Big Shot

Big Shot

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Big Shot S01E10 DSNP WEB-DL
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2021-06-18
Downloads: 17
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dalam episod Big Shot sebelum ini.

Kita ada perlawanan besar tak lama lagi.

Carlsbad adalah satu-satunya halangan kita

untuk memenangi Divisyen Dua.

Mak saya baru hubungi saya.

Dia nak saya pergi ke sebuah sekolah persediaan tahun depan.

Ia di Wisconsin.

-Ayah, saya tak nak kembali ke sana. -Tidak.

Ada jawatan kosong untuk ketua jurulatih di UCSB.

Tentu mereka akan sedih mendengar berita awak.

Bagaimana jika Jake ialah pengintip yang gunakan Olive

untuk mendekati kita dan mencuri strategi perlawanan kita?

Saya tahu awak bukan ibu kandung saya.

Awak perlu dengar cerita dari pihak Angel.

Pasti ada sesuatu yang berlaku.

Dia dan Holly macam berahsia tentang sesuatu.

Saya berasa teruja dapat berada di samping pemain kolej semula.

Dia nak pergi.

Kami komited untuk menewaskan Carlsbad.

Namun, awak komited untuk tinggalkan kami.

Meninggalkan keluarga dan persahabatan demi kuasa dan jawatan!

-Saya rasa dia tahu. -Marvyn.

Awak boleh nampak diri awak? Orang ramai, riuh rendah.

Ini tempat awak yang sepatutnya.

Patutkah kita hubungi ejen awak? Mula berunding?

Pengecut!

Awak yang dungu!

Jadi, tamatlah riwayat penzalim itu.

Meninggalkan keluarga dan persahabatan demi kuasa dan jawatan!

Havlicek curi bola itu! Semuanya dah berakhir!

10 PERATUS PANGGILAN MASUK

Awalnya awak hubungi saya, Sam.

Berita baik datang tak kira masa.

Tawaran UCSB dah masuk.

Ada beberapa butiran perlu diuruskan, tapi semuanya berjalan lancar.

Tahniah, Marvyn.

Awak bakal mengajar pemain kolej.

Ya. Baguslah.

Itu saja yang awak boleh cakap?

Kenapa tak cakap, "Sam, awak memang hebat"?

Kenapa tak cakap, "Terima kasih, Sam, sebab merealisasikan impian saya"?

Itulah maksud saya, Sam. Saya hargainya. Saya cuma...

-Saya baru bangun. -Adakah awak berubah fikiran?

Tidak, sudah tentu tidak.

Ini yang awak mahukan. Peluang begini takkan datang lagi.

Saya tahu. Saya teruja.

Awak faham, bukan? Awak tahu yang peluang begini takkan datang lagi.

Setidaknya, bukan dengan saya.

Saya faham, Sam. Terima kasih. Ayuh...

Mari tamatkannya dan tandatangan.

Bagus, itu yang saya nak dengar.

Tahniah, kawan.

Secara rasminya, sekali lagi, awak akan menjadi...

Kamu pasti kamu tak nak bercakap dengan ayah?

Sebenarnya, banyak yang saya nak cakap.

Kenapa ayah tak beritahu saya?

Ayah tak nak buat kamu marah sampailah ayah tahu yang ayah akan ke UCSB.

-Itu saja. -Okey.

Jadi, ayah dah tahu yang saya akan marah.

Ayah tak peduli?

Sudah tentulah ayah peduli.

Ayah cuma tak nak beritahu kamu sehingga ayah pasti ia akan berlaku. Itu saja.

Adakah ayah akan ke sana?

Ya.

Saya...

Ayah tak pernah libatkan saya dalam keputusan begini.

Awak terus saja buat keputusan dan saya perlu menerimanya.

Benar. Namun...

Kamu pun tahu betapa susahnya kerja ayah. Ayah lakukannya demi kamu.

Ayah lakukannya agar kita boleh tinggal di dalam rumah yang cantik

dan kamu boleh ke sekolah yang bagus.

Tidak. Ayah lakukannya sebab ayah suka menjadi jurulatih.

Itulah impian ayah. Rumah dan sekolah juga bagus, tapi saya lebih rela ada ayah.

Ayah ada di sini.

-Namun, ayah nak pergi. -Dengan kamu.

Kita akan ke Santa Barbara bersama-sama. Kamu...

Kita akan cari sekolah yang hebat. Kamu akan jumpa kawan baru.

-Pemandangan di sana cantik... -Namun, saya perlu tinggalkan mereka...

Saya nak bersuara dalam keputusan yang mempengaruhi hidup saya.

Namun, sekali lagi, hidup saya ditentukan oleh hidup ayah.

Itu Lucas.

Emma, itu bukan...

Baiklah! Ayuh, mulakan! Okey, angkat tangan!

Angkat tangan kamu!

Kamu perlu menjadi lebih kuat untuk menentang Carlsbad.

Baiklah, semua. Mari sini.

Awak dengar sesuatu?

Ini macam bunyi lalat sedang berdengung.

Seperti tikus di dalam dinding.

Mungkin itu bunyi cengkerik.

Kamu nak layan saya begini?

Okey.

Saya akan bercakap dan kamu boleh berpura-pura tak mendengar.

Saya tahu kamu marah. Kamu boleh marah saya sepuas hati kamu.

Namun, kamu hanya menghukum diri sendiri

jika perkara ini menghalang kamu daripada menewaskan Carlsbad.

