak persamaan.

Betul!

Apa pun, hujan turun dengan lebat di luar.

Saya tahu!

Ini dia!

Disebabkan titisan hujan,

mangkuk, periuk dan kuali boleh menjadi alat muzik!

Tiada apa-apa.

En. Karino!

En. Aota. Terima kasih.

Terima kasih bawa Kotaro ke rumah mandi

dan hantar dia ke tadika setiap hari.

Tiada masalah.

Saya yang minta Kotaro teman saya.

Lagipun, selama ini awak yang teman dia.

En. Karino,

berapa banyak awak tahu tentang Kotaro?

Tentang apa?

Sebab dia mula hidup sendiri,

ibu bapa dan kewangannya.

Saya tanya Kotaro, tapi dia tak jawab.

- Jadi awak tanya saya? - Ya, sebab kamu rapat jadi…

Kalau saya tahu pun saya takkan cakap.

Awak tak patut tanya orang lain kalau dia tak beritahu awak.

Ya, betul kata awak. Saya minta maaf.

Helo, ini Aota.

Maaf atas panggilan lewat malam.

Saya akan periksa butirannya nanti,

tapi saya yakin.

Saya dah jumpa dia.

Anak awak.

Cara loceng pintu itu berbunyi…

Apa maksud semua ini?

Karino! Kenapa dengan lelaki itu?

Lelaki itu?

Aota! Dari Bilik 103!

Kenapa dia rapat dengan Kotaro walaupun dia baru datang ke sini?

Dia juga melepak di rumah Kotaro!

Saya cemburu!

En. Tamaru, apa pendapat awak semasa awak jumpa En. Aota?

Apa? Bukankah dah jelas?

Lelaki itu nampak tak jujur.

Apa?

Saya dapat rasakan semasa dia datang menyapa.

Ada sesuatu yang tak kena dengan dia.

Tapi dia sangat serasi dengan Kotaro!

Saya tak nak campur tangan sehingga Kotaro benci saya!

- Tapi… - Apa?

Semalam, En. Aota…

Sebentar.

Dia nak ke rumah mandi?

Helo.

Saya Tamaru dari bilik sebelah.

Apa yang sedang berlaku?

Nampaknya awak sedang cari maklumat tentang Kotaro, bukan?

Awak seorang detektif?

Kenapa tiba-tiba saja? Saya bukan detektif.

Sebagai orang yang tak jujur, awak tahu apa maksudnya.

Saya tak beritahu orang. Cakaplah.

Saya pernah tengok babak ini dalam filem…

Ayah dia.

Apa?

Ayah dia nak cari anaknya.

Saya datang atas permintaan ayahnya.

Apa?

Hasil siasatan saya,

saya dapat tahu Kotaro pindah ke sini supaya ayahnya tak jumpa dia.

Selain itu, ada perintah perlindungan diberikan kepada ayah Kotaro.

Kamu pasti dah tahu walaupun saya tak beritahu.

Jadi awak akan beritahu ayah dia di mana dia berada?

Ya, saya akan laporkannya. Itu tugas saya.

Seperti yang saya katakan, Kotaro dilindungi oleh undang-undang.

En. Tamaru!

Selepas kerja ini selesai, awak takkan peduli lagi?

Ya, betul.

Tapi, cubalah fikir.

Kamu rasa budak kecil seperti Kotaro

gembira tinggal seorang diri?

Kamu semua cuma penyewa di bangunan yang sama.

Kamu tak berhak halang saya.

En. Aota, rumah mandi…

Celaka! Apa awak cakap?

Apa awak buat, En. Tamaru?

Jangan buli En. Aota!

Awak tak apa-apa, En. Aota?

Mari kita pergi rumah mandi.

Okey.

Kamu rasa budak kecil seperti Kotaro gembira tinggal seorang diri?

Seminggu sudah berlalu sejak saya pergi rumah mandi bersama awak, Kotaro.

Masa berlalu dengan cepat.

Kita baru kenal, tapi kita perlu terus berhubung. Okey?

En. Aota.

Apa?

Awak nak beritahu ayah saya yang saya tinggal di sini?

SAYA TAK PERLUKAN BANTUAN/ SAYA NAK JADI KUAT

En. Karino, mari kita pergi ke tadika.

- Apa? - Dah lama awak tak teman saya.

Tentu awak kesunyian.

Sebentar. Di mana En. Aota?

En. Aota tiada di sini.

Dia ada kerja penting

jadi dia keluar rumah awal pagi.

Apa? Dia dah pergi?

Adakah Aota tergesa-gesa hantar laporannya sebab kita dah tahu?

Ya, maaf. Saya lari selaju yang boleh dari tadika.

Kita kesuntukan masa!

Hei, apa yang berlaku?

Menakutkan…

Siapa mereka?

Dengar sini!

Kami takkan tinggalkan Kotaro walaupun di tadika!

Walaupun itu kerjanya, teruk betul En. Aota.

Dia tahu Kotaro dalam bahaya jika dia laporkan, bukan?

Saya nampak dia berbual mesra dengan Kotaro,

tapi nampaknya dia langsung tak pedulikan Kotaro.

Ya, dia memang tak guna!

Saya pun nak buat!

Kotaro, marilah sini!

Apa maksud semua ini?

Awak dalam bahaya sekarang, Kotaro!

Jadi, kami perlu lindungi awak!

Lindungi?

Saya tak faham. Saya boleh lindungi diri saya sendiri.

Tapi lebih selamat kalau kami pun ada, bukan?

Jadi, awak tak perlu risau.

Apa?

Saya dah cakap saya tak perlu dilindungi.

Jangan layan saya macam orang lemah!

- Kotaro! - Kotaro!

Tak mungkin. Kita buat dia marah?

Adakah Kotaro kecil hati disebabkan tindakan kita?

Awak ada masa tak?

Apa awak nak? Awak ganggu duduk bangkit saya.

Awak marah?

Kamu tak perlu lindungi saya!

Awak tahu,

More Malay subtitles for Kotaro Lives Alone

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left