The first 200 lines.
Sub bY iQIYI
Kita
hentikan saja semua ini.
Kita berhenti jadi teman makan malam.
Kenapa tiba-tiba saja awak cakap begitu?
Saya dah langgar peraturan.
[Kita tak boleh melampaui batas sebagai kawan.]
Saya yang patut cakap begitu.
Saya dah
melampaui batas.
Awak dah nampak terlalu banyak.
Awak nampak sisi hidup saya yang saya tak nak awak lihat.
Saya tunjukkan sesuatu yang awak tak patut tengok
dan lihat apa yang saya tak patut lihat.
Tapi...
saya tak kisah pun.
Tapi ia penting bagi saya.
Saya tak boleh
berhenti fikirkannya.
Saya peminat setia Penulis Lee Mun-jeong.
Apa?
Awak tak boleh berhenti fikir tentang dia? Bukan saya?
Apa?
Kenapa saya nak fikir tentang awak?
Aduhai.
Awak nak ke mana?
Ke kehidupan peribadi saya.
Awak dah gilakah? Apa? Melampaui batas?
Kenapa tak fikir dulu sebelum bercakap?
Kenapa? Aduhai.
Apa pula yang dia nak kali ini?
Kenapa?
Apa yang berlaku? Ada apa?
Saya nampak ular dalam khemah.
Apa?
Ular?
Di mana ular itu? Saya akan tangkap.
Mana? Di mana? Beritahu saya di mana.
- Di mana? - Taklah. Aduhai.
Apa yang berlaku?
Awak bergurau?
Awak nampak macam pentingkan kesempurnaan, tapi awak mudah diperdaya, bukan?
Aduhai. Mana ada ular di sini.
Hei.
Tak mungkin!
Ada ular di sini?
- Aduhai. - Di mana?
Oh, Tuhan.
Awak memang dungu.
Awak pasti sangat seronok dengan diri awak yang sempurna.
Seronok jugalah.
Tapi ada masanya tak seronok.
Awak fikir saya betul-betul takut, bukan? Saya bergurau saja.
Jawablah.
Sekejap, ya.
Helo?
Hei, Do-hee. Awak di mana?
Saya tak perlu jawab soalan awak.
Kenapa awak telefon saya?
Saya datang nak beri awak sesuatu.
- Tapi awak tiada di rumah. - Saya tak perlukan apa-apa.
Tapi saya nak beri awak sesuatu. Saya pergi jumpa awak. Awak di mana?
Jauh dari sana.
- Awak bersama siapa? - Saya tak perlu jawab soalan itu juga.
Saya letak dulu.
Do-hee...
Terima kasih.
Cuaca agak sejuk, jadi saya letakkannya di situ.
Bukan untuk selimut ini.
Terima kasih sebab datang ke sini.
Kita kawan. Kawan yang makan bersama.
Kita boleh saling berkongsi
apa saja dan sesuatu yang kita tak boleh beritahu orang lain.
Kita tak begitu mengenali,
jadi lebih mudah untuk kita luahkan perasaan kita.
Kita kawan yang sebegitu.
Betul.
Bekas teman lelaki awak telefon? Lelaki yang awak pernah ceritakan dulu?
Luahkan saja. Mungkin awak akan rasa lebih baik.
Tapi tak apalah kalau awak tak nak ceritakannya.
Ya, bekas kekasih saya telefon.
Lelaki gila
yang nak kembali bersama sedangkan dia tinggalkan saya tanpa penjelasan.
Kadangkala, saya tak tahu macam mana nak layan dia
walaupun saya dah lupakannya.
Awak nak tahu sesuatu tak?
Saya masih fikir tentang hubungan dan hidup saya yang lalu.
Saya tak mahu mengakuinya.
Tapi hidup saya sangat gembira ketika bersama dia.
Dia bagaikan simbol saat gembira saya.
Jadi saya anggap memori saya dengannya tak wujud...
Kalau saya padam memori lama saya,
diri saya yang dulu juga akan hilang.
Semua kenangan di usia 20-an saya
akan hilang.
Walaupun awak tak bersama dia pada waktu itu,
awak tetap bersinar dengan terang.
Maksud saya, dia mungkin tak bersama awak
sepanjang saat menggembirakan itu.
Aduhai. Apa sebenarnya pekerjaan awak?
