The first 200 lines.
Seekor kuda pernah beritahu,
semangat kuda takkan boleh dimusnahkan.
Ia mempunyai kekuatan ombak laut
dan hidup selamanya, bagai angin.
Sepanjang hayat kehidupan,
semangat saya telah diuji beribu-ribu kali
sehingga saya menemui rahsia yang membantu saya.
Untuk memberitahu tentangnya, saya perlu menceritakan kisah ini dari mula.
Satu kisah tentang kuda liar
dan manusia yang ia sayangi.
Saya dilahirkan di padang rumput keemasan,
di atas bunga-bunga liar yang lembut.
Ibu saya menunjukkan rumah kami.
Rumah kami besar
dan sangat cantik.
Saya rasa malu nak bertemu keluarga saya.
Keluarga saya sangat banyak.
Untuk buktikan kebolehan saya,
saya perlu menjadi kuat, pantas dan berani.
Semakin saya tua, saya rasa api membara dalam hati.
Ibu saya berkata, itu semangat kuda saya dan ia akan membimbing saya.
Ibu berkata, tak patut menendang atau menggigit tanpa sebab
dan mesti berkelakuan jinak serta baik hati.
Hati saya teringin mengembara ke dunia di luar padang rumput.
Rumah yang tak boleh dirampas sesiapa pun.
Apabila saya berumur dua tahun, saya menemui sesuatu.
Makhluk yang pelik memasuki kawasan kami.
Kami tidak boleh meninggalkan kawasan pergunungan,
tapi saya perlu tahu dari mana makhluk itu datang.
Kita kena cari kawanan kuda itu.
Itu pun ia. Kami akan datang cari awak, kuda cantik!
Saya sedar yang saya telah membahayakan keluarga saya.
Malam itu, ibu saya memberitahu kisah
tentang apa yang berlaku apabila kuda meninggalkan dunia.
Bahawa ibu tak boleh melindungi saya selalu.
Tapi saya tak perlu risau,
sebab apabila masa tiba untuk kuda pergi,
ia menderap ke arah langit,
seakan-akan ia terbang.
Apabila tiba masanya,
ibu akan selalu perhatikan saya
dari alam bintang-bintangnya.
Saya sedar saya telah buat kesilapan besar.
Mereka mengekori saya.
Ya!
Hebat betul.
Itu pengalaman pertama saya dengan makhluk yang dipanggil
manusia.
Ibu saya hilang semasa pelarian.
Itu kali terakhir saya nampak ibu.
Saya tahu yang semuanya salah saya.
Hati saya sakit, rasa bersalah dan saya sangat marah.
Ibu saya berkata, semangat kuda takkan boleh dimusnahkan.
Saya mula meragui kata-kata ibu.
Semangat saya telah musnah.
Hei. Apa khabar?
Tengok siapa datang.
Awak datang dari jauh.
Memang jauh pun.
Saya memandu ke sini dari New York.
Awak kena bagi air bersih.
Ya, saya memang ingat nak tukar air kuda pagi ini.
Pekerja saya jatuh sakit pula.
Awak nak ambil berapa ekor?
Beberapa ekor.
Kuda itu cantik.
Ya, tapi perangai kuda itu terlalu ganas.
Percayalah. Jangan ambilnya.
Ia tendang dengan kaki depan.
Ia akan pergi petang ini.
Dia akan ambil 20 ekor kuda daripada awak?
Kami tak ambil tahu apa mereka buat dengan kuda-kuda macam itu.
Mestilah tak.
Lelaki baru itu nampak berbeza.
Dia nampak peramah.
Kasihan.
Saya tahu awak cuma takut.
Awak juga marah.
Awak ada banyak perwatakan.
Nampak kuat juga. Menarik.
Okey, semua. Selesai. Kumpulkan semua.
Sekejap. Saya nak yang ini.
Kemudian kami pun beredar dari tempat teruk itu.
Saya tak sedar betapa bertuahnya saya dipilih oleh pemilik kuda.
Sebab tidak ramai orang inginkan kuda mustang untuk dilatih.
Berhari-hari kami mengembara di atas lebuh raya.
Macam itulah. Cepat lari.
Kuda itu nampak sangat cantik, John.
-Cantik, kan? -Cuma...
Seekor lagi kuda nampak lebih...
Jinak?
Saya nak cakap waras, tapi ya.
Hei. Alamak.
Nanti biasalah itu.
-Percayalah. -Saya percaya.
Tapi kuda terselamat tak lama di sini.
Awak pun tahu.
Malam pertama saya di Birtwick.
Saya rindu keluarga saya.
