The first 200 lines.
PLANET CENDAWAN
Log doktor.
Hari ke-243 di…
neraka portobello.
Satu-satunya teman, batu bernama Stone.
Persoalannya, penceritaan ini untuk siapa?
Nampaknya saya jadi pelakon utama dalam teater mengarut.
Terkandas di angkasa lepas disebabkan rodensia biru bedebah.
Namun semua bagus sebab boleh bernafas di atmosfera ini dan kepintaran saya,
ditajamkan menentang pesaing yang cukup arif bawa cabaran.
Chanterelle ke d4.
Saya berusaha membuat minuman daripada kulat…
Kopi cendawan.
…dengan terhad…
terhad…
terhad…
kejayaan terhad.
Namun hari ini, hari ke-243,
bawa rasa optimis untuk ikhtiar yang paling mendesak,
berambus dari planet ini untuk kembali dan hapuskan si biru itu.
Kalau kiraan saya betul,
tiada sebab sebut "kalau" kerana keputusan belum tentu.
Bulu pelepah ini akan menguasakan karya agung saya.
Nyalakan lilin ini…
dan tengok siapa jawab.
Helo!
Klaatu barada nikto.
Ejen Stone? Sekarang!
Terima kasih, Stone.
Tiba masa ucap perpisahan pada planet cendawan yang teruk ini!
Di mana awak dapat benda itu?
Daripada pengacau biru di planet bernama Bumi.
Saya berbesar hati tunjuk lokasinya.
Mereka masih kejar.
Ini akan perlahankan mereka.
Jaga-jaga. Ke tepi. Maaf, beri laluan.
Selamat malam. Boleh saya pandu?
Pakai tali pinggang keledar.
Bagaimana keadaan kamu di sana?
Sekarang arah sini.
Maaf, awak tak boleh cakap.
- Apakah awak? - Jangan takut.
Saya wira yang awak perlukan dan berhak dapat.
Penyelamat biru yang lenyapkan kegelapan…
Alamak!
Jangan bimbang. Tiada siapa akan cedera.
- Apa itu? - Bom.
Itu bom!
Bertenang. Ia tak dinyalakan pun.
Saya akan cakap lagi, tiada siapa akan…
Saya silap! Kita akan mati!
Kenapa tak perlahan?
Saya perlukan brek.
Panas. Panas!
Kenapa tak biar polis tangani?
Sebab wira tak buat begitu.
Terima kasih. Tak perlu tepuk tangan.
Awak dengar? Ada satu bom lagi.
Alamak.
- Awak periksa di bawah kerusi? - Tentulah!
Awak teruk buat kerja ini!
Awak tahu? Sikap negatif awak tak membantu langsung.
Ada pada benda cacak itu!
Tak pernah jumpa apa-apa di sini.
Jaringkan ke dalam longkang bandar!
Nampak? Saya cakap tiada siapa akan cedera.
Alamak, syerbet!
Helo.
Jangan panik. Ini cuma gerudi.
- Mari sini! - Tak perlu berterima kasih.
Semua ini kerja biasa untuk…
Blue Justice!
Awak wira yang teruk!
Selamat datang ke GREEN HILLS Bandar Kecil Berhati Besar
- Selamat pagi, Wade! - Selamat pagi, Sonic!
Selamat pagi, Green Hills!
Apa ini?
Alamak.
DUNIA SELAMAT
Sonic.
Saya rindu awak, Longclaw.
Saya cuba buat awak bangga.
Sekarang masa untuk tidur.
Ozzy, nafas pagi!
Sonic. Awak masih belum bangun?
Awak patut jumpa Tom. Ingat?
Baiklah. Saya bangun!
Hari yang indah.
Terima kasih kerana datang.
Kebelakangan ini kita tak luangkan masa bersama.
Bagaimana? Umpan mengena?
Saya tak pandai berenang! Tolong!
- Jika saya mati, jangan buka almari saya! - Hei, awak selamat. Mari.
- Sejuknya. - Okey. Bertenang.
Awak selamat. Okey.
Namun, lepas awak tidur sebentar dan mandi…
saya ke bilik awak malam tadi bawa komik baharu dan…
Wah. Berhenti.
Jangan datang lebih dekat
sebab landak kecil ini makan banyak sosej pedas.
Alamak.
Malunya. Pergi dari sini, lekas!
