The first 200 lines.
Dengar sini, saya tak minta dilahirkan sebagai orang kacukan.
Jadi orang kacukan ini berbahaya.
Ia menakutkan.
Selalunya orang kacukan akan mati dalam keadaan yang sakit dan mengerikan.
Kalau awak rasa awak ialah sebahagian daripada kami, nasihat saya ialah,
selamatkan diri selagi masih sempat,
sebab apabila awak tahu siapa diri awak...
mereka akan dapat merasakannya dan mereka akan cari awak.
Jangan cakap yang saya tak beri amaran.
Nama saya Percy Jackson, umur saya 12 tahun.
Adakah saya pelajar bermasalah?
Ya, boleh dikatakan begitu. Gred teruk, dibuli, perkara seumpamanya.
Ada juga perkara lain.
Perkara yang mungkin tak begitu normal.
Itulah saya, ketika darjah dua. Kenapa saya di atas sana?
Saya nampak sesuatu.
Saya berani bersumpah, saya nampak sesuatu.
Apabila awak cakap perkara begitu, awak akan berakhir di bilik lelaki ini.
Berita baiknya, dia cakap tak perlu risau.
Semuanya hanya imaginasi saya.
Namun jika ia berlaku lagi, saya perlu beritahu seseorang.
Ia berlaku lagi.
Perkara mustahil yang muncul seumpama
kisah dongeng yang ibu sering bacakan.
Satu ketika ia nampak wujud dan kemudian...
Budak pelik.
Hei, nak tahu perkara khayalan yang saya nampak?
Itu bukan sesuatu yang sesuai diucapkan kepada sesiapa pun,
jadi saya simpan saja.
Kemudian, sesuatu berubah.
Saya berkenalan dengan Grover.
Kami ada banyak persamaan.
Cuma dia...
Bukan saja sebab kami bukan siapa-siapa di sekolah.
Saya rasa...
Seronok bercerita tentang perkara ini dengan Grover.
Saya hampir-hampir percaya ia adalah khayalan.
Aneh tapi tak berbahaya.
Sehinggalah suatu hari, segalanya berubah.
Hari di mana mereka datang mencari saya.
MUZIUM SENI MET
Apa yang kamu lihat di sini, ia bukan fiksyen.
Ia bukan fantasi.
Apa yang kamu lihat, itulah diri kamu yang sebenar-benarnya.
Teman-teman, dewa-dewi,
raksasa, wira yang kamu lihat di ruangan ini
adalah peringatan tentang kemampuan sebenar diri kamu.
Sekarang, di dalam kertas kerja,
saya nak kamu pilih salah satu subjek...
LAWATAN KE MUZIUM MET AKADEMI YANCY!
...yang kamu lihat di sini dan gambarkan.
Bukan sekadar rupanya...
tapi apa yang ia buat kamu rasa.
Baik, mulakan.
Apa yang kamu nampak?
Perseus...
itu saya.
Kamu dinamakan sempena namanya.
Itu sebab ibu menamakan saya begitu?
Disebabkan dia seorang wira?
Kenapa kamu fikir dia seorang wira?
Dia membunuh raksasa.
Kenapa kamu fikir yang dibunuhnya itu seekor raksasa?
Ibu...
Bukan semua yang terlihat seperti wira adalah wira
dan bukan semua yang terlihat seperti raksasa ialah raksasa.
Ibu menamakan kamu begitu sebab semasa dia kecil,
dia dan ibunya diletakkan di dalam peti kayu
dan dicampakkan ke dalam laut oleh seorang raja yang bengis.
Bersendirian, ketakutan. Pada waktu malam, ibunya berbisik ke telinganya,
"Bertahanlah, Perseus.
"Tempuhi halangan yang nak memisahkan kita dengan berani sebab kita akan tetap teguh
"selagi kita tetap bersama."
Walaupun ia kelihatan mustahil, dia...
berjaya menemui kebahagiaan di dalam hidupnya.
- Percy? - Ibu?
Ibu di sini, sayang! Ibu di sini!
Encik Jackson,
kamu pasti boleh kawal diri kamu. Kamu faham?
- Saya? - Kamu faham?
Dia tak akan boleh, Puan Dodds. Percy istimewa orangnya.
Cukup.
Jangan pedulikan mereka.
Apabila tiba waktu untuk kamu tahu apa kepentingan dewa ini kepada kamu,
dewa itu sendiri akan beritahu.
Saya percayakan kamu. Saya juga percaya, kamu perlukan ini.
Simpan ia baik-baik.
Ia alat yang sangat berkuasa.
Ada banyak aliran pemikiran tentang apa yang mendorong sifat membuli,
trauma zaman kanak-kanak, rasa tak cukup...
Saya tahu yang Nancy ada isu,
saya cuma letih apabila dia melampiaskannya pada saya.
Saya rasa dah tiba masa untuk buat sesuatu.
Awak boleh buat janji temu dengan Encik Kane, dia pandai cakap...
Saya rasa macam nak lempar Nancy ke dalam tong sampah.
Tidak.
Tidak. Apa yang saya tahu tentang pembuli,
ialah jangan sesekali menentang mereka.
Mana boleh begitu.
