Season 1

Release info

Captivating the King S01E07 1080p NF-Sinper
A Commentary by tankgo

Tags

1080
Published on: 2024-02-14
Downloads: 35
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

CAPTIVATING THE KING

EPISOD 7

Kamu berdua buat apa?

Tuanku.

Beta tanya kamu berdua buat apa?

Ampun, tuanku.

Patik terlalu gembira

sehingga melayan dengan tak sopan.

Apa yang buat kamu begitu gembira?

Sebenarnya, ketika menghantar meja Go,

patik terjumpa Putera Munseong dan Puteri Jangryeong

dan menyapa mereka tanpa kebenaran tuanku.

Tak beritahu tuanku dahulu itu sudah salah,

tapi patik terlalu gembira berjumpa mereka

sehingga patik berlaku biadab kepada

Kemudian,

patik juga tunjukkan salah laku di depan mata tuanku.

Semua ini salah patik.

Patik akan terima apa jua hukuman tuanku.

Itu tak seberapa,

tapi aneh.

Bagaimana seseorang boleh akui kesalahannya dengan begitu yakin?

Memandangkan kamu akui hal berkaitan Putera Sulung,

beta takkan hukum kamu tentang itu.

Menjunjung kasih, tuanku.

Hukuman salah laku kamu terhadap Mong-woo bukan beta yang tentukan.

Dia sendiri

yang patut tentukannya.

Kerana Bentara Keenam mengaku akan salah lakunya,

jika tuanku rasa dia tak patut dihukum,

patik pun akan maafkan dia.

Kamu sangat baik hati.

Kesimpulannya,

kamu nak beta buat-buat tak nampak saja.

Bukankah begitu?

Jangan timbulkan masalah lagi

dengan berkelakuan begitu.

Baiklah, tuanku.

Patik akan ingat.

Beta akan ke Yeongchwijeong.

Ikut beta, Mong-woo.

Kamu dah putuskan untuk berbaik semula dengan Kim Myung-ha?

Ampunkan patik,

tapi patik dan Bentara Keenam tiada hubungan yang berbaloi untuk dipulihkan.

Jadi hubungan apa?

Kamu tak nak beritahu beta?

Hubungan kami sebagai kenalan sudah lama terputus.

Kini, kami benar-benar tiada hubungan.

Bohong.

Kim Myung-ha takut beta mungkin salahkan kamu

dan mengaku bersalah sebelum beta menyoalnya.

Kamu pun gunakan beta sebagai alasan

dan minta beta butakan mata.

Tiada orang akan buat begitu

jika tiada hubungan.

Dengan penuh hormat,

patik jamin patik abaikan hal tadi

kerana tak nak menyusahkan tuanku.

Patik langsung tak berniat untuk melindungi dia.

Kamu mungkin cakap begitu,

tapi Kim Myung-ha

macam nak ada hubungan lebih baik dengan kamu.

Sebelum ini, dia tunjuk jalan pintas ke Yeongchwijeong.

Ampunkan patik,

tapi patik tak boleh baca perasaannya.

Lebih baik tuanku tanya dia sendiri.

Ke mana perginya orang yang minta dibunuh kerana beta mencurigainya?

Patik tak boleh pertaruhkan nyawa setiap kali duduk di depan meja Go.

Cukuplah untuk hari ini.

Adakah Putera Munseong…

pelajar yang boleh diajar?

Ya, tuanku.

Dia berbakat?

Ya.

Sikap dan semangatnya bagus.

Jika perlukan apa-apa, beritahulah.

Bagus jika ada rekod permainan Go untuk dijadikan rujukan.

Ada beberapa rekod di perpustakaan yang Putera Sulung boleh rujuk.

Beta akan beritahu nanti.

Patik minta diri dulu.

Tuanku.

Tuanku percaya alasan Kim Myung-ha dan Kang Mong-woo?

Ada sebab beta tak boleh percaya?

Mereka terlibat dalam pengakuan palsu tiga tahun lalu,

yang menuduh tuanku menjadi pengintip.

Tak pelik jika mencurigai mereka.

Beta tahu akan hal itu.

Mereka pun tahu beta tahu.

Apa yang mereka mungkin akan buat?

Namun, tuanku…

Beta dah pernah bunuh Mong-woo sekali.

