Specials

Release info

The Time We Were Not In Love E14 150719 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-CHAOSrel bAdh182
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi facebook.com/subbers untuk berita terkini

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2015-12-15
Downloads: 36
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kamu mahu bertaruh sama ada kita boleh bertembung

sebab tabiat atau tak?

Datang kepada saya sekarang.

Won.

Dia akan ikut sini atau tak hari ini?

Tak apa kalau lambat.

Saya akan terus tunggu kamu.

- Jadi kamu ikut sini. - Kamu sudah jumpa saya.

Yalah.

Kita selalu terserempak, bukan?

Yalah.

Kamu tunggu sayakah?

Macam mana kalau saya tak datang?

Bukan hari ini saja.

Bukankah rumah kamu sebelah dengan rumah saya?

Apa yang sudah jadi ini?

Saya tak boleh rahsiakan apa-apa pun daripada kamu.

Saya

sudah berpisah dengan Cha Seo Hoo.

Sebab itulah

saya perlukan masa lagi sekarang.

Saya rasa saya tak patut beri dia masa untuk berfikir.

Waktu dulu,

bila saya telefon dia atau cari dia,

keyakinan saya jadi tinggi

sebab saya yakin yang dia akan terima saya bila-bila masa saja.

Tapi sekarang, saya teragak-agak

macam ada sesuatu yang halang.

Dulu kami boleh berborak dalam telefon sepuluh kali setiap hari.

"'Tapi macam mana kalau dia tak mahu jawab sekarang?"'

"'Macam mana kalau dia mengelak daripada saya?"'

Kami tak boleh berpisah macam ini.

Kalau tuan risau sangat,

apa kata tuan terima saja tawaran Cik Min?

Saya sudah berpisah dengan Cha Seo Hoo.

Saya tahu ayah marah pada saya,

tapi ayah masih mahu percaya pada keputusan saya.

Maaf, ayah.

Dan saya rasa bersalah sebab mak selalu berpihak pada saya.

Kenapa? Apa masalahnya kali ini?

Dia mahu kahwin dengan kamu? Dia tak mahu pulakah?

Kalau sebelum ini, setakat suka pun memadai.

Apa yang penting hanyalah perasaan saya.

Sekarang, saya mahu pertimbangkan sama ada

boleh serasi dengan keluarga saya atau tak.

Seorang teman hidup yang bukan saja boleh buat saya rasa gembira,

tapi juga semua orang yang ada di sekeliling saya.

Mak rasa kamu sudah makin matang

bila umur kamu sudah meningkat, Ha Na.

Mungkin cara penilaian saya untuk cuba

percaya dan hidup dengan dia sudah berubah.

Apa pun, maafkan saya sebab kecewakan mak dan ayah.

Ayah tak kecewa.

Bila kita bercinta dengan seseorang,

ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

Sama ada cinta sudah pudar atau kamu mahu cinta yang suci.

Bila kamu makin dewasa dan sudah dilukai,

kamu akan sedar yang fikiran kamu sudah matang.

Kakak, baguslah macam itu.

Mesti kamu sudah cukup sengsara untuk buat keputusan ini.

Jadi ayah diam sajalah.

Kalau macam dulu, kamu sudah separuh mati.

Mak tak mahu tengok macam itu.

Kamu kena bersemangat. Buat yang terbaik kali ini!

- Faham tak? - Okey.

Tahap perbincangan keluarga ini tinggi sangat.

Susahlah saya.

Okey.

Ini seorang pengajar Pilates,

seorang model terkemuka, dan seorang penari moden.

Potongan badan tak perlu tanya

dan purata umur mereka hanyalah sekitar 21 tahun.

Temu janji ini sempurna! Tunggu apa lagi?

Awak semua mahu pergi temu janjikah?

Cemburunya saya.

Kita biar mereka tetapkan tarikh untuk kita jumpa.

Jadi bersedia untuk tukar syif.

- Saya tak mahu. - Mana boleh?

Mereka cakap kita bertiga mesti pergi.

Malaslah. Saya tak mahu.

Jangan-jangan awak sudah sukakan seseorang sekarang?

- Betulkah awak suka seseorang? - Siapa orangnya?

Kami kenal tak orang itu?

Cakaplah!

Kalau tak ada, ikutlah kami pergi sekali.

Ya, memang ada.

Saya pergi dulu.

- Saya pun tak mahu. - Awak sekali?

Baiklah, kalau awak berdua tak mahu pergi,

saya seorang saja yang pergi jumpa mereka semua itu!

Bagus idea itu.

Won, siapa orang itu?

Boleh tak jangan menyibuk hal orang lain?

- Tepilah. - Cakap sajalah siapa dia.

Sebagai tanda terima kasih untuk hadiah awak,

apa kata kita makan bersama?

Okey.

Bukan dia rasanya.

Helo, saya ini, Cik Min.

Dia tak apa-apa, bukan?

Kalau dia tak okey, kita kena buat apa-apa saja

untuk jadikan dia okey.

