The first 200 lines.
Episod 4
Leftenan.
Kenapa kamu datang ke sini jam ini?
Tentang alibi Dr. Chun...
Dia kata dia di Jeju selama 4 hari.
Tapi bagaimana kalau dia tinggalkan pulau itu dan kembali lagi?
Apa maksud kamu?
Dia boleh keluar dari Pulau Jeju, bunuh Joo Ma Ri
tinggalkan mayatnya di Yangpyeong, kemudian kembali ke Jeju.
Itu satu kemungkinan.
Kalau kita dapat cari bukti.
Saya akan cari bukti.
Pegawai Choi!
Pegawai Choi...
Leftenan...
Sekejap...
Maafkan saya.
Saya tak patut bawa dia masuk ke sini.
Pegawai Choi...
- Maafkan saya. - Maaf...
Tolong sedar, Oh Cho Rim!
Kamu patut duduk di sini sampai kamu tak mabuk lagi.
Duduk, Oh Cho Rim!
Pegawai Choi.
Apa nama dia?
Nama dia Oh Cho Rim.
Dia kawan saya, yang mana sekarang ini sudah mabuk.
Maafkan saya.
Oh ya.
Saya tahu saya tak sepatutnya bawa orang luar masuk ke dalam bilik siasatan...
Saya akan bawa dia keluar segera. Maafkan saya.
Mari cepat...
Nampaknya dia perlukan rehat.
Kamu cuba untuk patahkan alibi Dr. Chun.
Kamu mahu pulang?
Kita perlu masuk kerja sebentar lagi. Jumpa kamu nanti.
Selamat malam!
Oh Cho Rim. Minum ini.
Apa ini?
Hello!
Cuaca yang baik!
Apa berlaku?
Siapa kamu?
Itu soalan yang saya nak tanya kamu.
Di mana saya?
Di mana kita?
Siapa saya?
Apa masalah kamu?
Kenapa kamu ada di sini?
Dia mesti salah seorang pemabuk yang boleh tidur di mana-mana!
Dia patutnya berasa di jabatan jenayah kecil! Bukan di sini!
Dia kawan saya. Dia sangat mabuk malam semalam.
Jadi saya bawa dia ke sini.
Budak bedebah!
Kamu patut minum sebanyak yang kamu mampu.
Kalau kamu bangun keesokan harinya dengan malunya, bermakna kamu minum terlalu banyak!
Maafkan saya. Maafkan saya.
Hari yang baik. Maafkan saya.
Bukankan ini milik dia?
Saya akan berikan padanya.
Budak itu...
Apa yang orang ini buat di sini? Dia bukan dalam kumpulan kita.
Hei, Oh Cho Rim!
Kamu tertinggal ini.
Kenapa kamu bawa saya ke balai polis?
Kamu balas jasa baik saya dengan kemarahan?
Kamu tak dapat cari rumah kamu sebab terlalu mabuk!
Kamu tahu betapa teruknya kamu dah buat pada saya?
Saya dah dibuang dari kumpulan!
Kamu kata kamu faham semalam.
Saya tak faham. Dan tak okay.
Hidup saya dah musnah.
Saya hampir maafkan kamu malam semalam sebab terlalu mabuk...
Tapi saya perlu lakukannya sekarang.
Baiklah. Buat apa yang kamu mahu.
Aduh...
Ya betul... Kamu tak rasa sakit.
Saya sangat sedih dan marah kerana baru saja dibuang dari kumpulan.
Hati saya sangat sakit sekarang.
Tapi saya seorang saja yang sakit.
Hidup saya dah musnah disebabkan kamu.
Saya rasa kita tak akan bertemu lagi.
Oh Cho Rim!
Hidup saya dah musnah disebabkan kamu.
Saya rasa kita tak akan bertemu lagi.
Pegawai Choi. Saya tak tahu kamu di sini.
Saya sedang fikirkan sesuatu.
Kita patut pergi berjumpa Dr. Chun.
Cuma pemeriksaan fakta rutin. Kamu tak perlu datang.
Adakah itu okay, Detektif Tak?
Teruskan berfikir. Jumpa kamu nanti.
Terima kasih!
Ya?
Hello. Saya Detektif Tak Jae Suk dari Polis Kawasan Selatan.
Nampaknya Detektif Choi ada hal lain hari ini?
Itu...
Kenapa kamu ke sini?
Salah saya sepenuhnya Oh Cho Rim tak dapat lakukan ujibakat.
Berikan kami satu lagi peluang.
Saya tak ada apa-apa mahu dikata tentang dia.
Semuanya salah saya. Tolong benarkan dia kekal dalam kumpulan kamu.
Saya merayu.
Kalau segalanya salah kamu, kamu patut bertanggungjawab.
