Archive 81

Archive 81

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Archive 81 S01 720p NF WEB H264-MIXED [Complete]
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

web
720p
720
Published on: 2022-01-14
Downloads: 25
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dia tiada di sini.

Mereka bawa dia pergi.

Jess, awak dengar tak?

Tolonglah.

Tolong cari saya. Tolonglah.

Hei, jangan sentuh saya!

- Awak akan selamat. - Lepaskan saya!

SEBUAH SIRI NETFLIX

"ISYARAT MISTERI"

Saya jual pita!

Mari beli pita! Pita kaset!

Saya jual pita!

Mari beli pita!

Itu kotak sedolar. Semua barang di dalamnya sedolar.

Nak kotak itu? Ia juga sedolar.

Pita…

Apa yang encik perlukan?

- Apa khabar, Dan? - Hei.

Saya beli benda ini di lelongan ruang simpanan.

Awak orang pertama yang melihatnya. Satu sepuluh dolar.

Bulan lepas awak jual perlawanan bola T kepada saya.

Ya.

Tapi saya juga jual Phantasmagoria versi penuh .

Itu tak ditayangkan dan sukar ditemui.

Belilah pemain VCR, baru awak tahu barang jualan awak.

Tak saspenslah kalau begitu. Okey, lima dolar satu pita.

Kalau pita ini teruk, saya beri awak kredit.

Lagipun, awak suka video lama.

Baiklah.

Kawan.

Hei, Jill singgah tadi, dia kirim salam.

- Pagi tadi? - Ya.

Dia beli beberapa buku minggu lepas.

Awak sempat kejar dia kalau ikut arah itu. Dia balik ke kedainya.

Kamu masih berkawan, bukan?

- Baiklah. Jumpa lagi. - Nanti beritahu saya kandungannya.

Saya jual pita!

Pita VHS!

Pita kaset!

DESTINASI AWAL DAN SETERUSNYA. JUMPA. NIKMATI. INILAH NEW YORK.

Saya ada beberapa projektor 16 mm kalau awak masih berminat.

Kami juga baru dapat dua gelendong Flash Gordon , 1940.

Keadaannya baik.

Saya akan suruh muzium hubungi awak.

MUZIUM FILEM

Dan, ini Evie Crest. Bungkusan itu sepatutnya tiba hari ini.

Keadaan rakamannya teruk.

Beritahu saya jika awak boleh memulihkannya.

KEPADA MUZIUM FILEM UNTUK DANIEL TURNER

PITA VIDEO

Itu cerita apa?

Bulatan.

Antologi kisah seram, 1958.

- Macam Twilight Zone. - Tak pernah dengar pun.

Ia tak pernah disiarkan. William Crest mati dan pitanya hilang.

"Crest."

Dia penerbit Robinson Crusoe, bukan?

Dia banyak terbitkan filem Brenda Joyce sekitar 1930-an.

- Saya suka filem itu semasa kecil. - Ayah saya pun.

Dua bulan lepas, anaknya, Evie jumpa sekotak pita

antara barang peninggalannya dan inilah dia.

Seramnya.

Mungkin muzium buat setnya dan awak boleh sediakan keterangannya.

Boleh awak dapat nama sikit.

Saya cuma nak beri peluang untuk Evie lihat karya ayahnya.

- Ini daripada Karen. - Apa ini?

Entahlah.

TOLONG BAIK PULIH DAN DIGITALKAN PITA UNTUK ESOK.

SULIT. JANGAN SALIN. KAREN

Awak dah sedia?

Itulah fungsi lampu merah, Mel.

Okey.

Saya Melody Pendras,

pelajar PhD dalam bidang antropologi sosiobudaya di NYU.

Untuk penyelidikan saya, saya akan mengkaji

satu komuniti di New York yang tinggal di apartmen Visser

di East Village sebagai individu yang menyesuaikan diri

dengan perubahan budaya pada hujung abad ke-20.

- Mereka akan cakap dengan saya, bukan? - Mestilah tak.

Mereka akan ludahkan gula-gula getah pada rambut awak

dan selit lelabah di bawah pintu awak.

Ya, mereka akan layan awak.

Semua orang layan awak. Geramnya…

Saya patut ikut awak.

Sebagai pengawal.

Daripada apa?

Entahlah.

Mungkin orang tua gatal, tikus pembetung, puntianak.

Atau mungkin kawan baik baru?

Taklah.

Bunyinya membosankan saja. Jangan terasa.

Ini untuk tesis saya.

Baiklah. Tinggalkan saya.

Saya tak pergi jauh pun.

Nanti saya baliklah.

Itulah yang Amelia Earhart kata, tapi…

Taklah.

Tidak.

