The first 200 lines.
Arnab! Kita tangkap arnab!
"Episod 1"
Ayahanda.
Pastikan satu perkataan pun tentang raja jatuh sakit tak disebarkan.
Kami sangat berhati-hati, Tuanku.
Jika berita tersebar, semua dayang di rumah raja akan dihukum.
Ayahanda.
Tapi dia dah bertahan dengan penyakitnya...
...selama enam tahun.
Dia akan pulih.
Putera Mahkota masih muda.
Jadi, kamu perlu pulih.
Hantar ke Istana Myeongnye.
Buka pintu.
Putera Agung Eunseong telah kembali dari wilayah utara.
Aduhai.
Apa ini? Ada orang gila terlepas pada hari yang sejuk ini?
-Ya Tuhan! -Kurang ajar!
Awak patut tunduk hormat pada Tuanku!
Jika nak tipu, sekurang-kurangnya tunjukkan gundal atau pengenalan.
Dah lama Tuanku mati semasa ekspedisi tenteranya.
Apa yang awak mengarut ini?
Dia selamat daripada maut! Pergi ke rumah raja dan...
Tuanku!
Kita cuma perlu hantar pesanan kepada Ketua Sida atau Ketua Dayang.
Jika mereka nampak Tuanku, mereka akan...
Saya tak boleh benarkan awak masuk tapi tak boleh benarkan awak pergi juga.
Berani awak mahu masuk istana dengan membawa senjata?
Pengemis macam awak mesti merancang pemberontakan.
Kami akan patahkan kaki awak dan siasat jika ia benar.
Tahan mereka!
"Putera Agung Jinyang, Lee Kang"
"Yoon Nagyeom"
Bagus.
Hati-hati semasa pulang.
Sekarang kita ada jumlah pengaruh yang sama.
Pengikut Raja dan Permaisuri Balu di satu pihak...
...dan pengikut kita di satu pihak lagi.
Apa yang awak akan buat?
Raja sedang gering.
Permaisuri Balu membuang awak dan keluarga diraja yang lain.
Jika awak terlepas peluang...
Sebelum Raja mati...
...saya mesti terima kata-kata terakhirnya.
Disebabkan Putera Agung Eunseong tiada di sini...
...jika awak yang menerima kata-kata terakhir Raja...
...takhta akan menjadi milik awak.
Saya perlu masuk istana.
Jajun, hantar berita kepada Menteri Hasil dan menteri lain...
...untuk datang ke istana.
Baik.
-Saya akan bawa jubah rasmi awak. -Puan.
Ada tetamu yang datang.
"Seong Jahyeon"
Sepupu awak, Putera Wollyeong mahu mengahwini saya.
Tolong minta dia tarik balik lamaran dia.
Saya pasti awak yang rancang semua ini.
Jadi awak yang patut selesaikan masalah ini.
Bukankah awak di sini kerana mahu lelaki lain sebagai suami awak?
Apa maksud awak?
Awak menolak untuk jadi isteri saya selama tiga tahun.
Saya cuma nak beri awak pilihan lain.
Maksud awak...
...saya berubah menjadi raksasa?
Hui...
...tidak akan kembali.
Dia dah mati.
Awak perlu terima hakikat itu.
Awak yang hantar...
...adik awak ke kematiannya.
Dia pergi atas kemahuannya sendiri.
Dia jalankan tugasnya...
...sebagai putera negara ini.
Awak...
...nak musnahkan hidup saya?
Putera Wollyeong ialah sepupu saya.
Awak akan berkahwin dengan keluarga raja. Bagaimana itu memusnahkan hidup awak?
Kata-kata berani awak akan mengejutkan mana-mana gadis.
Saya tak mahu berkahwin!
Saya tak mahu jadi...
...isteri sesiapa!
Macam itu sekali awak benci Putera Wollyeong?
Jika begitu...
...jadi isteri saya.
Masih ada ruang untuk awak.
Saya tak patut datang ke sini.
Saya fikir awak masih ada sedikit...
...kemanusiaan dalam diri awak.
Hati-hati dalam perjalanan balik.
Ingat yang tak lama lagi awak akan jadi pengantin.
Cik! Apa yang Cik buat?
Tak cukupkah yang awak menjadi penyebab kematian seorang putera agung?