Begini, saya tahu tempat ini mencabar untuk orang macam kita.
Tapi kita bukan selamanya di sini. Ada tempat yang lebih baik di luar sana.
Aduhai.
Percy...
Tak, jangan!
- Alamak! - Nancy!
Percy tolak saya!
- Nancy, awak okey? - Dia tolak Nancy!
Itu pun kamu.
Kami tak bodoh, Percy Jackson.
Puan Dodds, awak okey?
Kami tunggu saja masa untuk kami jumpa kamu.
Di mana benda itu, budak kacukan?
Di mana?
- Dia okey? - Dia dah mati?
- Percy? Saya rasa dia. - Ya, tengok mata dia.
- Tolong beri dia ruang. - Okey.
Apa yang berlaku?
Di mana Puan Dodds?
Saya tak buat apa-apa pada dia!
- Dia tolak saya. - Semua pelajar teruskan makan.
Tak apa. Percy cuma perlukan ruang, itu saja.
Saya tak faham. Ada sesiapa nampak apa yang berlaku?
Di mana Puan Dodds?
Percy, tiada sesiapa dengan nama itu di sini.
Baik, semua orang teruskan. Ayuh, makan tengah hari.
Kebenaran memang sukar untuk ditentukan.
Namun dalam kes ini, kebenaran nampak sukar untuk dinafikan.
Encik Jackson, beberapa rakan sekelas nampak kamu dan Encik Underwood
bertengkar dengan Cik Bobofit,
namun tiada penjelasan bagaimana dia boleh berada di dalam air pancut itu,
melainkan...
"Saya tak sentuh Nancy."
Sekarang, ada apa-apa lagi yang kamu nak cakap?
Saya tak sentuh Nancy.
Baik.
Encik Underwood? Ada yang kamu nak tambah?
Ya.
Ada.
Teruskan.
Percy ada beritahu sebelum itu yang dia nak balas apa yang Nancy
- buat pada kami selama ini. - Grover?
Dia tak jujur tentang apa yang berlaku di air pancut itu.
- Grover! - Maafkan saya.
Maksudnya kamu nampak Encik Jackson mengasari Cik Bobofit?
Ya. Saya nampak.
Ini semua memang tak mudah.
Bagi kamu, juga bagi kami semua.
Saya bimbangkan kamu, Percy.
- Saya nampak apa yang berlaku di muzium. - Saya tak sentuh Nancy.
Saya tahu kamu tak sentuh.
Saya tahu kamu rasa kamu tak sentuh.
Kamu nak cakap apa yang kamu rasa berlaku?
Kamu boleh ceritakan. Mungkin saya akan faham.
Awak pasti?
Percy...
Saya dah jumpa ramai anak muda yang berdepan dengan perkara begini,
tapi di antara semua, saya rasa...
jalan cerita kamu adalah yang paling sukar.
Saya rasa kamu istimewa.
- Lebih daripada yang kamu tahu... - Sudahlah.
Okey? Saya tak nak dengar lagi cerita yang saya ini istimewa.
Ia tak membantu. Kereta dah sampai. Saya nak balik.
AKADEMI YANCY
Perpaipan di bangunan ini tak ada masalah.
- Mungkin awak kena jumpa doktor. - Macam mana awak tahu saya bukan doktor?
Adakah awak makan banyak buah?
Hei! Saya makan banyak buah. Adakah awak makan banyak buah?
Helo, Percy.
Hai, Eddie, maaf.
Saya nak keluar, awak nak masuk. Saya yang patut minta maaf.
Apa... Helo.
Selamat pulang, genius.
- Ibu saya dah balik kerja? - Itu saja kamu nak cakap?
- Selepas dibuang sekolah? - Saya tak dibuang sekolah.
Pengetua kamu ada telefon dan itulah yang dia kata.
Dia kata kamu dibuang sekolah.
Mereka hubungi telefon bimbit ibu.
- Awak angkat telefon ibu? - Saya jawab apa saja yang berdering.
Jadi, kenapa kamu dibuang sekolah?
Dia kata saya serang pelajar semasa lawatan.
Okey.
Baik, tapi, kalau kamu nak tinggal di rumah saya,
- kamu perlu ikut peraturan saya. - Rumah awak?
- Ibu saya saja yang bekerja di sini. - Apa?
Saya ada pekerjaan. Awak fikir saya tengah buat apa?
Kalah bermain poker khayalan awak.
Kamu fikir begitu sebab kamu masih kecil
- dan tak faham perkara macam... - Di mana ibu saya?
Saya tak tahu.
Saya tak tahu ibu kamu di mana. Saya bukannya Nostradamus.
Apa masalahnya, Percy? Setiap kali pun begini!
Wah!
Ibu...
Maafkan saya. Saya dah cuba kali ini. Ibu tahu betapa gigih saya mencuba,
tapi kali ini bukan salah saya. Bukan salah saya.
Ibu dah basah.
Maaf. Ibu gembira kamu balik.
Ibu dengar Gabe bercakap dengan pengetua di telefon,
dia beritahu apa yang dia rasa berlaku kepada Nancy Bobofit.
Ibu kata, ibu percayakan anak ibu. Pendek saja panggilannya.
No comments yet. Be the first to leave one.