The first 200 lines.
"Drama fiksyen ini adalah berdasarkan kisah sejarah"
"Episode 4"
Siapa di situ?
Ini anakanda, bonda.
Berani anakanda masuk ke sini.
Kenapa anakanda berada di sini?
Bonda tahu apa anakanda telah lakukan untuk bonda?
Anakanda padamkan semua jejak perbuatan bonda...
...supaya tiada sesiapa boleh cederakan bonda.
Apa maksud anakanda?
Bonda tak faham.
Anakanda bakar semuanya.
Tiada apa-apa boleh dikaitkan dengan bonda.
Adakah anakanda bunuh semua orang?
Bonda berikan mereka kehidupan baharu.
Mereka takkan kisah untuk mati kerana bonda.
Anakanda sangka bonda akan puji anakanda?
Atau tanya jika anakanda cedera?
Anakanda binatang.
Keluar.
Bau darah ada di mana-mana.
Anakanda lakukannya untuk...
Bonda, bonda, bonda.
Dengar anakanda cakap begitu buat bonda rasa jijik.
Bonda tak mahu lihat muka anakanda.
Keluar!
Anakanda selalu ingin tahu.
Kenapa bonda tak kasihan akan anakanda?
Mana-mana ibu pasti akan merawat anak yang cedera.
Kenapa bonda anakanda...
...langsung tak memandang anakanda?
Sudah lama anakanda menunggu.
Tak sekali pun...
Anakanda bukan anak bonda.
Anakanda ialah...
...ahli Keluarga Kang.
Sebab wajah anakanda, bukan?
Sebab itu bonda hantar anakanda dan bukan Yo.
Sebab itu bonda tinggalkan anakanda.
Semuanya sebab rupa anakanda!
Bonda tahu bagaimana Keluarga Kang melayan anakanda?
Pernah sekali...
...mereka tinggalkan anakanda dalam sarang serigala di Shinju.
Anakanda berlawan dengan serigala sepanjang malam.
Kemudian anakanda bakar tempat itu.
Semua yang hidup, mati dalam kebakaran itu.
Begitulah cara anakanda melepaskan diri.
Bau daging yang terbakar...
...penuh pada badan anakanda.
Puan Kang yang gila.
Dia kekal bersama anakanda...
...untuk menggantikan anak lelakinya yang telah mati.
Semasa dia tak waras...
...dia pukul dan kurung anakanda.
Dia tanya kenapa anaknya digantikan dengan raksasa.
Selama tiga atau empat hari.
Tiada sesiapa berikan air atau periksa keadaan anakanda.
Jadi, kenapa?
Seorang ibu...
...tahu anak yang mana akan berjaya.
Anakanda menjijikkan, memalukan dan satu kesilapan.
Sebab itu bonda hantar anakanda pergi.
Atas jasa anakanda, bonda lahirkan Jung yang baik.
Bonda ucapkan terima kasih untuk itu.
Ingat tentang hari ini.
Bonda tinggalkan anakanda...
...tapi anakanda takkan sesekali pergi.
Pada waktu ini...
...anakanda hanya akan buat bonda melihat anakanda seorang.
Itu tak masuk akal.
Kalau anakanda buat begini lagi...
...anakanda tak dibenarkan kembali lagi.
Memang biadab.
Hentikan!
Musnahkannya!
Hentikan.
Berhenti.
Lepaskan saya!
Darah?
Ya.
Itu darah.
Darah lelaki yang beta bunuh.
Seorang ibu akan membina benda ini untuk anak mereka?
Daripada membinanya...
...suruh dia datang kepada beta dan merayu!
Lepaskan.
Lepaskan!
Hentikan.
Awak pun mahu mati?
Lepaskan.
Tuanku cedera!
Tuanku cedera di bahagian lain?
Beta kata beta sudah membunuh orang.
Beritahu patik sebabnya.
Adakah untuk berseronok?
Pergi.
Pergi.
Patik dengar tempat ini memang begitu.
Tuanku perlu belajar bertarung sejak kecil lagi.
Bagi meneruskan hidup, tuanku perlu bunuh orang lain dahulu.
