Good Doctor

Good Doctor (굿 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Good Doctor Ep8
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 42
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apa yang awak nak?

Saya bawa pegawai polis untuk ambil Eun Ok balik.

Awak sepatutnya bawa dokumen sah, bukannya pegawai polis.

Saya nak ambil anak buah saya. Kenapa saya kena bawa dokumen?

Saya cakap tak boleh!

Memanglah...

Tak boleh!

Awak tak boleh ambil Eun Ok! Sememangnya tak boleh!

Doktor Pak.

Eun Ok tak nak balik rumah. Dia tak sukakan awak.

Awak siapa?

Saya Pak Si On, doktor yang ditugaskan untuk merawat Eun Ok sampai semalam.

Kenapa awak kembali?

Pengarah suruh saya datang balik.

Dia kata yang saya terbukti tidak bersalah.

Betul ke?

Ya. Saya tak lakukannya.

Pengarah percayakan saya.

Baiklah. Mula-mula, kita uruskan ajumma itu dulu.

Apa yang awak nak buat?

Kita patut biarkan Eun Ok buat apa yang dia suka.

Kita boleh tanya Eun Ok

sama ada dia nak pergi ikut makciknya, atau tinggal di sini.

Budak itu bukannya boleh bercakap. Apa yang kita nak tanya dia?

Dia tak boleh nak cakap.

Saya boleh tahu sama ada dia suka atau tidak.

Baik! Mari kita cuba.

Kelakarnya.

Mari kita bincang yang selebihnya semasa makan malam.

Saya pasti awak akan suka dengannya.

Ya, Pengarah.

Mari kita balik, Eun Ok!

Jangan menjerit.

Eun Ok, saya dah datang.

Eun Ok, kamu nak balik ke rumah dengan makcik kamu?

Jadi... kamu nak tinggal di sini dengan doktor ini?

Dia boleh bercakap sekarang!

Biasanya dia tak bercakap. Tiba-tiba dia cakap 'ya'.

Saya rasa dia cakap 'ya'.

Budak ini memanglah...

Eun Ok!

Ajumma.

Nampaknya dia nak tinggal di sini.

Daripada keadaannya, dia nampak macam belum cukup baik untuk dibawa pulang.

Lebih baik tinggalkan dia di sini sampai dia sembuh sepenuhnya.

Kalau awak tak gembira,

jangan cari kami. Terus cari peguam.

Eun Ok, kamu sangat cantik.

Saya sayangkan kamu.

Apa? Bukan Pak Si On penyebabnya?

Berdasarkan maklumat ini...

Disini ada menunjukkan pukul berapa Dr. Pak Si On mengunci semula pintunya.

Di bawahnya, boleh nampak yang

ada tanda 'F' empat minit selepas Dr. Pak mengunci pintu.

Jadi, siapa yang buka pintu itu?

Bukan orang yang buka, tapi sistemnya ada masalah.

Disebabkan beberapa masalah, beberapa mesin dalam hospital

kadang-kadang akan rosak.

Jadi, awak cakap yang kesalahan itu bukan disebabkan Dr. Pak Si On?

Ya, betul itu.

Baik. Kalau semua tak ada bantahan,

saya akan mengambil semula Dr. Pak Si On bekerja.

Macam mana pun, ini perkara yang bagus.

Awak patut gunakan peluang untuk membuang Pak Si On.

Kemudian, saya akan cari cara untuk melindungi awak.

Nasib Pengarah bergantung kepada Pak Si On.

Saya dah tak boleh terima lagi.

Saya faham perasaan kamu. Saya minta maaf.

Mulai sekarang, saya akan cari jalan.

Tunggu... Kenapa...

Kalau awak biarkan saja, benda ini sepatutnya dah berakhir.

Berkenaan masalah pengawalan, ianya tak termasuk dalam kekuasaan saya.

Siapa pun mereka... Awak sepatutnya biarkan saja.

Ianya dilaporkan kepada Pengarah juga jadi tak ada apa-apa yang dapat dilakukan.

Awak! Apa yang berlaku sebenarnya?

Bukankah awak yang buka pintu itu?

Bukan begitu...

Disebabkan ada ramai orang, saya tak dapat lakukannya.

Jadi, kenapa awak tak beritahu saya?

Asalnya saya nak beritahu, tapi tiba-tiba pintunya terbuka.

Tak guna!

Saya tahu ini akan berlaku. Dr. Pak tak boleh menipu.

Jangan gembira sangat. Punca masalahnya dah kembali semula.

Jadi, boleh tak kita biarkan dia bekerja semula?

Ya.

Awak begitu gembira ke?

Ya. Saya rasa macam saya dah jumpa semula adik saya yang hilang.

Kenapa awak pandang saya begitu?

Sepanjang 10 tahun saya kenal awak, inilah hari yang paling awak gembira.

Tak adalah sampai ke tahap itu...

Mulai sekarang, awak jaga adik awak baik-baik.

Ya.

Bangun. Mari pergi.

Baik.

Lelaki kejam. Macam mana awak boleh pergi begitu saja?

Mulai sekarang, jangan sedih lagi.

Orang percayakan awak.

Sedu lagi?

Maksudnya Pak Si On akan kembali?

Kenapa? Bukannya ada masalah.

Itu... Saya rasa tak seronok bila dia tak ada.

Tapi bila dia kembali, saya rasa cemas.

Saya pun rasa begitu.

Ianya susah, tapi kalau dia buat masalah lagi...