Tapi daripada tak buat apa-apa, baring atas katil sepanjang hari,

saya rasa lebih baik dia jadi macam ini.

Biar dia lepaskan tekanan dia seorang diri di rumah.

Mari kita pergi.

Baru saya sedar.

Sudah lama saya tak pergi ke kedai abang.

Bila tengok orang di sekeliling saya

dilamun cinta lepas saya putus cinta,

baru saya sedar apa itu cinta sebenarnya.

Perasaan gembira bila bercinta

merenung tajam mata kekasih yang dicintai.

Buat masa sekarang, itu bukan milik saya.

Sekarang, masa untuk saya singkirkan terus

kedukaan dalam hati saya ini.

Sudah sampai?

Tuhanku.

Terima kasih, mak.

Naik dulu, ya?

Mak, tolong bawa semua kotak itu naik atas.

Kamu ini.

Sudah sedia?

Semua ini hadiah untuk kamu berdua!

- Saya sayang kamu, Ha Na. - Semoga kamu cepat sembuh.

Saya beri kamu berdua hadiah ini sebab kamu selalu

ambil berat pada saya.

Sekejap.

Beg ini untuk kamu.

Terima kasih! Saya sayang kamu!

Jung Mi, saiz kasut kamu sama dengan saiz saya, bukan?

- Terima kasih. - Apa saiz kasut kamu?

Tapi saya rasa tak elok macam ini.

Ada pula kami terima hadiah dari orang yang baru putus cinta?

- Kami patut hiburkan kamu. - Tak apalah.

Yang lain, kamu berdua ambillah mana yang sesuai.

- Terima kasih. - Terima kasih.

Tapi ini kali kedua kamu putus dengan Seo Hoo.

Kamu tak sedih sangat, bukan?

Hei.

Kalau luka pada tempat yang sama, kamu tak sakitkah?

Tapi untuk kali ini, kamu sudah tahu macam mana

untuk kawal kesedihan kamu.

Baguslah macam itu.

Tengok, kali pertama kamu berpisah dengan Cha Seo Hoo,

kamu hanya terperap di rumah, langsung tak bergerak.

Tapi kali ini dia nampak ceria, bukan?

Ceriakah?

Memang bagus kalau saya pun ceria macam itu sekarang.

Saya sudah bertengkar dengan Chang Soo.

Sekarang kami tak bertegur pun.

Kamu berdua selalu bertengkar.

Kenapa? Salah siapa kali ini?

Entahlah.

Saya rasa kami sudah terlalu biasa bersama.

Tak ada perkara baru, kesegaran, keterujaan dan kejutan lagi.

Semuanya sudah pernah rasa.

Kadang-kadang, tiba-tiba saja saya rasa marah sangat pada dia

sampai rasa mahu mati tapi sebab kami sudah biasa.

Saya rasa menyesal sangat marah pada dia.

Hubungan dua kekasih susah bila terlalu lama.

Tapi susah juga untuk jatuh cinta serta-merta.

- Chang Soo saya suka benda ini. - Biar betul.

Kamu tak suka, bukan? Saya bawa balik, ya?

Tengoklah dia ini. Dia masih pentingkan suami dia itu.

Hei, Park Jung Mi, tolong letak balik.

Kamu bukannya boleh habiskan seorang diri pun.

- Baiklah. Ha Na, saya balik dulu. - Kamu jangan ambil dulu.

Tinggalkan itu!

- Sini kamu! - Pergi dulu, ya?

Saya akan kejar kamu sampai dapat.

Saya tak kisah buat satu lagi pembedahan.

- Rehat dahulu. - Lepaskan.

Abang mahu dengar satu berita tergempar tak?

Apa? Cakaplah.

Kakak sudah putus dengan Cha Seo Hoo itu.

Yakah?

Tapi bukan Seo Hoo yang minta putus. Kakak yang mahu putus dengan dia.

Apa dia cakap?

Kononnya dia mula nampak percintaan dari sudut yang lain.

Apa maksud dia itu?

Jangan-jangan perasaan kakak sudah berubah?

Mungkin itu yang dia rasa.

Tapi saya tak pernah terfikir kakak sendiri

yang mahu berpisah dengan Seo Hoo itu.

Sama ada perasaan sudah berubah atau

dia sendiri sudah bosan dengan orang itu.

Masalah mereka tak semudah yang kita jangkakan.

Fikiran kamu semakin rumit lepas kamu bercinta ini.

Kerja kamu okey tak?

- Kenapa ini? - Mesti saya sudah dewasa.

Sebelum ini saya ingat saya mahu ambil alih kedai ayah saya itu,

tapi lepas bercinta dengan Eun Jung, saya mula fikir lebih jauh.

Saya suka macam itu, tapi tak tahu patut buat apa.

Upah saya cuma 5.5 dolar untuk satu sejam.

Berapa lama saya harus menyimpan untuk kahwin?

Apa saya boleh buat?

Boleh saya lindungi cinta kalau saya terus macam ini?

Ingat tak masa kamu lari dari rumah?

Masa itu, saya memang mahu larikan diri.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left