Tiada apa boleh dilakukan.
Tak salah kerana mahu hidup.
Tuanku tak boleh dimaafkan.
Tapi...
...patik akan cuba faham.
Tuanku tentu rasa sangat terluka sekarang.
Patik faham perasaan itu.
Selepas upacara, kami kejar pembunuh upahan itu.
Mereka hilang tanpa jejak.
Dalangnya telah menghilangkan bukti-bukti.
Kami jumpa tempat bersembunyi di sebuah tokong.
Mereka semua telah mati dan terbakar.
Tokong itu...
...adalah milik...
Tokong itu adalah milik Maharani Soonsung.
Maksud anakanda, bonda dalang di sebalik semua ini?
Bonda cuba membunuh Putera Mahkota?
Sesiapa saja pasti akan kata begitu.
Permaisuri.
Permaisuri upah pembunuh untuk membunuh Putera Mahkota...
...dan bawa mereka masuk?
Tidak.
Tuanku.
Semuanya salah anakanda.
Anakanda tak tahu tentang tokong itu...
...anakanda ambil alih tanggungjawab bonda.
Hukumlah anakanda.
Biar saya bertanggungjawab.
Kesilapan anak saya juga ialah kesilapan saya.
Anakanda yang lakukannya.
Serangan di tokong itu dan kebakaran...
...ialah angkara anakanda.
Anakanda cuba cederakan Putera Mahkota?
Tuanku.
Pembunuh dari tokong Maharani...
...berpakaian seperti putera untuk menyerang kami.
Semua ini tentu rancangan...
...untuk memecahbelahkan kami.
Betul kata Wook.
Anakanda takut bonda akan dipersalahkan.
Maaf kerana kelemahan anakanda.
Awak pergi.
Giliran awak.
Saya tak mahu pergi.
Awak yang pergi.
Awak yang lakukan. - Saya tak mahu.
Chae Ryung.
Puan Hae.
Apa yang sedang berlaku?
Kita ada tetamu. Jaga diri kamu.
Tiada sesiapa antara mereka mahu hidangkan...
...makan malam untuk Putera So.
Kamu perlu jaga dia dengan baik.
Baiklah.
Kita perlukan seseorang yang khusus...
...untuk melayan Putera So.
Saya tak mahu bersabar tentang hal ini lagi.
Saya?
Tak mungkin kamu serius.
Kamu panggil saya Cik Soo.
Saya tak boleh menghantar makanan.
Betul?
Apa?
Kenapa dia tak makan di dalam biliknya?
Kenapa dia mahu berkelah seorang diri?
Saya kata yang saya bencikan dia...
...tapi ini sudah melampau.
Saya kepenatan.
Mengingatkan masalah yang dia sudah timbulkan...
...dia kelihatan tak bersalah dari sini.
Dia juga kelihatan kesunyian.
Ini makan malam tuanku.
Tinggalkan di situ.
Supaya tuanku boleh makan dengan tenang?
Silakan.
Patik perlu bawa pulang pinggan kosong.
Tolong makan.
Tentang hal semalam.
Awak tak nampak apa-apa.
Jangan beritahu sesiapa tentangnya.
Patik tak boleh beritahu walaupun tuanku suruh.
Patik tak percaya apa yang patik lihat.
Patik sendiri hampir tak mampu menjaga diri sendiri.
Patik tiada masa untuk berbual tentang orang lain.
Patik selalu nampak perkara yang tak sepatutnya.
Apa pun...
...adakah rasa makanan di sini lebih baik?
Tuanku sedang melihat istana?
Itu tempat tuanku tinggal.
Apa tuanku mahu lihat dari sini?
Sebuah rumah...
...memerlukan sebuah keluarga.
Ibu bapa dan adik beradik tuanku tinggal di sana.
Apa pun, memandangkan kita sudah berbual...
Apa yang berlaku semalam?
Awak!
Bagaimana awak masuk ke dalam rumah mandian?
Apa? Patik...
Chae Ryung cakap rasa ayam sedap hari ini.
Di mana tabib?
No comments yet. Be the first to leave one.