Anne Shirley

Anne Shirley (アン・シャーリー)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Anne Shirley S01E24 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Anne Shirley - 24
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2025-09-27
Downloads: 11
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 181 lines.

Anne.

Adakah awak sudi menerima cinta saya

dan berkahwin dengan saya?

Saya tak dapat.

Saya tak dapat berkahwin dengan awak.

Saya tak dapat.

Kenapa?

Sebab saya tak cinta awak.

Adakah awak mempermainkan perasaan saya?

Tak.

Tak, bukan begitu.

Saya ingat saya cinta awak selama ini,

tapi

sekarang saya sedar bukan begitu.

Awak telah musnahkan hidup saya.

Mohon maafkan saya.

Adakah saya tiada harapan untuk bersama dengan awak?

Hanya awak

yang dapat saya cintai.

Terima kasih atas persahabatan yang awak berikan.

Selamat tinggal.

(Episod 24: Hari Ini Bermulanya Kebahagiaan Kita)

Macam mana?

Tunggu sebentar.

Jangan cakap dulu sebelum saya habis bercakap.

Royal telah melamar saya.

Kemudian,

saya telah menolaknya.

Menolak?

Phil, tolong jangan marah saya.

Awak takkan faham.

Tentulah saya tak faham.

Royal sudah lama mencintai awak,

tapi sekarang awak menolaknya.

Adakah awak mempermainkan perasaannya?

Tak sangka awak akan berbuat demikian.

Tak, bukan begitu.

Jadi, kenapa?

Saya pun tak dapat jelaskan.

Tak kira Royal atau awak...

Nampaknya tiada gunanya untuk pujuk awak sekarang.

Ya, betul.

Saya telah musnahkan segalanya.

Saya dibenci oleh Royal

dan juga awak.

Saya pun membenci diri sendiri.

Kasihan betul.

Maafkan saya, Anne.

Biar saya peluk awak.

Biar saya tenangkan emosi awak.

Saya tak berhak untuk memarahi awak.

Kenapa dunia kita begitu rumit

dan penuh dengan perkara yang sukar dijelaskan?

Kehidupan Royal sangat sengsara sekarang.

Saya perlu mendengar luahan perasaannya setiap hari.

Namun, semua perasaan itu akan hilang suatu hari nanti.

Dia selalunya begitu.

Royal pernah putus cinta dua kali.

Namun, dia tetap kembali bersemangat selepas itu.

Hanya awak

yang dapat saya cintai.

Jadi, saya rasa awak tak perlu risau.

Walaupun agak sayang kerana tak dapat menjadi ahli keluarga awak,

kita sepatutnya masih dapat jadi kawan, kan?

Ya, sudah tentu, Dorothy.

Baguslah.

Saya akan menulis surat untuk awak.

Alamat rumah awak...

Pulau Putera Edward.

Di Avonlea,

Green Gables.

Anne, selamat pulang!

Marilla.

Ratu Salji...

Ya, bahagian dalamnya sudah reput.

Ia tumbang akibat angin kencang pada bulan Mac.

Pokok ini sudah wujud apabila saya dan Matthew masih kecil.

Selepas ini, apabila memandang ke luar tingkap,

mungkin saya akan rasa sunyi tanpa pokok ini.

Bolehkah awak beritahu saya

apa yang terjadi di Avonlea selama ini?

Selain perkara yang disebut dalam surat,

tiada perkara lain lagi.

Oh ya, Rachel.

Awak sudah beritahunya tentang Jane?

Kenapa dengan Jane?

Rasanya Jane Andrews sudah berkahwin dengan jutawan dari Winnipeg.

Wah, sudah lama saya tak dengar beritanya.

Saya benar-benar gembira untuk dia.

Saya rasa dia layak menikmati kebahagiaan di dunia ini.

Tentulah Jane gadis yang baik,

tapi rasanya dia tak sesuai dengan jutawan itu.

Cincinnya ialah berlian yang besar.

Ia kelihatan seperti bekas salap pada jarinya.

