The first 200 lines.
Benedict, betulkah?
Awak dah jumpa budak tu? - Ya.
Dia tak selamat di sini. - Mengarut, ini kubu.
Bantuan penuh oleh Pemerintah dah berada dalam tangan kita.
Benedict, syaitan mahukan budak ini.
Hanya satu tempat yang selamat. Sanctuary.
Rider harus mengambil dia. - Awak dah mabuk agaknya, Moreau.
Beberapa hari lagi, soltis musim sejuk akan berlalu...
...dan tibanya hari ramalan. Kemudian, budak tu tak berguna lagi.
Pada masa itu, saudaraku, kamu semua akan mati.
Perbualan ini dah selesai.
Mereka di dalam!
Nadya!
Saya boleh tolong awak!
Danny! Saya boleh lindungi awak!
Di mana mereka?
Diam!
Siapa lelaki ni?
Tunduk!
Tak penting sejauh mana awak lari. Ada syaitan yang takkan lepaskan awak.
Nama saya Johnny Blaze. Saya menunggang motosikal untuk hidup.
Saya lakukan Bare-Ass, 360, Triple Backflip di hadapan 22,000 orang.
Agak kelakar. Ia ada dalam YouTube. Tengoklah.
Apabila ayah saya jatuh sakit, saya buat sesuatu yang lebih gila dari itu.
Awak nampak seperti perlukan bantuan.
Adakah awak sanggup membuat perjanjian, John?
Lakukannya. Selamatkan nyawanya.
Betul tu. Sayalah orang yang membuat perjanjian dengan syaitan.
Saya tahu apa yang anda fikir.
Keputusan yang baik bukan kepakaran saya.
Saya telah dirasuk syaitan purba.
Apabila adanya kejahatan, saya bertukar menjadi raksasa...
...dan saya menyedut keluar roh mereka.
Anda pasti tak mahu dekat semasa itu berlaku.
Ada kebaikan dan kejahatan dalam diri kita. Mungkin anda bukan pembunuh.
Tapi anda dah lakukan sesuatu yang tak mahu dilihat oleh Rider.
Menipu, muat turun secara haram.
Bagaimana dengan anda? Dan anda?
Saya dah cuba melawannya, untuk mempertahankannya...
...tapi kegelapan dalam diri saya hanya semakin bertambah kuat.
Sebab itulah saya terpaksa lari ke serata dunia.
Dan saya masih berlari.
Siapa awak? - Nama saya Moreau. Semua saudaraku dah mati.
Begitu juga saya, jika tiada campur tangan Tuhan.
Dan awak ialah John Blaze. - Berambus.
Saya tak boleh buat begitu.
Ia suka tempat gelap. - Saya tak faham apa yang awak cakapkan.
Rider.
Awak fikir awak mampu mengawalnya. Jadikannya berguna untuk awak.
Kononnya awak lebih kuat daripada makhluk yang kelaparan ini?
Penyakit ini.
Kenapa awak ke sini? Apa yang awak nak dari saya?
Saya perlukan bantuan awak dan awak perlukan roh awak.
Jadi, kita buat perjanjian.
Awak arif tentang membuat perjanjian, betul tak Johnny?
Cantik motosikal.
Budak ni.
Dia dalam bahaya.
Awak akan selamatkan dia.
Saya tak selamatkan orang.
Apa yang membawa awak ke sini, Johnny Blaze?
Beribu batu jauh dari tempat kelahiran awak...
...dan kelahiran semula kegelapan awak. Awak dibawa ke sini untuk ini.
Kenapa awak fikir saya boleh cari dia?
Lelaki yang awak temui dahulu, yang meletakkan sumpahan pada awak?
Roarke. - Syaitan ada banyak nama.
Dialah perantara yang menghubungkaitkan awak dengan budak ini.
Biarkan Rider menjejaki baunya. Ia akan bawa awak kepada budak tu.
Awak ada cakap sesuatu pasal perjanjian.
Gereja milik tuan-tuan saya adalah yang purba.
Kami bersedia untuk beri awak sesuatu yang paling awak inginkan.
Bawa budak itu kepada kami, dan kami akan buang sumpahan awak.
Helo. - Hai.
Saya perasan awak memandang saya. Betul tak? - Yakah?
Cantik sut. - Terima kasih banyak.
Awak orang Roma?
Gipsi? - Kenapa awak tanya?
Orang cakap... - Apa?
Dengar sini.
Saya ahli perniagaan. Saya ada banyak wang.
Yakah? - Dan... - Dan?
Mak, mana ayah?
Maafkan saya.
Maaf.
Ada orang kena beri penjelasan.
Kita tak perlu lakukan ini selalu.
Ibu nak beri kehidupan sebenar kepada kamu. - Inilah kehidupan sebenar.
Mak sayangkan kamu lebih dari segalanya.
Saya pun sayangkan mak.
Dah banyak kali saya cuba halang Rider daripada menjelma...
...tapi malam ini, saya perlukan dia.
Apa yang berlaku?
Tunggu dalam kereta dan kunci pintu.
Nadya.
Tidak!
Dah lama tak jumpa, sayang.
Carrigan.
Awak masih lagi menyusahkan.
Ada orang sedang mencari kami. Lepaskan kami.
Lepaskan saya!
Sayalah orang yang sedang mencari awak.
