The first 200 lines.
Tak.
Kaki senior berdiri di atas landasan.
Jika aktifkan brek sirip,
elektrik voltan tinggi akan dihasilkan.
Elektrik voltan tinggi akan mengalir melalui landasan.
Sebaik saya aktifkannya,
jantungnya akan terkena renjatan.
Saya dapat gerakkan kaki,
tapi dia tak dapat.
Aktifkan!
Lu Mingfei!
Cepat!
Usah fikir lagi.
Tak kira awak aktifkan atau tidak,
saya sudah tak dapat kembali.
Lakukan perkara yang patut dilakukan.
Serahkan yang lain kepada saya.
Cepat!
ALAT KAWALAN
Senior!
Senior!
Bara Raja!
Hei.
Jangan begini.
Saya patut membuat perjanjian dengan Lu Mingze.
Saya hanya akan kehilangan satu per empat nyawa.
Senior.
Jangan mati begitu saja.
Orang yang heroik ini
begitu bodoh.
Saya akan mati?
Ayah.
Dengan itu,
mungkin saya dapat jumpa ayah.
Roh lisan.
Mata Raja Angin.
Siapa?
Malaikat
datang selamatkan saya.
Terima kasih kepada para ketua jabatan
kerana meluangkan masa untuk hadir mesyuarat ini.
Mesyuarat akan mula sekarang.
Laporan sudah dihantar kepada kamu.
Kamu rasa dua bangunan ini
dirosakkan oleh siapa?
Dari segi ilmu fizik,
manusia tak dapat lakukannya setakat ini.
Kedua-dua bangunan runtuh akibat tegasan dalaman.
Tegasan ialah cabaran utama arkitek.
Biarpun struktur dengan tumpuan tegasan
dibina dengan bahan yang paling lasak,
ia tetap akan musnah akibat sentuhan ringan.
Tak kira Ular Taman atau Stesen Kereta Api Selatan,
semuanya direka oleh pereka yang paling berpengalaman.
Bahan yang digunakan pun tiada masalah,
terutamanya Ular Taman.
Bangunan sebegini pun akan dimusnahkan oleh tegasan?
Ya.
Tegasan ialah daya dari dalam.
Orang yang menyerang hendap kamu menguasai kekuatan secara tepat.
Dia menemui posisi yang tepat pada struktur besi,
mencurahkan kekuatan
untuk meletupkan titik tumpuan tegasan
hingga mencetuskan keruntuhan struktur.
Dalam sekelip mata,
semua bangunan besar itu dimusnahkan.
Jika begitu,
siapa yang dapat lakukannya?
Salah satu daripada Empat Raja Naga, Raja Bumi dan Gunung.
Maha kuasa tertinggi.
Ombak yang menghantam batu
menandakan kebangkitannya.
Ketika dia bangkit sepenuhnya,
gunung dan hutan akan berubah menjadi jurang.
Menurut legenda,
ia dapat menembusi kerak bumi
dan menimbulkan gempa bumi.
Masalahnya,
jika Raja Naga sudah bangkit,
kenapa ia tidak tunjukkan diri?
Entah.
Mungkin ada sesuatu yang menakutkannya.
Mungkin dia rasa melakukan demonstrasi
ialah strategi yang lebih baik.
Namun, satu-satunya perkara yang dapat dipastikan ialah
peperangan
akan bermula lagi.
Terima kasih atas bantuan kamu semua.
Kebaikan pasti mengalahkan kejahatan.
Di tempat yang disinari cahaya,
kegelapan takkan mampu bersembunyi.
Kebaikan pasti mengalahkan kejahatan.
Di tempat yang disinari cahaya,
kegelapan takkan mampu bersembunyi.
Kegelapan
takkan mampu bersembunyi.
Awak sudah dengar?
Ya.
Pengetua.
Elokkah saya curi-curi dengar mesyuarat sulit ini?
Tak apa-apa.
Sudah tiba masanya untuk beritahu awak sesuatu rahsia.