Kuda lain di sana asing bagi saya.
Tapi keadaan senyap di sana.
Saya boleh dengar bunyi baru.
Bau garam pada udara.
Saya rasa aman.
Akhirnya, saya tertidur.
Saya terfikir apa orang baru itu nak daripada saya.
Tak mungkin dia faham perasaan saya.
Baiklah. Apabila awak sedia.
Saya bermain dengan budak lelaki itu.
-Kami bermain bersama. -Bertenang.
Setiap hari.
Saya selalu menang.
Ibu saya pasti marah dengan saya.
Tapi manusia tak pernah layan saya dengan baik.
Kenapa baik dengan mereka?
Kuda itu layan saya dengan kejam.
Sekarang, kuda itu sedang marah.
Kamu tak marah kalau UFO datang dan ambil kamu daripada keluarga kamu?
Ya, saya faham.
Tapi tak tahu bagaimana nak latih kuda macam itu.
Demi kuda itu, kita kena cuba.
Perlahan-lahan.
Saya memutuskan yang manusia mesti sangat malas.
Mereka jarang berjalan kaki dan selalu menunggang sesuatu.
Mesti awak tak pernah nampak ini sebelum ini.
Lelaki itu ingat saya akan dengar cakapnya jika beri sogokan.
Baguslah.
Tapi dia pandang rendah pada saya.
Okey.
Suatu hari, ada jiran baru.
Saya suka semangatnya dengan serta-merta.
Ia diikuti dengan si kuda kecil paling pelik saya pernah nampak.
Nampak macam ia tak berhenti menari.
Kedua-duanya dipanggil Ginger dan Merrylegs.
Kami menjadi kawan baik dan kami dilatih bersama.
Saya sangat gembira sebab ada keluarga semula.
Lelaki yang bawa saya ke sana tinggal di rumah sebelah.
Helo. John Manly,
Saya perasan, dia selalu berseorangan.
Apa?
Jo.
Pak cik ucapkan...
Takziah kepada awak.
Telefon kalau perlu bantuan.
Kemudian saya telah dengar daripada orang-orang lain di Birtwick,
bahawa ibu bapa budak itu meninggal dunia dalam kemalangan.
John merupakan pak ciknya.
Ada sesuatu yang berbeza tentang budak itu.
Sesuatu yang saya tahu.
Semangatnya sudah tiada.
Jo.
Maaf.
Ada makanan di atas meja.
Saya tak rasa lapar.
Kamu kena makan juga.
Tak nak.
Tolonglah.
Jangan ganggu saya.
Saya nampak budak itu selepas beberapa hari.
Jadi, saya terus bermain dengan budak lelaki itu.
John pun nak bermain sekali.
Tapi walaupun dia menunggang kuda,
dia tak boleh mengejar saya.
Kuda itu cantik, kan?
Maaf kalau kamu terkejut.
Apa namanya?
Pak cik belum bagi nama lagi.
Kalau kamu nak...
Kuda di sana itu, ia ditangkap di bahagian barat.
Diambil daripada kawanannya, keluarganya, semua yang ia tahu.
Dunianya berubah dalam sekelip mata.
Tolong berhenti.
Apa dia?
Saya tak perlukan simpati.
Saya tak nak sertai dunia pak cik.
Saya di sini sebab pihak berkuasa cakap saya kena duduk di sini saja.
Jo. Kamu tak ada tempat tinggal lain.
Ingat saya tak tahu?
Pak cik betul-betul cakap itu kepada saya?
Dengar sini. Pak cik tak kenal kamu.
Kamu tak kenal pak cik.
Kita akan biasakan diri kita nanti.
Kita bukan keluarga.
Jangan dekat dengan saya.
Ya, bagus.
Sekarang, ada dua perempuan yang tak nak saya dalam hidup.
Nampak kepalanya tak pandang pak cik?
Tak nak pandang pak cik.
Tak nak kawan dengan pak cik.
Itulah yang pak cik nak ubah.
Buat ia percayakan pak cik.
Bagi ia tekanan sikit.
Pak cik baginya ruang.
Cuba bercakap dengannya, belajar bahasanya.
Pak cik bukan nak kawal kuda itu, paksanya
atau suruh ia buat sesuatu yang ia tak nak.
Kena cari keseimbangan bersama. Toleransi.
Ia mungkin tak boleh bercakap tapi ia sedang beritahu pak cik banyak perkara.
Peraturan paling penting, pak cik tak boleh marah atau kecewa pada kuda.
Kuda boleh rasa kita marah, ia pun jadi marah.
No comments yet. Be the first to leave one.