Love Is for Suckers

Love Is for Suckers

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Love is for Suckers S01 COMPLETED AMZN WDL
A Commentary by koleksifilmserial

Tags

webdl
Published on: 2024-10-03
Downloads: 81
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

NAMA, ORGANISASI DAN INSIDEN DALAM DRAMA INI BUKAN YANG SEBENAR

SEMUA KISAH SEKADAR REKAAN

- Helo. - Helo.

- Helo. - Helo.

Helo, Penerbit Gu! Sudah lama tak jumpa.

Awak sihat?

Apa yang awak rakam?

Penerbit Gu! Akhirnya awak dah datang!

Helo, Penerbit Gu!

- Helo! - Helo!

Kami amat rindukan awak.

- Sudah lama tak jumpa! - Ya.

- Masih cantik seperti dulu. - Rindunya!

Sila berdiri bersama pasangan pusingan akhir Kingdom of Love S2.

Kita ambil foto secara berpasangan.

Terima kasih.

Foto pasangan sudah siap diambil.

Kita berehat seketika.

- Bagus. - Terima kasih.

Ep. 1 - Yeo-reum yang Aneh

enam bulan lalu

Belilah kaki ayam apabila pulang.

Aduhai.

Buatlah pesanan sendiri.

Tengoklah budak ini.

- Ya, ada apa? - Jae-hoon, belikan kaki ayam.

Alang-alang, beli soju juga.

Awak boleh telefon saya, kenapa tak buat pesanan sendiri saja?

Kos penghantaran lebih mahal daripada makanan.

Tolong belikan sebelum balik.

Yeo-reum teringin nak makan kaki ayam!

Gu Yeo-reum, awak tak rasa bersalah pada badan awak?

Kenapa saya nak rasa bersalah pada badan saya?

Makan kaki ayam waktu malam.

Buang najis berdarah pada waktu pagi.

John Jang tak balas mesej selepas baca.

John Jang? Budak yang bermain cinta dengan awak itu?

Rasanya dia jatuh sakit atau betul-betul sibuk.

Cik dah ditinggalkan.

Beli kaki ayam bertulang dan soju berpenutup merah.

Entah bila baru dia akan jadi matang.

Baiklah, mari pergi.

Hei, saya nak bawa pulang kaki ayam.

Bawa pulang? Makanlah di sini.

Penerbit Gu yang nak makan.

Ya! Api!

Park Jae-hoon sudah datang.

Awak pengikut dia waktu di sekolah tinggi.

Dah berusia 37 tahun pun masih hantarkan kaki ayam. Bagusnya.

Sejak bila saya hantar kepada dia?

Sekaranglah.

Saya cuma berbuat baik kepada jiran yang miskin.

Begitu rupanya.

Bagusnya melihat dua orang pertengahan umur saling bergantung.

Siapa bergantung kepada siapa?

Yeo-reum cuma... Dia cuma beban.

Sepedas mana kaki ayam yang si beban itu mahu, budak penghantaran?

Sampai buat dia merana masa buang air besar.

Baik, budak penghantaran.

- Nak saya tolong? - Tolong apa? Nak jadi hamba saya juga?

Tak bolehkah dia berhenti membebel dan beli saja?

JOHN JANG

Ya, Cef John?

Penerbit Gu, sedang buat apa? Boleh kita berjumpa?

Sekarang?

Dalam perjalanan.

Maaf! Saya tak dapat makan kaki ayam.

John Jang mahu jumpa saya.

Bukankah dia tak pedulikan awak?

Entah. Dia cakap dia datang sekarang.

Rasanya dia mahu ajak saya keluar.

Tengoklah, awak mula berfikir banyak sedangkan dia tak fikir begitu.

Kalau tak, kenapa dia datang jumpa saya pada masa ini?

Jangan pinjamkan wang kalau dia minta.

Patutkah saya ambil inisiatif dulu?

Kalau buat begitu, awak pasti akan dibawa ke balai.

Dia takkan bercinta dengan awak.

Kenapa tidak? Kenapa?

Tiada harapan kalau dah lepas tiga perjumpaan.

Kamu sudah bermain cinta melebihi tiga bulan, bukan?

- Ya. - Itulah, memang dah tiada harapan.

Tangan saya jadi cacat jika kamu bercinta.

Sudah, mari kita bertaruh.

- Sejuta won. - Taruhan setinggi itu?

Dia takkan tidur bersama awak.

Saya bertaruh dua juta won.

Saya rasa terhina atas kata-kata awak.

Tidak, itu bukan penghinaan. Saya cuma sebut kenyataan yang kejam.

Sejuta won jika bercinta, dua juta won jika tidur bersama?

- Ya. - Sediakan wang.

Saya akan bertukar imej daripada natural menjadi sangat seksi.

Siaplah awak.

Bilalah dia akan matang?

Adakah dia faham makna seksi?