Lambat-laun,
awak kena faham sesuatu juga.
Rahsia?
Pengetua...
Ini...
Tak apa-apa.
Kita hanya sedang turun
ke separuh lagi
daripada Akademi Cassell.
Sistem ini dipanggil sebagai kolam ikan.
Kita kini berada di laluan bawah air di bawah kolam ikan.
Kita berada
di dalam kolam ikan sekarang?
Tak.
Kita berada di dalam sebuah lif.
Lif khas untuk pengetua.
Ada hutan juga?
Ya.
Sebab cahaya matahari buatan
dapat berikan tenaga untuk fotosintesis di sini.
Ada juga zoo di sana
dengan lebih daripada 8,000 spesies haiwan.
Terdapat lima ruang bawah tanah seperti ini di seluruh dunia.
Selepas setiap ruang semula jadi dibangunkan,
banyak tumbuhan dipelihara.
Semua tamadun manusia,
ilmu alkimia dan ilmu roh lisan
telah dimeterai.
Ia kedengaran seperti pusat perlindungan.
Adakah itu sebuah piramid?
Jom pergi lihat bersama-sama.
Piramid ini dibina oleh orang Xiang.
Kami menjumpainya di hutan wilayah selatan.
Ia dirobohkan, diangkut ke sini dan dipulihkan.
Awak sedar perbezaannya dengan piramid biasa?
Ia ada satu sisi tambahan.
Ya.
Awak memerhati dengan sangat teliti.
Berbeza dengan piramid yang lain,
ia ada lima sisi.
Setiap sisi ada 133 anak tangga.
Lima sisi melambangkan lima tahun suria.
Setiap baris teks mewakili peristiwa besar yang berlaku pada tahun suria.
Saya tak faham.
Orang Xiang pernah meramal tentang hari kiamat.
Pada halaman terakhir ramalan,
dicatat bahawa pada hari kiamat,
berjuta-juta buaya akan menyembur air dari langit ke bumi,
Dunia akan dimusnahkan akibat banjir,
ular, angin,
api, hujan
dan perubahan tanah.
Tanah, api, angin, air.
Adakah...
Betul.
Empat Raja Agung dalam puak naga
masing-masing menguasai kekuatan ini.
Semua ini hanya cakap kosong, kan?
Kenapa kita nak mempercayai mereka?
Orang Xiang memang mempunyai ciri yang luar biasa.
Contohnya, mereka pemerhati astronomi yang paling tepat pada zaman dahulu.
Mereka sudah ada teknologi yang begitu hebat pada zaman dahulu?
Jika sesuatu tamadun
memiliki teknologi yang bukan miliknya,
kita hanya dapat meneka bahawa
teknologi itu adalah dibawa dari tamadun lain.
Tamadun puak naga?
Betul.
Semua itu ditinggalkan oleh puak naga.
Kami meneka bahawa
puak naga telah meramalkan kemusnahan dunia lama dahulu
dan mencatatkannya.
Ia boleh dipanggil sebagai
sejarah masa depan
ataupun
takdir.
Seperti
senja para dewa.
Namun pengetua...
Pengetua
benar-benar mempercayai semua mitos ini?
Kita selalu harap motif ini salah,
tapi seiring dengan kebangkitan Raja Perunggu Dan Api,
Raja Bumi dan Gunung pun sedang dalam perjalanan.
kita terpaksa mempertimbangkan kemungkinan ini.
Kita sedang menghampiri
hari yang sudah ditakdirkan itu.
Jadi,
siapa yang menang mengikut ramalan?
Tamadun naga dan manusia
akan dimusnahkan.
Jika
Almanak Xiang sebenarnya ialah replika almanak puak naga,
maknanya puak naga meramalkan kemusnahan diri?
Rasanya memang begitu.
Raja Naga sama dengan manusia,
takut akan bencana yang sudah ditakdirkan.
Lihat puncak piramid.
No comments yet. Be the first to leave one.