The first 200 lines.
Kamu fikir...
...beta akan berkongsi kuasa dengan mereka?
Moo Myung.
Saya akan tamatkan nyawa selama 700 tahun kamu itu.
Lee Bang Won sama seperti Sam Bong?
Dia tak pernah bantah semua rancangan Sam Bong.
Dia sentiasa mengagumi hasil kerja Sam Bong.
Tapi Putera Jeongan faham tentang cita-cita seorang manusia.
Tak. Dia cuma faham cita-cita dia seorang saja.
Tapi adakah dia akan faham cita-cita Moo Myung?
Saya akan buktikan pada kamu.
Apa maksud kamu?
Bolehkah negara ditadbir dengan baik...
...sekiranya pergerakan seperti Moo Myung dibiarkan berleluasa?
Patik setuju dengan kata-kata tuanku.
Tapi apa rancangan tuanku?
Kita tak tahu identiti sebenar mereka.
Kita perlu hapuskan tiga asas mereka.
Asas?
Yang pertama.
Sebab itukah Sam Bong ambil semua rekod Silla?
Sida-sida dan dayang-dayang.
Kedua.
Bagaimana dengan nasihat daripada Ketua Sami...
...berkenaan raja dan pemerintahan negara?
Agama Buddha dan kuil-kuil itu.
Ketiga.
Dia seorang ketua pedagang yang terkenal di Tanah Besar.
Pedagang dan persatuan mereka.
Agama Buddha, pedagang dan dayang.
Dengan terhapusnya ketiga-tiga asas ini...
...pada masa yang sama kita juga akan hapuskan pemimpin mereka.
Baiklah. Patik akan buat persiapan berkenaan...
...penghapusan ketiga-tiga perkara ini.
Sehingga semua persiapan selesai dibuat...
...beta akan terus berhubung dengan mereka.
Masuk akalkah semua ini?
Bukankah kanda yang buat pelantikan ini?
Bang Gan! Bukan kanda...
...tapi tuanku.
Baiklah, tuanku.
Kenapa semua anugerah utama diberi kepada pengikut Bang Won?
Jadi, kamu mahu beta buat macam mana?
Siapa raja sebenarnya ini? Kanda atau Bang Won?
Sudahlah, Bang Gan!
Tuanku.
Patik tak boleh terima semua ini.
Kamu patut terima anugerah kedua!
Jo Joon tak buat apa-apa tapi dia pula dapat anugerah pertama.
Pemberian tak boleh dibuat begini!
Maksud tuanku, penganugerahan.
Betul. Itulah maksud beta.
Sebab itulah kamu orang kanan beta.
Tuanku akan berdiam diri sajakah?
Mana boleh!
Apa pendapat kamu?
Kelemahan kita ialah kita tak ada pengumpul dan pemberi maklumat.
Ini cadangan patik.
Tuanku, apa hajat tuanku datang ke mari?
Beta tak boleh datang ke marikah?
Bukan begitu. Patik cuma gembira dapat bersua dengan tuanku.
Kamu juga tak dapat sebarang anugerah dari Bang Won...
...walaupun kamu telah banyak memberi sumbangan.
Dari dulu lagi dia memang tak berapa bijak.
Ada tetamu rupanya.
Tuan sami, saya pergi dulu.
Jemputlah masuk.
Awak mungkin akan mati dalam masa dua jam lagi.
Akhirnya saya jumpa awak, Moo Myung.
Putera Hwoean amat tak berpuas hati.
Perhatikan dia.
Baiklah.
Jeong Do Gwang masih belum ditemui lagi?
Pengawal telah dikerahkan untuk teruskan carian...
...dan penduduk Bancheon juga telah ditahan.
Penduduk Bancheon? Kenapa?
Penduduk Bancheon yang beri amaran pada Sam Bong.
Begitu juga dengan seorang lelaki yang mati ketika bertemu...
...Jeong Do Gwang dan Lee Bang Ji secara rahsia.
Betul itu. Sebilangan besar penduduk di Bancheon...
...pernah menjadi pembawa utusan untuk Jeong Do Jeon.
Tindakan perlu diambil.
Sama ada mereka turut terlibat dalam kejadian kali ini...
...tapi mereka tak boleh dibenarkan untuk terus berada di ibu kota.
Apa pula pendapat tuanku?
Semua yang kamu cakap itu benar.
Tangkap dan hukum mereka semua.
Kalau begitu, isu berkenaan penduduk Bancheon ini...
Tapi jangan buat apa-apa...
...terhadap ketua mereka.
Itu saja.
