The first 200 lines.
Saya tersesat di dalam laut.
Saya berada di dalam air, tersalah laluan dan hanyut dibawa arus.
Apabila muncul, saya berada satu setengah batu dari tempat sepatutnya.
Saya sangka saya akan mati.
Saya tak boleh berputus asa.
Itulah metafora untuk perkara yang kita lalui sekarang.
Jika kita berputus asa, kita pasti akan mati.
Kita berada dalam situasi itu sekarang.
Kita tak boleh berputus asa.
15 FEBRUARI 2016
Kami seludup masuk ke Costa Rica.
Kali pertama sejak 2002, 14 tahun lalu...
untuk memeriksa industri sirip di sini
dan tindakan yang mungkin kami dapat lakukan tentangnya.
Kami ada kenalan tempatan yang jadualkan temu bual untuk kami.
Berita tersebar di dalam Kerajaan Costa Rica yang...
saya dan Sharkwater datang ke sini dan kami rakam Sharkwater 2.
Kami datang tanpa permit penggambaran, mereka tak tahu kami ada di sini.
Jadi, kami perlu berhati-hati.
15 tahun lalu, saya memulakan misi untuk selamatkan ikan yu daripada sup sirip,
makanan Cina.
Jutaan ikan yu diambil siripnya, ditarik keluar dari air,
siripnya dipotong, dibuang semula ke laut dan mati...
memusnahkan populasi antara pemangsa paling penting di planet ini.
Saya fikir jika boleh ubah pandangan orang terhadap ikan yu,
jika saya boleh buat mereka suka haiwan ini seperti saya...
melihat kecantikan, kehebatan dan kepentingannya,
mungkin mereka ingin melindungi ikan yu,
seperti mereka berjuang pada panda, gajah dan beruang.
Filem itu mengambil masa lima tahun dan hampir membunuh saya.
Kami larikan diri daripada kerajaan sambil penjaga pantai menembak ke arah kami.
Ia berubah menjadi cerita gila
yang menunjukkan betapa tingginya keuntungan dalam eksploitasi ikan yu.
Filem Sharkwater mengetengahkan nasib ikan yu yang dijadikan sup sirip
mengakibatkan terbentuknya kumpulan pemuliharaan,
perubahan dasar kerajaan di seluruh dunia
dan belia berpengaruh yang tahu mereka boleh mengubah dunia.
Kini, pengambilan sirip ikan yu diharamkan hampir di seluruh dunia.
Namun sekarang, ikan yu berada dalam masalah yang lebih teruk.
Kita membunuh sehingga 150 juta ikan yu setahun
tetapi saintis hanya boleh menjejak 70 juta ekor yang terkorban.
Ada 80 juta ikan yu setiap tahun yang terbunuh
tetapi tiada yang tahu sebab atau ke mana ikan yu itu pergi.
19 FEBRUARI 2016
Apa yang berubah di Costa Rica sejak 10 tahun lalu?
Ia berubah secara dramatik sejak daripada Sharkwater.
Kami berubah menjadi pendahulu pemuliharaan marin dalam konvensyen ini.
Costa Rica lakukannya dengan baik.
Malangnya, ada presiden baharu memimpin
PENYOKONG PEMULIHARAAN IKAN YU
dan dengan satu tandatangan, dalam masa setahun, banyak dasar berubah.
Kami nampak Costa Rica mengeksport 900 kilo sirip yu tukul
bertentangan dengan konvensyen CITES.
Mereka buat dua eksport.
Untuk melakukannya, kerajaan Costa Rica memutuskan untuk mengabaikan
CITES dan masyarakat antarabangsa.
Costa Rica putuskan
"Kami akan eksport sirip yu kerana kepentingan awam."
Mereka lakukannya.
Presiden Costa Rica juga
menandatangani kenyataan yang mengatakan kerajaan tidak lagi akan melindungi jerung
dalam konvensyen antarabangsa.
Itulah yang membuat kami marah
kerana usaha yang dilakukan selama lebih 10 tahun oleh tiga presiden,
dalam masa beberapa bulan, semua jadi huru-hara.
Costa Rica tak lagi cuba melindungi.
LUIS GUILLERMO SOLIS PRESIDEN COSTA RICA
Beberapa minggu yang lalu saya digambarkan sebagai
"Musuh Ikan Yu".
Saya ingin menjelaskan kritikan itu.
Saya percaya perdebatan ini mempunyai dikotomi yang salah
antara pemuliharaan dan perniagaan.
Kami bertanggungjawab
untuk melindungi
sumber semula jadi marin yang berharga
dan keperluan yang sepadan
untuk menyediakan sumber tersebut
kepada komuniti kita
demi kelangsungan hidup mereka.
Adakah pengambilan sirip ikan yu masih terjadi di Costa Rica?
Ia berlaku tetapi tanpa kebenaran, sokongan
dan kerelaan kerajaan Costa Rica.
Pengambilan sirip berlaku kerana ia adalah tindakan haram.
Sama seperti yang berlaku dengan penyeludupan dadah atau apa-apa kesalahan.
Ia terus berlaku dan saya rasa menyesal.
Pihak berkuasa Costa Rica mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mencegahnya.
Mereka memang begitu. Cakap tak serupa bikin.
Kami menuju ke Puntarenas
sebab kami fikir jika ingin bawa sirip haram ke Costa Rica,
kita hanya perlu mendarat di pelabuhan pada hujung minggu
semasa lembaga perikanan yang menjaga ikan tak bekerja.
Kami akan pergi ke Puntarenas, keluarkan kamera
dan melihat jika boleh merakam tindakan haram pada hujung minggu
tanpa sebarang pengawasan penguat kuasa.
-Awak akan guna nama asal? -Tidak.
