Release info

[CoffeePrison] MADE IN KOREA (2026) NFX WEB MLY
A Commentary by Moorthy S

Tags

other
Published on: 2026-03-13
Downloads: 766
Hearing Impaired: No

Tamil subtitle preview

The first 200 lines.

Kolappalur.

Kampung yang tak diketahui, walaupun di Tamil Nadu.

Malah, tiada isyarat telefon.

Di kampung kecil itu, ada seorang gadis dengan keinginan besar.

Tahu tak apa keinginan itu?

Untuk pergi ke Korea.

Dia perlu ke Korea sekurang-kurangnya sekali.

MUAT TURUN VIDEO KEGEMARAN ANDA MR. PLANKTON EPISOD 1

Setiap mata bermimpi

Hidup sentiasa merencana sesuatu

Pilihan baharu muncul Jantung terus berdegup

Jaga diri!

Saya sedang turun.

Jumpa di jalan utama.

Ya, tunggu sekejap.

Pengembaraan menyeru

Melangkah dengan semangat

Menghampiri pelbagai pesona

Gelora ini perlu diredakan

- Hei! - Tak sangka.

Kita akan bertemu Shenba!

Jika saya kata ada empat orang Korea mahu bertemu gadis

dengan keinginan besar di kampung kecil itu,

adakah anda percaya?

BEBERAPA TAHUN LALU

Nama saya Shenba. Shenbagam.

Saya mahu menaiki pesawat. Ke Korea, tempat kegemaran saya.

Anda tahu dari mana keinginan ini terbit?

Dalam pementasan sekolah.

Cik Matilda menyebut tentang

Subramania Bharathi, Subhash Chandra Bose, Mother Teresa…

Dalam pementasan ini, saya sebagai Shembavalam.

Tiada sesiapa tahu kisahnya. Saya juga. Hinggalah ketika itu.

Kisah gadis Tamil yang mengembara dari Kanyakumari ke Korea.

Percaya tak bahawa budaya dan tradisi Tamil Nadu

termasuk pelbagai perkataan Tamil

masih digunakan di Korea hingga masa kini?

Semua itu disebabkan oleh Ratu Sembavalam.

Pada hari itu, penonton melihat saya sebagai ratu.

Wajah ayah penuh kebahagiaan.

Sembavalam.

Ketika pementasan sekolah semalam, watak ratu kamu dapat sambutan!

Terima kasih!

Hai, Sembavalam!

Pergi, Sembavalam.

Semua orang mula memanggil saya Sembavalam.

Saya mula belajar banyak hal tentang Korea,

malah mula mengkaji.

Hei! Apa awak buat?

Belajar Inggeris.

Sayang!

- Kuatkan lagu. Kami nak dengar juga. - Mak cik takkan faham.

Lagu Tamil?

K-pop.

Ini Mani.

Saya suka dia sebanyak saya suka Korea.

Saya perlu sampai ke Korea juga.

Hei! Kenapa tak tanya saya caranya?

Cakaplah.

Pergi ke stesen kereta api di pekan. Minta tiket ke Korea.

Dapatkan tiket. Beli dan pergi.

Encik, bila kereta api ke Korea akan tiba?

Duduk di sana. Akan tiba setengah jam lagi.

Kamu tiada akal, ya? Mana ada kereta api ke Korea?

Tak, ayah. Mani kata ada.

Kamu dah hilang akal?

Budak dungu!

Beri saya dua idli .

Panggil saya jika perlukan apa-apa.

Jangan ganggu dia.

Kamu pergi duduk di sana.

Ayah saya ada hajat yang besar.

Apabila saya dewasa, dia mahu serahkan kedai ini.

Dia mahu saya ubah suai menjadi restoran besar.

Ujian Gred 10 akan tamat. Apa perancangan kamu?

Saya akan sertai kumpulan sains komputer.

- Sains! Doktor! - Saya masih berfikir.

Kumpulan yang mana dapat banyak duit?

Kenapa pandang saya?

Saya nak ke Korea.

Dengan kereta api?

Ibu bapa saya sering bergaduh kerana impian Korea saya.

"Awak diam. Dia pasti akan lupa," kata ayah.

Saya tak pernah melupakannya.

Impian saya untuk ke Korea

sejak kecil lagi.

Seperti saya, ayah juga ada impian. Mengubah kedai kecil menjadi restoran.

Sebab itu dia suruh saya ke bandar

dan menyertai kursus pengurusan hotel.

Awak tiada cagaran, bagaimana nak berikan pinjaman?

Tuan, saya perlu ke Korea. Tolong beri saya pinjaman.

Andaikan saya beri awak pinjaman,

kemudian awak ke Korea.

Haruskah saya ke Korea untuk kutip faedah dan prinsipal?

