The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Motivasi terbesar wanita adalah rasa disayangi.
Mereka mahukan perhatian dan minat awal.
Kaum lelaki mahu keselesaan.
Apabila kemesraan hilang, daripada mengembalikannya,
mereka mula cari sesuatu yang baru.
Wanita sangat teliti. Mereka siasat setiap kemungkinan.
Mereka tak lupa butiran daripada janji temu pertama.
Wanita tak pernah lupa apa-apa.
Lelaki pula pandang enteng dan pedulikan tentang rasa saja.
Mereka tak tahu perkara yang berlaku pada janji temu pertama,
tapi mereka tak lupa perasaan mereka ketika kali pertama lihat kita.
Selamat datang.
LOVE TACTICS
Tema koleksi musim sejuk kita adalah penerapan.
Seperti yang awak lihat, kita guna kain yang lembut dan longgar.
Kita menguatkan lagi unsur retro yang diketengahkan dalam koleksi lalu.
Kita akan fokus pada rekaan yang kurang kompleks tapi lebih jelas.
Tahun ini, kita ikut trend yang kurang dipengaruhi oleh masa lalu.
Kita lebih suka renda dan tulle untuk koleksi baru kita.
Kurang kelim dan bentuk lebih jelas.
Cemerlang seperti biasa. Tahniah, Asli.
Mulakan pengeluaran sekarang.
Seperti yang awak lihat, kempen tahun ini berkisarkan wanita.
Kita mahu menyatukan cat dan wanita.
Saya faham matlamat awak, tapi apa kaitannya, En. Kerem?
Apa maksud awak, En. Altan?
Apa kaitan mengecat dinding dengan mekap?
Seorang wanita, En. Altan,
tak berserah kepada takdir apabila membeli-belah.
Dengan "takdir", saya maksudkan lelaki. Lebih-lebih lagi kalau dia beli rumah.
Rumah wanita bagaikan kuilnya.
Dia harus jadi pembuat keputusan dan seharusnya begitu.
Melalui kempen ini,
kita mahu mempromosikan yang wanita harus
teliti dengan cat mereka seperti dengan mekap mereka.
Jika awak suka idea itu.
Dia bagus macam orang kata.
- Mari kita buat kempen baru itu. - Baiklah.
Ahmet.
Hai.
Lihatlah pengarah jualan kita yang hebat.
Kami faham. Dia tinggalkan awak.
Lupakan saja dia.
Bagaimana saya boleh tenggelam dalam perasaan?
Awak betul nak tahu?
Ya.
Awak jumpa lelaki.
Pada malam yang sama, awak makan dan tidur dengannya.
- Tapi itu pertama… - Tunggu, Hande.
Dia tak tahu itu kali pertama awak.
Dia fikir awak selalu buat. Dia tak salah kerana berfikir begitu.
Apa pun, dia tak telefon awak lagi.
Bukan itu saja.
Saya telefon dia 10 kali sehari. Dia tak balas panggilan saya.
Tunggu. Saya baru tahu. Awak nak luka awak jadi barah?
- Baguslah. - Apa maksud awak?
Telefon ialah alat penyeksaan terbaik.
Kita menyeksa diri dengan tak telefon atau selalu telefon.
Jika mereka tak telefon pada hari pertama, kita fikir ia taktik dan tenang.
Pada hari kedua,
kita mula risau.
Pada hari ketiga,
kita jatuh cinta.
Atau kita berasmara sekali dan mereka selalu telefon kita.
Mereka begitu melemaskan kita
walaupun kita mahu lihat mereka, kita tak lihat pun.
Jadi awak setuju dengan dia, Asli?
Tidak. Saya cuma beritahu sebabnya.
Dia lelaki biasa, kurang baik, kasihan,
- tak peka, membosankan, jahat… - Banyaknya.
…kejam, jijik!
"Jijik."
Secara ringkasnya, dia lelaki.
Saya harap suatu hari seseorang akan balas perbuatannya.
Saya harap.
Lelaki mengawal dunia.
Wanita mengawal lelaki.
Hormon mengawal wanita.
Mungkin sebab itu dunia ini rumit seperti wanita.
Ayuh, kaum wanita.
Berhenti tunggu Putera Idaman dan belajar kawal hormon gila kamu.
Awak selalu beri taktik,
tapi ia pernah bantu awak memikat lelaki?
Saya rasa awak betul.
Mungkin lebih seronok mempraktikkannya.
Untuk hantaran seterusnya, saya akan buat seorang lelaki jatuh cinta dengan saya
dan berkongsi setiap langkah dengan kamu.
Betulkah yang saya dengar?
Betulkah awak serahkan kempen yang saya usahakan?
Awak boleh tumpukan semua tenaga untuk kempen cat.
Kempen yang kita hampir tak dapat kerana keangkuhan dan ego awak.
Awak dapat kempen itu disebabkan saya. Disebabkan keangkuhan dan ego saya.
- Awak tahu. - Tidak, Kerem.
Kita dapat kempen itu sebab awak bernasib baik.