Cef John.

Kenapa awak datang pada lewat malam begini?

Nak cakap sesuatu.

Nak masuk rumah?

Lain kali sajalah.

Mahu pergi ambil angin?

Hati-hati.

- Ini kopi Americano ais yang awak suka. - Terima kasih.

Aroma minyak wangi ini...

Saya amat suka.

Waktu di Paris,

saya suka wangian ini lalu pergi mencarinya.

Saya dan lelaki ini bertemu sebagai penerbit dan tetamu rancangan.

- Sedapnya! - Kami berdating tujuh kali lalu bercium.

Keluar dengan orang dari tempat kerja.

Saya rasa tak selesa pada mulanya.

Namun, mujur pemuda ini bertindak terang-terangan.

Sekarang tiba masanya untuk mengesahkan hubungan kami.

Penerbit Gu, semua sama saja sekarang.

Tak sabar-sabar selepas keluar beberapa kali.

Namun itu bukan stail saya.

Saya rasa lebih baik berterus terang.

Saya juga suka cara terus terang.

Saya suka waktu kita bersama.

Saya juga.

Saya rasa kita ada banyak persamaan.

Hobi, minat dan tabiat makan yang sama.

Budak, kalau tabiat makan kita sama, maka kita juga serasi di atas katil.

Namun kekurangan keserasian antara kita.

Apa yang kekurangan?

Keserasian.

Saya tak menaruh perasaan terhadap awak, jadi kita...

Baik kita kekal sebagai kawan saja.

Helo! Saya John Jang.

Jadi, bahan masakan utama hari ini ialah cacing ekuirid.

Wah, cuba lihat betapa besarnya.

Kita akan tambah cacing ekuirid yang telah disiapkan ke dalam ramyeon.

Cacing ekuirid ada rasa manis kerana glisina dan alanina.

Segala perbuatan dia menyampah.

Cef John, awak boleh telefon atau hantar mesej kepada saya saja.

Kenapa awak sengaja datang jumpa saya untuk beritahu semua ini?

Ini sebagai tanda budi bahasa.

Lebih baik saya bercakap di depan awak.

Lagipun, usia awak enam tahun lebih tua daripada saya.

Saya hormati orang tua.

- Nak buat wasiat? - Apa?

Apa-apa pun, saya sudah faham.

Bagus juga menjadi kawan.

Boleh saja.

Yeo-reum, awak betul-betul sporting.

Jangan rasa kekok semasa di studio.

Kita harus fokus pada kerja.

Baguslah kalau begitu.

Kalau dah selesai, mari pergi.

Saya hantar awak balik.

Namun, Cef John...

Aduhai, siapa itu?

Aduhai!

2,000,000 won.

Awak tidur dengan dia?

Lelaki tak guna itu...

Dengar baik-baik.

Ini perkara terakhir saya cakap kepada John Jang.

Beritahu saya pendapat awak.

Saya sangat bersemangat waktu bersama orang yang saya suka.

Kita belum cuba pun, macam mana awak tahu kita tak serasi?

Bunyinya seperti, "Bagaimana awak tahu kita tak serasi jika tak pernah bersama?"

Bukan begitu.

Maksud saya, "Macam mana dia tahu sedangkan kami belum pernah bercinta?"

Itu maksud saya.

Aduhai.

Kita belum cuba pun, macam mana awak tahu kita tak serasi?

Sudah pasti bagus kalau kita dah cuba.

Rasanya awak akan bagus.

Namun, yang saya maksudkan ialah "tiki-taka".

Tiki-taka...

Beri dan sambut.

Rasanya kita susah nak berkomunikasi.

Tak guna!

Saya susah nak berkomunikasi dengan budak itu.

Itu sudah pasti.

Memalukan betul.

Berapa usia dia?

31 tahun.

Awak ditinggalkan lelaki usia enam tahun lebih muda?

Menyedihkan betul.

Betul-betul menyedihkan.

Jangan minum banyak dan cepat pergi tidur.

Jae-hoon...

Putus cinta buat saya menderita.

Awak cuma bermain cinta, bukannya bercinta.

Ada kalanya, tamatkan mainan cinta lebih menyeksakan daripada putus cinta.

Hei, Yeo-reum.

Cuba jadi lebih sporting.

Saya benci perkataan "sporting".

Saya lagi benci "main cinta".

Apa salahnya? Ia perkara logik.

Main cinta tanpa perlu bertanggungjawab,

putus bila-bila ikut suka hati.

Saya menentang fenomena sosial yang buruk ini.

Tidak. Cuba berfikir daripada sudut pandangan lain.

Kita masih boleh menikmati kegembiraan bercinta

tanpa keburukannya, iaitu komitmen memenatkan.

Entah apa-apa.

Anggap saja ia tabiat harian, seperti makan dan buang air.

Makan dan buang air bukan perkara mudah.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left