PENYOKONG PEMULIHARAAN IKAN YU, AKTIVIS
-Saya akan jadi Laura. -Bagaimana jika mereka minta pengenalan?
Awak fikir saya perlu bawa kad pengenalan saya?
Berhati-hati, Regi.
Orang tak sedar ada banyak keuntungan dalam urus niaga sirip.
Ia industri bernilai berbilion dolar.
Ada jutawan tubuhkan mafia seperti boneka
dan cuba untuk mengeksploitasi sumber.
Mereka tentu bergurau.
Saya tak terkejut.
Kami akan bertemu Williams Flores, yang ketika kami berada di Puntarenas,
beritahu kami tentang gudang mafia untuk pengeringan sirip yu.
Kami kembali ke Costa Rica.
Kami akan jumpa dia dan melihat perubahan keadaan,
tempat mengeringkan sirip
dan tindakan yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan ikan yu di Costa Rica.
-Helo. -Hai.
-Apa khabar? -Baik. Masuklah.
Pengambilan sirip ikan yu masih ada tetapi secara haram.
Syarikat Taiwan bayar harga tinggi untuk beli dok di sini.
Ada perjanjian jutaan dolar
yang membolehkan mereka bekerja tanpa rasa takut.
-Terima kasih. -Itu milik awak.
Ambil jaket keselamatan. Ia lebih baik.
-Untuk apa? Nampak seperti pelancong? -Untuk nampak seperti pelancong.
-Awak pasti? Idea yang bagus. -Ya.
Mereka memiliki ribuan bot nelayan di kawasan tropika Pasifik Timur.
Mereka bawa tangkapan ke Costa Rica melalui dok persendirian begini.
Ia kemudiannya dihantar melalui lapangan terbang.
Mereka mafia yang sangat kuat.
Mereka ada jutaan dolar.
Mereka beli kerajaan semasa
dan yang lalu juga.
-Yang mana satu Varadero? -Di situ, di sana, Franju.
Ikan yu bernilai tinggi dan kebanyakannya untuk siripnya.
Satu paun sirip bernilai lebih $200.
Bagi nelayan di seluruh dunia di negara dunia ketiga,
kita tangkap ikan yu, potong sirip,
buang ikan kembali ke laut dan keringkan sirip.
Kita tak perlukan sistem penyejukan,
jadi bot yang kurang peralatan pun boleh jana pendapatan yang tinggi.
Ikan yu ditangkap di merata-rata tempat.
Tengok, dia ada sesuatu. Apa dia?
Nampak seperti ikan yu tukul.
Awak nak beli daripada dia? Nampak seperti dia berminat dengan...
-Ya, dia mahu menjualnya. -Ya.
Ikan yu sirip hitam?
Bukan, ikan yu tukul kecil.
Adakah ini ikan yu sirip hitam atau ikan yu tukul?
Itu ikan yu sirip hitam.
Sama saja.
Sama saja.
Sirip kecil ini yang penting.
Mereka ada 30 ekor ikan yu ini.
30 ekor? Ia ikan sirip hitam kecil, bukan?
-Ya. -Ya.
Baiklah.
Awak perlu berhati-hati.
-Ya. -Baiklah.
Itu kemestian. Awak tak boleh pergi...
Terutamanya jika awak nak buat penggambaran di Puntarenas.
Awak sudah tahu keadaan berbahaya di sana.
PEGUAM COSTA RICA
Kamu lari selamatkan diri. Saya teringat satu babak.
Kamu ada pertemuan atau pergi ke gudang, saya fikir begitu.
Kamu nampak sirip yu di atas bumbung.
Kamu berlari sepenuh hati.
Kamu perlu berhati-hati.
Costa Rica ialah negara yang menarik.
Malangnya, ada penjahat ganas yang tinggal di sini.
Sedia, Rob.
Masalah di sini ialah sebuah syarikat tempatan besar
yang dimiliki oleh seorang jutawan Costa Rica.
Dia memiliki dua bot.
Mereka bawa naik lima tan sirip yu setiap minggu.
Dia memunggah pada waktu malam kerana tiada penguat kuasa bekerja ketika itu.
Dia keringkan sirip untuk dijual ke Singapura atau Taiwan.
Dia ada helikopter, apartmen dan hotel.
Semuanya kerana sirip ikan yu.
Ada satu panel jelas dan saya rasa ada sirip di dalam.
Ketika kami sedar nilai tinggi pada sirip dan semua operasi ini
serta pulangan kepada Costa Rica untuk industri sirip,
ia membuka mata kami.
Banyaknya sirip.
Kita fikir tentang Costa Rica dan usaha pemuliharaan yang dibuat.
Kita tak jangka berlaku di negara yang progresif
dalam pemuliharaan tetapi kami jumpa.
Saya tak boleh sebut nama ahli perniagaan ini.
Bukan untuk melindungi identitinya tetapi untuk melindungi diri saya.
Dia sangat berkuasa dan saya boleh terbunuh.
Kita perlu tinggalkan tempat ini sekarang.
-Apa yang berlaku? -Baiklah.
Hotel ini dimiliki oleh pemilik Mariscos Wang.
Diego, salah seorang mafia besar di Puntarenas.
Masuk akal.
Kita tidur di sini, jadi tak baik.
Kami berada di sini selama ini.
Namun, kami tak terbangkan dron dari bumbung semalam.
AKTIVIS MARIN
Apa maksud awak?
Kami menarik lebih perhatian hari ini.
PENGENDALI KAMERA, DRON
Kami terbangkan helikopter kawalan jauh dan terbang di atas pelabuhan.
Jadi, ada beberapa orang nampak kami lakukannya.
-Saya rasa kita perlu berpecah. -Sudah tentu.
No comments yet. Be the first to leave one.