Kata-kata mak cik keterlaluan.

Yakah?

Sebenarnya, Rachel

agak risau sebab awak masih bujang.

Saya faham.

Sebab saya musnahkan segalanya.

Awak maksudkan Royal?

Ya, saya harus menghadapi hukuman atas perbuatan sendiri.

Hal ini takkan berubah biarpun awak terus memikirkannya.

Bagaimana pula dengan Gilbert Blythe?

Apabila saya nampak dia pulang minggu lepas,

rasanya mukanya agak pucat dan sangat kurus.

Gilbert berusaha sangat keras.

Dia sudah diterima masuk ke Sekolah Perubatan Redmond.

Jadi, saya rasa dia mungkin agak penat.

Dia juga dapat Biasiswa Cooper yang tak diterima sesiapa dalam lima tahun lalu.

Memang hebat.

Awak juga dapat keputusan cemerlang dalam kesusasteraan, kan?

Jane Andrews takkan ada pencapaian itu.

Mak cik.

Adakah Diana baik-baik saja?

Apabila tak disambut oleh Diana semasa pulang,

saya memang rasa agak sunyi.

Diana sibuk dengan banyak urusan sekarang.

Awak pun tahu, kan?

Awak pergilah jumpa dia.

Wah, comelnya.

Lihat, Anne telah pulang.

Dia kelihatan serupa dengan Fred.

Asalnya, saya nak anak perempuan

dan menamainya Anne.

Namun, sekarang Si Fred telah dilahirkan.

Saya takkan tukarnya dengan anak perempuan biarpun diberi sejuta dolar.

Semua bayi adalah comel.

Mereka semua adalah sempurna.

Jika Si Anne yang dilahirkan,

awak pun akan ada pemikiran yang sama.

Ya, memang betul, Puan Allan.

Saya sudah tak sabar nak dengar anak ini bercakap, Anne.

Saya nak dengar dia ketawa sambil panggil saya ibu.

Saya benar-benar tak sabar.

- Tak kira sakit atau sihat... - Ibu saya selalu merungut.

Katanya, Jonas patut bekerja di gereja dengan lokasi yang lebih baik.

Namun, selagi ada Jonas,

biarpun di hujung tanah tandus,

saya tetap rasa seperti ada bunga mawar yang mekar.

Anne, saya amat bahagia.

Saya benar-benar bahagia

hingga dada saya terasa sakit.

Di sekitar saya,

semua orang dikelilingi kebahagiaan, Matthew.

Ya, saya pun sama, Matthew.

Saya pun amat bahagia.

Saya cuba meneroka dunia.

Dunia sekarang sudah berbeza.

Ia diselimuti oleh keromantikan.

Dengar sini, Davy.

Jangan beritahu Anne tentang...

Saya dah pulang.

Anne, selamat pulang.

Selamat pulang.

Selamat pulang.

Selamat pulang, Kak Anne.

Awak telah dibasahi hujan.

Bagaimana dengan majlis perkahwinan?

Sangat bagus, Phil sangat cantik.

Semua orang melayan saya dengan baik,

jadi saya lama berada di sana.

Namun, rumah memang tempat yang terbaik,

ia membuat saya rasa tenang.

Davy, adakah awak menjadi lebih tinggi lagi?

Ya, saya satu inci lebih tinggi sekarang.

Sekarang, ketinggian saya sudah setanding dengan Milty Boulter.

Oh ya, Kak Anne.

Awak tahu Abang Gilbert sudah hampir mati?

Davy!

Eh?

Gilbert...

Apa awak kata tadi?

Saya kata dia sudah hampir mati.

- Davy! - Anne.

Jangan tunjukkan ekspresi seperti itu.

Awak tak boleh tunjukkan ekspresi seperti itu.

Asalnya, kami tak berniat untuk beritahu awak secara tiba-tiba.

Jadi, dia sudah hampir mati?

Keadaan Gilbert sangat kritikal sekarang.

Selepas awak pergi ke Bolingbroke,

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left