Kalau awak terus begini, awak akan gagal satu hari nanti.
Itu takkan berlaku.
Pulangkan kepada saya dan saya akan buktikan.
Perbincangan tamat. Ia milik Tuna.
Tuna?
Tuna.
Kenapa dengan dia?
Saya tak tahu. Nampaknya gari itu "hubungkan" mereka.
Apabila dia tinggalkan Tuna, Tuna pakai gari. Lebih kurang.
Saya dah berkahwin.
Saya tak pernah nampak gari atau sebat sampai sekarang.
Tengok punggung saya. Tak ada kesan tamparan.
Awak nak tahu kenapa? Sebab ia tak pernah ditampar.
Saya tak nampak logiknya.
Dia asyik ulang benda yang sama.
Kawan! Awak ditinggalkan lagi?
Mengejutkan.
Ia berlaku setiap tiga bulan. Masih tak biasa?
Bangun.
Kita perlu berbincang.
Awak tak faham, Kerem.
Mustahil. Saya tak nak dekati awak pun.
Kenapa?
Awak perlu tidur dua kali dengan gadis yang sama untuk faham.
Awak tidur dengan mereka sekali saja.
Itu jarang berlaku, tapi dia betul.
- Awak tak boleh baiki. - Diam, Suami Orang.
Awak pula sangat salah.
Saya seorang lelaki yang faham wanita.
Sebagai orang yang faham lelaki,
buat lelaki jatuh cinta dengan saya satu kerja mudah.
Hebatnya.
Saya nak jatuh cinta juga.
Awak nak jatuh cinta?
Awak jatuh cinta dengan semua lelaki yang awak sambut, Cansu.
Saya tak maksudkan begitu.
Maksud saya, tiba-tiba rasa pening.
- Ya. - Hati kita rasa berbunga.
Kita rasa suhu naik.
- Mula menggeletar. - Ya! Itu…
Ya. Itu bukan cinta.
Itu selesema.
Memikat gadis di bar tak sama dengan buat perempuan jatuh cinta dengan kita.
Ingat saya tak boleh buat perempuan cintakan saya?
Tepat sekali!
Saya tak risau pun.
Cinta romantik bukan untuk saya.
Dia takkan mengaku dia tak boleh buat.
Awak setuju dengan dia?
Entahlah. Saya dah berkahwin.
Nampaknya, awak sangat menyesal.
Bagaimana ia berlaku? Macam mana saya putuskan nak berkahwin?
- Apa yang saya fikirkan? - Lihat? Itulah hasil cinta.
Buat wanita jatuh hati mudah.
Wanita wajib jatuh cinta.
Bahagian yang sukar adalah hidup tanpa rasa sesak.
Okey?
Kenapa tak buktikan? Buat gadis jatuh cinta dengan awak.
Ayuh. Buat saja!
- Lakukannya. - Tolonglah.
Saya akan muat naik semuanya di blog saya.
Macam mana kalau lelaki itu baca juga?
Siapa tahu Asli memiliki Taktik Cinta selain kita?
Saya akan buat.
Ada satu syarat.
Kalau saya menang, awak akan pulangkan kempen saya.
Tak…
Tak boleh.
Ini peluang besar bagi saya. Minta benda lain.
Kenapa?
Awak pasti saya tak mampu buat. Kenapa awak takut?
Saya pasti. Awak tak mampu.
Jadi?
Setuju.
Setuju.
Jadi, dua bujang dan seorang suami… Apa kita nak buat sekarang?
Pertama, kita perlukan mangsa.
Pertama, kita perlukan mangsa.
Kaum lelaki mudah.
Mereka tak boleh matang atau dilatih.
Latihan buang air adalah puncak evolusi mereka.
Kaum wanita sukar difahami.
Persepsi mereka rumit.
Jadi, ketika lelaki sukar memahami wanita,
wanita menuduh lelaki tak peka.
Memang benar "kecantikan dalaman" paling penting,
dan dengan "dalaman," lelaki maksudkan seluar dalam kita
atau barang di dalamnya.
Itu dia!
Matlamat mereka mencari lelaki kaya. Lebih baik kacak juga.
Lelaki bodoh yang bersabar dengan mereka.
Matlamat berpakaian cantik
adalah tunjuk sekadar cukup dan buat mereka nak tahu.
Memakai pakaian mencolok mata sebenarnya tak menarik lelaki.
Buat wanita kagum sama dengan menjual produk kepadanya.
Mudah, maksud saya. Kitalah produknya.
Kita perlu jadi produk yang wanita mahukan.
Lelaki tak suka mekap tebal. Ia harus nampak semula jadi.
Mereka tengok perincian,
jadi mereka faham watak kita daripada aksesori kita.
Jam yang bergaya dan mahal akan beritahu yang kita tak kedekut.
Cincin? Suami orang.
Tuan-tuan, kita akan memburu malam ini.
Ini malamnya.
Mari kita dapatkan mangsa kita, kawanku.
No comments yet. Be the first to leave one.