Macam mana kamu mahu bertanggungjawab? Kamu dah fikirkan sesuatu?
Saya akan buat apa saja.
Begitu...
Kalau begitu, buat saya ketawa.
Buat kamu ketawa sekarang?
Saya akan fikirkan kembali kalau kamu buat saya ketawa.
Saya lebih suka jika saya berdua dengan kamu.
Hanya kita berdua?
Akan lebih susah untuk buat saya ketawa jika kita berdua saja.
Kita tak perlu tengok untuk tahu apa pengakhirannya!
Mustahil. Ada sesiapa pernah buat dia ketawa sebelum ini!
Saya rasa Oh Cho Rim tak akan kembali ke sini.
Sekejap lagi, kita akan dengar jeritan dia.
Bunyi apa itu?
Budak ini sangat kelakar! Jangan tengok saya macam itu!
Sangat kelakar!
Aduh...
Ya, tuan. Ini Oh Cho Rim.
Ya?
Tak ada satu benda pun kamu buat dengan betul setakat ini. Semuanya salah.
Tapi ada satu yang betul.
Kamu dah pilih pasangan yang betul. Pegawai Choi.
Saya lihat...
Buat sketsa dengan dia.
Kalau kamu buat dengan baik, saya akan berikan kamu satu lagi peluang
Tapi mesti dengan Pegawai Choi. Faham?
Mesti dengan dia.
Hidup saya dah musnah dengan kamu.
Saya rasa kita tak akan bertemu lagi.
Saya cakap terlalu awal...
Apa boleh saya buat?
Hello, Detektif! Saya cuma nak minta maaf atas kejadian pagi tadi.
Kita pernah bertemu?
Si mabuk! Kamu dah cuci muka!
Ya...
Saya hampir tak kenal kamu!
Minum ini! Dapat mengurangkan keletihan.
Kamu tak perlu buat ini!
Bila dia tak mabuk, dia seorang gadis yang bagus!
Terima kasih!
Hello, Detektif! Minum ini untuk tubuh yang lebih baik!
Saya memang tak minum benda begini... Tapi terima kasih juga!
- Jadi itu... - Terima kasih atas minuman!
Kamu pasti letih kerana anak kamu yang baru lahir! Kamu nampak sangat letih!
Ambil 2!
Saya belum berkahwin pun. Terima kasih, juga!
Kenapa kamu tak beri saya?
Sebab saya pergi ke arah ini...
Saya akan berikan kamu 1 juga!
Teruskan kerja keras! Berusaha!
Berusaha!
En. Detektif, saya sangat menyusahkan kamu pagi tadi.
Sila ambil ini.
Terima kasih.
Saya ada sesuatu mahu beritahu kamu...
Pegawai Choi Moo Gak dari Polis Kawasan Selatan.
Ya, berkenaan kes Sekolah Yongchun School?
Ya, saya dah minta video cctv untuk mengesahkan penumpang.
Ya, hantarkan saya salinan video.
Hello, Detektif.
Ya, kamu masih belum pergi lagi?
Saya sangat ingin tahu sesuatu. Boleh saya tanya 1 soalan?
Kalau kamu ingin tahu, kamu mesti tanya!
Telinga kamu...
Begitu?
Semua...
Dia kata dia mahu jadi ahli komedi.
Dia mahu buat sketsa berkenaan polis!
Buat kami ketawa!
Kamu mesti kelakar!
Apa yang kamu buat di balai polis?
Beri minuman bertenaga, ketawa, bercakap...
Saya cuma mahu berterima kasih pada mereka.
Kalau begitu kamu patut pergi selepas berikan minuman bertenaga.
Saya sedang dimarahi sekarang?
Kenapa kamu datang sini?
Saya dah beritahu kamu saya mahu berterima kasih pada mereka.
Siapa?
Semua detektif.
Pada detektif mana? Berapa ramai detektif?
Semua. Sebab saya berterima kasih pada semua.
Untuk apa?
Mereka benarkan saya tidur semalaman di balai.
Saya yang benarkan kamu tidur di sini.
Sebab itu saya kata, saya berterima kasih pada semua.
Kamu kata hidup kamu musnah kerana saya.
Dan kita tak akan bertemu lagi.
Tak sampai berapa jam pun lagi dari masa kamu cakap ayat itu.
Ya... Itu...
Saya takut saya dah salah cakap masa saya belum betul sedar.
Jadi?
Maafkan saya.
Boleh kamu cakap panjang sedikit?
Saya minta maaf sebab buat kamu marah atas kata-kata saya pagi tadi.
Okay. Faham.
Saya mesti beritahu dia kita perlu buat sketsa bersama!
Saya tak boleh berlatih sketsa esok.
No comments yet. Be the first to leave one.