Siapa beri awak arahan untuk ke kediaman Tuan Nam Eun...
...dan beri maklumat pada Tuan Jeong Do Jeon?
Saya...
...hanya ingin beritahu seseorang yang saya kenal di sana.
Tuan.
Penduduk Bancheon tak bersalah langsung.
Gab Boon juga takkan berniat jahat.
Hanya kerana rasa prihatin...
Sedarlah diri itu!
Kamu semua ialah...
...pembawa utusan untuk Jeong Do Jeon.
Kalau begitu...
...kami juga pernah bekerja di bawah Putera Jeongan...
Jeong Do Jeon juga...
...yang tempatkan kamu semua di Bancheon.
Sekiranya kamu tak ingin dituduh memberontak...
...jangan buat begini lagi.
Awak tahu tak...
...apa Putera Jeongan dah buat?
Jangan fikir hal lain.
Jangan fikir.
Moo Hyul.
Penduduk kita mungkin akan mati.
- Boleh tak awak... - Tak boleh.
- Kenapa? - Sebab saya faham semuanya.
Saya faham apa yang sedang berlaku.
Politik. Kuasa.
Inilah dia.
Cik juga...
Sebenarnya cik juga faham, bukan?
Sunkyunkwan berada di bawah kawalan Jeong Do Jeon.
Begitu juga dengan Bancheon.
Adakah politik dan kuasa...
...akan biarkan saja?
- Cik faham, bukan? - Saya tak faham.
Apa akan jadi kalau saya terima semua itu?
Walaupun satu dunia faham dan terima...
...adakah seorang ketua Bancheon cuma patut mengangguk...
...terima hakikat dan biarkan saja semua penduduknya...
...mati dibunuh?
Saya juga tak pasti.
Tapi...
...saya cuma akan fokus pada langkah seterusnya.
Bukankah...
...ini masanya untuk mengambil langkah seterusnya?
Nenek!
Apa yang berlaku ini?
Jangan cakap apa-apa. Nenek boleh bersihkan semua ini.
Kerja siapa ini?
Ramai penduduk Bancheon yang telah ditangkap.
Kamu rasa apa perasaan mereka?
Semua orang tahu di mana senjata itu disimpan...
...dan apa yang berlaku kerana semua senjata itu.
Aduhai, Moo Hyul...
...kamu cakap kamu akan berhenti, bukan?
Bukankah...
...ini masanya untuk mengambil langkah seterusnya?
Inikah masanya?
- Apa? - Penduduk Bancheon yang ditangkap.
Kenapa kamu perlu ambil tahu tentang itu?
Kami semua hidup seperti sebuah keluarga...
...dan hubungan kami erat.
Hubungan?
Tentulah...
...hubungan kamu erat.
Patutkah beta berpolitik mengikut perasaan?
Adakah negara ini akan jadi lebih baik?
Ini hal Soongoonbu.
Mereka tahulah mereka apa yang patut mereka buat.
Tuanku.
Ya.
Patik ingin pulang ke kampung.
Pergilah.
Tapi kamu perlu pulang dalam masa sepuluh hari.
Bukan begitu.
Patik ingin berhenti.
Ini sukar buat patik.
Ia juga sukar buat beta.
Jangan mengarut.
Draf untuk reformasi agama Buddha.
Oleh kerana kamu yang buat kajian sebelum ini...
...tolong periksa, betulkan...
...dan tambah apa yang perlu.
Baiklah.
Adakah Putera Jeongan...
...ingin laksanakan reformasi kuil yang dibuat oleh Sam Bong itu?
Tuan.
Awak masih hidup?
Apa maksud awak?
Adakah Lee Bang Won sedang cuba...
...buat polisi-polisi yang sama dengan Tuan Sam Bong?
Betul.
Draf ini ditulis...
...oleh Tuan Ha Ryun berkenaan reformasi agama Buddha.
Saya cuma perlukan ini saja.
Apa rancangan awak?
Apa isi kandungan dokumen itu?
Draf permohonan...
...yang ditulis oleh Ha Ryun.
Berkenaan dengan pemansuhan agama Buddha.
Benarkah Putera Jeongan...
...ingin laksanakan semua rancangan Sam Bong?
Mugeuk.
Sekarang, semua ini sudah jelas terbukti.
Kita tak boleh berdiam diri lagi.
Kita akan hapuskan Putera Jeongan.
Tapi macam mana?
Dia telah pun berbakti untuk kita...
...bila dia berjaya halang ekspedisi ke Liaodong.
No comments yet. Be the first to leave one.