The Trust: A Game of Greed

The Trust: A Game of Greed

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

The Trust A Game Of Greed S01 XviD-AFG
A Commentary by sash35

Tags

XviD
web
720p
720
1080
x265
HEVC
Published on: 2024-01-29
Downloads: 13
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Bagaimana jika sekumpulan orang asing ditawarkan suku juta dolar untuk

dikongsi sama rata?

Adakah mereka akan terima saja atau undi keluar satu sama lain

agar mereka boleh simpan lebih banyak duit?

Duit ialah pendorong saya.

Saya nak sesuatu yang mengatakan, "Saya lebih baik daripada awak."

Dalam pertandingan ini, tiada sesiapa perlu disingkirkan.

Kami boleh cuba dulu dan kongsi duit yang mengubah hidup ini.

Mereka akan diuji…

Susun mengikut paling setia kepada paling tidak.

Awak rasa dia lebih setia?

…dan digoda.

"Setiap seorang dapat $10,000 jika seseorang pulang."

Tawaran begini sukar ditolak.

Mereka akan singkirkan satu sama lain?

Saya takkan mengundi dan terus berkongsi duit.

Dia jelas bermasalah, jadi dia perlu pergi.

Menyingkirkan dia bermakna kita akan dapat bahagian lebih baik.

Korban tetap wajib dibuat.

Saya rasa lebih tertekan di syurga ini berbanding mengajar 150 budak.

Mereka bermula sebagai pemenang,

dan mereka boleh pulang sebagai pemenang.

Jika mereka pilih untuk berkongsi.

Saya rasa semua orang memang baik, dan kita perlu memilih untuk jadi jahat.

Dari mana datangnya ego ini?

Saya ada banyak maklumat, dan saya dah lindungi kamu semua.

Saya dah tak fikir tentang pasukan lagi, cuma diri saya saja.

Integriti saya bukan untuk dijual.

Mungkin saya dah lebih baik.

Seluruh pengalaman ini memerlukan kita memilih diri sendiri

atau berkongsi dengan orang lain.

Bukankah ini mudah saja?

Saya rasa teruja dan gementar serta masih tak tahu apa yang akan berlaku.

Berdasarkan apa yang saya dengar, kami berpeluang merebut

duit yang mengubah hidup dan saya kata, "Saya mendengar."

Duit tentunya mendorong manusia.

Duit memutar paksi dunia.

Duit boleh menjaga saya.

Duit buat saya rasa selamat.

Ia boleh membawa kebahagiaan atau tekanan yang melampau.

Duit ialah kuasa.

Semua orang nak lebih kaya dan bahagia. Faham maksud saya?

Tapi duit tak menentukan kejadian seseorang.

Tanpa duit, seseorang akan rasa terdesak.

Itu tak bagus.

Saya rasa sifat tamak itu sebahagian fitrah manusia.

Saya sendiri mahu sebanyak yang mungkin.

Helo?

Selamat datang semua. Selamat berkenalan.

Perkara pertama saya perasan,

khalayak ini daripada pelbagai latar belakang.

Ada lelaki pakai kemeja tapi cuma pakai satu butang.

Dia butang bahagian bawah saja. Mantap.

Ada nenek di sebelah saya.

"Nenek okey? Matahari terik. Nenek nak duduk?"

Saya lihat cara mereka berpakaian,

dan saya fikir, "Bolehkah aku serasi dengan mereka?"

Tapi saya takkan memeningkan kepala seharian memikirkannya.

Saya berada di lautan ini dan saya harap ada ikan paus.

Saya ada dokumen ini di tangan saya.

Ini Trust.

Ia menjanjikan kamu bahagian yang sama…

sekejap…

sebanyak suku juta dolar.

- Wah! - Okey.

Ada manfaatnya untuk kami.

Duit di mana-mana. Duit itu boleh mengubah hidup saya.

Adakah hidup saya sekarang seperti yang saya nak? Tidak.

Adakah saya boleh kumpul banyak duit? Ya.

Caranya?

Tiada cara.

Betul. Kamu di sini. Kamu dah jadi pemenang.

Tapi persoalannya, adakah kamu akan kekal begitu?

Sepanjang kamu di sini, setiap daripada kamu akan datang ke sini,

di hujung cenuram, dan kamu akan buat pilihan.

Adakah kamu akan berkongsi duit sama rata

atau singkirkan seseorang daripada Trust untuk bolot lebih buat diri sendiri?

- Begitu. - Jujur saja.

Nampak tak?

Kami dah potong-memotong di sini.

Fikirkannya. Ia mudah saja.

Penyingkiran seseorang akan meningkatkan bahagian kamu.

Ya, suku juta dolar itu besar jumlahnya bagi saya.

Tapi, apabila bahagikan dengan 11, jumlahnya tak banyak bagi saya.

Inilah ujian besar Trust.

Walaupun cuma seorang mengundi, dan yang lain pilih untuk tidak mengundi,

sesiapa yang mendapat satu undian akan pulang dengan tangan kosong.

Maksudnya,

seseorang boleh tersingkir dari sini dengan satu undi?

Kenal pun tidak, nak kena percaya?

Sayang, memang taklah saya nak percaya.

Ingat, ini peraturan majoriti.