Tidak!
Jangan sentuh dia!
Macam tak percaya. Masih lagi seorang yang melawan.
Carrigan.
Ya? - Tolonglah.
Dia anak saya. - Saya tahu.
Tapi dia bukan anak saya.
Dan awak harus tahu, ia mungkin akan berakhir begini.
Bunuh dia.
Lapar.
Jangan pandang dia.
Tidak!
Tidak!
Ambil ni.
Bawa dia masuk dalam kereta. Masuk!
Danny!
Oh, awak dah bangun.
Kelakarnya. Ketika awak masuk, saya ingatkan saya masih bermimpi.
Awak mengalami halusinasi? - Tak, saya bukan berhalusinasi.
Saya sedang mengurat awak. Awak cantik.
Awak ada morfin? - Tak boleh. Awak telah diberi morfin.
Dilaudid? Valium? - Kecederaan awak...
...sangat pelik, encik.
Polis mahu menyoal siasat awak. Saya akan beritahu mereka. - Jangan!
Tolonglah.
Saya tak apa-apa. Biarkan saya pergi!
Saya dah dapatkannya, tapi bayarannya dah naik.
Saya tak faham. - Apa yang tak faham?
Saya mahukan lebih. Awak faham?
Kita dah buat perjanjian, Carrigan.
Mengubah syarat perjanjian bukan sesuatu yang kita persetujui.
Awak suruh saya dapatkan budak tu. Tiada masalah.
Saya pernah lakukannya. Saya ada sejarah dengan ibunya.
Jadi, saya orang yang sesuai untuk kerja ni. Tapi awak tak beritahu...
...yang saya akan terlibat dalam kejadian sebegini.
Awak rasa ini kelakar?
Malam tadi, 3 orang saya dibunuh...
...oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan kepala berapi.
Apa dia? - Saya dah lihat semuanya. Perkara pelik, perkara jahat.
Tapi tak pernah lihat benda macam malam tadi.
Berikan telefon kepada budak tu.
Cakap.
Cakap.
Danny, awak dengar?
Saya nak awak dengar baik-baik.
Apa yang awak buat?
Anggaplah budak tu sebagai komputer. Awak tahu komputer, kan?
Saya baru saja memuat naik satu program. Firewall.
'Kawan' kita yang bermotosikal takkan dapat menjejakinya sekarang.
Tapi dia masih boleh menjejaki awak.
Jadi, saya cadangkan awak teruskan bergerak.
Helo?
Siapa yang hantar awak untuk mencari saya?
Syaitan? Syaitan yang ada dalam kalangan manusia?
Adakah awak milik syaitan? Jawablah!
Budak tu, Danny. Dia anak awak?
Peluru tak boleh cederakan awak ketika awak bersama syaitan.
Tapi ia boleh cederakan awak sekarang ni.
Cakap kenapa saya kena percayakan awak. - Awak tak boleh.
Tapi kalau saya tak jumpa anak awak, anggap saja saya dah mati.
Jadi, kalau awak nak tarik picu...
...lakukannya.
Tolonglah.
Awak menjejaki kami semalam. Boleh awak lakukannya lagi?
Saya dapat merasakannya sebelum ni.
Saya boleh menjejaki dia dan kemudian tidak lagi.
Tak, dia belum mati. Dia cuma disekat.
Tapi awak tahu sesuatu.
Mari pergi.
Baiklah, biar saya faham semua ni terlebih dulu.
Orang yang menculik Danny, cuba bunuh awak dan letupkan saya...
...dengan grenad tu, adakah awak dan dia kekasih?
Carrigan adalah penyeludup senjata api, pengedar dadah, pembunuh upahan.
Saya tak peduli pasal tu. Saya cuma nampak jalan keluar.
Okey, jadi Danny...? - Danny apa? Anak Carrigan?
Bukan.
Ketika awak bertemu dengan penggoda itu, dia tawarkan awak sesuatu.
Ya, nyawa ayah saya.
Mengejutkan, dia tipu. - Saya pula, hanya untuk diri saya.
Saya sepatutnya jadi habuan besar buat Carrigan, tapi lain jadinya.
Saya terjun dari tingkap tingkat-3.
Saya lemas dalam darah saya sendiri. Saya tahu saya akan mati.
Saya dapat merasainya. Ketika itulah dia temui saya.
Nampaknya seperti awak perlukan sedikit bantuan.
Roarke.
Dia berjanji untuk hilangkan kesakitan saya dan selamatkan saya.
Tapi dia minta sesuatu sebagai balasan.
Seorang anak?
Mungkin awak takkan faham. - Tak, saya faham.
Awak ibu kepada anak syaitan.
Saya rasa sebab itulah kenapa Moreau sangat mahukan Danny.
Moreau? - Ya.
Gelap, orang Perancis, paderi kaki botol. Kenal dia?
Dia pernah cuba bantu kami. Saya tak benarkan.
Kita berdua kena belajar membuat keputusan.
Awak nak pergi ke mana? - Seseorang yang saya kenal.
Dia buat kerja kotor Carrigan. Dia pasti tahu nak cari dia di mana.
Kenapa syaitan berjalan di bumi dalam rupa manusia?
Saya tak tahu kenapa. Mungkin dia pun tak tahu.
No comments yet. Be the first to leave one.