The first 200 lines.
Para penonton yang dikasihi sekalian,
mari kita meneruskan
kisah yang belum habis diceritakan semalam pada hari ini.
Junchu menyakiti hati Manli secara tidak sengaja.
Dia amat menyesal selepas kejadian itu.
Selepas menanggung seksa selama beberapa hari,
dia mengambil keputusan untuk menulis sepucuk surat
untuk berjanji temu dengan Manli
dan melamarnya.
Minta maaf, Pak Cik Ma.
Awak mahu mati?
Terima kasih.
Ke tepi! Ke tepi!
Kereta terbakar! Cepat lari!
Saya menyediakan beberapa hidangan yang istimewa hari ini.
Bukankah saya kata biar Mak Rong masak?
Tak perlulah bersusah payah.
Ibu melayan awak sebagai menantu,
tetapi bagi saya,
awak cuma tetamu di sini.
Jika ibu tidak menipu saya bahawa
penyakitnya tidak dapat diubati
dan meminta saya berkahwin untuk mendatangkan tuah,
saya tidak akan memperisteri awak.
Saya berjanji dengan ibu bahawa saya akan menjaga awak dengan baik.
Bolehkah awak berhenti mengulangi ayat yang sama?
Jaga saya?
Berapa banyak awak memahami saya?
Ah, saya sudah memejamkan mata dalam foto ini!
Yang lain semuanya bagus.
Sebenarnya, awak amat fotogenik.
Jika suatu hari nanti,
saya menjadi tua dan hodoh,
adakah awak masih akan menyukai saya?
Junchu,
mari kita berkahwin.
Saya sudah tahu jawapan awak.
Adegan yang dirakam Shen Junchu memang bagus.
Mulai sekarang,
mari kita bercinta semula.
Boleh?
Rakaman adegan ini bagus, betul?
Yang ini?
Junchu,
jika kita terpaksa berpisah
suatu hari nanti.
Saya berharap agar awak
mendengar rakaman suara ini sekali-sekala
dan ingat akan saya.
Junchu!
Junchu!
Apa hal?
Saya terdengar bunyi yang pelik,
jadi saya naik ke atas untuk periksa.
Saya tiada apa-apa.
Tuan muda sudah berpesan bahawa
selain dia,
tiada orang yang boleh masuk ke bilik ini.
Mak Rong,
siapa yang tinggal di rumah ini sebelum ini?
Kamu sudah lama berada di sini.
Siapa yang tinggal di rumah ini sebelum ini?
Pada masa yang lalu,
rumah ini didiami oleh saudara jauh Puan Shen.
Mereka berpindah tiga tahun yang lalu.
Sudah lama rumah ini tidak didiami orang.
Puan Shen meninggalkan rumah ini untuk tuan muda dan isterinya.
Isterinya?
Maksudnya, kamulah!
Rumah ini terlalu besar.
Ada banyak tempat yang tidak pernah saya sampai.
Bolehkah kamu membawa saya berjalan-jalan?
Kenapa?
Apa maksud awak?
Tiada apa-apa.
Mak Rong,
berterus teranglah jika ada apa-apa.
Kita mempunyai latar belakang keluarga yang serupa.
Tak perlulah begitu formal antara kita.
Saya selalu terdengar bunyi pelik di rumah ini,
seakan-akan ada orang ingin bercakap dengan saya.
Puan Shen telah mengahwinkan awak dengan anaknya.
Baiklah awak
menjalani kehidupan awak dengan tenang.
Di kampung saya,
bukan sahaja kelawar,
kami juga akan makan lintah.
Kami akan membawa anak kerbau jantan
ke tasik
dan membiarkan lintah memanjat ke seluruh badannya.
Selepas lintah siap menyedut darahnya,
kami akan menanggalkannya dengan pisau kecil
lalu membukanya
untuk mendapatkan darah di dalam.
Kemudian, kami mencampurkannya dengan minyak bijar.
Sedap sangat.
Jangan cakap lagi.
Baik.
Janganlah awak tanya
perkara dahulu lagi.