Doakan saya.

Awak pasti berjaya.

APARTMEN VISSER

KEBAKARAN DI APARTMEN VISSER

TIGA BELAS ORANG HILANG

Tapi di tengah taman, tak ada apa-apa.

Tiada radio. Tiada pemain piring hitam.

Hanya muzik yang datang entah dari mana.

Lagu yang mereka kongsi bersama.

Edmond, awak di luar sana?

Itu awakkah?

Mungkinkah Edmond, pekerja taman bandar, menyeberang dimensi tanpa disengajakan.

ISYARAT MISTERI

Saya Mark Higgins.

Ini Isyarat Misteri, Kisah Benar Sebuah Kota Rahsia.

Lelaki itu tak berduit.

Jadi, dia beli cincin tunang vintaj untuk kekasihnya,

di kedai barang terpakai di Lower East Side.

Tapi selepas dua hari dia pakai cincin itu,

dia jadi tak betul.

Katanya, ada wanita merenung dari dalam cermin.

Apa? Cincin itu berhantu.

- Saya tak percaya benda ghaib. - Saya terlupa.

Awak tak percaya tapi paranoid.

Kononnya awak sentiasa diperhati.

Saya nak bangun awal esok. Maaf.

Muzium dibuka pada tengah hari. Awak tak pernah bangun awal.

- Minggu depan, saya janji. - Hei.

Beritahulah saya kalau awak rasa sedih lagi, okey?

Jangan buat kerja gila. Minta bantuan saya, okey?

Ya, baiklah.

Okey.

Baiklah.

Jangan cakap saja.

Syabas atas pembaikan video Hi8. Terima kasih kerana siapkannya awal.

Tiada masalah.

Muzium biasanya tak buat kerja sebegitu.

Ia bantuan untuk penderma penting.

Dia nak berterima kasih kepada awak di pejabatnya hari ini.

VIRGIL DAVENPORT PRESIDEN, L.M.G.

Dan.

Selamat berkenalan.

- Terima kasih kerana datang. - Sama-sama.

Hei, Callie, tolong bawakan Arnold Palmer untuk saya dan Dan.

Duduklah.

Okey.

Terima kasih kerana siapkan projek kecil kami malam tadi.

Karen kata awak orang terbaik untuk baik pulih pita

dan betul cakapnya.

Ya, dia bos saya.

Ya.

Betul. Ya.

Sebab itulah saya suruh awak singgah, Dan.

Manalah tahu kalau-kalau awak nak tukar angin dan kerja dengan LMG.

Secara sementara saja.

Saya tak…

Terima kasih.

Ini syarikat apa sebenarnya?

Saya dah selidik dan…

Awak tak jumpa apa-apa.

Betul.

Samalah kita.

Saya tak jumpa apa-apa tentang awak.

Saya suka jaga privasi.

Saya hormati pendirian awak. Kami pun sama.

Ini objektif kami, Dan.

Kami mencari ahli seni.

Seseorang yang boleh memulihkan video-video rosak yang baru dibeli.

Kerosakan jenis apa?

Kesan terbakar.

Asap, jelaga dan air.

Awak cuma digitalkan sebahagian kecil daripadanya.

- Kebakaran di bangunan Visser, bukan? - Betul.

Yang pasti, kandungan pita itu

perlu dirahsiakan bagi tujuan perundangan.

Bayarannya ialah seratus ribu dolar.

Tapi masalahnya, barang itu sensitif dan tak boleh digerakkan.

Jadi awak akan bekerja di pusat penyelidikan terpencil

di Catskill.

Tempat itu cantik. Tak teruk rasanya kalau bersendirian di sana.

Baik.

Sebelum awak tolak, Dan, ini sebabnya saya rasa awak pilihan yang tepat.

Membina arkib ini,

menyelesaikan teka-teki ini,

menyiasat misteri di Visser,

penting bagi mereka yang hilang orang tersayang dalam kebakaran itu.

Saya juga tahu awak memahami

situasi sebegini.

Apa?

Keluarga awak mati dalam kebakaran juga, bukan?

Jadi awak cuba bantu orang mengembalikan benda yang hilang.

Maaf, saya nak sambung kerja.

Maaf, Dan. Saya tak berniat…

Maaf kerana buang masa awak.

Tiada masalah, Dan. Beritahu kami jika awak tukar fikiran.

- Bagaimana dia tahu kisah keluarga saya? - Daripada Internet?

Tidak, ia tiada di Internet. Saya dah periksa.

Saya bergurau, okey?

Datanglah ke sini.

Saya belanja awak makan itik Peking dan vodka.

Saya akan hubungi awak semula.

- Itulah fungsi lampu merah… - …ody Pendras.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left