Awak semua tak rasa ke yang Pak Si On itu hebat?

Saya tak pernah katakannya tapi, saya terkejut melihat dia semasa pembedahan.

Dan juga banyak benda boleh kita belajar daripadanya.

Itu kami pun setuju.

Tapi, itu bukan segalanya, Seonbaenim.

Macam mana pun, saya tak suka.

Awak pun tahu yang dia itu lebih menakutkan daripada pembedahan kecemasan.

Si pembuat masalah dah kembali.

Aigoo, budak ini...

Baru sehari awak tak ada, rasanya dah macam setahun.

Saya dah kembali. Saya sangat-sangat gembira.

Tahniahlah sebab awak sangat-sangat gembira.

Doktor U, kenapa dengan awak ini?

Tak ada apa-apa.

Budak itu...

Tak ada apa-apa yang berubah. Teruskan buat apa yang awak buat.

Jadi, saya boleh terus menjadi doktor Eun Ok?

Ya.

Awak mesti berikan lebih perhatian, supaya masalah dapat dielakkan.

Baiklah.

Profesor, saya terfikir untuk buat parti menyambut Dr. Pak.

Sebab masa dia sampai dulu kita belum pernah buat.

Saya setuju. Macam mana dengan awak semua?

Buatlah apa yang awak suka.

Ya.

What do you want to eat?

Apa-apa pun boleh.

Cepatlah cakap.

Saya nak minum wain!

Wain itu macam akar ginseng.

Pada mulanya, rasa dia pahit, tapi bila diminum, rasanya jadi manis.

Habislah, habislah.

Awak dah ketagih untuk minum.

Atas sebab-sebab keselamatan, tajuknya tak direkodkan.

Apa ini?

Ianya perancangan untuk hospital kita dan Pembedahan Pediatrik untuk meningkatkan kekuasaannya.

Pada masa yang sama, saya akan pastikan masa depan Dr. Pak Si On.

Sila sahkan isinya, dan beritahu saya pendapat awak.

Awak fikir apa yang patut saya buat?

Walaupun saya nak selesaikan semuanya sendiri,

tapi saya tak tahu nak buat apa.

Disebabkan awak takut awak akan jadi sampah macam mereka,

awak tak nak lakukannya.

Sebenarnya, saya pun tak setuju. Ianya memperkecilkan seseorang.

Macam mana... Macam mana kalau...

Saya jadi Puan Pengerusi?

Oppa, awak cuma perlu berkahwin dengan saya dan kita boleh uruskan yang lain selepas itu.

Awak juga tak perlu lalui jalan kotor ini.

Itu jalan yang paling berkesan.

Tapi macam mana dengan Puan Pengerusi?

Tak ada apa-apa yang akan berubah. Dia akan melucutkan jawatannya sendiri.

Macam mana awak nak jadi Puan Pengerusi?

Siapa tahu? Saya pasti akan ada caranya.

Betul. Saya berharap ianya menjadi.

Awak pun boleh buang kerisauan saya.

Tapi, Dr. Pak... Macam mana awak boleh buat Eun Ok bercakap?

Saya kerap bertanya pada dia.

Apa yang awak tanya?

"Awak lapar?", "Awak sakit?", "Awak dah tidur?", "Awak terkejut?", "Awak nak makan?".

Awak buatkan dia bercakap dengan soalan-soalan itu?

Semua itu perkataan yang mak Eun Ok pernah cakap padanya.

Tapi, kalau ibu bapa dia dah mati semasa dia berusia tiga tahun...

dia sepatutnya tak ingat.

Tak. Dia tahu yang dia pernah ada seorang mak.

Walaupun dia tak pasti, tapi dia boleh ingat sikit-sikit.

Orang yang dia paling rindu ialah maknya.

Sekarang, siapa yang kamu nak sangat jumpa?

Mak... Mak...

Tambahan pula, semasa kami bersama,

saya selalu cakap dengan dia yang dia sangat cantik dan saya sayangkan dia.

Dr. Pak, awak layan dia macam mak.

Ya.

Tapi, saya sangat cemburukan Eun Ok.

Saya tak ingat apa-apa.

Muka mak dan ayah... Suara mereka... Bau mereka... Benda yang kami buat bersama...

Saya tak boleh ingat langsung kecuali abang saya.

Saya pasti yang mak saya juga pernah mengatakan "Saya sayangkan kamu" kepada saya.

Terima kasih. Terima kasih banyak.

Awak tak perlu risau lagi. Tolong jaga kesihatan awak.

Tak lama lagi, saya akan tolong temukan awak berdua.

Bukan di hospital, tapi di tempat yang lebih baik.

Sudah tentu, saya akan pura-pura tak tahu apa-apa.

Terima kasih banyak. Terima kasih banyak.

Doktor!

Kalau awak dah balik, sepatutnya awak beritahu saya.

Leher... Leher... Lepaskan leher saya dulu.

Cepat, cepat cakap yang awak gembira jumpa saya.

Saya rindukan awak. Saya sangat gembira dapat berjumpa awak.

Berapa banyak?

Sangat, sangat banyak.

Bagus. Sudah tentu, awak mesti sangat rindukan saya.

In Hae... Awak kawan saya, kan?

Sudah tentu, saya satu-satunya kawan awak.

Ada benda yang saya nak tahu. Boleh saya tanya awak?

Sudah tentu. Apa saja boleh.

Jadi, awak kata kalau awak pegang atau peluk dia, awak akan sedu?

More Malay subtitles for Good Doctor

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left