- Tuan, apa lagi pilihan yang ada? - Ada satu cara.

Mohon pinjaman pendidikan untuk belajar di Korea.

Kami akan cuba.

Kenapa nak habiskan duit untuk ke Korea?

Siapa pelakon kegemaran tuan?

Kenapa kahwin dengan isteri?

Kenapa tuan kerja di bank ini?

Ada jawapan untuk soalan ini?

Sebab saya suka Korea.

Saya tak patut tanya.

- Siapa Shenbagam? - Anak saya. Kenapa?

Awak kata anak kita akan jaga kita.

Dia mohon pasport di Coimbatore. Kenapa dia tak beritahu kita?

Dia tentu terfikir nak beritahu, tapi kita yang tak dengar.

Jika dia bekerja di Korea, dia pasti akan diusir.

Mak! Tanya saya terus.

Kenapa mak perlu takut tanya kamu?

Tengok ayah kamu.

Dia tak tahu apa-apa selain rumah dan kedai.

Dia mahu ke Korea kerana tak mahu jadi jumud juga.

Pergi buat kerja awak.

Tanyalah dia.

- Pergi masuk. - Saya nak masuk.

Jangan kata "anak kita ibarat ratu" dan cari cara untuk kahwinkan dia.

Dengar sini.

Ayah dah tak kuat untuk bekerja macam dulu.

Kami fikir, selepas kamu berkahwin,

kami nak berikan kedai kepada kamu.

Ada orang datang merisik kamu.

- Ayah jadi takut. - Ayah!

Jika kamu nak buat sesuatu, beritahu ayah dulu.

Hati-hati.

Nombor yang anda dail…

Menyusahkan betul.

- Helo? - Mani, boleh bayar balik sekarang?

Saya tak dapat bayar sekarang.

- Awak datang ke bank dan dapat duit. - Saya tahu ia salah.

Silap saya merayu pada awak.

Jika tak bayar hutang awak,

saya akan datang ke rumah dan dedahkan kepada semua orang.

Maaf, tuan.

- Saya akan bayar dalam masa seminggu. - Bayaran penuh.

Letak telefon.

Hei.

Apa?

- Sampai bila nak mengelak saya? - Awak fikir begitu?

Saya bekerja.

Bekerja di bar?

Lupakan saja. Bila nak jumpa ayah saya?

Apa saya nak beritahu ayah awak? Saya bekerja di bar?

Rakan sekelas saya dah berjaya.

Lihatlah saya. Masih di sini.

Saya terpaksa pikul hutang ayah saya.

Haruskah saya tinggalkan segalanya?

Maaf.

Beri saya masa. Saya akan jumpa ayah awak.

Saya akan urus segalanya.

Seteruk mana saya marah, kata-kata awak terus sejukkan hati saya.

Setakat ini, 100 pergaduhan?

Mungkin seribu?

Cintaku, cinta abadiku

Diriku hanya milikmu

Bagaikan bayang

Ku akan mengikutmu

Aaralyaa

Aaralyaa

Aaralyaa

Siapa kamu gadis rupawanku

Siapa kamu Yang bertakhta di hatiku

Siapa kamu Yang menguasai mimpiku

Gadis dengan mata bergemerlapan bak kunang-kunang

Siapa kamu yang begitu rapat denganku

Masih ingat kawan saya di Bombay? Saya akan buka perniagaan dengannya.

Jika berjalan lancar, ia pasti maju. Dia telefon. Tunggu sekejap.

Ke mana jua kupergi akan kubawa kamu bersama

Akan kulakukan segalanya denganmu

Sama ada suka atau duka Apa pun yang berlaku padaku

Akan dikongsi segalanya denganmu

Usah pergi

Andai kamu menolakku

Hati ini menjadi kosong dan menderita

Aaralyaa

Segala keperluanku

Awak lapar?

Saya akan panggil selepas pongal siap.

Aaralyaa

Ia membuak-buak. Renehkan.

Aaralyaa

Segala pencarianku hanya untuk bersamamu

Aaralyaa

Aaralyaa

Aaralyaa

Aaralyaa

Helo.

Kawan-kawan dah berkeluarga selepas dapat kerja di Chennai dan Bangalore.

Bukankah kamu patut begitu juga?

Tuan. Saya tahu apa nak buat dan bila.

Shenba, mak cik perhatikan kamu dari tadi.

Apa yang kamu lihat dalam telefon itu?

Apa masalah dia?

Apa masalah mak?

Awak asyik kata anak gadis harus berkahwin.

- Tapi masih belum kahwin. - Mak cik!

Mak cik datang untuk kenduri. Makan dan balik.

Carikan lelaki yang baik. Kita kahwinkan dia.

- Kenapa mak buat begini? Sudahlah. - Apa lagi?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left