Release info

그놈이-그놈이다-To All The Guys Who Loved Me-E23-E24 NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-13
Downloads: 13
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Subtitle bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==

Apa yang berlaku?

Awak tidak jawab telefon awak. Saya risau.

Kenapa awak...

menipu saya?

- Hyeon Ju. - Awak tipu dan cakap yang...

kita menjalani kehidupan kita dengan penuh cinta.

Awak juga tipu tentang orang yang saya temui...

sebelum mati dalam kemalangan itu adalah Jin Ho.

Orang yang bersama Min Ju...

sehingga akhir adalah Woo Young.

Adakah itu sebabnya awak sangat sensitif dengan Do Gyum?

Saya memang mahu beritahu awak.

Saya mahu beritahu awak perkara sebenar hari ini.

Apa kebenaran yang awak mahu beritahu saya?

Adakah kenyataan yang awak mengkhianati saya...

dan tinggalkan saya setiap masa?

Atau adakah kenyataan yang awak menggunakan...

rawatan hipnosis untuk menutup kebenaran itu?

Sekarang bila saya fikirkan,

pertama kali kita bertemu juga seperti itu.

Awak menipu saya dan menutup kebenaran.

Awak ada banyak peluang untuk beritahu saya,

tapi sebaliknya awak memilih untuk menipu.

Kenapa awak buat begitu pada saya?

Saya takut.

Saya takut awak mungkin membenci saya...

jika awak ingat kehidupan lepas awak.

Akhirnya awak akan menolak saya selamanya.

Jika begitu awak patut rahsiakannya hingga akhir.

Sekarang...

saya tidak boleh percayakan apa-apa.

Saya tidak boleh terus jumpa awak...

sambil tertanya-tanya dan mengesyaki...

apa pula pembohongan yang awak akan beritahu saya kali ini.

Saya rasa kita harus tamatkan hubungan sekarang.

Hyeon Ju.

Adakah awak tahu?

Walaupun saya tahu apa yang telah berlaku...

antara kita pada kehidupan lepas kita,

Saya tidak akan membenci awak.

Orang yang saya cintai sekarang...

lebih penting bagi saya daripada itu.

Seo Hyeon Ju baru saja bertemu dengan Hwang Ji Woo dan pergi.

Bagus.

Apa yang awak mahu buat?

Patutkah kita meneruskan rancangan kita?

Sudah tentu.

Kerja yang bagus.

Ini...

baru permulaan.

"Ikatan pasangan..."

"berkahwin..."

"seperti bunga milenium."

Adakah itu untuk saya?

Tunggu sekejap.

Saya akan lulus peperiksaan dan kembali.

Jangan tunggu saya.

Terima kasih untuk segalanya.

Semoga sihat.

Awak bercakap seolah-olah kita tidak akan saling bertemu.

Adakah saya ada sebab untuk jumpa awak lagi?

Hyeon Ju, orang yang menghubungkan kita, sudah tinggalkan awak.

Ada orang yang tidak pernah sepatutnya bertemu dari awal.

Saya rasa kita bertiga seperti itu.

Saya harap saya tidak terlibat dengan awak lagi.

Saya minta maaf.

Hyeon Ju.

Apa yang awak buat, kawan Puan Seo?

Awak boleh panggil saya dengan nama saja, Min Jung.

Saya menyambungkan kamera web.

Saya memulakan vlog yang menunjukkan kehidupan saya di pejabat.

Vlog? Adakah itu seperti siaran peribadi?

Ya. Saya akan merakam diri saya bekerja keras...

dan hantarkan di media sosial.

Saya agak berpengaruh,

jadi ini juga akan membantu mempromosikan Webtoon Sunwoo.

"Influenza". Saya tahu apa itu.

- Slanga Internet. - Selamat pagi.

- Selamat pagi. - Selamat pagi.

Kita akan mulakan mesyuarat dalam 30 minit.

Cik Seo.

Dokumen untuk platform syarikat sumber luar sudah siap.

Terima kasih.

Cik Seo nampak tidak sihat hari ini.

Saya tertanya-tanya adakah dia sakit.

Dia nampak sama seperti anak saya...

selepas berjaga sepanjang malam belajar.

Adakah awak tahu kenapa?

Saya tidak pasti.

Adakah mereka masih bergaduh kerana Do Gyum?

Sebagai banding peningkatan jualan pada separuh pertama tahun ini,

keuntungan bersih adalah rendah.

Apa pendapat awak semua?

Ini mungkin kerana semua dana penyelidikan untuk perubatan baru...

tertumpu pada suku pertama.

Saya dengar banyak duit telah dilaburkan dalam perniagaan webtoon.

Adakah saya salah?

Keuntungan bersih menurun tidak diinginkan...

kerana perniagaan yang tiada kaitan dengan farmasi.