Jangan mengungkitnya.
Tuan muda tidak suka mendengarnya.
Faham?
Siapa itu?
Siapa itu?
Siapa yang sedang bercakap?
Penyiaran gelombang sederhana kilokitar 845.
Sampailah waktu muzik jaz.
Selamat sejahtera semua.
Saya DJ anda, Manli.
Para penonton yang dikasihi sekalian,
kita akan meneruskan
kisah yang belum habis diceritakan pada hari ini.
Junchu menyakiti hati Manli
secara tidak sengaja.
Dia amat menyesal selepas kejadian itu.
Selepas menanggung seksa selama beberapa hari,
dia mengambil keputusan untuk menulis sepucuk surat
untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Manli.
Ini Stesen Radio Osbourne Shanghai.
Siapa yang membenarkan awak naik ke atas?
Ibu saya sudah datang.
Dia sedang di tingkat bawah.
Saya tidak mahu mengecewakannya.
Namun, dengar baik-baik.
Jika awak berani naik ke sini
lain kali,
saya akan meminta awak berpindah dari sini.
Saya memang tak tahu awak sibuk dengan apa setiap hari.
Bukankah awak kata awak tidak merakam filem lagi?
Kenapa asyik tidak jumpa awak sepanjang hari?
Sansan kata sukar sangat untuk dia berjumpa dengan awak.
Saya memang tak tahu
sama ada saya wajar menegur
atau berterima kasih kepada Mak Rong.
Dia berkata saya akan ditimpa malang,
jadi memaksa saya pergi ke kuil dan mempelajari ajaran Buddha.
Jika tidak, saya tidak akan berpisah dengan awak berdua.
Akan tetapi,
jika dia tidak menakutkan saya setiap masa,
saya pun tidak akan mendapatkan menantu yang sebaik Sansan.
Awak...
Cis!
Geramnya saya!
Perlahan-lahan.
Kenapa akan terjadi begitu?
Dia muntah di seluruh badan saya.
Jangan terlalu marah.
Gelinya!
Maafkan saya.
Saya tak tahu sebab saya menjadi begitu tadi.
Adakah ibu baik?
Ibu dan Mak Rong sudah balik ke kuil.
Salin baju.
Rehat awal.
Bagaimana dengan awak?
Tak mahu tidur lagi?
Saya ada kerja lagi.
Junchu.
Nama saya Manli.
Saya kekasih Junchu.
Asalnya, kami berdua ingin berkahwin.
Akan tetapi, pada setahun yang lalu,
saya ditimpa kemalangan jalan raya
dan meninggal dunia secara tiba-tiba.
Hati saya lagi sedih daripada awak
setiap malam nampaknya susah untuk tidur.
Adakah awak tahu perasaan
mencintai seseorang
tetapi tidak dapat mendekatinya?
Itu kesakitan hati.
Sakit hati yang tidak terhingga.
Saya tahu awak berhati ikhlas terhadap Junchu.
Sekarang,
gantilah saya
agar Junchu lupa akan saya
lalu mulakan kehidupan awak berdua yang baharu.
Mungkinkah ini berlaku?
Mungkin.
Ini mungkin berlaku jika awak sudi.
Bukankah keadaan malam ini bagus?
Junchu bukan sahaja sanggup bercakap dengan awak,
malah dia menyerahkan baju tidur kepada awak.
Apa yang awak buat?
Saya merasuk badan awak.
Saya meminjam badan awak.
Saya ingin bercakap dengan Junchu
dan menyentuhnya
walaupun sekali sahaja.
Akan tetapi,
apabila saya mendekatinya,
kedinginan pada badan saya akan menyebabkan dia jatuh sakit.
Sansan,
asalkan awak sudi...
Jika awak sudi, kita dapat bersama-sama menyelamatkan Junchu.
Sansan.
Pergi dari sini!
Junchu!
Oleh sebab Tuan Shen kesejukan dan mengalami asma,
ini mengakibatkan pneumonia.
No comments yet. Be the first to leave one.