Alamak. Ada satu lagi!
Pergi sekarang. Selamatkan diri.
Wah. Berhenti.
Jangan datang lebih dekat
sebab landak kecil ini makan banyak sosej pedas.
Alamak.
Malunya. Pergi dari sini…
Patut guna kentut sebenar.
KEKACAUAN DI SEATTLE Jenayah Tidak Menyembur
- Berapa kali lagi? - Apa?
Tak dapat hasil masa memancing? Banyak kali.
Awak tahu apa saya maksudkan.
Awak menipu, selinap keluar.
Pura-pura jadi Batman.
- Blue Justice, belum rasmi. - Awak melulu.
Topik ini lagi.
Hei, saya juga tak seronok.
Kalau awak tak bertanggungjawab, kita bincang topik ini lagi.
Tak bertanggungjawab guna kuasa saya?
Sonic, awak musnahkan satu blok bandar!
Blok itu sudah pun teruk. Siapa peduli?
Saya halang satu rompakan. Saya wira.
Awak bahayakan orang lain. Wira tak buat begitu.
Awak sepatutnya kawan saya.
Jangan cuba jadi ayah saya.
Saya boleh jaga diri.
Sonic, jaga diri sendiri bukan tujuan utama wira.
Awak perlu bertanggungjawab untuk orang lain.
Awak terima atau tak, sekarang awak masih budak.
Awak perlu matang lagi sebelum sedia jadi wira.
Percayalah cakap saya, akan tiba saat kuasa awak diperlukan.
Tapi awak tak pilih saat itu.
Saat itu pilih awak.
Lihatlah awak.
Meremang bulu roma saya.
Sebentar. Itu ayat Oprah?
Itu ayat istimewa keluarga Wachowski.
Ayah saya cakap di bot ini di tasik ini.
Dia selalu cuba bimbing saya ke arah yang betul.
Saya dan Maddie cuba buat untuk awak.
Jadi, sebelum saat awak tiba,
saya mahu awak belajar bertanggungjawab.
Faham?
Faham.
Tepuk ria.
Ya! Donut Lord dan Blue Blur kembali!
Bertahan.
Bot laju!
Sonic!
Awak teruja ke Hawaii bersama saya?
Ya!
Wah.
Selamat datang ke Penerbangan Sonic, cara kembara terpantas.
Kumpulan satu dan dua masuk.
Sonic, seronoknya!
Maaf, awak kumpulan tiga. Tunggu giliran.
- Sesiapa kumpulan satu dan dua? - Biar dia berseronok.
Okey, selebihnya sila ke sini.
Terima kasih.
Encik?
Kemeja teruk dikesan.
Siap.
Okey, kamu boleh pergi. Nikmati percutian. Selamat tinggal.
Okey.
Marilah.
Tom, saya akan jadi ketua rumah ini buat kali pertama.
Saya sudah dewasa untuk beri pelukan perpisahan.
Bagaimana dengan laga penumbuk?
- Laga penumbuk? - Ya, laga penumbuk.
Ini lebih bagus.
- Wachowski! - Wachowski!
Okey, guna ini untuk pulang.
Okey, kami pergi dulu. Jangan nakal.
Ya, kamu ada nombor telefon kami.
Tak dengar! Kamu lalu pintu gerbang antara dimensi.
- Rindu awak! - Okey?
Seronoklah di majlis kahwin Rachel.
Okey, 48 jam sebelum mereka pulang.
Ada saluran televisyen dan penstriman, banyak makanan, tiada seliaan.
Mari mulakan.
Kalau bacaan ini tepat, dia di sini.
Saya jumpa dia!
Harap saya tak terlambat.
Dia hampir.
Perlukan cara hubungi dia tanpa dikesan.
Pengangkutan biasa manusia. Sempurna.
Alamak.
Aloha!
- Bagaimana keadaan awak? - Awak pun tahu.
Malam yang damai di rumah, baring sambil baca buku.
- Bagaimana dengan awak? - Kami sudah sampai.
Namun kata-kata awak buat saya curiga.
Apa?
Bertenang. Awak di Four Seasons Oahu.
Minumlah mai tai. Berseronok dengan isteri.
Buat selaran matahari di tempat memalukan.
Nikmati hujung minggu ini.
Betul kata awak. Kita laga penumbuk.
No comments yet. Be the first to leave one.