Bukankah ini juga memberi kesan langsung...

- kepada indeks saham? - Walau bagaimanapun,

Webtoon Sunwoo telah diluluskan oleh lembaga pengarah.

Awak mungkin fikir saya campur tangan dalam urusan dalaman awak,

tapi sebagai pemegang saham Sunwoo Farmaseutikal,

saya tidak dapat menahan rasa bimbang.

Selain pelaburan awal,

awak tidak tahu bila perniagaan ini akan mula membawa keuntungan.

Isu kecuaian pengurusan mungkin timbul...

semasa mesyuarat agung.

Dia membangkitkan isu dengan Webtoon Sunwoo?

Nampaknya dia mempersoalkan hakikat yang...

perniagaan yang tiada kaitan dengan farmaseutikal...

semakin dapat pelaburan.

Berapa banyak saham yang dimiliki oleh Pengerusi Kim?

Dia ada 5.3 peratus.

Dia menyatakan niatnya...

untuk buar mesyuarat agung tergempar untuk menggunakan kuasanya.

Itu mustahil.

Ia adalah perniagaan yang dimulakan dengan proses yang betul,

dan tidak cukup modal yang dilaburkan...

untuk risau tentang kemerosotan modal.

Walaupun dia cuba mengadakan mesyuarat agung tergempar,

ia tidak akan pernah lulus.

Masuk.

Kami telah memutuskan untuk melantik syarikat sumber luar...

untuk pasukan kejuruteraan platform bagi mengurangkan kos.

Sila semak.

Selain itu, saya akan mencari pelabur luar...

untuk perniagaan webtoon.

Tiada keperluan untuk itu.

Saya akan uruskan Pengerusi Kim.

Saya tidak mahu membebankan awak.

Dengan kandungan yang kita ada,

tidak sukar untuk mencari pelabur.

Saya pergi dulu.

Boleh kita bercakap?

Saya ada mesyuarat.

Hyeon Ju.

Saya tiada apa-apa untuk dikatakan.

Saya juga tidak mahu mendengar apa-apa.

Saya bukan cuba untuk buat alasan.

Namun, ada beberapa kebenaran yang awak mesti...

Apa yang berlaku? Adakah awak berdua sudah berpisah?

Mari kita cakap nanti.

Apa yang sedang berlaku?

Hyeon Ju. Mengemas begitu sukar.

Datang cepat, supaya saya boleh buatkan awak bekerja.

Saya akan pergi sebaik saja habis kerja.

(Saya akan pergi sebaik saja saya habis kerja.)

Ini adalah cadangan pelaburan untuk Webtoon Sunwoo.

Sila semak.

- Selamat datang. - Hei.

Adakah awak pasti saya perlu datang?

Awak sudah kemas semuanya.

Apa yang awak cakap?

Saya ketepikan apa yang awak perlu buat.

Bila awak dalam masalah,

lakukan tugas mudah yang memerlukan tumpuan adalah yang terbaik.

Tidak mengapa. Saya akan lakukannya.

Mari kita buat bersama.

Awak pulang awal.

Saya sedang siapkan makan malam, jadi tunggu sekejap.

- Di mana ibu saya? - Ada perjumpaan, jadi pulang lewat.

Puan.

Ya?

Saya akan buang sampah ini,

memandangkan awak sedang siapkan makan malam.

Jika awak boleh lakukannya untuk saya, baguslah itu.

Sudah tentu.

Apa semua ini?

Ini jelas gambar lama ibu saya.

Kenapa Encik Hwang ada di dalamnya?

Kenapa awak tidak jawab panggilan Encik Hwang?

Saya enggan terima panggilan telefon dari bos saya selepas waktu kerja.

Dia bukan bos awak.

Kami sudah berpisah. Ada skru yang hilang.

Betul. Di sini.

Kita siap dengan cepat kerana kita buat bersama, betul?

Kenapa awak tidak tanya saya kenapa kami putus?

Nanti.

Bila awak rasa sangat kecewa tapi tiada sesiapa untuk bercakap,

awak boleh beritahu saya. Saya akan dengar sepanjang malam.

Apa yang kita mahu makan malam ini?

Ada sesuatu yang awak mahu makan?

Bagaimana dengan kalguksu dan pajeon?

Hebat bunyinya. Apa pendapat awak?

Duduk di sini seperti ini,

rasa seperti kita adalah pasangan suami isteri. Betul?

Adakah awak fikir...

kehidupan lepas kita nyata?

Jika ada perkara seperti itu, hubungan apa yang kita ada?

Apa jenis hubungan yang kita ada...

sehingga kita jumpa sebagai adik beradik?

Saya tidak tahu.

Saya rasa...

awak betul-betul sukakan saya,

tapi...

saya jatuh cinta dengan orang lain.

Kenapa?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left