Healer (힐러 / Hilleo)

Healer (힐러 / Hilleo)

Download Malay Subtitle

Release info

Healer ep1 DTV Malay
A Commentary by hyp0
By Darksmurfsub Malay. Next episode can be found in our facebook page. http://lynk.my/T9rX

Tags

other
Published on: 2016-04-16
Downloads: 39
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

OK.

=Episod 1=-

Cik adik...

memang sangat seksi. Itu betul.

Cik adik juga seorang pemain yang sangat hebat. Itu juga betul.

Tapi...

apa yang cik adik pakai ini?

Terlalu banyak yang ditutupnya.

Tidak adakah pilihan untuk menukar pakaian?

Kalau aku jadi pencipta program ini, itulah perkara pertama yang aku akan buat.

#1 bikini. #2 penari gelek. #3 Pelayan Perancis.

Dan #4 pelayan Playboy.

=Ajumma=

Bagus. Teruskan.

=Kenapa tak jawab telefon, Oppa?=

Kan saya kata jangan hubungi saya di sini.

Kan saya kata jangan hubungi saya bila saya ada di sini, bukan?

=Kan aku kata aku tak suka bila kau tak jawab panggilan aku!=

=Cepat pergi kerja!=

Apa dia?

=Sesuatu yang sangat mudah.=

Bila?

=Sekarang juga, serta-merta.=

Itu menimbulkan tanda tanya.

=Apa dia?=

Bila ajumma kata ianya mudah, selalunya ia tidak begitu.

Tapi kali ini ajumma kata ianya sangat mudah?

Itu amat menimbulkan tanda tanya.

=Jumpa seseorang, terima sesuatu, dan masukkan sesuatu.=

=Itu saja.=

=Tak ada yang lebih mudah dari itu.=

Aku mempunyai impian.

Kalau menaiki bot laju, ia memakan masa dua jam dari Terusan Panama.

Laut biru seluas mata memandang,

pohon hijau menutupi bumi,

sebuah pulau tak berpenghuni yang di tengahnya terdapat mata air semulajadi.

Itu... adalah impianku.

Ada satu berhampiran Pintu Keluar 3.

Tunggu sebentar...

Sudah dapat.

Aku sudah uruskan yang lagi satu itu, juga.

Dia mahu berjumpa di sini?

=Agaknya dia merasakan lebih selamat kalau di tempat awam, bukan begitu?=

Ajumma.

Apa?

Ini... berapa upahnya?

Kenapa?

Lelaki yang duduk di sana.

=Dan yang ini juga.=

=Dan di sana.=

=Ada sekurang-kurangnya 4 orang yang saya boleh lihat.=

=Mereka semua memakai alat yang sama di telinga masing-masing.=

Apakah ini semua?

Adakah mereka itu anggota polis?

Adakah saya akan termasuk ke dalam sebuah perangkap?

Aku rasa tak mungkin mereka anggota polis.

Mana pihak polis mempunyai bajet yang besar untuk membeli peralatan yang canggih sebegitu?

Ia bukannya pihak polis.

Kau dengar sini,

walaupun beli secara pukal, harga peralatan itu $300 sepasang.

Mereka bukan anggota polis.

Sebab itulah saya ingin tahu berapa upahnya.

$500.

Saya tarik diri.

Tapi aku sudah pun menerima wangnya.

Kalau upahnya $500, itu bermakna $250 untuk ajumma dan $250 untuk saya.

Langsung tak berbaloi.

Ianya $500 seoranglah.

$500 untuk aku, $500 untuk kau.

Ini tugasan pertama kita bulan ini.

Pekerjaan ini sudah banyak saingan sekarang, kau tahu bukan?

Biar betul...

Wah, hebat betul.

Cha-ching!

Dah terima.

Sudah dihantar.

Hei...

-=Gadis cantik dari Timur dan Barat! 120 gambar pendahuluan dipamerkan. Mahukah anda melihat gadis-gadis seksi ini berbogel?=-

Aku sudah dapat kau sekarang.

Mari kita lihat sini...

Syarikat, syarikat, syarikat.

Apa jenis syarikat yang kau bekerja ini?

Ya, Pengawal Double-S di sini.

Apa? Tempat apa itu?

Double-S.

Penyangak milik Sang Su.

Biar betul.

Pencabar kau lah.

Eh dengar sini, Ajumma.

Bagus mana pun Double-S, mereka bukan saingan saya.

Dalam masa 3 bulan kebelakangan ini, salah satu dari pelanggan tetap kita sudah bertukar kepada mereka.

Mereka menganggap mereka itu toko membeli belah Gangnam dan kita ini hanyalah pasar mini kawasan kejiranan.

Apa-apalah.

Bila klien itu akan sampai ke sini?

Dalam masa 12 saat, gerabak ketiga dari hadapan.

Jadi, bagaimana rupanya?

=Namanya Go Seong Cheol, berumur 41 tahun.=

-=Go Seong Cheol, 1974.11.17. Pemegang Kad Hijau Amerika Syarikat=-

Itu dia.

Kau datang untuk bertemu dengan Healer, bukan?

-=Nama: Seo Jeong Hu (Nama kod Healer). Pekerjaan: Membuat kerja suruhan. Pendapatan bulanan: 0 Matlamat: Untuk membeli sebuah pulau tak berpenghuni =-

Apa khabar?

Apa khabar?