Dia kembali dengan selamat,

beta berniat untuk melindunginya apa jua caranya.

Jika dia berniat untuk khianati tuanku,

tuanku akan buat apa?

Itu sebab lebih kuat untuk beta lindunginya.

Bagi beta, niat khianat adalah kesetiaan.

Tuanku.

Beta tahu apa yang kamu risaukan.

Beta akan ingat dan sentiasa bersedia.

Jangan ungkit hal hari ini lagi.

Baiklah, tuanku.

Saya macam pernah nampak dia.

Maaf.

Selamat sejahtera, tuan.

Saya Man-bok.

Ada orang yang nak jumpa tuan.

Sila ikut saya.

Kamu bekerja

dengan Menteri Istiadat Ketiga Yoo Hyun-bo,

- bukan? - Apa?

Ya, betul.

Saya dah nantikan saat ini.

Baguslah.

Angin baharu akan bertiup di dalam istana!

Gidaeryeong

dan menyebelahi Permaisuri.

Keadaan akan menjadi lebih baik mulai sekarang.

Tuan.

Tuan dah jumpa

Tak mudah untuk berjumpa dia.

Saya tak sempat melihat wajahnya pun.

Jika fikir semula,

kamu janji untuk buat melutut di depan saya.

Kenapa ambil masa lama?

Kamu takkan nafikan pernah cakap begitu, bukan?

Saya risau tuan akan fikir begitu,

jadi saya aturkan pertemuan ini.

Jadi

orang yang akan sampai nanti…

Tuan.

Saya Man-bok.

Kenapa kamu seorang diri?

Mana

Apa yang berlaku?

Maaf, tuan.

Gidaeryeong dan minta saya sampaikan pesanan.

Pesanan apa?

Orang yang boleh perintahkan saya ke sana-sini

cuma Baginda Raja.

Jika dia nak jumpa saya,

dia patut datang jumpa saya.

Dia betul-betul cakap begitu?

Itu…

Ya, tuan.

Dia minta saya ulang beberapa kali

agar saya beritahu sepatah demi sepatah tanpa buat silap.

Tuan.

Tuan boleh ketawa?

Dia orang bawahan yang tak layak menyandang jawatan paling rendah pun.

Berani dia ingkar arahan pegawai bertaraf menteri?

Sejak bila tatatertib dalam istana semakin teruk?

Orang bawahan itu mungkin dah jadi orang kepercayaan Baginda Raja.

Orang yang boleh tolak tawaran Paduka Ratu

tiada sebab untuk takut kepada kamu.

Saya minta diri dulu.

Tuan, tunggu sebentar.

Saya akan heret dia datang ke sini.

Sudahlah.

Jangan timbulkan masalah

dan bubarkan rumah judi kamu itu saja.

Si tak guna itu tinggal di mana?

Saya dengar di rumah inap Kampung Banchon.

Tapi

tuan pun mungkin akan cam dia.

Kamu fikir saya boleh cam dia?

Siapa dia?

Penjudi Go yang sepatutnya mati tiga tahun lalu.

Pelanggan Hongjang.

Jangan merepek.

Berani kamu tipu saya?

Saya cuma

beritahu apa yang saya nampak, tuan!

Tentu kamu dah nampak hantu

sebab dah hilang akal.

Silakan masuk.

Hei, tak guna.

Jadi betullah.

Awak selamat.

Bagaimana awak…

Baginda pun tahu?

Sudah tentu tidak.

Jika baginda tahu…

baginda takkan serahkan jawatan kerajaan kepada pengkhianat.

Awak sendiri pegang jawatan sebaik saja dengar perang akan tercetus,

aniaya kakak sendiri sehingga dia terbunuh

setelah dia melindungi keluarga dan menemani ibu yang nazak.

Kenapa pula saya tak boleh?

Berani awak mengutuk saya, celaka?

Baginda Raja sudah tiba!

Kamu buat apa di sini, Hyun-bo?

Patik…

Tuanku.

Patik ada khabar penting yang tuanku perlu tahu.

Ini berkenaan

Kenapa dengannya?

Tuanku.

Betulkah tuanku tak cam dia?

Dia penjudi Go yang dah beri pengakuan palsu

untuk fitnah tuanku sebagai pengintip tiga tahun lalu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left