Kadang-kadang saya rasa macam sedang bercakap dengan pakar terapi.
Sebenarnya,
saya belajar daripada pengalaman saya.
Nampaknya awak keluar dengan ramai wanita.
Tiada komen tentang itu.
- Saya takkan tanya. - Terima kasih.
- Kenapa awak pandang saya begitu? - Terkejut saya.
Awak boleh nampak dari tepikah?
Saya tahu kita tak patut tanya soalan dan tak patut rasa ingin tahu.
Tapi saya tak suka berhutang dengan orang.
Saya dah beritahu awak perkara yang saya tak nak awak tahu.
Tapi awak jarang beritahu saya tentang masalah awak.
Penulis, Lee Mun-jeong, ialah mak saya.
Tak ramai yang tahu tentang itu.
Tentang hubungan cinta pula, saya dah ceritakan semuanya dulu.
Cinta pertama awak yang kembali?
Saya cuma ada cara lain untuk berdepan dengan situasi saya.
Semuanya dah berlalu. Saya tak mahu ingat lagi tentangnya
atau mengulangi hubungan yang sama.
Semua akan berakhir dengan cara yang sama.
Sama ada awak yang pergi atau ditinggalkan.
Kalau itulah pengakhirannya, saya takkan mulakan.
Saya memandang masa depan, bukan?
Supaya kita ada mentaliti yang sihat di masa depan.
Hati-hati memandu.
Oh, ya. Pengakhirannya mungkin berbeza.
Daripada awak jauhkan diri begitu,
lebih baik awak berfikir secara positif.
Itu mungkin pendekatan yang lebih baik untuk kesihatan mental awak.
Okey.
Jumpa lagi lain kali.
Okey.
Selamat tinggal.
Selamat tinggal.
Orang mungkin kata awak doktor.
Do-hee.
Lambat awak balik.
- Do-hee. - Apa yang cuba awak buat?
Awak tak jawab panggilan saya.
Tunggu di depan rumah orang sehingga lewat malam tanpa janji temu.
Tiba-tiba pegang tangan orang tanpa kebenaran.
Awak tak sepatutnya buat semua ini.
Awak tak tahukah?
Do-hee, kenapa dengan awak ini?
Jangan salah faham dan fikir saya masih ada perasaan terhadap awak.
Saya dah cakap dengan jelas tentang hubungan kita.
Sampai hati awak buat begini?
Lepaskan tangan dia dulu.
Siapa itu? Teman lelaki awak?
Apa? Taklah.
Cinta pertama saya yang tragik.
Awak kenal dia?
Awak okey? Biar saya tengok.
Awak tak apa-apa?
Siapa dia?
Awak siapa?
Saya tanya awak siapa.
Teman lelaki saya.
Saya tak perlu jelaskan dengan lebih lanjut, bukan?
Do-hee, apa yang awak cakap ini? Bila pula awak ada teman lelaki?
Awak menipu, bukan?
Hal ini tak boleh berulang lagi.
Kalau saya nampak awak lagi, saya takkan berdiam diri.
Mari.
Minumlah.
Terima kasih.
Biar saya lihat.
Aduhai.
Tadi...
Kita dah seri sekarang.
Saya pernah cakap awak teman wanita saya juga.
Awak selalu nampak saat-saat saya yang teruk.
Itu tak menjadikan awak teruk.
Terima kasih.
Saya tahu saya tak berhak cakap begini,
tapi awak patut berhati-hati dengan dia.
Okey.
Apa yang berlaku? Lampu hijaukah?
Sekejap. Awak dah melampaui batas?
Ya.
Bagaimana? Macam mana awak buat?
Saya sudah melampaui batas
dan menyalakan api.
Aduhai. Tengoklah itu.
Apa yang berlaku? Beritahu saya dengan terperinci.
Kami melepasi garis selari ke-38.
Oh, Tuhan! Garis selari ke-38!
Helo.
Boleh kita bercakap?
Nah.
Apa ini?
Yun-a dan Jeong-hun akan berkahwin.
- Okey. - Mereka dah lama bersama.
Akhirnya mereka berkahwin juga.
Terima kasih sebab jemput saya.
Awak nak pergi dengan saya?
Tak nak.
Do-hee.
Betulkah dia teman lelaki awak?
Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.