=Butang sudah pun ditekan.=

703 adalah alamat rumah saya.

Saya ambil sendirilah ya?

OK.

Selamat bekerja.

=Ya?=

Penghantaran barang.

=Tinggalkan saja di pintu masuk.=

Ada sepucuk surat sekali.

Nampaknya seperti surat saman.

Ianya surat berdaftar, jadi puan perlu menandatanganinya.

Atau puan mahu mengambilnya sendiri di pejabat pos?

Serahkan pada saya.

Sila tandatangan di sini.

Kenapa dengan awak?

Saya tak apa-apa.

Saya ada masalah jantung.

Saya perlu makan ubat.

Boleh berikan saya sedikit air?

Oh Tuhan.

Tunggu sebentar.

Awak OK kah?

Saya sudah semakin lega.

Terima kasih. Selamat tinggal.

Bukankah awak ada sepucuk surat untuk saya?

Saya sudah pun menandatanganinya.

Puan Lee Jae Won, bukan?

Bukan.

Awak tak kenal saya?

Puan bukan dia?

Aneh betul. Kenapa salah ya?

Tunggu!

Hei!

Jadi, Oh Seon Ja tinggal seorang diri di pangsapuri itu.

Tapi terdapat kasut lelaki di situ.

Sekali nampak, saiznya lebih dari 270cm.

Saya malah dapat gambar yang amat jelas.

Orang menggelarkan perkara begini sebuah skup.

Biar aku fikirkannya sebentar.

Terdapat sepasang kasut lelaki di pangsapuri bintang ternama Cik O.

Terlalu lemah.

Lemah! Lemah!

=Ternyata ianya sepasang kasut milik Lee Jun Bin!=

Pendedahan Eksklusif!

'Pangsapuri Bintang Ternama Cik O, dengan kesan kehadiran Encik L"

Ia masih terlalu lemah! Lemah! Lemah!

Kan aku sudah bagitau kau, bila kau sudah dapat masuk ke dalam rumah itu,

berikan mereka kad kerja kau dan dapatkan temuramah eksklusif!

Bukan ambil gambar kasut! Sekurang-kurangnya ambil gambar baju-baju Lee Jun Bin bersepah di atas sofa atau apa!

Kalau saya ditangkap kerana menceroboh,

adakah tuan akan menyelesaikan tuntutan mahkamah?

Kalau begitu, saya akan masuk ke dalam. Saya akan pergi sekarang juga.

Tuan tunggu dan lihat.

Saya akan menggeledah pangsapuri itu hari ini.

Saya akan mencari kesan kehadiran Lee Jun Bin.

Kalau dia memandu keretanya sendiri, ianya 3389.

Kalau kereta syarikat, ianya 5425.

Gerak hati wartawan saya mengatakan ianya satu antara dua ini.

Si keparat yang jahanam!

Apa?

Apa yang berlaku? Apa? Lee Jun Bin kah?

Hei, Yeong Sin! Yeong...

Budak bertuah ini. Kenapa dia langsung tak takut dengan ketuanya sendiri?

Mana boleh dia buat sesuka hatinya, bukan?

Dia malah bercakap dengan aku macam aku ini kawan dia saja. Apa itu?

Demi mak kau, aku akan ajar kau sedikit budi bahasa.

- Hei kau! - Jahanam!

Apa?

Kau mengejar seseorang di dalam keretapi bawah tanah?

Apa aku perlu buat supaya kau lakukan tugas kau dengan betul?

Apa? Healer? Kau rasa itu dia?

Kau pasti dia itu Healer?

Kau pasti itu dia?

Bagaimana rupanya?

Bukankah aku sudah mengirimkan gambarnya pada kau, jahanam? Bandingkanlah!

Kau pasti?

Eh celaka, jangan mengarut boleh!

Jangan pandang muka dia! Pandang badannya!

Saiz, perilakunya, tabiatnya.

Sama? Mantap!

Memandangkan kau sudah mengecamnya, cepat tangkap dia. Tangkap mereka berdua!

Kalau kita mengugutnya sedikit, pasti Go Seong Cheol akan bercakap, bukan?

Kita perlu menangkap si Healer jahanam itu.

Aku mahu melihat wajahnya.

Si jahanam itu, tahulah aku hendak mengajarnya.

Kau di mana? Stesen keretapi bawah tanah yang mana?

-=Nama: Chae Yeong Sin. Pekerjaan: Wartawan Hiburan Akhbar Siber=-

Healer. Ini Healer? Biar betul.

-=Pendapatan bulanan: 1,500, 000 won. Cita-cita terkini: Untuk menjadi wartawan terkemuka seperti Kim Moon Ho. =-

Wartawan Kim Moon Ho sudah sampai. Kim Moon Ho.

Wartawan Kim Moon Ho sudah tiba.

Saya rasa mereka akan menjadikan berita ini sebagai berita terkini.

Sekarang ini sedang berlaku perundingan di antara tenaga buruh dan pengurusan Perbadanan Industri Berat Sam Han,

Sunbae, ini dia maklumat latar belakang berita ini.

Nampaknya mereka akan meneruskan rancangan pemberhentian pekerja seperti yang dirancangkan,

dan tidak akan ada bayaran ganti rugi bagi mereka yang diberhentikan. Semuanya sudah menjadi tidak sah.

Kalau begitu, apakah aduan kesatuan buruh?

More Malay subtitles for Healer (힐러 / Hilleo)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left