Awak ini berani, tidak tahu adat atau hanya gadis yang jahil?
Bakal isteri jenis apa yang keluar untuk mencari lelaki lain?
Adakah awak takut?
Awak masih rasa tak yakin?
Sebab itukah...
...awak nak singkirkan saya menggunakan kaedah ini?
Awak patut bersyukur.
Jika bukan kerana saya dan Putera Agung...
...awak akan mati sebagai pembantu rumah tua.
Awak dah lupa detik...
-...semasa kita berkawan? -Awak yang korbankan persahabatan kita.
Sejak awak bermain cinta dengan Putera Agung...
...kita bukan kawan lagi dan hanyalah orang asing.
Hidup dan takdir saya...
...adalah keputusan saya, bukan kamu berdua.
Awak patut bunuh diri saja kalau awak tak mahu berkahwin.
Mari pergi, Cik.
Berhenti bercakap dengan dia dan mari kita pergi.
Awak patut mati tiga tahun lalu.
Cinta agung awak itu.
Jika awak mati ketika itu, awak akan dipuji kerana keutuhan cinta awak.
Mari pergi. Mari pergi sekarang.
Saya harap awak akan gembira.
Ada anak dan hidup bahagia selepas berkahwin.
Buktikan bahawa awak hanya gadis biasa yang tiada apa-apa.
Saya akan buktikan kepada semua orang.
Aduhai.
Sejuklah!
Buka mulut. Hembus macam ini.
Awak tak bersihkan diri?
Awak nak matikah?
Mari lakukannya sekali lagi.
-Muka saya dah beku! -Hembus hidung awak!
Hembus.
Sekali lagi.
Sekali lagi saja.
Awak rasa dia boleh buat?
Dia tak fasih dalam bahasa kita.
Permaisuri Balu.
Saya cuma perlu mencari Permaisuri Balu.
Bukan. Tuanku Permaisuri Balu!
Ya.
Tuanku.
Tuanku Permaisuri Balu.
Masuk.
Terus ke depan.
Teruskan.
Permaisuri Balu?
Tuanku.
Teruskan.
"Permaisuri Balu Shim"
Tuanku!
Tuanku! Tuanku!
Tolonglah, tuanku.
Tolong pergi berehat di rumah Tuanku.
Tidak.
Beta akan tukar pakaian dan ziarah Raja sekali lagi.
Tapi Tuanku mungkin pengsan kerana keletihan.
Permaisuri pasti bersusah-payah jika dia sendirian.
Biadap sungguh!
Berani awak menghalang kami?
Permaisuri Balu?
Tuanku...
Tuanku Permaisuri Balu?
Apa yang awak buat? Bawa dia pergi sekarang!
Apa yang awak buat?
Panggil pengawal Istana! Pengawal!
Pengawal...
Tuanku.
Hui.
Ini...
...darah Hui.
Anakanda beta, Hui!
"Putera Agung Eunseong, Lee Hui"
Anakanda bonda yang tak mengenang budi...
...telah pulang...
...untuk bertemu dengan bonda.
Kamu masih hidup.
Wajah kamu dulu sangat cerah.
Tentu kamu...
Tentu kamu mengharungi begitu banyak penderitaan.
Raja...
Kakanda kamu sakit.
Syurga...
...mesti kasihan kepada bonda.
Mereka hantar kamu kembali kepada bonda.
Bukan hari ini, Tuanku.
Beta bawa ubat untuk Raja yang sakit.
Tolong umumkan ketibaan beta.
Ia arahan Permaisuri Balu untuk tidak benarkan sesiapa masuk.
Ini ialah Putera Agung Jinyang, adik Raja. Berani awak?
Patik merayu supaya Tuanku kembali pada waktu siang.
Beta kata mahu beri ubat kepada Tuanku!
Jika penyakit Raja semakin teruk malam ini...
...kamu bersedia untuk terima akibatnya nanti?
Buka pintu!
Tuanku!
Tuanku!
Tuanku!
Tuanku!
Bonda!
Apa yang berlaku?
Kenapa dengan Raja?
Apa yang berlaku kepada Raja?
Raja telah mangkat.
Ketua Sida...
Kenapa bonda buat begini?
Sanggup bonda biarkan dia pergi sendirian sedangkan bonda patut hubungi saya.
No comments yet. Be the first to leave one.