Jika undian seri,

tiada majoriti dan semua orang selamat.

Tapi kamu tak perlu singkirkan sesiapa.

Kamu tak perlu mengundi.

Ini menarik.

Jika tak perlu singkirkan sesiapa, mungkin kami tak perlu lakukannya.

Kali pertama kamu perlu mengundi

ialah sekarang.

Alamak.

Aduhai.

Apa?

Jadi, jika ada yang mahu singkirkan seseorang daripada Trust,

tampil ke depan.

Adakah saya akan mengundi seseorang

sebelum mereka boleh singkirkan saya?

Semoga tiada yang sekejam itu.

Tapi jika ada, mereka jadikan diri mereka sasaran

dan kami boleh nampak. Jadi, silakanlah mengundi jika mahu.

Pokok pangkalnya, saya nak menang.

Nombor satu ialah Tolú.

Gayanya macam cuba nak singkirkan orang.

Saya kata, "Jangan harap, baru hari pertama."

Okey. Tiada siapa tampil ke depan,

jadi tiada sesiapa tersingkir dari Trust.

Selamat setakat ini.

Tapi untuk undian selepas ini, kamu akan mengundi sendirian

hanya kamu dan saya, malam esok, di Upacara Trust pertama kita.

Selamat datang. Jumpa kamu pada waktu senja untuk ujian pertama.

Wah! Biar betul.

Wah.

Saya akan berbogel dalam kolam.

Saya suka!

Saya boleh biasakan diri.

Cantiknya!

Mereka perlu usir saya.

- Cantiknya. - Wah, lihatlah pemandangan itu.

Di mana makanan?

- Saya belum sapa awak. Gaspare. - Gaspare?

Macam Casper dengan G.

- Brian. - Salam kenal.

Awak mesti dari Texas.

- Ya. - Saya dari New York.

Saya peladang ternak sepenuh masa, dan malangnya, ia…

Kami belum berada pada tahap di mana saya boleh upah koboi.

Jadi, sayalah penternak. Sayalah koboi.

Saya pengangkut lembu. Saya petani.

- Tentera? - Ya. Juruterbang.

- Marin. - Mantap.

Saya juga ada baju Marin.

Padu!

Ngam.

Seronok keluar dari ladang.

Pengalaman ini akan menguji perwatakan.

Saya sejenis yang cakap serupa bikin. Anda boleh harapkan saya.

Saya nampak huruf S pada tatu itu! Oh, Tuhan!

Rantai awak!

Saya tahu itulah kawan saya. Kemudian saya lihat tatu Afrika itu.

Agaknya anda boleh perasan.

Budaya dan latar belakang saya

ialah identiti saya yang sangat kuat dan menyerlah.

Mereka bawa saudara saya.

Berpindah dari Nigeria pada usia muda dan menjadi orang pertama dalam keluarga,

ibu bapa saya berhijrah ke negara ini sehelai sepinggang.

Saya akan buat sedaya upaya

untuk pulang dengan wang sebanyak mungkin,

agar saya boleh berbakti kepada ibu bapa saya

dan balas sepuluh kali ganda atas pengorbanan mereka untuk saya.

Menakjubkan!

- Terima kasih. Awak? - Hei, gegadis.

- Ya, mari sertai gegadis! - Ya.

- Wah! - Saya Julie.

- Julie? Saya Winnie. - Kawasan wanita.

Selamat berkenalan.

Amboi, masing-masing! Ayuh!

Saya terus dapat tangkap tenaga alfa Winnie.

Tolú pun ada tenaga alfa. Saya ada tenaga alfa.

Maknanya kami boleh bercakaran atau berkawan baik.

Jadi saya fikir, "Kami boleh berkawan baik."

Saya tahu cara itu boleh buat saya bertahan lama.

Kita kena pilih bilik? Nak pilih tak?

Bilik bertiga satu strategi yang bagus.

- Strategi hebat. - Apa maksud awak?

- Kita perempuan. - Kita majoriti.

Tapi bagaimana nak tanda kawasan?

- Tanggalkan kasut. - Ya, kasut!

Jangan ambil katil yang ada kasut saya.

- Saya suka awak. - Bijak!

Awak bijak. Kita cuba nampak cantik. Kaki kita sakit.

Saya anak tunggal. Saya tak suka berkongsi.

Tapi pada masa yang sama, ini permainan nombor.

Ini bukan kehidupan sebenar!

Saya, Winnie dan Julie,

kami nampaknya mudah serasi.

Jika kami mula jatuhkan orang lain,

akaun bank kami mula menaik, faham?

Awak dah meninjau rumah? Cantik sungguh. Saya…

- Oh Tuhan. Cantiknya. - Cantik.

Travertin di lantai dan dinding…

- Aduhai - Biar betul.

- Ya, awak ejen hartanah. - Saya betul-betul terpana.

Awak macam, "Kecur air liur!"

- "Saya nak tunjuk rumah ini." - Tangga! Aduhai.

Mak saya veteran dalam bidang hartanah dan saya ejen hartanah generasi ketiga.

Saya suka kerja saya

dan hasut klien bahawa mereka jutawan.

Ini tak masuk akal.

Saya suka semua rekaan seni binanya.

Saya suka selusur besi ini yang memanjang ke atas.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left