The first 146 lines.
Selepas Goku dan yang lain-lain memenangi pertandingan seni mempertahankan diri, datanglah seorang iaitu
Orang yang paling berkuasa di 12 Alam Semesta iaitu Zeno-sama.
Jadi, saya rasa kita perlu adakan pertandingan macam ini sekali lagi..
Dengan diwakili oleh peserta dari seluruh Alam Semesta!
Beerus yang memenangi pertandingan itu akhirnya memperolehi Dragon Ball Super seperti yang dijanjikan oleh Champa.
Namun sebenarnya permintaan Beerus pada Super Shenlong adalah untuk Champa.
Awak betul-betul baik hati.
Diamlah! Saya hanya ingin membuatkan Champa terhutang budi pada saya.
Dan pertelingkahan antara Dewa Pemusnah pun telah berakhir.
Goku dan lain-lain pun kembali ke Bumi.
Akhirnya Terjadi Pertarungan!? Monaka Menentang Son Goku! Parti Kemenangan yang huru-hara!
Parti untuk kemenangan?!
Saya sudah siapkan semuanya, jadi jangan lupa datang ok!
Itu maknanya, ada banyak makanan yang sedap, kan?
Saya dah tak sabar ni!
Tentulah kami akan datang!
Kalau macam tu, datanglah ke sini esok, ya.
Dan satu lagi ....
Kerana Monaka menjadi kunci kemenangan kita, jangan lupa jemput dia juga ok!
Baiklah, jumpa esok!
Kalau Son Goku jumpa dengan Monaka itu ....
Dia pasti akan merayu untuk bertarung dengan Monaka.
Kenapa awak tak berterus terang saja yang Monaka itu sebenarnya lemah?
Tak boleh!
Kalau saya melakukan itu, Goku dan Vegeta akan kehilangan motivasi!
Dan lagi satu, saya ini Dewa.
Kalau Dewa ini didapati menipu, maruahnya akan tercalar.
Macam tu.
Zeno-sama juga akan memandang buruk kalau saya menipu.
Itu bermakna awak ingin kelihatan seorang yang baik.
Jadi ada masalah?
Tak.
Kita cakap saja..
Monaka tak boleh ikut kita kerana dia tengah bekerja. Macam mana??
Baik, baik, saya faham.
Gohan cakap, dia akan datang malam nanti.
Kalau kurang seorang, ia akan memberi kesan kepada permainan Bingo kita.
Chi-chi-san, Goku masih belum datang?
Dia masih bekerja, sejak pada itu, dia belum balik.
Tapi, kejap lagi dia pasti akan datang.
Macam tu.
Kalau macam tu, kita mulakan saja, ya?
Tunggulah sampai Beerus datang.
Vegeta?
Awak dah lupa dengan apa yang terjadi pada parti hari jadi awak dulu?
Kita perlu elakkan apa saja yang boleh buatkan dia mengamuk.
Saya juga tak nak dia mengamuk lagi.
Selagi tiada siapa yang menyentuh makanannya,
Saya rasa tidak perlu dirisaukan.
Tenanglah.
Saya dah sediakan banyak makanan dan tiada siapa akan bergaduh lagi.
Makanan manis paling sedap di alam semesta sudah datang!
Saya memesannya untuk parti ini.
Saya datang membawa pesanan awak.
Bukankah awak ni Monaka?!
Ya ....
B-Betul.
Kenapa awak yang hantar pesanannya?
Saya bekerja sebagai penghantar barang untuk alam semesta.
Biar betul?!
Walaupun awak kuat, Tapi awak rajin berkerja.
Itu sangat hebat!
Inilah yang perlu dicontohi!
Oh, Ya, Ya, Ya..
Saya masih ingat kamu.
Kamu ni Kinako-san, kan?
Monaka.
Saya betul-betul minta maaf.
Dan, kamu sudah fikirkan tawaran saya itu?
Kamu sangat hebat!
Macam mana kalau kamu menjadi ikon di tempat latihan saya?
Untuk mengiklankan kekuatan kamu pada Alam Semesta, saya sudah siapkan sesuatu yang istimewa untuk kamu!
Hei, cepat sini!
Ba-Baik!
Macam mana?
Hebat, bukan?
Hei, kenapa kamu tanggalkan?!
Tuan Satan, panaslah, saya tak tahan.
Saya tak sanggup lagi.
Kita bincangkan masalah itu nanti saja.
Monaka, tentu letih, 'kan?
Baiklah, jom sambut parti kemenangan ini bersama-sama dengan kami.
Parti kemenangan?
Awak tak tahu ke?
Tak.
Jangan, Trunks-kun!
Saya nak cuba sikit je.
Maaf!
Awak tak apa-apa, Monaka-san?
Monaka-san menangis la.
Bukankah dia itu orang yang terkuat di Alam Semesta ini?
Apa yang berlaku sebenarnya?
Hei Piccollo, jangan-jangan Monaka itu sebenarnya lemah?
Ya-Ya, Entahlah ....
Nampaknya mereka dah sampai.
Maaf sebab terlewat, semua.
Maaf buatkan kamu menunggu!
Monaka-san!
Kenapa?!
Kenapa dia boleh ada di sini?!
Kejap, Beerus-sama.
Kenapa awak tak menjemput Monaka?
Bukan ke saya suruh awak jemput dia??
Ya.. tentang itu ....
Hei, mungkin awak takut kami ini tahu yang sebenarnya Monaka itu lemah, kan?
Hentikan, Bulma.
Saya dah agak, jadi memang betul lah?
Beerus-sama, nampaknya semua sudah tahu.
Apa boleh buat.
Tapi ... Goku-san masih belum ada di sini.
Kalau Goku tahu, ia akan jadi masalah.
Dengar, kamu semua!
Apa pun yang terjadi tolong rahsiakan perkara ini dari dia!
Hello, Beerus-sama.
Buat terkejut je!
Tiba-tiba muncul disitu!
Monaka, akhirnya awak datang juga.
Baiklah, mari bertarung dengan saya--
Goku!
Kenapa awak pakai pakaian kotor itu?
Itu tidak sopan, tau!
Balik dan tukar baju dulu!
Baiklah.
Tunggu sekejap, ok.
Dengan ini, kita masih ada masa kan?
Cepat beritahu kami apa yang perlu kami beritahu pada Goku.
Baiklah, nasib baik dia ada isteri yang sangat bijak.
Janganlah puji saya macam tu.
Dewa itu boleh menipu juga ke?
Apa?!
Saya dah cakap hentikan, Bulma!
Beerus-sama, menipu tentang Monaka itu demi Bumi, tau.
Dengan menjadikan Monaka sebagai orang terkuat, Kakarotto dan saya boleh fokus untuk berlatih.
Sebab itu juga, kita boleh menewaskan Alam Semesta Keenam.
Itu betul.
Semua, tolong dengarkan saya ....
Kalau Goku-san dapat tahu yang Monaka-san itu lemah,
dia tidak akan berhenti berlatih, namun dia akan hilang semangat.
Dan itu akan menjadi masalah kerana Goku-san tidak boleh menjadi lebih kuat daripada yang sekarang.
Dewa Pemusnah dari Alam Semesta lain lebih berbahaya.
Jika dia kalah dalam pertandingan seni mempertahankan diri selepas ini ....
Kita tidak akan tahu apa akan terjadi pada Bumi ini nanti.
Saya kembali!
Cepatnya!
Baiklah, mari kita bertarung, Monaka!
Tak boleh!
No comments yet. Be the first to leave one.