Kamu layak untuk menang.

Ya, kami akan kalahkan Carlsbad dengan Holly sebagai jurulatih kami.

Ya, dia menjadi jurulatih kami semasa kami kalahkan mereka dulu.

Saya tak tahu apa-apa. Saya...

Baiklah. Latihan tamat. Mari sini.

-Namun, kami baru nak mula. -Latihan dah tamat.

Jurulatih?

Kamu dengar apa Jurulatih Korn cakap. Latihan dah tamat.

Pergilah.

-Kenapa dengan mereka? -Saya...

Mereka yang akan seronok apabila menjadi juara Divisyen Dua, bukan saya.

Kadangkala, mereka akan menjadi beremosi.

Beginilah.

Kita takkan dapat kalahkan Carlsbad jika kita tak bersefahaman.

Saya nak beritahu awak sesuatu.

Ia berita buruk, bukan?

Entahlah.

Saya terima panggilan daripada Jurulatih McCarthy.

Dia akan bersara pada hujung tahun ini.

Dia rasa saya boleh menjadi penggantinya yang baik.

Entahlah. Saya tak percayakan dia. Dia seorang yang licik.

-Licik. -Betul cakap awak.

Dia mungkin cuba memanipulasi saya untuk mengganggu fikiran saya

agar dia ada kelebihan dalam perlawanan itu nanti.

-Ya. -Namun, hal ini...

Awak rasa dia serius?

Ya.

Bagaimana jika ia benar?

Dia pernah cakap yang saya ketua jurulatih yang bagus dalam perlawanan sebelum ini.

Betul cakap dia.

Holly, jika dia bercakap benar, awak patut terima tawaran itu.

Namun, berhati-hatilah.

Saya pandai jaga diri.

Awak tak nak suruh saya minta maaf kepada mereka?

Tidak.

Bagaimana dia boleh sangka yang kita nak bermain untuk dia

selepas dia khianati kita begitu?

Ia tak penting sebab kita takkan bemain untuk dia.

Saya rasa dia tak berniat untuk menyinggung perasaan kita.

Ya, itulah yang saya nak cakap dengan kamu.

Buku strategi saya dah hilang!

Okey. Jangan panik.

Mungkin awak tertinggalnya di rumah.

Tidak, saya selalu simpannya di dalam beg. Ia dah hilang.

Bila kali terakhir awak nampak buku itu?

Entahlah.

Saya meneliti buku itu sebelum Emma bermain.

Mungkin awak terjatuhkannya.

Atau Jake yang mengambilnya.

Tidak.

Saya rasa ia masuk akal.

Hanya disebabkan awak suka dia, tak mungkin dia takkan lakukan

perkara yang sama dia pernah lakukan kepada kita sebelum ini?

Saya dah agak!

Saya pernah cakap yang dia mungkin pengintip dari Carlsbad. Ingat?

Sudahlah. Kenapa dia nak buat begitu?

Begitulah sifat pasukan Carlsbad.

Jurulatih McCarthy tak pernah suruh kita buat sesuatu. Namun...

Ya, tapi awak tahu dia nak awak lakukannya.

Itulah budaya yang dia nak cipta.

Holly, awak rasa dia yang mencurinya?

Entahlah.

Saya rasa ada kemungkinan.

Ya, kemungkinan besar.

Ya Tuhan.

Dia mempermainkan saya.

Baiklah. Jangan terlalu salahkan diri awak.

Namun, awak juga bersalah.

Sebab kami semua dah beri awak amaran.

Sebab itulah kita akan tewaskan mereka dalam perlawanan itu nanti.

Kita akan tewaskan mereka dengan teruk

sampaikan mereka malu nak tunjuk muka.

Tikus!

Mereka takkan terlepas daripada perbuatan mereka.

Mereka boleh terlepas jika mereka ada buku strategi kita.

Kita perlukan strategi baru.

Holly boleh mencipta strategi baru. Dia jurulatih kita.

Tidak, saya tidak akan melatih kamu.

-Apa? -Awak perlu melatih kami.

Kami tak nak jurulatih pengkhianat itu.

Okey, dengar sini. Saya tahu yang dia dah buat kamu marah.

Namun, itu pilihan peribadinya. Dia buat keputusan yang betul untuk dia.

Dia masih jurulatih kamu.

Jika kamu tiada jurulatih, kamu boleh tarik diri.

Saya takkan melatih kamu. Okey?

Kamu buatlah pilihan.

Itu dia pelakon teater saya yang hebat.

-Hai, Cik Goodwyn. -Persembahan awak hebat malam tadi.

Saya jarang nampak pelakon

yang benar-benar menghayati watak di depan penonton.

Persembahan awak memang hebat.

Ia terasa nyata.

Awak dapat inspirasi.

Ya. Oleh ayah saya.

Saya sangka awak akan cakap saya yang beri awak inspirasi.

Namun, pasti awak sangat terkesan dengan kata-katanya.

Saya nak tahu, apa yang dia cakap?

Dia terima tawaran pekerjaan di UCSB dan perlu meninggalkan Westbrook tahun depan.

Saya perlu ikut dia.

Saya perlu ke kelas.

Tunggu, dia...

Dia betul-betul nak pergi?

Nampaknya, dia tak beritahu awak juga.

Dia tak beritahu saya.

More Malay subtitles for Big Shot

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left